February 04, 2013

menu sepanjang hamil

Salam.


Anis datang lagi. Hihi.


Terima kasih pada yang wish tahniah dalam entry sebelum-sebelum ni. Malas nak balas dekat ruangan komen jadi taip di sini je la eh. Hihi. Terima kasih pada yang simpati atas nasib diriku dijahit-jahit itew. Dan buat mummy to be yang baca pengalaman Anis dalam entry lepas, jangan la takut ye. Doa banyak-banyak pada Allah in shaa Allah dipermudahkan jalan kalian nak melahirkan nanti. Sakit bersalin tu tak sakit mana. Percayalah. Macam sakit nak membuang tapi sembelit je. Masa teran tu memang feeling tengah teran najis je. Hee. (orang yang da banyak kali sembelit memang statement dia macam ni la..lalalala)


Ok kali ni Anis nak kongsi menu Anis sepanjang hamil dulu. Sebab ada  komen yang tanya Anis tak makan pedas ke sampai koyak teruk tisu rahim tu. Jadi entry ni kira macam menjawab sekali la pertanyaan itu ye. Menu-menu ni kira macam rutin, macam kegemaran, macam hampir setiap minggu makan. Lebih kurang gitu la.


Menu 1 : AIS

Hehe. Ais dan Anis memang kawan baik. Tak boleh dipisahkan ok! Minuman berais merupakan minuman harian. Teh ais, milo ais, horlick ais. Semua pun nak letak ais. Sebabnya masa mengandung ni badan panas sungguh. Jadi Anis tak boleh tinggalkan ais. Orang lain marah Anis pun Anis tak peduli. Aku yang panas kot. Lalala. Mak mentua bising Anis suka minum ais bila balik yong peng pun Anis cuma balas dengan senyuman kerang busuk je. Hiks.


Menu 2 : PEDAS

Tekak melayu kan. Makanan kalau tak pedas alahai hilang selera. Sepanjang mengandung Anis masih lagi makan pedas. Sedangkan petang sebelum tahu Anis mengandung dulu pun Anis belasah nasi goreng kampung pedas tahap gaban dekat kedai kot. Hee. Sepanjang mengandung ada je menu asam pedas, lada hitam, cili padi, sambal goreng, sambal kicap pakcik pisang goreng depan rumah, rojak petis. Haih taip menu-menu ni masa pantang memang menguji iman betul. Hee.


Menu 3 : SUSU KAMBING

Masa awal mengandung Anis minum anmum. Tapi sekejap je dalam sebulan dua gitu je kot sebab lama-lama rasa muak pula dengan anmum. Lagi-lagi kalau minum anmum suam. Anis dulu bancuh anmum lepas tu simpan dalam peti ais biar sejuk dulu baru minum. Baru rasa milky sikit. Tapi bila da masuk trimester kedua Anis bertukar kepada Hi-Goat. Sebab susu kambing boleh elak baby kena jaundis. Tapi masa baby Aneesa lahir ada juga la kuning sikit dalam seminggu macam tu baru surut. Oh ya, masa pantang ni pun Anis masih minum Hi-Goat. :)


Ini antara menu Anis sepanjang mengandung lepas. Tak pasti ada lagi tak sebab tiba-tiba rasa blank tak tahu nak letak menu apa ya ke-empat. Nanti kalau ada lagi Anis akan update ye. Hee.


Jadi daripada menu-menu ni adakah ianya punca tisu rahim Anis lembut? Rasanya tak pun. Tapi menurut tunang abang Anis, tisu rahim Anis lembut mungkin sebab keturunan juga sebab mak Anis cina kan. Tunang abang Anis kata selalu patient cina memang tisu rahim diorang lembut. Oh tunang abang doktor tu yang dia cakap pada Anis masa dekat wad hari tu.


Ok la sampai sini dulu ye. Nak gomol Aneesa Hani pula. Daa~