July 16, 2013

Pre-order Anak Tudung Haneez untuk hari raya

Salam.


Sempena bakal menyambut bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini, Anis buka semula pre-order untuk anak tudung Haneez.


Pre-order dibuka sehingga minggu pertama puasa (sehingga 16 Julai 2013) dan inner akan dipos kepada pembeli insyaAllah seminggu sebelum Syawal.


Berikut Anis sertakan senarai harga dan warna yang tersedia.


Anak Tudung Haneez

Sehelai : RM8.00
2 helai : RM15.00

Borong, sekodi (20 helai) : RM125



Senarai warna :

1. white
2.cream
3. soft yellow (mustard)
4. yellow
5. light orange (sunkist)
6. orange TM
7. soft pink
8. hot pink
9. red
10. maroon
11. soft green
12. moss green
13. green
14. baby blue
15. blue
16. soft purple
17. purple
18. light brown
19. gold
20. brown
21. grey
22. black


Beza anak tudung Haneez dengan anak tudung di pasaran adalah anak tudung Haneez dipakai dari depan kemudian diikat dibelakang. Jadi bahagian dahi tak melekap dan tak menampakkan muka kita bulat. Gambar ni gambar lama jadi kualiti dia kurang sikit. Nak ambil gambar baru tak sempat pula. Hehe.






Koleksi gambar arkib Anis bergaya dengan inner Haneez :



inner hitam (22)




inner soft purple (16)




inner baby blue (14)




inner hitam (22)


Sesiapa yang berminat nak order boleh email Anis di 2hatijadisatu@gmail.com


ok bye!

p/s: oh ya, kalau nak beli maternity support belt atau barangan baby boleh ke page Anis di fb MyLuvlyBaby atau ke blog MyLuvlyBaby ye.

p/s/s : kalau nak beli shawl cotton XL pula boleh ke online boutique Anis di fb AnisFendy Collection atau ke blog AnisFendy Collection. :)


July 10, 2013

Rumble Tuff Electric Breast Pump Combo Package - Ramadhan Sale!!!



Salam.



Jualan kebaboom sempena bulan Ramadhan ini.



Dapatkan Pakej Kombo menarik Rumble Tuff Electric Breast Pump pada harga RM555.


Harga asal kombo ini adalah RM660.40 dan anda jimat RM105.40!!!



Promosi gila-gila ini berlangsung sepanjang bulan Ramadhan (sehingga 7 ogos 2013)


Melalui pakej kombo ini, anda akan menerima barangan berikut:

1) 1 rumble tuff duo (worth RM569)

2) 1 unit of Jingle Jungle Booboo Mom Cooler Tote (worth RM23.90)

3) 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles (worth RM24.90)

4) 3 pieces of Jingle Jungle ice packs (worth RM26.70) 

5) 3 pairs of Fabulous Mom Washable Bra Pads (worth RM15.90)









Terdapat 3 pilihan warna untuk Jingle Jungle Booboo Mom Cooler Tote seperti berikut :






Jangan lepaskan promosi gila-gila ini!

Email kami di myluvlybaby252@gmail.com

atau layari fb kami : MyLuvlyBaby


untuk keterangan lanjut!!!




July 09, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubaraq!!!

Salam semua.



Alhamdulillah pejam celik kita bakal bertemu dengan bulan Ramadhan lagi esok hari. Kalau tahun lepas pertama kali berpuasa sebagai suami isteri, tahun ni insyaAllah pertama kali berpuasa sebagai mummy daddy pula. Hihi.



Perasaan?


Berdebar!



Sebabnya Aneesa menyusu badan sepenuhnya kan, harap sangat berpuasa tak mengganggu penghasilan susu badan. Hari ni da kena mula banyak minum air kosong untuk persediaan berpuasa esok. Hehe.



Esok juga Aneesa Hani genap 6 bulan usianya. Tapi Anis belum buat sebarang persediaan untuk memperkenalkan Aneesa dengan makanan, jadi tak ada apa yang nak dikongsikan sangat buat masa ni.



Ok la dikesempatan ini, Anis mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubaraq buat semua pembaca blog 2hati-jadi1 ini. Diharapkan Ramadhan tahun ini memberikan berjuta rahmat buat kita semua.



Akhir sekali, terima la gambar terbaru Mummy Anis. Tapi gambar bulan lepas la. Maklum la sejak ada Aneesa Hani, dia saja yang monopoli kamera. Haha.








July 04, 2013

kongsi sikit perkembangan Aneesa Hani

Salam.


Hari ni terasa nak menulis sikit pasal anak dara Anis yang seorang tu siapa lagi kalau bukan Aneesa Hani. Hee.


Sejak ada anak ni, blog memang terabai habis la. Update pasal diri sendiri pun tak ada. Semua Aneesa Hani da ambil alih. Facebook pun apatah lagi, update pasal Aneesa saja la. Tipikal mummy. Hehe.


Semalam Anis dan suami bawa Aneesa untuk pemeriksaan bulanan di kk. Ni pun setelah 2 bulan tak pergi. Asyik la bertangguh kan tapi mujur semalam tak kena bebel dengan nurse. ;)


Anis antara mummy yang memilih untuk tidak memvaksin anak jadi nurse pun tak kisah sangat Anis datang checkup bila. Tarikh temujanji untuk bulan depan pun tak ada sebab ikut suka Anis je nak datang bila. Hehe.


Setakat hari ini, Alhamdulillah kesihatan Aneesa masih di tahap optimum walaupun tidak divaksin. Hari tu je Aneesa kena selsema sikit tapi Anis cuma gunakan penawar semulajadi untuk ubati Aneesa tanpa menggunakan ubat klinik. Apa yang Anis lakukan adalah sapu kunyit pada batang hidung Aneesa, sapu vicks pada dada dan belakang badan Aneesa setiap kali lepas mandi dan sedut hingus Aneesa setiap kali meleleh. Alhamdulillah sekarang Aneesa bebas selsema. :)


Perkembangan Aneesa setakat hari ini di usia 5 bulan 3 minggu:

- pantang dibaringkan terus meniarap
- suka guling2 atas katil sampai hampir jatuh katil..fuhh
- suka dengan bacaan al-Quran Ahmad Saud
- suka membebel
- suka menjerit
- senyum lebar bila mummy dia menyanyi lagu bahasa dia..haha
- dalam proses nak merangkak
- berat terkini 8kg
- masih menyusu badan sepenuhnya


1 Ramadhan nanti insyaAllah Aneesa Hani genap 6 bulan. Tapi Anis masih belum bersedia nak kenalkan Aneesa dengan solid food. Mungkin mula lambat sikit la sebab Anis nak menyusukan Aneesa sepenuhnya selagi boleh tanpa bantuan makanan lagi. InsyaAllah.


Ok la setakat ni dulu perkembangan Aneesa Hani ye. Panjang umur jumpa lagi. Daa~