March 23, 2011

tahukah anda: peristiwa isnin lalu

as-salam b2b semua.. =]



:: ABC kg melayu majidee::
gambar ehsan google



  1. Tahukah anda, isnin lepas Cik Anis menghadirkan diri ke satu temuduga di Johor Bahru?
  2. Tahukah anda, Cik Anis ke sana ditemani oleh EBS? Hehe. Terharu tahu bila EBS sanggup ambil cuti semata-mata nak teman bakal isteri dia ni. ^_^
  3. Tahukah anda, Cik Anis pertama kali memandu ke rumah EBS di Yong Peng bersendirian pada hari tersebut untuk menjemput beliau? Nasib baik ingat jalan.
  4. Tahukah anda, kami sebenarnya tak pernah menjejakkan kaki ke Johor Bahru selain daripada pergi dengan keluarga atau sebab ada seminar di sana?
  5. Tahukah anda, kami hanya berpandukan pada map yang di cari dari google maps sahaja untuk ke tempat temuduga tersebut? Masa ni nekad je la. Kalau sesat anggap je takde rezeki nak ke temuduga tu.
  6. Tahukah anda, kami tidak sesat malah tiba sejam tiga puluh minit lebih awal dari waktu temuduga? Hehe.
  7. Tahukah anda, perjalanan dari Kluang ke JB adalah hasil pemanduan Cik Anis? EBS siap komen kalau drive macam ni kerja JB duduk Kluang pun boleh ulang-alik. Haha. Ye ye. Cik Anis memandu melebihi had laju. Sekian. ;p
  8. Tahukah anda, Cik Anis siap minta izin EBS nak pakai heels waktu temuduga tersebut? LOL! XD (rujuk entry sebelum ni..haha)
  9. Tahukah anda, EBS tidak kisah tentang heels tersebut malah katanya "takpe, perempuan lagi tinggi dari lelaki murah rezeki.." ;p
  10. Tahukah anda, temuduga tersebut lebih kepada pengurus syarikat bercerita tentang syarikatnya kepada Cik Anis dan Cik Anis hanya perlu buat muka teruja mendengar cerita beliau sahaja. Haha
  11. Tahukah anda, temuduga hanya berjalan selama kurang 15 minit sahaja. Sampai EBS yang siap bawa laptop dan broadband pun tak sempat nak ber-online pun. Hehe.
  12. Tahukah anda, selepas temuduga kami menikmati ABC yang popular di Kampung Melayu Majidee (rujuk gambar atas)? Itu bak kata EBS la. Cik Anis tak tahu la sepopular mana ABC tersebut. Hehe. 
  13. Tahukah anda, petang Cik Anis dihabiskan dengan FMIL? Hihi.
  14. Tahukah anda, FMIL Cik Anis ajak Cik Anis ronda-ronda kedai barangan hantaran? *wink*
  15. Tahukah anda, Isnin lepas buat pertama kalinya Cik Anis dan EBS men-survey idea dulang hantaran bersama-sama. Hihi.
  16. Tahukah anda, kami da ada idea untuk hiasan dulang hantaran kami dan mula buat kira-kira kos bahan? InsyaAllah Cik Anis akan DIY sendiri gubahan hantaran kedua-dua pihak. ^_^
  17. Tahukah anda, sesudah men-survey barang hantaran bersama EBS dan FMIL, kami pulang ke Yong Peng dan Cik Anis serta EBS mula menyelak majalah Pengantin secara berjemaah? Haha. EBS nak tunjuk idea pelamin belah lelaki, pastu Cik Anis pula tunjuk design baju melayu yang Cik Anis nak EBS pakai waktu sanding nanti. Yeay! EBS suka style tersebut.InsyaAllah beliau tempah baru sebab tak nak sewa. ^_^
  18. Tahukah anda, petang isnin Cik Anis dipenuhi dengan aktiviti membincangkan hal ehwal majlis bersama dengan EBS. Baju sanding, baju nikah, pelamin, barang dan design hantaran, doorgift. Sampai bunga tangan pun EBS nak bincangkan. Haha. Suka. Suka. ^_^
  19. Tahukah anda, adik bongsu EBS siap peluk Cik Anis suruh tidur sana dan tak bagi Cik Anis balik petang tersebut. Owh terharu sangat. Sampai terkeluar air mata usai solat maghrib malam isnin lepas. ;( Adik, tunggu akak dengan abang nikah dulu ye. Nanti akak tidur sana.
  20. Tahukah anda, Cik Anis sakit belakang pada malam isnin lalu ekoran kepenatan duduk dalam kereta seharian? Haha. 





Ok la. Setakat ini segmen Tahukah anda untuk aktiviti hari isnin lepas. Isnin Cik Anis dipenuhi dengan aktiviti bunga-bunga. Alamak, rasa jatuh cinta lagi. Haha.





p/s:

21. Tahukah anda, entry ini adalah auto-publish? Hehe. Dan saat anda membaca entry ini, Cik Anis sebenarnya sedang berada JB sekali lagi dan ditemani EBS untuk 2nd stage interview. Wish me luck!!!! ^_^





March 22, 2011

tak pelik tapi benar belaka

 10 fakta mengenai Cik Anis yang anda patut tahu.. ^_^


  1. Tahukah anda, Cik Anis mempunyai ketinggian 160cm dan boleh dianggap tinggi di kalangan rakan-rakannya. Tapi hakikatnya Cik Anis merupakan yang paling rendang di kalangan adik-beradiknya. Tapi nanti bila EBS da jadi sebahagian dari family Cik Anis makanya kami akan sama-sama rendang di kalangan adik-beradik Cik Anis. LOL! XD
  2. Tahukah anda, Cik Anis merupakan satu-satunya anak yang tak tahu menunggang motor manual. Kalau bagi skuter laju saja dia merempit. Hehe. Owh kereta juga hanya auto sahaja.
  3. Tahukah anda, Cik Anis merupakan satu-satunya anak yang tak pernah pergi sekolah bawa motor walaupun sudah ada lesen sebelum spm lagi.
  4. Tahukah anda, semua kenderaan di rumah Cik Anis menggunakan no plat 181 tapi hanya skuter Cik Anis menggunakan no plat 811 ekoran nak beli cepat punya pasal. Hehe.
  5. Tahukah anda, Cik Anis sudah lebih 5 bulan tidak mengadap televisyen untuk satu jangka masa yang lama. Sekarang ni mengadap tv 30 minit pun rasa macam 3 jam. Hebat kan? ;p
  6. Tahukah anda, Cik Anis merupakan satu-satunya anak yang repeat test JPJ untuk kedua-dua lesen sebanyak dua kali. Haha.
  7. Tahukah anda, walaupun hanya menunggang skuter, Cik Anis mampu mengejar peragut dompetnya satu waktu dahulu. Vangga uols. Haha.
  8. Tahukah anda, fakta no. 7 tidak diketahui oleh ibu bapa Cik Anis hingga saat ini. Hehe.
  9. Tahukah anda, dulu Cik Anis adalah fanatik Westlife. Wahaha. Sekarang tiba-tiba dapat pengaruh melayan K-pop. Terima kasih kawan Cik Anis kerana berjaya mempengaruhi beliau. ;p
  10. Tahukah anda, mak Cik Anis tak boleh tahu apa makanan kegemaran Cik Anis kerana nanti beliau akan belikan makanan tersebut setiap masa sampai Cik Anis muak. Oleh sebab itu menyebabkan jenis makanan kegemaran akan berubah setiap musim. Haha. Tapi takpe, Cik Anis sayang puan emak ketat-ketat. ^^

Ok itu sahaja fakta yang terlintas setakat ini. Nanti kalau ada akan ditambah dari semasa ke semasa. Hehe. Daa~



selingan: tolong la cakap kami sama. haha
^_^

March 21, 2011

comforter: konon nak survey terus terbeli pulak!


Sebenarnya cerita ni kisah dua minggu lepas tapi baru hari ini berkesempatan nak cerita. Maklum la bila mengadap laptop dan baca blog b2b lain terus la Cik Anis ni sesat entah ke mana-mana. Bila da balik blog sendiri terus takde mood pulak nak bercerita. Hehe.

Weekend hari tu waktu adik Cik Anis balik bercuti kami macam biasa la akan keluar hang out berdua kan. Kebetulan minggu tu ada sale dekat parkson so Cik Anis da set plan awal-awal nak keluar dengan adik pergi survey comforter dekat parkson. Awal tahun dulu da survey jugak tapi tak beli lagi la waktu tu sebab rasa nak tunggu tarikh da confirm baru nak beli segala benda yang nak di beli kan. So abaikan je la walaupun waktu tu da jumpa yang berkenan di hati. Huhu.

Weekend ni pun niat asalnya nak survey je. Sebab rasa macam awal lagi nak beli. Bilik pun tak mula-mula renovate lagi. Mana entah kontraktor ni. Sibuk buat rumah jiran kami, rumah kami dorang hold dulu. Sabar je la. Haihh. So kalau beli macam tak tahu pulak nak letak mana comforter tu kan. Jadi niatnya memang nak survey je la minggu tu.

Tapi apakan daya. Eceh ayat. Haha. Waktu kami survey comforter tu, warna yang Cik Anis berkenan sangat betul-betul ada satu je. Haaaa~ Nak beli ke tak. Nak beli ke tak. Nak beli ke tak. Berbelah bagi hati ni. Tapi rasanya da alang-alang cash money pun tengah lebat dalam purse kan. Eceh. ;p Makanya, Cik Anis membulatkan tekad juga untuk membeli comforter tersebut.

Comforter yang Cik Anis beli biasa-biasa je. Bukan warna putih atau krim sebab Cik Anis memikirkan comforter tu kan nak dipakai terus pada hari-hari biasa kan. Kalau putih ni leceh la nak jaga. Jadi Cik Anis pilih warna soft purple je. ^^






:: brand tak popular pun ::
ke Cik Anis je yang tak tahu brand ni??
^_^




:: close up design comforter pilihan ::


Comforter ni da di buka dulu sebelum di bayar. Yela last piece kan kena check betul-betul. Kain sangat lembut. Sedap gila. Sampai rasa nak pakai terus malam hari beli tu jugak. Gila tak sabar. Haha. Dalam gambar tak nampak sangat sebenarnya ada sulam-sulam halus pada comforter tu. Dekat sarung bantal pun ada sulam-sulam halus jugak. Cantik la pada mata Cik Anis. EBS pun tak tengok lagi. Hehe.

Balik rumah terus tunjuk pada puan emak, emak kata awal lagi da beli buat apa. Hehe. Takpelah mak, beli awal-awal nanti takde la terasa duit keluar selepuk banyak-banyak bila da dekat tarikh nanti. Prepare sikit-sikit. ^_^

Diskaun 80% takkan tak teruja kan. Kebetulan waktu nak beli tu pulak tengah happy hour. Dapat free 2 biji bantal besar. Jimat da tak payah beli bantal lain. Tak cukup dengan tu, dapat pulak voucher parkson. Rm10 je la. Tapi tak ke jimaaaaaaatttttt tuuuuu.. Haha.





:: free bantal 2 biji, simpan sampai hari majlis nanti::




:: voucher RM10 ni nanti buat beli benda lain pulak ::




Owh comforter pilihan tak mahal pun. Nak beli mahal-mahal belum mampu. Set ni selepas 80% diskaun adalah kurang dari RM200. Biar murah tapi ada kualiti. Tak gitu? ^_^


March 20, 2011

Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Nabi




Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. 

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. 

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini. 

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid. 

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat. 

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. 

- Bernama

March 18, 2011

semoga selamat semuanya

Tengah malam tadi Cik Anis dapat mesej dari adik Cik Anis. Bukan adik yang dalam entry sebelum ni. Tapi ni adik junior Cik Anis di UKM dulu. Terkejut sangat sebab dia mesej btau yang hari ni dia nak masuk wad untuk buang ketumbuhan. Ya Allah banyak sungguh dugaan junior Cik Anis ni. Owh junior ni adalah rum8 Cik Anis waktu 3rd year dulu. Antara rum8 yang paling rapat dengan Cik Anis. Kami sekepala tu yang sangat seronok duduk sebilik dengan dia.

Buat Zahra, semoga pembedahan hari ni berjalan dengan lancar. Akak doakan Zahra cepat sembuh dan sentiasa dilindungi Allah. InsyaAllah.

Dugaan Zahra sangat banyak. Dari masalah kewangan, kena buatan orang sampai kena cuti belajar satu semester, naik semester baru kena pulun subjek untuk 2 semester sekaligus sebab lecturer beliau nak beliau konvo sekali dengan batch beliau dan sekarang menghidap ketumbuhan pula. Subhanallah. Besar sungguh ujian mu adik. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Akak tahu kamu kuat. T_T






:: zahra yang sebelah kanan (berbaju biru tu) ::








March 17, 2011

adik perempuan

As-salam

Kita cerita-cerita santai je ek hari ini.

Cik Anis suka baca blog ex-b2b, kak aty. Tak ingat pula macam mana boleh jumpa blog kak aty ni. Yang pasti Cik Anis mula layan blog beliau sejak beliau sibuk buat preparation wedding beliau. Dan sekarang wedding adik kak aty pulak. Sangat kreatif woo kak aty ni. Saya suka. Hehe.

Tengok kak aty sibuk buat preparation untuk adik beliau, Cik Anis teringat pada adik Cik Anis. Cik Anis pun ada satu je adik perempuan. Tu la teman baik, tu la teman bergaduh, tu la teman rebut barang. Segalanya dengan adik perempuan yang tu je la. Hehe.




:: half of me and half of her ::



Cik Anis dengan adik, Aida, memang sangat rapat. Yela da tu je adik perempuan yang ada kan. Kalau kepala tengah tingtong kami buat la perangai gila-gila kami. Hehe. Kami selalu beli baju yang sama corak walaupun ada yang tak sama saiz. Sebab adik Cik Anis ni menggalah. Tinggi bebenor dari Cik Anis. Pastu kami pakai baju yang sama pada hari yang sama. Baru la feeling kembar kan. Haha. Beli kasut yang sama corak pun selalu. Haha. Owh, dulu kami juga peminat kasut wedges yang tegar ye. Tapi sekarang tak la. Sebab Cik Anis dan EBS beza tinggi beberapa cm je jadi tak boleh la melaram pakai wedges. Hehe.





:: baju raya kami beberapa tahun lepas ::




:: ni pun gambar beberapa tahun lepas ::



Macam sekarang ni Aida sedang belajar dekat matrik jadinya Cik Anis dekat rumah memang la takde teman. Sunyi u. Huhu. Bila Aida balik cuti weekend ke memang la kami tak melekat kat rumah. Ada je plan kami nak ke mana-mana. Macam dalam tahun ni, setiap kali Aida balik weekend atau semester break, memang Cik Anis angkut dia teman buat preparation majlis Cik Anis. Hehe. 

Kami pergi survey butik pengantin sama-sama.
Kami pergi survey kedai cenderamata sama-sama.
Kami survey barang hantaran sama-sama.
Semuanya la Cik Anis buat dengan dia.
EBS kita letak tepi je. Haha.

Dengan Aida la banyak idea dan rahsia yang Cik Anis suka lepaskan kat dia. Yela kadang-kadang nak simpan sorang-sorang tak seronok kan. Jadinya bila Aida ada kat rumah memang Cik Anis suka buat laporan perkembangan persiapan Cik Anis pada dia. Dengan EBS pun ada juga la kami bincang-bincang pasal persiapan wedding kami tapi feel-nya tak sama kot kalau cakap depan-depan. Hehe. Cik Anis dengan EBS selalu bincang melalui sms je. Bila jumpa depan-depan Cik Anis blur tak tahu nak bincang apa. Haha.

Seronok bila buka topik wedding dengan adik Cik Anis yang sorang ni. Sebab selalunya dia akan dengar apa yang Cik Anis cerita dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Lepas tu baru dia akan komen "kenapa tak buat macam ni ke.." "kalau macam tu lagi ok kot.." etc..etc..

Dalam pada masa yang sama, bila Cik Anis da cerita idea Cik Anis pada dia, kalau dia keluar dengan kawan-kawan dia dan jumpa benda yang boleh membantu Cik Anis merealisasikan idea Cik Anis, dan2 dia akan sms/calling Cik Anis untuk beritahu apa yang dia jumpa. Terharu ok. Hehe.

Tak sabar tunggu hujung bulan 4 nanti bila Aida da tamatkan pengajian dekat matrik. Waktu tu boleh la angkut dia jadi PA Cik Anis lagi. Hehe. Adik, akak rindu kamu la walaupun kamu baru je balik weekend lepas. Huhu.



:: waktu konvo Cik Anis ::


XOXO



March 16, 2011

kata semangat

Kata-kata Profesor Ungku Aziz:

  1. RAJIN BERCAKAP, RAJIN BEKERJA = BAGUS SEKALI
  2. RAJIN BEKERJA, MALAS BERCAKAP = KENA BULI
  3. MALAS KERJA, RAJIN BERCAKAP = WAYANG CINA
  4. MALAS BEKERJA, MALAS BERCAKAP = TAK GUNA
  5. MALAS BEKERJA, SUKA MENGADU = NYANYUK
  6. MALAS BEKERJA, SELALU PONTENG = BAIK BERHENTI
  7. MALAS BEKERJA, SUKA MENYIBUK = BAIK MATI

Saya dapat kata-kata ni daripada fb bakal adik ipar saya..bagus kan? boleh jadi penguat semangat bila nak mulakan hari baru. Macam bakal adik ipar saya, dia siap letak kata-kata ni sebagai wallpaper pc di pejabat dia. Bila masuk kerja pagi-pagi terus jadi bersemangat nak mulakan kerja. Hehe. Saya pun rasa kata-kata ni memang patut kita letak sebagai wallpaper pc biar ada motivasi sikit nak buat kerja. ^_^


bakal adik ipar lebih tua dari saya.. ^_^

March 15, 2011

doa untuk lembutkan hati suami






Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.


doa ini di baca sebanyak 19 kali ketika suami sedang tidur, letak tangan di ubun-ubun suami.


boleh praktis bila da menikah nanti ^_^

enam pesanan untuk wanita



1. Jaga solat pada awal waktu.  Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan bacaan hadis Nabi di rumah dengan keluarga.  Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal.  Ini amalan zaman Rasulullah sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa dunia dan akhirat.

3. Baca al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.

4. Mendidik anak-anak secara Islam. Mengajar anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun iaitu doa-doa harian.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid atau surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri (si isteri).




persediaan menjadi seorang isteri solehah.. ^_^



March 14, 2011

fahamilah

as-salam

fahamilah: insyaAllah itu maksudnya dengan izin Allah

kita manusia hanya merancang, tapi semuanya terserah pada Allah sama ada mahu memperkenankan permintaan kita sebagai hamba ini atau menyimpannya untuk sesuatu yang lebih baik.

yang penting: usaha, doa dan akhirnya mesti bertawakal pada Allah

segala yang baik itu datangnya dari Allah. =)

situasi kami: kami merancang untuk menikah pada Julai 2011 ini, tapi semuanya dengan izin Allah jua..diharapkan Allah memperkenankan doa kami untuk bersatu pada Julai tahun ini..insyaAllah..ameen.



Beriman kepada takdir bererti percaya bahawasanya Allah swt mengetahui perjalanan hamba2 NYA dan mengawasi hal ehwal mereka serta mentadbir urusan mereka, dan percaya bahawa segala sesuatu yg berlaku dalam alam adalah dgn izinNYA. Serta bahawa apa sahaja yang mengenai manusia, sama ada yg bermanfaat mahupun yg mudarat adalah dgn iradat dan qudrat NYA.

‘Tidak ada kesusahan atau bala bencana yg menimpa (seseorang) melainkan dgn izin Allah dan sesiapa yg beriman kpd Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yg telah berlaku itu dgn tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu.’ (At-Taghabun:11) .

Oleh itu setelah berusaha sebaik mungkin, serahkanlah hasilnya untuk ditentukan oleh Yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih. Apa jua yg berlaku diterima dengan jiwa yg tenteram dan penuh keyakinan bahawa segala sesuatu telah diatur oleh Allah swt, dan DIA takkan sekali-kali menzalimi hamba2NYA.








suka suka je nak jawab

as-salam..

entry kali ni nak santai-santai sikit la. Saya rasa nak menjawab tag pula. Hehe.

tag ni cik anis kopipes dari blog ex-b2b, sis atiqah adnan..moh la kita menengoknya apa yang di tag tu. ;p




5 nama samaran anda

1. niza - kawan sekolah panggil saya dengan panggilan ni
2. anis - kawan matrik, universiti dan semua yang baru kenal saya akan panggil nama anis sebab saya suka nama ni..EBS pun panggil saya anis..hehe
3. kak ija - panggilan saya dekat rumah
4. amoi - waktu zaman budak-budak pakcik saya suka panggil saya amoi..saya tak suka..haha
5. haniza - panggilan rasmi..hehe


5 tarikh penting

1. 14021988 / 26 Jamadilakhir 1408H- ulangtahun kelahiran cik anis
2. 05051983 / 21 Rejab 1403H - ulangtahun kelahiran EBS -kami beza 5 tahun ^^
3. 14102010 - cik anis dilamar EBS
4. 03072011 - insyaAllah jadi salah satu tarikh penting dalam hidup cik anis selepas ni ^^
5. tarikh ulang tahun kelahiran semua ahli keluarga cik anis


5 perkara yang cik anis buat semalam

1. melaporkan perkembangan persiapan majlis cik anis kepada adik perempuan kesayangan
2. bayar bil astro
3. shopping untuk persiapan majlis -  melayang RMxxx huhu
4. beli kasut yang sama dengan adik perempuan kesayangan ^^
5. melayan anak tekak yang nak makan mekdi..yummy!


5 perkara yang buat cik anis gembira

1. jumpa EBS walaupun sekejap..ngee - nak jumpa lama-lama malu..uhukk
2. buat persiapan majlis pernikahan
3. shopping tapi bukan pakai duit sendiri
4. bercerita hal masa depan dengan kesayangan-kesayangan - keluarga, EBS, rakan2
5. makan! yum yum..


5 perkara kenapa kena tag ni

1. sebab nak mengisi masa lapang
2. seronok juga jawab tag macam ni..hehe
3. boleh la kenalkan diri kepada b2b lain secara sikit-sikit
4. sebab kak atiqah kata siapa rajin boleh buat..saya rajin je nak buat..hehe
5. sebab last, saya memang nak buat tag ni.. ;p



ok da siap pun..siap la satu entry..hehe..tata~ ;p


March 11, 2011

akhirnya!

as-salam

tajuk entry macam ada something je kan..hehe..bukan la tarikh nikah da confirm ke apa..tapi..tapi kan..hehe..

barang yang saya nanti-nantikan sejak sekian lama da sampai ke tangan saya petang semalam..yeay for me! ^_^



nampak ni..segabak kotak untuk saya..berat hampir 3kg uolss..kos poslaju pun besarrrr..
ceteke ceteke apa yang cik anis dapat ni.. ;p





bila bungkusan coklat tu da dibuka..
jeng jeng jeng...

















eh eh..cik anis beli kasut adidas on9 kah?
haha..owh tidak tidak..
sebenarnya kotak je la adidas..
tapi isinya..










PAPER DOYLEYS!!!!!
yeay!
^^


zoom lebih sikit supaya lebih jelas..hehe



wah teruja ok barang yang dinanti da selamat sampai ke tangan saya..terima kasih sangat buat kawan baik saya mardex sebab sanggup tolong belikan paper ni dekat bangi sana..kesian kan saya..saya da cari dekat Kluang ni tapi tak kejumpaan pula..aritu ada jumpa tapi saiz yang dijual bukan saiz yang saya nak..makanya kena la mintak tolong kawan saya di bangi untuk belikan..sebab sebelum ni saya pernah beli dekat sana..tu yang saya tahu dekat sana ada jual..

saya beli dua saiz..3.5 inch dengan 5.5 inch..semua sekali ada 10 packs setiap saiz..best..best..baru la ada semangat lebih lagi nak ber-DIY lepas ni..hehe

aaaa..cerita lanjut tentang projek DIY nanti dulu ek..kita peram lama-lama sikit..haha..

ni detail paper doyleys yang saya beli:

size: 3.5 inch
RM 2.60
250pcs per pack

size 5.5 inch
RM 3.90
250pcs per pack

location:
Yummie Bakery
Seksyen 9 Bandar Baru Bangi


kat kedai ni ada macam-macam peralatan untuk bakery..
owh ya kalau ada b2b yang nak cari kotak doorgift macam kotak kek yang kecil tu ada jual jugak tau..
dulu saya pernah beli..
harga dalam 30sen camtu je..
sekarang tak tahu la da naik harga ke belum kan..
nanti ada masa saya upload kotak kek yang pernah saya beli dulu tu eh..
siapa dekat bangi boleh pergi ushar kedai ni ek..
till then..
daa.. =P


semangat nak ber-DIY sudah mari!!!! ^_^



March 07, 2011

saya rasa saya stress

as-salam

hari ini rasanya hari paling tak produktif untuk cik anis..serius..kalau tanya apa yang saya da buat dari pagi tadi sampai la sekarang ni, saya boleh jawab: takde apa-apa..huhu..

dan saya rasa saya sedang stress untuk hari ini..

kemudian saya pun google tanda-tanda stress dan saya jumpa info kat bawah ni:





Antara tanda seseorang itu mengalami tekanan perasaan ialah:



1. Apabila seseorang itu sering berasa gementar, berpeluh, sakit kepala, bernafas laju, cepat letih, kerap buang air kecil & besar, kurang selera makan & juga mudah mendapat penyakit seperti penyakit asma, sakit belakang, & juga masalah penghadaman.



2. Tanda-tanda seseorang mengalami stress juga boleh dikesan melalu psikologikal yang ditunjukkan seperti mudah berasa bimbang, keliru, kurang daya tumpuan, sukar kawal diri, sukar hendak tidur, perubahan emosi seperti sering berasa kecewa, mewujudkan permusuhan, rasa tidak berdaya, cepat marah, & lemah semangat.


3. Mengalami gangguan fikiran. Individu yang mengalami tekanan perasaan ini sukar untuk membuat keputusan, kurang berminat terhadap aktiviti-aktiviti harian yang sering dilakukan & individu ini juga sering sahaja berfikiran negatif terhadap banyak perkara.



4. Bagi individu yang mengalami tekanan perasaan juga sering menunjukkan melalui tingkah lakunya apabila melakukan sesuatu. Individu ini sering bercakap dengan kuat & cepat, sentiasa menguap, suka menggigit jari, mengetap bibir, kerap menggerakkan jari, mudah berasa letih, terlalu bergantung kepada orang lain, bertindak secara tidk logik & ada kalanya terlalu beremosi terhadap sesuatu perkara tersebut.







antara tanda-tanda yang ada pada diri saya sekarang ni adalah:

1. gementar: jantung ni berdegup laju je hari ini..lagi-lagi bila fikir pasal yang satu tu..lagi la laju jantung ni berdegup

2. bernafas laju: sebab da gementar kan..asyik nak tarik nafas je sebab rasa macam sesak pulak kat dada ni..

3. cepat letih: baru buat kerja sikit da rasa nak tidur..huhu

4. kerap buang air kecil: hari ini paling banyak masuk toilet berbanding hari-hari lain..waktu musim hujan pun rasanya tak sebanyak hari ini..asyik la nak membuang je..

5. kurang selera makan: hari ni baru makan sebiji kuih masa sarapan tadi, lepas tu beberapa potong keladi goreng petang tadi..saat entry ni saya taip saya tak makan apa-apa da..

6. sakit belakang: duduk kejap je rasa nak baring..yang ni da beberapa hari la juga..bukan setakat hari ini je..

7. masalah penghadaman: makan sikit pun rasa macam makan banyak gila..perut macam sebu je..

8. semua dalam point no.2 tu saya sedang alaminya sepanjang hari ini kecuali yang mewujudkan permusuhan tu takde la..

9. point no. 3 pulak, saya rasa tak larat sangat nak buat kerja harian saya hari ni..sampai waktu tolong puan emak memasak pagi tadi pun sempat khayal ke dunia lain..huhu..hilang fokus..

10. point no.4 tu tak banyak sangat la yang saya alami..sekadar suka mengetap bibir dengan mudah berasa letih je..


huuu..banyak kan simptom stress yang saya alami..dan tidak syak lagi saya memang sedang stress hari ini..sob3..

sebenarnya saya stress sejak petang semalam..lagi-lagi bila bincang soal pernikahan saya dengan EBS..sebenarnya sebelum ni takde la stress sangat walaupun tarikh nikah kami tak confirm lagi kan..tapi semalam sampai hari ni jadi stress pulak sebab tiba-tiba adik lelaki EBS da sibuk suruh family EBS hantar rombongan meminang bakal isteri dia pula..hahhh..cecite..stress tak kalau bakal adik ipar da nak potong queue..huhu..

saya stress bukan apa..rasa serba salah sebab buat EBS tersepit..yela dia kena tunggu saya dapat kerja baru kami boleh menikah kan..lambat saya dapat kerja maka lambat la kami nikah..ni adik EBS yang mula-mula plan nak menikah hujung tahun ni tiba-tiba pula nak menikah pertengahan tahun ni juga..huuu bertambah tersepit la EBS..saya pun makin tersepit sebab EBS pun da mula tanya bila mak ayah saya nak confirmkan tarikh nikah kami..waaa..nak jawab apa..sedangkan mak ayah memang da keluarkan syarat yang satu tu dari dulu lagi..T_T

serius stress sangat..tak mampu nak buat apa-apa..hanya mampu berdoa agar semuanya dipermudahkan oleh Allah je..

harap-harap esok da pulih la..walaupun tarikh tak confirm lagi, persiapan mesti dijalankan walaupun sikit-sikit..itu pesan EBS..huhu..

menurut perintah =)

julai 2009

as-salam

julai 2009..hehe..tiba-tiba nak buat entry back dated pulak..takpe..cerita ni ada kaitan juga dengan life saya sekarang ni..owh mungkin lebih tepat life saya dengan EBS sekarang ni..hehe

julai 2009, saya baru mulakan praktikal dekat jabatan tempat kerja EBS..bererti julai 2009 merupakan saat saya kenal EBS sebagai rakan sekerja..rakan sekerja je tau..sebab masa tu saya da ada bf dan EBS pun rasanya masih ada gf kot..saya pun tak pasti sangat..

memandangkan tempat saya praktikal ni merupakan badan kerajaan, makanya setiap hari jumaat akan ada majlis ilmu..waktu saya praktikal dulu, pagi jumaat dimulakan dengan bacaan al-Quran dalam bilik mesyuarat..kira mana-mana staff yang nak mengaji boleh datang je ke bilik mesyuarat tu..biasanya ada seorang ustaz akan diupah untuk semak bacaan semua staff yang ada dalam bilik tu..saya selalu pergi dengan rakan praktikal saya..tapi lepas sebulan, rakan praktikal saya da habis praktikal, saya pun da jarang terlibat dengan majlis bacaan al-Quran ni..huhu..takde kawan saya rasa segan pulak nak mengaji dengan staff-staff lain.. =.='

nak dijadikan cerita, suatu hari jumaat tu, saya macam biasa pergi mengaji dengan rakan praktikal saya, jumaat tu kebetulan pulak EBS pun datang untuk mengaji..masa ni saya tak rapat lagi dengan EBS..yela waktu ni kan saya masih baru dalam jabatan tempat EBS tu kan..masih segan nak bertegur sapa dengan semua staff lebih-lebih lagi staff lelaki..dengan staff perempuan saya ok je..

waktu mengaji tu, ustaz tu picked randomly siapa kena baca dulu..saya antara yang terawal la baca sebab duduk area paling dekat dengan meja ustaz tu..turn EBS pulak agak lewat..kiranya da hujung-hujung tu baru turn dia kot..

sampai turn EBS baca, alamak! syahdu sangat bacaan EBS..serius..saya suka dengar EBS mengaji..JATUH CINTA!!! masa ni jatuh cinta pada bacaan dia la..bukan pada tuan badan..hehe..

habis je EBS mengaji, ustaz tu terus cakap, alhamdulillah bagus bacaan..pastu tambah lagi dengan usikan: "da ada calon belum? kalau belum boleh la pilih mana-mana anak dara dalam bilik ni.."

haha..staff lain pakat gelak je..kebetulan masa tu staff perempuan dalam bilik tu yang belum kahwin cuma saya dengan kawan praktikal saya..adehh..terus kitorang tunduk tengok al-Quran je..malu woo..haha

cerita tu setakat tu je la..hehe..

sekarang masuk pulak dalam time frame selepas EBS melamar saya, saya buka cerita ni dekat EBS..saya cakap saya suka dengar dia mengaji..EBS pun pelik..eh bila masa awak dengar saya ngaji..hehe..saya terus cerita kejadian dekat atas ni pada dia..EBS bantai gelak je..terus label saya secret admirer dia..haha..dia kata: "owh dalam diam-diam saya ada secret admirer dari dulu rupanya" haha..perasan la EBS ni..saya suka dengar dia mengaji je kot masa tu..bukan suka kat dia pun..^^

lepas tu saya cerita pasal usikan ustaz tu..EBS pun jawab la, waktu ustaz tu cakap macam tu dia tak rasa apa-apa pun..sebab masa tu bukan ada pilihan pun dalam bilik mesyuarat tu..tapi sekarang (merujuk pada situasi selepas EBS melamar saya) da terpilih dari dalam bilik tu jugak la..masin mulut ustaz tu..hehe

ok tu je cerita saya..hehe..

takde la, sebenarnya saat entry ni saya taip, saya rasa saya rindu nak dengar bacaan ayat suci al-Quran dari EBS..serius rindu sangat..suara EBS bila mengaji memang syahdu je..kira menusuk ke jiwa juga la bacaan dia..walaupun da setahun lebih saya dengar bacaan pertama dan yang terakhir tu, rasa macam terngiang-ngiang pulak bacaan ayat suci dari mulut EBS kat telinga saya sekarang ni..hehe





nak google gambar qari tapi takde yang menarik..jadinya saya curi gambar dalam fb EBS je..haha..ni masa majlis khatam al-Quran september 2009..waktu saya masih lagi praktikal tapi saya tak datang pun majlis ni..hee..kalau tak mesti dapat dengar EBS mengaji lagi..uhuu..rugi..




tunggu da nikah nanti, nak suruh EBS mengaji untuk saya..

semoga dipermudahkan perjalanan kami untuk bersatu julai 2011 ini..ameen..

baru perasan, julai 2011 bererti genap 2 tahun saya kenal EBS.. ^_^


March 02, 2011

GETAWAY: HOW PEOPLE PROPOSE U

as-salam

1st time sy nk join getaway..getaway tau bukan giveaway..tp rasanya sama je..hehe

getaway ni dianjurkan oleh tuan punya blog : Words Dont Come Easy, Wahidah namanya..tajuk getaway ni agak mudah iaitu How People Propose U..sesuai la untuk b2b kan..haha..

macam mana EBS melamar saya?

rasanya da pernah cerita dalam entry Antara Saya Dan Dia Part 1 dan Part 2 tapi takpe..demi memenuhi syarat getaway ni, saya rela cerita semula..semangat ni..haha..

erhem..erhem..testing suara jap..

secara ringkasnya, saya mula mengenali EBS sewaktu memulakan latihan industri di pejabat tempat EBS bekerja pada pertengahan tahun 2009..waktu tu saya in a relationship with my ex and EBS too..so kami sekadar kawan pejabat je la..takde skandal-skandal ye..

dipendekkan cerita lagi, bila masing-masing da single kami mula rapat dan menjadi semakin rapat bila EBS datang beraya di rumah saya pada aidilfitri yang lalu..sejak dari kedatangan EBS tu, kami sering kali berhubung la..dan selalunya melalui chatting fb je..

lepas raya tu, EBS sebenarnya mula buat kerja part time..sekadar nak tambah duit poket katanya..jadi beliau pun kerja malam sampai tengah malam jugak la..paling mengharukan saya bila beliau sanggup nak melayan saya chatting setiap malam walaupun beliau penat baru balik kerja..tacing u..err bukan la saya yang mintak dia layan saya chatting tapi sebab da biasa chatting setiap malam kan so jadi janggal pulak kalau satu hari tak chatting..saya mula aktif chatting fb pun sejak rapat dengan EBS..sebelum tu saya lebih suka offline je chatting fb tu..hehe..

tengah malam 14 oktober 2010, kami chatting macam biasa..borak-borak tentang life masing-masing..kebetulan masa saya rapat dengan EBS ni, saya ada hati dekat someone..bukan EBS pun tapi rakan sekerja EBS..malam tu puas la EBS korek dari saya siapa mamat yang saya suka tu..tapi saya malu la nak beritahu dia sebab saya dengan mamat tu pun belum ada apa-apa lagi kan..entah macam mana EBS pun cakap/taip:

"nnt sy masuk jarum dulu.. nyesal lak dia.. haha"  <---memang 100% ayat yg EBS taip dalam chatting fb..saya simpan tau koleksi chatting saya dengan EBS..haha

haha..saya ingatkan dia main-main je tau..saya pun bantai gelak je la..sebab saya tak fikir serius pun apa EBS cakapkan tu..sekali dia serius da..

antara perbualan kami malam EBS melamar saya:

(sebelum dialog bawah ni, EBS sibuk tanya pasal mamat yang saya admire tu)
biru: EBS
pink: cik anis

owh.. sy ingat awk tny direct mcm sy buat..

awk buat kt sape?
ur ex?

awk sudi tak jadi isteri sy di masa akan dtg bila sy dah bersedia? <-- when he proposed me..*faint* ;p

wah
awk ckp cmtu kt ex awk?

tak la..

eh

tp itu yg Islam anjurkan, x yah kapel2, cuma tny dia sudi tak..

bistu?

jika sudi tggu jer la

owh ic ic

sy x pernah tny kat siapa2 pun.. awk jer la pernah jumpa soalan tu.. 
awk nk jwb tak? 

erk
kire soalan tu tuju kt sy ke?
haha
konpius sudah

awk rasa camner? soalan tu x pernah org lain terima dr sy.. hehe.. terpulang pd kefahaman awk.. 

uikss..
hee
malu la

hehe.. awk fikir la dulu.. 

haha
ok
debar2 da ni
fuhh

dah lewat ni.. mungkin sy patut gi tido skrg, dan berikan awk ruang utk berfikir.. 
sy nk tgk tahap mana awk faham soalan sy.. 

orait

awk nk tempoh brp lama?

hahhh
sy x tau
fuhh

mcm peperiksaan, ada tempoh menjawab soalan.. x kan pemeriksa nk tggu selamanya, kan? 

fuhh
r u serious about dis??
or u just make some joke?

u dont see any laugh emoticons rite? 
so it's not a joke.. but u'll have to think about it deeply.. 

ok..
fuhh
i'm nervous
seriously
huhh

well, it's not that I demand an answer rite now.. take ur time..
how bout tomorrow nite..?

too fast i think
erm
why dont u say that infront of me <--yg ni my twin yg bg suggestion suruh tanya dekat EBS ;p

why? shy I guess.. it's part of 'Iman'.. 

erm ok..

well, no need to rush..

ok
give me some time to think about this ok
i'll give my answer when i'm ready

think about it leisurely, don't think now.. think when u r really calm, and sane of course.. 
but I'll tell you something that might help u decide..
it's too late to talk about it now..
maybe tomorrow?

ok

fine.. 

orait..
huhu

need to sleep now.. otherwise i won't wake up for Fajr prayer.. and missed the jamaah.. 

okeh..
gudnite
sweet dreamz

nite.. 
salam..
p/s: don't stay awake so late.. 

1:53am <--- siap tercopy dengan masa chatting sekali..haha


ok
salam..


********


:: screen capture yang sempat saya ambik guna kamera hp je..ngee ::
:: kenangan tu mana boleh tak simpan..haha ::



waktu EBS lamar saya ni, terus saya berada dalam keadaan vibrate untuk beberapa ketika..haha..punya la susah nak menaip dengan tangan ketar-ketar..dan waktu EBS melamar saya ni, orang pertama yang saya cari adalah my twin, cik nedy..nasib baik dia tengah online waktu tu..tu siap dapat pertolongan my twin untuk tanya soalan kat atas tu..huhu

keesokannya saya beritahu mak saya pasal lamaran EBS ni..mak saya suruh hold dulu..tunggu dapat kerja baru terima lamaran dia..tapi saya kan degil..haha..ampun puan emak..ngee..tapi nasib baik mak saya pun tak kisah..mak saya pun terima je pilihan saya..ngee..saya pun tak tahu bila masa saya terima lamaran EBS ni tapi yang pastinya sekarang kami dalam fasa nak menanti hari kami akan disatukan..insyaAllah awal bulan 7 nanti andai tiada aral..insyaAllah..






ok tu je cerita macam mana EBS melamar cik anis..harap memenuhi syarat penganjuran ye cik wahidah.. ^_^

b2b yang berminat nak join contest ni buat cepat-cepat ye..tarikh tutup 5 mac ni.. ^_^