December 31, 2013

b2b | jom exchange link!!!

as-salam

***sticky post***
scroll down for new entry ok!!! ^_^



update ringkas je ni,

saya nak tambah kenalan dari kalangan b2b tak kira la b2b dari negeri johor atau dari negeri mana sekalipun..harap pada mana-mana b2b yang baru terlompat masuk blog saya ni sudi meninggalkan link anda pada entry ini ok..


kerjasama semua yang sudi tinggalkan link selepas ini amat la saya hargai..

salam b2b semua!!! ^_^


p/s: b2b johor tolong btau tau anda dari johor..hehe



December 26, 2013

Imbasan 2013



As-salam.


Pejam celik kita da pun berada di penghujung tahun kan? Sekejap sangat setahun da berlalu.


Mungkin ini entry terakhir Anis di tahun 2013 ini. Lepas ni kita berjumpa di entry 2014 pula ye. InsyaAllah. :)


Untuk entry terakhir di tahun 2013 ini, Anis nak imbas semula perjalanan suka duka Anis dan keluarga sepanjang 12 bulan ini.


Jom baca! Hehe.



******

Januari

Lahirnya puteri cinta hati kami, Nur Aneesa Hani pada 10 Januari 2013. Awal tahun dimulakan dengan fasa berpantang. Hehe.






Februari

Ulang tahun kelahiran Anis yang ke-25 pada 14 Februari, masa ni masih dalam mood pantang jadi tak ada apa-apa sambutan. Makan lauk pantang je la kita ye. Haha.


Dalam masa yang sama, pada 25 Februari pula ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Betul-betul jatuh pada hari terakhir berpantang 44 hari. Hiks. Malam ulangtahun tu suami belanja dinner dekat secret recipe. Aneesa tinggal rumah dengan mak tok dia. Hee. Mummy Daddy feeling dating berdua kejap. ;)


Mac

Fasa-fasa berat hati nak naik kerja semula setelah habis cuti bersalin. Anis delay seminggu juga dari tarikh asal. Unpaid leave pun tak kisah la sebab asyik nak nangis je bila fikir kena tinggal Aneesa dekat rumah. Yela sejak dari dalam perut sampai da bersalin 2 bulan dia ada je sebelah Anis kan, tu yang berat sangat nak naik kerja. Hehe. Anis naik kerja semula 11 Mac.


April

Rekod kedatangan kerja memang berterabur. Ada hari suka-suka hati je Anis tak naik kerja. Akhirnya 20 April Anis say bye-bye pada tempat kerja Anis. Jadi wahm la kita. Hee.


Mei

Ulang tahun kelahiran suami yang ke-30. Jatuh pada hari pilihanraya. Jadi tak ada sambutan. Hiks. Lepas tu Anis gantikan weekend berikutnya belanja suami makan. :)


Jun

Bulan Jun tak ingat la. Rasanya tak ada peristiwa penting kot. Hee.


Julai

Ulangtahun pertama butik baby Anis, MyLuvlyBaby.

Jom cuci mata dekat butik Anis. Macam-macam ada! ;)


Ogos

Beraya pertama kali dengan keluarga kecil kami. Seronok kutip duit raya untuk Aneesa. Mihmih.


September, Oktober, November.

Tak ingat. Hoho. Tapi rasanya tak ada cerita best pun sebab Anis duduk rumah je kan. Tu yang tak ada story nak share dalam blog. Hee.


Disember

Setakat hari ini, rasanya tak ada apa-apa perlu direkodkan. Haha. Seronok tengok anak membesar depan mata. Alhamdulillah.



Ok la tu je rasanya imbasan 2013 Anis. Tak banyak aktiviti yang kami lakukan sebab Anis memang suka duduk rumah jadi tak ada cerita menarik untuk dicoret. Hee.


Sehingga bertemu lagi di tahun depan!



December 17, 2013

maternity / nursing pillow

Salam.


Siapa sekarang sedang memegang title m2b - mummy to be?


Biasanya dalam fasa kehamilan ni la kita akan mula rasa tak selesa nak duduk, tak selesa nak baring. Tidur pun jadi tak lena kan?


Nah, ni Anis nak perkenalkan bantal keluaran MyLuvlyBaby.


Maternity / Nursing Pillow




Bantal ni mula menjadi barang idaman bakal ibu sejak JLo pakai dalam movie kan?

Hehe.


Maternity / Nursing Pillow MyLuvlyBaby ni adalah produk original daripada Butik Bayi Anis tau. Harga yang ditawarkan juga lebih murah daripada pasaran.


Antara kelebihan menggunakan bantal ni:

~ Memberi keselesaan sepanjang tempoh kehamilan sama ada semasa baring atau duduk.
~ Memberi keselesaan untuk duduk selepas bersalin

~ Memudahkan ibu memangku bayi semasa menyusu


~ Membantu menyokong bayi yang baru belajar untuk duduk


~ Dan banyak lagi kebaikan lain untuk seisi keluarga anda!




Kelebihan Maternity Pillow MyLuvlyBaby :



~ Diperbuat daripada kain cotton yang sangat selesa


~ Isi fiber yang sangat mampat
~ Dilengkapi dengan tali yang panjang untuk diikat dipinggang semasa sesi penyusuan


~ Ukuran bantal yang sangat selesa untuk para ibu : 70cm x 50cm x 20cm

~ Percuma bantal bayi sedondon



Harga MyLuvlyBaby?

RM120 sahaja.


Murah kan??


Sesiapa berminat boleh email Anis di : myluvlybaby252@gmail.com

atau

PM di page MyLuvlyBaby di fb.


Kalau ada yang nak borong boleh email Anis juga ye.


Daa~~

December 16, 2013

eh lupa ada blog!



Assalamualaikum!


Aduhai lama betul tak jengah blog sendiri. Hiks.


Entah ada yang baca lagi tak blog sendu Anis ni. Hihi.


Sejak jadi mak budak, sejak jadi surirumah ni memang tak banyak sangat cerita nak dikongsi diblog. Tapi insyaAllah lepas ni Anis akan kembali aktif berblog semula. Nak rekod perkembangan Aneesa Hani pula. Hehe.


Nampak gaya masih ramai b2b yang jengah blog Anis ni. Terima kasih daun keladi. Semoga perkongsian Anis dapat memberikan idea untuk majlis walimah korang. Hehe.


Untuk warming up ni nah, Anis tepek 1 gambar keluarga kecil kami. Tak ada baru sangat gambar ni. Ni masa majlis walimah abang Anis bulan 9 yang lepas.




Ok la, sehingga bertemu lagi di entry lain!


Jangan lupa singgah butik baby Anis : MyLuvlyBaby