May 29, 2013

Printed Shawl XL Size di ANISfendy Collection


Salam dan hai.


Bagi rakan-rakan yang mencari shawl bidang besar untuk dipakai sehari-hari, boleh la cuci mata di fb ANISfendy Collection atau di blog ANISfendy Collection.


Anis ada menjual bawal shawl bersaiz XL yang sangat sesuai untuk kawan-kawan yang mencari shawl yang menutup dada.


Antara koleksi yang Anis sediakan :




Printed Shawl Floral





Printed Shawl Butterfly





Printed Shawl Tribal



Semua jenis shawl ni bersaiz 180cm x 110cm


Lebar dan panjang kan? Ia boleh digayakan seperti shawl biasa atau boleh digayakan sebagai tudung bawal shawl mengikut kreativiti anda. Material shawl ni voile sama macam tudung bawal biasa tu.


Harga sehelai Anis jual cuma RM28 sahaja. Kawan-kawan boleh la tengok pilihan warna lain di fb mahupun di blog ANISfendy Collection tu ye.


Jangan segan nak order.


Ada banyak lagi pilihan shawl, blouse dan peplum ada di ANISfendy Collection.


Jemput singgah ye! ;)





May 27, 2013

Perkembangan Aneesa Hani



Salam.


Kali ni Anis kongsikan perkembangan Aneesa Hani pula ye.







1 hari selepas dilahirkan.

Masa ni Anis masih kena tahan dekat wad sebab doktor masih nak check miss V Anis keesokkan harinya. Huhu.

Berat masa lahir 3.03kg.







2 hari.

Bedung guna kain batik sebab kain bedung dah habis guna dekat wad. Maklum la kena tahan 2 malam dekat wad kan. Ngee comel kan bedung kita. ;)








3 hari

Muka masih merah.








6 hari

Hari lahir mak tok yang ke 58 tahun.

Ni nak keluar pergi kk untuk check kuning Aneesa.








7 hari


Anis dan suami cukur rambut Aneesa, daftar nama dia di JPN.







3 minggu

Da tak suka berbedung.






1 bulan

Baju masih menggelebeh. Sekarang cukup-cukup badan je. Hee. Ni tengah mamai baru sudah menyusu.

Masa 1 bulan berat Aneesa sudah 4.1kg








1 bulan 2 minggu


Saya baru nak mandi. Hee.






1 bulan 3 minggu


Mummy bagi puting kosong sebab saya suka mengempeng. Tapi sekejap je pakainya pun. Aneesa tak suka. Huhu.








2 bulan

Da mula tidur buai.

Berat 5.5kg.







2 bulan 3 minggu






3 bulan 1 minggu

Berat da 6.5kg. Ngee.






3 bulan 2 minggu.

Anis da mula pakaikan Aneesa dengan cloth diaper.





Sekarang Alhamdulillah Aneesa da pun berusia 4 bulan 2 minggu dengan berat da hampir 8kg!


Lepas ni memang naik muscle la Anis dukung Aneesa je kan. Hee.


Aneesa juga princess susu sebab kuat mengempeng dan tak suka susu botol. Hee.


Perkembangan lain Aneesa, sekarang da pandai meniarap, 
da pandai angkat bontot nak merangkak, 
da pandai membebel,
da pandai melonjak bila kita dirikan dia,
da kenal mummy daddy,
da pandai gelak kuat-kuat


banyak lagi kot tapi tak terfikir pula masa taip entry ni. Hee



Ok jumpa lagi di entry akan datang!





May 23, 2013

Kenangan Manes Kau dan Aku - 15 bulan 2 hati jadi 1 -


Salam.


Curi masa sikit untuk update blog 2hati-jadi1 ni sekejap.


Pejam celik rupanya sudah 15 bulan Anis dan suami melayari bahtera rumahtangga. Sekejap je masa berlalu kan?


Ulang tahun perkahwinan pertama 25 Februari 2013 yang lalu Anis tak sempat nak update apa-apa entry sebab hari tu betul-betul Anis baru habis pantang 44 hari. Ngee.


Jadi di kesempatan ini, Anis kongsi la sikit kenangan sepanjang 15 bulan ini ye.





25 Februari 2012


Majlis akad nikah berlangsung.














26 Februari 2012


Majlis Resepsi pula diadakan.














28 Februari 2012


Bulan Madu pertama di Lexis Port Dickson.
















4 Mei 2012


Bulan Madu kedua di Langkawi








22 Mei 2012


Eh eh rupanya da 11 minggu hamil. ;)


Padahal sebelum pergi Langkawi buat upt masih negatif tu.







10 Januari 2013


Lahir la permata hati kami Nur Aneesa Hani








Sekejap je masa bergerak kan? 


Kalau dulu berdua, sekarang da bertiga.


Tahun lepas raya berdua, tahun ni InsyaAllah raya bertiga.


Tahun depan berempat pula. Eh?



Hee. Gurau je.


Nanti ada masa Anis update perkembangan Aneesa Hani pula ye.


Sebagai penutup, 


Jom like page ANISfendy Collection di fb!


Kami juga ada blog di ANISfendy Collection.





May 14, 2013

Stok shawl terbaru di ANISfendy Collection



Salam.



Kali ni nak update stok shawl terbaru di ANISfendy Collection pula.


Stok shawl ni ready stock ye. Sesiapa nak order boleh email Anis di 2hatijadisatu@gmail.com atau pm je Anis di page facebook tu ok!






Yang ni printed shawl.

Ada empat pilihan warna : biru, merah, oren dan hitam.


Ukuran shawl ni lebih kurang 173cm x 75cm


Harga sehelai cuma RM18 sahaja.







Yang ni pula shawl sifon Aneesa.


Bahagian hujung shawl ni dipotong membulat dan jahitan tepi setiap shawl menggunakan benang hitam.


Ukuran shawl ni lebih kurang 200cm x 56cm


Sehelai cuma RM25 sahaja.



Jom dapatkan koleksi ANISfendy Collection sekarang!







May 13, 2013

Ready Stock : Satin Deco Pillow Batch 2

Salam.


Kembali bersiaran setelah lama mendiam lagi. Ngee.


Maaf la ye. Sejak jadi wahm ni memang tak sempat nak update perkembangan diri dalam blog. Anis cuma sempat update stok jualan je. Hehe.


Ini pun update ringkas sekadar nak beritahu stok bantal deko ready stock yang ada sekarang ni.


Berikut adalah bantal deko yang menanti tuan baru.









Setiap set mengandungi 4 biji bantal sama warna berharga cuma RM25 sahaja.


Ukuran bantal deko ini adalah lebih kurang 30cm x 30cm.


Material yang Anis gunakan adalah satin dan isinya fiber.


Untuk penghantaran boleh pilih antar dua pilihan berikut:

Pos domestik = RM7
City Link = RM15


Kenapa tak guna Poslaju?
Sebab poslaju akan kira metrik dan harganya lebih mahal dari harga satu set bantal.


Sesiapa berminat dengan bantal deko ready stock ni boleh email Anis di 2hatijadisatu@gmail.com


Kalau nak warna lain yang tak ada dalam gambar boleh request ye.




Yang ni pula warna yang di request oleh pembeli yang terdahulu :






Kalau nak warna yang macam pembeli Anis ni order boleh email ye.


Anis menanti email dari anda semua!


Oh lagi satu,


Jemput like online butik Anis di facebook.




Dan butik baby Anis yang ni:





Jumpa lagi!