March 27, 2013

Review : Breastpump pilihan


Salam.

Kembali menulis setelah beberapa ketika menghilangkan diri dari dunia blogging. Ngee. Bukan sengaja tapi sejak status bertambah daripada hanya menjadi seorang isteri kini menjadi seorang mummy juga maka banyak benda yang dulunya aktif kena tolak tepi dulu demi anak. Antara yang terpaksa ditolak tepi adalah blog kesayangan hamba ini. ;)


Untuk pengetahuan semua, Anis dah pun naik kerja semula sejak 14hb Mac lepas. Sedih sangat tau nak tinggalkan Aneesa Hani. Yela 2 bulan cuti mengadap dia je dekat rumah kan, tiba-tiba kena tinggalkan dia memang berlinang juga la air mata ni masa hari pertama naik kerja. Huhu. Tapi sekejap je Anis akan tinggalkan Aneesa sebab mulai bulan 5 nanti insyaAllah Anis adalah seorang working at home mummy. Anis akan berhenti daripada kerja sekarang ni dan tumpukan perhatian pada perkembangan tumbesaran Aneesa. Sambil-sambil tu uruskan bisnes online dan buat beberapa tugasan lain demi mencari sedikit duit poket. Hehe.


Ok tujuan update blog hari ni adalah Anis nak review lagi berkaitan dunia mummy ni. Kali ni Anis nak review breastpump pula. Antara barangan yang wajib ada dalam checklist shopping sebelum baby keluar tau. Pilihan Anis adalah Medela Freestyle.




Breastpump pilihan ;)



Kalau tanya harga, semua orang tahu harga Medela FS ni memang telan air liur kan? Ngee. Tapi Anis beli secara kutu daripada kak aja (nama fb : ajasu mybreastpumpshop). Buat 6 kali bayar jadi tak terasa sangat duit keluar beli pam ni. Anis mula bayar masa bulan 11 tahun lepas, dapat pam pula pertengahan bulan 12 sebab Anis request pada kak aja untuk hantar pam awal sebab takut baby keluar awal. Mujur kak aja baik hati bagi juga Anis dapat pam awal walaupun turn Anis dapat sepatutnya awal  bulan 1. Sekarang da habis bayar pun. Tak terasa langsung da keluarkan 1.7k untuk beli pam ni. Ngee.


Anis mula menggunakan pam ni 4 5 hari lepas Aneesa Hani lahir sebabnya nipple Anis melecet. Sakit kalau bagi Aneesa direct feed jadi Anis kena pam susu dan bagi Aneesa minum guna botol. Da lama-lama melecet da kurang baru bagi Aneesa direct feed semula dan Anis mula mengepam untuk buat stok pula. Anis mula buat stok sejak seminggu lepas Aneesa lahir tau. Alhamdulillah susu memang sangat meriah sampaikan kalau tak nak pam dan bagi Aneesa menyusu sebelah je, sebelah lagi mesti banjir sampai lencun baju. Ngee.


Anis puas hati sangat dapat guna Medela FS ni. Sekali pam dalam masa 10 minit macam tu breast da kosong  dan dapat hasil tenusu purata 7-9oz setiap sesi. Kadang-kadang dapat lebih, kadang-kadang kurang sikit. Ikut rezeki sesi tu la. Hehe. Setakat hari ni, usia Aneesa dua bulan setengah, stok EBM untuk Aneesa ada lebih 100 bungkus dalam storage bag yang mana setiap satu bungkus tu purata susu antara 4oz – 7oz. Semuanya hasil perahan menggunakan FS je. Alhamdulillah rezeki Aneesa dapat minum susu ibu dengan meriahnya. ;)


Kalau nak suruh Anis bandingkan dengan breastpump lain memang tak dapat la Anis nak bantu sebab Anis cuma ada satu ni je breastpump. Tapi kalau tanya pasal FS ni pada Anis, memang Anis bagi A+ la dari segi kepuasan penggunaan. Hehe.


Ramai bakal ibu takut nak beli breastpump awal-awal sebab takut susu badan tak ada. Tapi tu adalah silap besar ok. Kesilapan satu, awal-awal dah negative thinking cakap susu tak ada. Kesilapan kedua, bila beli lepas bersalin takut-takut pam belum sempat beli breast da bengkak sampai demam-demam. Hah siapa susah masa tu? Sendiri punya badan la kan. Jadi adalah lebih baik beli siap-siap sebelum bersalin. Tak kisah la pam murah ke, mahal ke, manual ke, auto ke. Yang penting mesti sediakan breastpump juga. Kalau tak nak beli breastpump, belajar la teknik marmet. Hehe.


Sampai sini dulu ye. Nanti ada kelapangan Anis akan update blog lagi. Oh ya, untuk sesiapa yang ada tinggalkan komen soalan pada mana-mana entry lama Anis terutamanya berkaitan hal wedding dulu, Anis harap kalau korang nak jawapan dengan lebih cepat, korang email la Anis ye. Anis malas sikit nak buka satu-satu entry semata-mata nak balas komen. Tak sempat pun ye juga. Kalau email insyaAllah Anis akan balas secepatnya. ;)



March 26, 2013

Warkah Buat Anak Mummy Dan Daddy


Catatan ini dicoret pada 21 November 2012. :)


Assalamualaikum bakal anak mummy dan daddy.


Kamu apa khabar wahai anak? Mummy harap kamu sihat-sihat sahaja dalam rahim mummy. Membesar dengan jayanya ye. :)


Tujuan mummy menulis warkah ini adalah untuk menyatakan perasaan kasih dan sayangnya mummy kepada kamu. Kamu harta mummy dan daddy yang paling bernilai sayang. Mummy bersyukur dengan kehadiran kamu dalam rahim mummy ini.


Di awal kewujudan kamu dalam rahim mummy, mummy langsung tak dapat apa-apa petanda. Malah kamu sudah pun mengikut mummy dan daddy berbulan madu kali kedua di Pulau Langkawi! Pandai kamu menyuruk ye sayang. Nakal! ;)


Pada Maghrib 1 Rejab bersamaan 21 Mei 2012, mummy tergerak hati menjalankan ujian air kencing dan syukur, jawapannya positif. Kamu da wujud dalam rahim mummy sayang! Kamu la juara! ^_^


Mummy dan daddy menjalankan scan untuk mengetahui usia kamu. Seperti yang ibu coretkan di atas, sewaktu scan dilakukan kamu sudah pun berenang-renang dalam rahim mummy selama 11 minggu sayang. Mummy langsung tak menyedari kewujudan kamu. Mujur la kamu kuat sayang. Kamu terus berkembang dalam rahim mummy walaupun mummy tak menyedari kewujudan awal kamu. Mujur juga mummy dilindungi daripada hentakan dan bahaya yang boleh membahayakan keselamatan kamu. Alhamdulillah.


Seminggu selepas mummy mengetahui kewujudan kamu dalam rahim mummy, mummy jatuh sakit sayang. Mummy demam terkejut! Hehe. Pandai anak mummy dan daddy ni buat surprise kan. Sampai demam mummy dibuatnya. Seminggu mummy cuti sakit ekoran terlalu lemah kondisi badan mummy waktu itu. Selera makan berkurang, muntah-muntah, makan ubat pun tak mahu sampai daddy marah-marah mummy. Daddy garang kan sayang. Hiks. (gurau je daddy, jangan marah ;) )


Kini, pejam celik kita sudah pun mengembara ke trimester ketiga. Kamu terus berkembang dalam rahim mummy pada usia 32 minggu. Sudah tak lama sayang untuk kita bertemu mata! Mummy berdebar! Kamu terus mengembangkan mummy sampai mummy 'terpaksa' mengulang pakai baju yang sama setiap minggu. Hehe. Mummy tak mahu membazir beli banyak sangat baju maternity sayang. Cukup la apa yang ada ni asalkan mummy masih selesa memakainya. ;)


Semalam, (20112012) mummy menjalankan pemeriksaan bulanan di kkia. Kita sempat berjumpa sayang sebab doktor menjalankan scan ke atas perut mummy. Berat kamu pada usia 32 minggu ini adalah 1.8kg. Harap-harap masa melahirkan nanti berat kamu tak banyak sangat ye. Penat mummy nak teran nanti. Hehe.



Wahai bakal anak mummy dan daddy,


Mummy dan daddy tak mampu menjanjikan kemewahan untuk kamu bila kamu lahir kedunia nanti. Keperluan asas kamu yang mummy dan daddy sediakan untuk menanti kelahiran kamu nanti juga bukan la barangan mewah lagi berjenama. Kami sediakan apa yang kami mampu untuk kamu sayang.


Tiada baju berjenama mewah untuk kamu. Tiada barangan bernilai mahal untuk kamu. Semuanya serba sederhana. Harap kamu terima pemberian kami dengan hati terbuka ye sayang. Ada juga barangan kamu yang tiada di pasaran. Kerana apa? Kerana ianya mummy buatkan khas untuk kamu sayang. Mummy sediakan dengan penuh kasih sayang untuk kamu. Barangan jenama tangan mummy. ;) 


Kurang lebih 8 minggu lagi kita akan bertemu mata sayang. Mummy dan daddy doakan kamu lahir sihat dan sempurna hendaknya. Mummy akan berusaha menjadi mummy terbaik untuk kamu sebagaimana mummy sedang berusaha menjadi isteri terbaik untuk daddy. Kita saling bekerjasama ye sayang!


Sepanjang kamu dalam rahim mummy, banyak tekanan dan ujian yang mummy dan daddy terima. Tapi mummy harap kamu tak stress dalam rahim mummy tau. Biarlah setiap tekanan dan ujian tersebut mummy hadapinya ditemani daddy. Kami akan pastikan kelahiran kamu nanti adalah kelahiran terindah sayang. Mummy dan daddy akan menjaga kamu sepenuh hati kami. In shaa Allah. Kita abaikan manusia yang berhati busuk tu kan sayang.


Bila sayang da lahir nanti, sayang membesar sebagai insan yang berbudi pekerti ya. Mummy dan daddy akan berusaha mendidik sayang dengan asas ilmu agama. Memberikan sayang ilmu tentang kehidupan. Mendidik sayang tentang sifat mahmudah dan mazmumah. Mengajar sayang apa yang baik dan apa yang buruk. Membimbing sayang agar menjadi seorang yang berakhlak mulia dan tahu menghormati perasaan orang lain. Sayang jangan menyakiti hati orang sekeliling sayang dengan kata-kata dan tindakan yang tidak elok ye. Itu bukan sifat Rasulullah. Ingat tau sayang!


Mummy tahu anak mummy dan daddy ni sopan santun orangnya walaupun dalam rahim mummy bukan main cergas lagi kamu bermain. Buli mummy hari-hari. Tapi mummy sayang kamu sepenuh hati mummy. Biar pun mummy tak ada harta benda, dengan kewujudan kamu, kamu lah harta mummy dan daddy yang paling berharga. Sayang kamu kerana Allah!


Sampai di sini dahulu coretan mummy buat kamu. Semoga kamu kekal sihat dan sempurna dalam rahim mummy sehingga saat melahirkan nanti ye. Mummy dan daddy sabar menanti kelahiran kamu sayang. Jaga diri tau. Sayang bakal anak mummy dan daddy!


Mummy~

March 25, 2013

Perjalanan tidur Aneesa Hani


Entry ini adalah hasil copy-paste daripada post Anis di group fb sabtu lepas. Kira aci la eh jadikan entry blog. Hehe. Maafkan penanda wacana yang berterabur itu ye. Ngee.





salam sabtu..


sekadar nak berkongsi perjalanan tidur aneesa hani..(sementara bos tak masuk opis lagi ni..hehe)


masa dalam hari dulu, memang satu cabaran la sebagai seorang ibu baru..mana nak jaga luka jahitan, mana nak faham anak lagi..stress baru nak nyenyak tidur aneesa da merengek nak menyusu, stress dengan puting melecet sampai terangkat badan setiap kali aneesa nak menyusu..macam-macam..tapi bagi anis paling tak tahan bila tak cukup tidur la..huhu..anis ni jenis suka tidur..masa hujung pregnant pun masih nyenyak tidur walaupun orang lain ada yang susah nak tidur bila perut makin membesar..jadi bila aneesa da keluar tiba-tiba tak dapat tidur lena tu yang stress..hehe..



masa dalam hari tu juga mak anis belikan aneesa buaian walaupun anis tak nak ajar aneesa berbuai langsung..tapi da mak belikan, ayah pun da bising kata nanti anis naik kerja susah nak jaga aneesa, maka anis terpaksa terima je..huhu..bermula episod aneesa tidur berbuai..yang ni pun buat anis stress sebabnya palang buai tu lebar dan tinggi..tak boleh tarik bawa masuk bilik..bila tengah malam aneesa nak tidur berbuai tak nak di pokpok atas katil, maka anis kena la duduk dekat ruang tamu sorang-sorang tengah-tengah malam buaikan aneesa sampai dia da betul-betul nyenyak baru boleh angkat dia masuk bilik..tak boleh tengok tv sambil buaikan aneesa sebab nanti dia akan terjaga semula..kena senyap sunyi je..seram ok!



bila aneesa dekat 2 bulan, anis belajar susukan aneesa secara baring..sebelum tu tak pandai nak nyusukan cara baring..rasa susah je..tu yg setiap kali aneesa nak menyusu tengah malam masa dalam hari dulu anis banyak kali kena bangun dari baring dan duduk menyandar dekat kepala katil..kadang sampai anis tidur terliuk-lentok masa duduk tu..ada satu masa sampai suami yang tampung kepala anis sebab da menyenget ke dia..ngee..owh sebab banyak kali duduk-baring masa dalam hari dulu, sampai sekarang anis masih terasa sakit dekat miss v..tak la sakit sangat tapi terasa juga la sakit tu..tak tahu nak terangkan macam mana..mungkin nanti anis nak berurut semula takut rahim turun semula ke..huhu



bila da pandai nyusukan aneesa cara baring ni, alhamdulillah anis dengan suami pun da boleh tidur lena sepanjang malam..jadual tidur aneesa pun da boleh baca..sekarang ni area pukul 9.30pm-10pm aneesa akan merengek nak menyusu..tapi kali ni dia automatik tak nak nyusu dalam keadaan anis duduk dan tampung dia..masa ni masukkan dalam buai pun dia akan merengek minta keluar..area waktu ni adalah waktu dia nak menyusu sambil baring sebelah anis..nak tak nak kena la lupakan cerita tv yang da plan nak tengok sebab kena masuk bilik tidurkan aneesa..hehe..



bila masuk bilik, lampu tidur kena pasang siap-siap..biar bilik malap je..tukar lampin aneesa lepas tu aneesa dengan anis pun baring sama-sama..mengempeng la aneesa sampai dia tertidur..selalunya dengan anis sekali ikut tidur walaupun baru pukul 10pm..hehe..aneesa akan tidur nyenyak sampai subuh..kalau nak menyusu pun dalam pukul 5am macam tu dia kuis-kuis tangan dia..anis buka mata, angkat baju, sua breast dekat aneesa terus sambung tidur..aneesa pun menyusu sambil mata terpejam lagi..hehe..



so far, ini perjalanan tidur aneesa..da tak sesukar masa dalam hari dulu malah mummy aneesa boleh tidur lena semula macam zaman sebelum aneesa lahir dulu..hehe..buat mummy lain yang masih melalui fasa mata panda, banyakkan bersabar ye..nanti baby da makin besar, dia akan ada jadual tidur yang lebih sistematik.. ;)



March 13, 2013

Review : Bersalin di hospital kerajaan

Salam.



Kali ni Anis nak review berkaitan hospital pula. Mungkin perkongsian Anis ni boleh membantu para bakal ibu dalam nak membuat pilihan sama ada nak bersalin di hospital kerajaan atau swasta.



Sebelum Anis bersalin, Anis ada juga buat kajian la sikit kan berkaitan hospital yang akan Anis serah diri untuk bersalin nanti. Anis bersalin di hospital kerajaan di kluang je.Nama rasmi dia apa eh. Hospital Enchee Hajah Besar gitu la kot. Tak ingat sudah. Sebab selalunya cakap hospital kluang je. Hehe. Hospital yang ni hospital baru jadi susah sikit nak dapatkan review daripada blogger kluang. Mungkin belum ramai yang blogger yang bersalin dekat situ kot.


Ada seorang senior sekolah merangkap kakak usrah Anis pula sanggup tengah sakit-sakit nak bersalin berdesup ke hospital batu pahat. Jadi Anis macam pelik kenapa dengan hospital kluang? Teruk sangat ke layanan dan servis dia?


Mari Anis kongsikan pengalaman Anis.




Wad bersalin


Anis kena tahan dekat hospital selama 5 hari 4 malam. Lama kan?


Masa mula-mula masuk Anis kena duduk wad kelas 3 dengan katil tambahan. Memang tak seronok la. Tapi kebetulan hari tu ramai pula ibu mengandung kena tahan wad. Ada yang memang nak bersalin, ada yang asma, ada juga yang sebab darah tinggi macam Anis. Memang penuh la wad malam tu.


Masuk malam kedua Anis dapat pindah masuk kelas 2 sebab Anis ada GL dan wad kelas 2 pun da ada katil kosong. Wad kelas 2 memang sangat selesa. Dengan aircond lagi kan. Malam kedua memang tidur nyenyak la sebab Anis memang suka sejuk-sejuk ni. Hee.


Malam ketiga pula malam selepas Anis bersalin. Disebabkan Anis kena diletakkan dibawah pemantauan nurse, jadi Anis diletakkan di wad kelas 3 semula. Malam ni ramai yang da keluar wad jadi wad kelas 3 pun lengang je. Cuma 3 4 katil je yang ada pesakit. Disebabkan da tak ramai, keadaan adalah sangat selesa. Tenang je rasa.


Malam ke-empat pun Anis diletakkan di wad kelas 3. Masih di katil yang sama macam malam ketiga.



Layanan nurse


Sepanjang 5 hari 4 malam di tahan dekat wad, Alhamdulillah layanan nurse semua baik-baik. Tak tahu la mungkin bonus untuk Anis kot sebab abang dan bakal kakak ipar dua-dua kerja dekat hospital tu kan. Jadi nurse kenal dua-dua. Tapi nurse cuma tahu Anis ada kaitan dengan diorang pun lepas Anis da selamat bersalin iaitu pada malam ketiga sebab abang Anis datang wad malam-malam nak tengok anak saudara dia. Hehe. Lepas daripada tu asal nurse datang katil Anis je mesti tanya "awak ni adik fizi eh? patut muka ada iras" Hehe. Dua malam yang pertama nurse tak tahu pun abang Anis kerja hospital, tapi layanan masih tetap mesra dan baik.



Layanan nurse di dewan bersalin pun baik-baik belaka. Masa Anis salah teran pun tak ada pun kena tengking ke apa. Semua cakap sopan-sopan je. Sampaikan masa Anis da siap jahit Anis boleh borak-borak dengan ketua nurse dekat dewan bersalin tu. Siap tanya pasal jamu la, makanan pantang la. Dia pun layan je Anis borak. Hehe.



Layanan doktor


Kebanyakan doktor semua baik-baik. Anis cuma tak puas hati dengan seorang doktor je. Doktor yang tarik tiub kencing dengan keluarkan gumpalan kain dalam rahim Anis tu. Geram sangat dengan dia. Kasar betul. Lepas tu cakap nak tegas je. Tak tahu agaknya orang menahan sakit ni. Doktor tu belum kahwin memang tak tahu sakit bersalin tu macam mana. Puii.


Makanan


Makanan dekat hospital sedap-sedap. Hihi. Ada hari Anis dapat nasi briyani lagi tau. Lauk-pauk makan tengah hari dengan makan malam pun sedap-sedap semuanya. Harus makan sampai licin tray. Ngee.




Apa lagi eh nak review pasal hospital kerajaan ni?


Rasanya tu je kot. Nanti kalau ada lagi Anis akan update entry ni eh.


Sebagai penutup:




Berposing dalam surau masa solat maghrib 9hb. Owh nampak perut besar tu sila jangan tertipu ye. Tu sebenarnya gumpalan kain banyak sangat dekat perut. Hehe. Baju pink ni uniform dekat wad. Sepanjang dekat wad pakai baju ni je la.



Ok jumpa lagi!






March 11, 2013

Review : Maternity Support Belt

Salam.


Bertemu lagi. Hihi. Kebetulan Aneesa tengah tidur ni boleh la curi-curi update entry sekejap.


Kali ni Anis nak review salah satu keperluan semasa mengandung pula. Sepatutnya review ni dulu baru review selepas bersalin kan. Tak kisah la mana-mana pun. Hehe.


Mummy to be semua, pernah tak korang rasa sakit sangat pada miss v lagi-lagi masa nak duduk atau nak bangun dari duduk? Pernah tak rasa sakit pinggang masa nak bangun dari tidur? Pernah tak rasa ngilu kat rahim masa nak berjalan?


Mesti pernah kan? Anis sendiri mengalami gejala-gejala di atas sepanjang mengandung lagi-lagi bila da masuk trimester ketiga. Bila nak bangun dari duduk mesti kena letak tangan pada bahagian bawah perut lepas tu baru angkat punggung nak berdiri. Kalau terus bangun je dari kerusi memang rasa perut tu menindih sangat pada rahim.


Lepas tu Anis pun mengadu la pada suami pasal sakit perut ni. Suami tolong carikan tali pinggang untuk ibu hamil untuk Anis pakai.


Anis mula pakai masa kandungan masuk 7 bulan kalau tak silap. Memang selesa sangat. Bila nak bangun dari duduk dah tak payah nak letak tangan bawah perut da. Lagi satu, masa pakai tali pinggang ni Anis tak perasan pun kadang-kadang yang Anis tengah pakai tali pinggang ni. Macam tak pakai je. Hehe.


Mummy to be yang ada masalah yang sama macam Anis hadapi masa mengandung dulu boleh la dapatkan tali pinggang ni. Anis ada jual juga. Korang boleh like page Anis dekat fb:







Ini rupa tali pinggang yang Anis pakai tu.


Kalau mummy to be pernah search pasal tali pinggang ni korang akan perasan tali pinggang ni sama rekaannya dengan satu lagi jenama. Yup memang ianya sama cuma warna dan jenama je yang berbeza.


Yang Anis jual ni Anis ambil direct dari kilang dia jadi tak ada jenama lagi.


Apa yang pasti harganya lebih murah daripada jenama lagi satu tu dan kualitinya adalah sangat sama.


Kalau ada yang berminat nak dapatkan tali pinggang ni boleh like page Anis tu untuk order ye. Kalau tak ada fb, boleh email Anis untuk order.


Thank you!




March 07, 2013

Review : Pad Bersalin Pureen

Salam.


Fuhh..fuhh..Sebulan tanpa entry baru. Hee.


Maklumlah sejak dah selamat bersalin ni kan, masa banyak tertumpu pada anak je. Kadang tu masa untuk diri sendiri pun tak sempat. Inikan pula nak luangkan masa menaip entry kan.


Banyak nak kongsi dalam blog ni. Lagi-lagi pengalaman sebagai ibu, perkembangan baby Aneesa dan macam-macam lagi la. Tapi tu la, nak online guna laptop ni tak boleh lama-lama. Kadang sebelah tangan dekat laptop, sebelah lagi tengah buai Aneesa. Selalu Anis online guna hp tengok fb je. Hee.


Ok entry kali ni Anis nak review sikit benda berkaitan dengan persiapan nak bersalin. Salah satu barang mesti ada adalah pad.


Masa Anis beli barang baby dulu, Anis beli sekali pad bersalin. Pad pilihan Anis adalah Madame Maternity Pads daripada Pureen. Anis beli pek yang 20 keping je.


Daripada pengalaman Anis menggunakan pad ni, secara jujurnya la kan, urgghhhh tak selesa!


Pad pureen ni lapisan atas dia lembut. Berbeza dengan pad datang bulan tu. Pad yang ni bahagian atas dia tak ada jahitan sulam bentuk 8 kat tengah dia tu. Ala korang mesti faham kan.


Disebabkan bahagian atas dia cuma lapisan kapas yang tak dijahit melekat dengan lapisan bawah dia, bila Anis duduk kemudian nak bangun, bila tarik seluar dalam mesti lapisan kapas yang paling atas tu akan melekat pada luka jahitan Anis.


Sangat tak selesa tau. Luka jahitan Anis da la banyak kan, lepas tu pad ni melekat pula dekat luka tu. Rimas betul rasanya. Tapi mujur darah yang keluar banyak cuma beberapa hari pertama je. Lepas tu terus keluar sikit-sikit je. Masa ni Anis kirim pada suami belikan pad kotex slim je. Mujur suami tak segan nak belikan. Hee.


Sejak dari tu Anis cuma pakai pad kotex slim je sampai la darah kering. Lagi selesa walaupun sakit pada bekas jahitan masih terasa sikit-sikit tapi bila bangun dari duduk tak ada la pad melekat pada luka lagi. Hee.


Pendapat Anis, bagi m2b yang nak beli pad, boleh beli pad pureen ni tapi beli pek yang 20 keping ni je la. Tak pun yang 10 keping tu. Tak payah beli yang 40 keping tu. Bila da habis 20 keping tukar je pakai pad period yang biasa korang pakai. Anis beli yang 20 keping tu pun masih berbaki lagi sebab tak rela da nak pakai. Hehe.





Ini pad yang Anis maksudkan. Harga untuk 20 keping tu dalam RM13 macam tu la.





Ok sampai di sini dulu review Anis berkaitan pad ni ye. Hehe.





Terselit satu gambar masa honeymoon dulu. Lalalala. ^___^