January 29, 2013

pengalaman bersalin part 2


Salam.


Ok mari bersambung ke bahagian dua pula ye.




Dalam dewan bersalin, sakit masih sama macam tadi. Contraction makin kerap. Doktor datang masukkan ubat lawas dan pecahkan air ketuban. Lepas air ketuban pecah memang bertambah sakit perut ni. Anis mengiring ke kanan ke kiri menahan sakit. Bidan pula pesan jangan teran kalau sakit sebab bukaan belum cukup lagi. Jadi setiap kali sakit Anis cuma tahan je sambil takut terteran pula. Beberapa minit lepas tu bidan tanya ada rasa nak teran tak? Anis geleng je padahal kalau ikutkan hati memang da nak teran da. Hehe. Kali kedua bidan tanya lagi terus Anis kata ada! Masa ni terus semua yang ada dalam bilik bersalin tu siap sedia nak sambut baby.


Maka bermula la kejadian push push. Masa tengah push tu suami pula telefon Anis tapi sebab masa tu tengah sibuk meneran memang tak terangkat la telefon tu kan. Hehe. Tengah sibuk meneran tu juga bidan tanya suami nak masuk sambut bayi tak, Anis jawab je tak tahu padahal awal-awal da plan dengan suami dia nak masuk sekali tapi sebab Anis tak tahu suami da ada dekat luar hospital ke tak tu sebab Anis jawab je tak tahu. Huu. 


Lepas 2 3 kali teran akhirnya jam 3.40 petang selamat la bayi perempuan kami lahir kedunia. Perasaan lepas baby da keluar, rasa macam lapang sangat. Perasaan macam orang high baru lepas hisap ganja pun ada kot. Haha.


Alhamdulillah sakit bersalin yang Anis alami tak lama. Kurang 6 jam semuanya da selesai. Tapi bahagian kita lain-lain kan. Anis senang nak bersalin tapi Allah uji di bahagian lain. Tisu rahim Anis koyak teruk. Siap ada bengkak lagi pada pintu rahim. Kalau orang lain cuma jahit luar je, Anis kena jahit dalam sekali. Tapi tisu dalam Anis terlalu lembut. Doktor kata macam taufufa. Tarik benang kuat sikit je koyak. Uhuu. 


Doktor kata Anis suka minum soya masa mengandung tapi Anis nafikan sebab soya bukan minuman harian Anis pun cuma kadang-kadang je tekak ni nak air soya baru Anis minum. Proses menjahit je mengambil masa sejam lebih. Memang sangat lama sampai lenguh-lenguh kaki ni terkangkang. Ngee. Anis juga dipakaikan tiub air kencing sebab nak elakkan luka jahitan Anis kena jangkitan. Seksa tau pakai tiub tu. Huu. Selain tiub, lubang rahim Anis juga disumbatkan dengan kain yang dicelup ubat kuning sebab tak nak ada jangkitan pada luka bahagian dalam tu. Seksa gila!


Bila da selesai menjahit baru suami dibenarkan masuk. Anis nampak je suami terus menangis. Ya Allah syukur dapat jumpa suami lagi. (mengalir air mata taip ayat ni) Anis terus salam suami. Suami pula minta maaf sebab tak sempat nak sama-sama sambut baby. Suami sampai hospital 5 minit lepas Anis selamat melahirkan anak kami. Tapi Anis tak kisah da sebab rasa lega sangat dapat tengok suami depan mata Anis waktu ni. Masa suami azankan baby pun mengalir lagi air mata ni. Rasa macam mimpi da jadi mummy. ;)


Anis di bawa semula ke wad dalam pukul 7 lebih macam tu. Malam pertama tidur dengan baby, memang kekok habis sebab nak menahan sakit dekat bawah tu, pergerakan terbatas sebab tiub air kencing lagi. Memang sangat menguji.






11 Januari 2013

Pagi ni seperti biasa doktor akan datang untuk check setiap pesakit. Anis kena ke bilik pemeriksaan sebab doktor nak check luka jahitan dan keluarkan gumpalan kain yang disumbat pada lubang rahim Anis berserta dengan nak keluarkan tiub air kencing sekali. Ya Allah ngilunya masa doktor tarik gumpalan kain dan keluarkan tiub tu. Lepas da keluarkan tu doktor nak seluk pula untuk check luka dalaman Anis sama ada darah beku masih ada atau tidak. Masa ni Anis surrender. Anis memang ngilu sangat. Anis nangis-nangis tak nak doktor tu teruskan seluk lagi. Memang sangat sakit. Doktor marah Anis pun Anis tak kira. Memang sakit sangat masa ni. Akhirnya doktor mengalah dan bagi Anis rehat dulu. Petang nanti baru seluk. Fuhh. Anis terus balik ke katil sambil nangis-nangis. Sakit sangat. Sakit seluk lebih sakit dari sakit beranak. Huks.


Petang tu dalam pukul 2 lebih macam tu nurse panggil Anis untuk seluk lagi. Kali ni Anis da prepare mental. Demi nak keluar wad punya pasal, Anis kena hadapi juga tragedi seluk ni. Uhuu. Petang ni doktor lain yang seluk. Lebih sopan dari doktor pagi tadi. Bila doktor da siap seluk, tengok-tengok masih ada bengkak yang kena dipecahkan pada pintu rahim Anis. Doktor tu kena buka sikit jahitan untuk pecahkan bengkak tu kemudian kena jahit semula. Ya Allah dugaan apakah ini? Masa doktor tu buka jahitan dan pecahkan bengkak tu tak la sakit sangat. Tapi bila kena jahit semula tu yang seksa!


Lepas je doktor tu siap keluarkan darah beku, Anis dibawa semula ke dewan bersalin untuk dijahit semula tempat yang doktor dekat wad bersalin da buka tadi. Ya Allah ini la yang paling sakit dan paling seksa bagi Anis. Walaupun doktor kata jahitan tu cuma sepanjang lebih kurang 1 inchi je, tapi sakitnya sukar untuk Anis gambarkan. Anis sampai kena ambil oksigen, disuntik ubat tahan sakit, dibius. Tapi semuanya tak mampu hilangkan rasa sakit dijahit semula tu. Anis meraung-raung, air mata ni mengalir laju je menahan sakit. Tiang besi tepi katil tu pun sampai nak tercabut Anis paut sebab menahan sakitnya kena jahit lagi. Allah Allah. Ini la bahagian ku Ya Allah. Ampuni dosa-dosaku Ya Allah.


Ngeri bila ingat. Masa da siap jahit pun Anis masih lagi meraung sampai nurse tu siap cakap "Haniza, da siap jahit ni. Jangan nangis lagi" Uhuu. Lepas je siap jahit, doktor siap datang semula pada Anis, pegang tangan Anis dan pujuk Anis. Tapi masa tu da rasa mamai sebab penat menahan sakit dan kesan daripada sedut oksigen. Rasa nak tidur je. Hehe.  Bila da selesai semua, Anis dibiarkan rehat dalam dewan bersalin tu lagi. Masa waktu lawatan pun suami datang tengok Anis dekat dewan bersalin macam mula-mula lepas bersalin semalam. Dalam pukul 7 macam tu baru Anis ditolak semula ke wad.




12 Januari 2013

Pagi ni doktor datang check lagi. Kena seluk lagi! Adudududuh. Ngeri betul part kena seluk ni tau. Bila da check apa semua, yeay! tengah hari ni da boleh keluar wad. Akhirnya, selamat tinggal tempat yang mengerikanku. Haha.


Bila da balik rumah, dua malam Anis tidur dalam keadaan trauma. Bayangkan tengah tidur Anis boleh bangun dan mengerang macam tengah kena jahit lagi dekat bawah tu. Memang sangat trauma. Sekarang je da hilang sikit perasaan trauma tu. Siap berangan nak bagi adik da pada baby kami tu. Hiks.








Bayi perempuan kami dilahirkan pada 10hb Januari jam 3.40 petang dengan berat 3.03 kg dan telah selamat diberikan nama NUR ANEESA HANI yang bermaksud cahaya yang mesra dan tenang. =)







Nur Aneesa Hani da botak dan tak suka dibedung! ;)





Ok sampai di sini perkongsian tentang pengalaman Anis bersalin. Lain orang lain bahagiannya kan? Ini bahagian Anis. Dipermudahkan bersalin tapi diuji dengan jahitan yang banyak. Tapi kini Alhamdulillah semakin sembuh dan semakin kuat. Buat kawan-kawan yang bakal melahirkan, jangan takut ye. Bahagian kita tidak sama. Mungkin bahagian kalian lebih mudah siapa tahu kan?


Jumpa lagi!




January 28, 2013

pengalaman bersalin

Salam.


Menggagahkan diri menaip pengalaman bersalin sebab dah pun berjanji dengan beberapa orang kenalan. Kalau ikutkan hati malas nak mengadap laptop masa pantang ni sebab Anis lebih selesa online guna hp je. Hee.


Ok mari kita mulakan.


8 Januari 2013

Hari ni Anis ada appointment di Hospital Kluang untuk buat pemeriksaan di o&g atas sebab berat badan naik berlebihan sepanjang mengandung. Jadi doktor di klinik kesihatan tempat Anis selalu buat monthly check up refer Anis ke hospital untuk check sama ada Anis boleh bersalin normal atau tidak dengan berat Anis yang naik dengan jayanya ni. Hehe. Hujung mengandung ni kan kena buat pemeriksaan mingguan di kk kan. Bayangkan setiap minggu Anis pergi kk mesti berat naik berkilo-kilo. Dalam satu minggu je boleh naik sampai 3 4 kg tau. Tu yang doktor kk refer Anis ke hospital terus.


Sampai di hospital, lain pula ceritanya. Masa nurse check tekanan darah Anis, tekanan darah Anis naik mencanak pagi ni. Selalu check bp dekat kk rate bp Anis dalam area 110/70 gitu je. Tapi pagi ni dekat hospital bacaan bp Anis mencanak sampai 150/80 macam tu la. Tu pun nurse ambil bacaan banyak kali sebab takut dia yang tersalah ambil bacaan. Tapi bacaan masih tak berubah. Akhirnya Anis terus di refer ke doktor tanpa perlu tunggu giliran lagi sebab nurse pun da risau bacaan bp Anis tinggi sangat dari hari lain pagi ni.


Bila da masuk bilik doktor, doktor ambil bacaan bp Anis banyak kali juga. Sampai kecut-kecut tangan Anis ni sebab doktor tu hold kan bp reader tu lama gila dekat tangan Anis ni. Menggeletar jari sebab darah tak sampai tau. Uhuu.


Lepas da check banyak kali, akhirnya doktor putuskan Anis kena tahan dekat wad sebab nak pantau bp Anis. Kalau bacaan masih tak turun ke paras normal, mungkin Anis akan kena induce untuk paksa baby keluar. Masa doktor cakap kena tahan wad, Anis da rasa sedih da. Sebab masa ni tak sedia mental lagi nak kena masuk wad. Pagi tu pun da siap plan dengan suami nak pergi sarapan dekat mana lepas check up nanti. Semuanya terkubur macam tu je sebab Anis da tak boleh keluar dari kawasan hospital da. Sedih sangat sampai nangis-nangis depan suami. Uhuu.


Mula-mula Anis di bawa ke dewan bersalin terus. Tapi bukan la untuk di induce pun. Masa ni Anis da diminta tukar baju hospital dan kena baring dekat dewan bersalin tu untuk buat ctg. Lama la juga Anis kena tahan dekat situ sampai bosan kot. Nak jumpa suami da la tak boleh. Perut pula lapar. Memang rasa nak cabut lari je tau. Hee. Dalam pukul 2 lebih macam tu baru Anis di bawa ke wad. Ini la pertama kali masuk wad. Memang rasa kekok sangat. Air mata ni asyik la berlinang setiap kali teringat dekat suami. Teringat malam nanti kena tidur sendiri, teringat baju kerja suami tak ada siapa nak ironkan. Semua tu buat air mata mengalir tau. Hati tisu betul. Hehe.



9 Januari 2013

Anis masih ditahan diwad. Ahh bosan. Dengan katil kelas 3 Anis merupakan katil tambahan yang diletakkan di lorong laluan orang ramai. Bila malam tidur tersalai dengan lampu di kaunter nurse. Memang sangat stress. Walaupun Anis ada GL yang membolehkan Anis masuk kelas 2 tapi sebab wad kelas 2 penuh kena la Anis setinggan di wad kelas 3. Petang 9hb ni suami bincang dengan nurse untuk pindahkan Anis masuk wad kelas 2. Alhamdulillah da ada katil kosong makanya dapat la Anis tidur lena dan sedikit privasi di wad kelas 2. ;)


10 Januari 2013

Pagi tu doktor datang check Anis seperti biasa. Bacaan bp da normal dan doktor benarkan Anis keluar wad tengah hari nanti. Yeay! Tak payah tidur hospital lagi!


Sebenarnya dari Anis bangun nak solat subuh pagi tadi, masa dalam toilet Anis perasan ada lendir yang keluar lepas Anis buang air. Bentuk lendir tu macam air mazi. Jadi Anis abaikan je la. Boleh kata sepanjang pagi tu setiap kali Anis buang air bila lap dengan tisu je mesti ada lendir melekat pada tisu. Lendir tu jernih je. Bila da siang sikit dalam pukul 10 macam tu, Anis sms suami minta suami googlekan bentuk air ketuban tu macam mana. Dari apa yang suami beritahu, air ketuban tu cair dan boleh meleleh. Ok bererti lendir yang tadi keluar tu bukan air ketuban. Sebab dia tak meleleh cuma keluar dan nampak bila lap dengan tisu je. Anis pun abaikan je lepas tu.


Dalam 10.30 pagi tiba-tiba perut ni memulas-mulas. Rasa nak membuang sebab sepanjang duduk dekat wad 2 malam sebelum ni Anis tak membuang langsung. Anis pun pergi la ke tandas dan membuang seperti biasa. Tapi rasa tak puas sebab tandas dekat rumah cangkung, tandas dekat hospital duduk, jadi Anis rasa macam tak habis keluar je najis tu. Hihi. Bila da keluar tandas Anis balik ke katil, perut ni masih lagi memulas-mulas. Aduh nak membuang lagi la ni. Anis masuk tandas lagi tapi tak ada hasil. Alamak sembelit ke ni. Uhuu.


Pukul 11 pagi masa makan tengah hari. Anis makan nasi macam biasa walaupun perut ni masih lagi memulas-mulas. Cepat-cepat habiskan nasi terus masuk tandas lagi tapi masih lagi tak ada hasil. Aduh tak selesa betul. Tapi Anis tahankan je la sebab masa tu fikir ni bukan tanda nak bersalin. Yela Anis tak ada bleeding, tak ada air ketuban pecah. Jadi Anis macam yakin je ni sakit perut sebab tak boleh nak membuang.


Pukul 12.30 da mula waktu melawat. Anis tunggu suami tapi sebab hari ni suami kerja mungkin pukul 1 lebih nanti baru dia sampai la kot. Jadi Anis cuma baring dan duduk je menahan sakit. Dalam masa yang sama setiap kali sakit perut datang Anis akan tengok jam di hp. Erm nampak gaya sakit perut ni constant. Mula-mula selang 10 minit, kemudian 8 minit dan seterusnya selang 5 minit sekali dia datang. Sebab da tak tahan sangat dan Anis mula rasa risau adakah ini contraction maka dalam pukul 1.15 macam tu Anis gagahkan diri berjalan ke kaunter nurse.


Sampai di kaunter nurse,

Anis: Nurse, tumpang tanya, sakit contraction tu macam mana ye? (masa ni bercakap sambil tahan nak menangis)

Nurse: Awak rasa sakit dalam 10 minit tu berapa kali ye?

Anis: 2 kali

Nurse: Owh kiranya 5 minit sekali ye. Macam tu kita seluk la untuk tengok mungkin da ada bukaan ke.

Masa nurse kata nak seluk tu Anis tak fikir apa da sebab memang sakit sangat perut ni. Anis pun ikut nurse tu masuk bilik pemeriksaan dan kejadian seluk pun bermula.

Nurse: Eh da 4cm ni. Inshaa Allah petang ni awak da boleh bersalin. Nak tunggu 10cm mungkin lama lagi sebab ni anak sulung kan. Jadi awak rehat dekat katil awak dulu ye. Petang nanti kita bawa awak ke dewan bersalin.

Anis ok kan je sebab memang perut ni sakit sangat. Tak sangka rupanya ni sakit contraction dan tak sangka bukaan da 4cm!


Balik ke katil, Anis terus sms suami beritahu dia Anis da ada tanda nak bersalin dan bukaan da 4cm. Suami pun terkejut. Uhuu. Sepanjang di katil Anis duduk je di tepi katil sambil menahan sakit setiap kali contraction datang. Bila tengok jam da pukul 2 Anis tak simpan harapan suami dapat jenguk Anis sekejap tengah hari ni. Terus je la Anis melayan sakit contraction yang datang selang 5 minit tu. Tiba-tiba bila Anis keluar dari tandas tengok-tengok suami da ada tepi katil. Rupanya mak guard benarkan suami masuk sekejap untuk tengok Anis. Masa ni mengalir air mata bila tengok suami. Risau, sakit, takut semua ada. Tapi sebab nak menghargai 5 minit yang mak guard beri pada suami untuk tengok Anis, sempat la Anis gurau-gurau dengan suami. Sebab suami pakai baju kerja tak bergosok hari tu. Haha.


Bila suami da balik, petang tu masa nurse bertukar shift pula, jadi nurse yang shift petang tu datang tegur Anis.

Nurse: Awak ni la yang sepatutnya keluar wad tadi kan. Tapi da ada tanda nak bersalin eh. Boleh tahan lagi tak?

Anis: Boleh. (sambil senyum sikit pada nurse tu)

Nurse: Yeke ni? Mari saya check bukaan.

Anis pun ikut nurse tu ke bilik pemeriksaan untuk kena seluk lagi.

Nurse: Uish da 6cm ni. Da boleh hantar pergi dewan ni. 

Nurse tu pun suruh nurse pelatih ambil kerusi roda dan tolak Anis ke katil untuk ambil baju baby pula. Lepas tu terus je Anis ditolak ke dewan bersalin. Gulp. Masa kena tolak tu Anis sms suami beritahu dia Anis da nak masuk dewan bersalin tapi suami diam je. Anis telefon pula tapi tak berangkat pula. Ah sudah. Rupa-rupanya suami tertinggal hp dalam kereta. Sabar je la.



Macam da panjang, nanti sambung bahagian dua eh.

Daa~


January 24, 2013

alhamdulillah selamat sudah menjadi mummy

Salam semua.


Setelah berkurun membiarkan blog ini terabai, akhirnya tuan blog kembali dengan status baru.


Saya Seorang Mummy!!!


^_____^



Alhamdulillah selamat sudah semuanya.


Lepas ni Anis akan coretkan pengalaman bersalin pula ye.


Tungguuuuuu~



Sebagai penutup:




Gambar pertama baby yang Anis upload di Facebook tempoh hari.


Sampai bertemu lagi!

January 07, 2013

Panggilan daripada si anak

Salam.


Tahun 2013 ni entry Anis bertukar jadi entry mak-mak la ye. Cerita pasal walimah Anis pun da habis Anis review hujung tahun lepas. Lepas ni kalau ada cerita walimah pun mungkin cerita walimah keluarga dan sahabat handai je la. Hehe.


Untuk mereka yang bakal jadi ibu, apa panggilan yang kalian mahu guna bila dapat baby nanti eh?


Mak - Bapak


Ibu - Ayah


Emak - Ayah


Ibu - Abah


Bonda - Ayahanda


Papa - Mama


Banyak kan panggilan yang kita boleh pilih. Macam Anis dulu berangan nak guna Ibu - Abah. Nampak lembut je kan. Tapi suami pula lidahnya asyik la terbelit nak bahaskan diri dia Abah. Huhu.


Lepas tu kami putuskan nak guna Mummy - Daddy. Hah kau kemain jauh lagi dari Ibu - Abah terus jadi mat saleh panggil Mummy - Daddy. Hiks. Suami da tak ada masalah lidah terbelit lagi nak bahaskan diri dia Daddy. ^_^


Sampai sekarang Anis masih tersasul lagi dalam membahaskan diri bila bercakap dengan baby dalam perut ni. Selalu terbahaskan diri sendiri Ibu. Lepas tu cepat-cepat tukar Mummy. Hehe. Kena biasakan ni sebab nanti baby keliru pula siapa Ibu siapa Mummy bila keluar nanti. Haha.


Saat entry ini ditaip, kandungan Anis da pun mencecah usia lebih kurang 34 minggu. Tapi baru sekarang Anis publishkan di blog. Hehe. Maklum la sejak masuk tahun baru ni Anis da mula bercuti jadi kadar kekerapan untuk online dan update entry baru tu kurang la sikit. Lagi-lagi dalam persiapan nak menanti kelahiran zuriat kami ni kan. Apa yang Anis boleh katakan, entry di awal tahun ni kebanyakannya adalah entry yang Anis karang sejak penghujung tahun lepas. Cuma tarikh dipublish je tahun ni. Hehe.


Ok la jumpa lagi dalam entry akan datang. Doakan perjalanan kelahiran zuriat kami dipermudahkan ye. Aamiin.



Dikarang pada 6hb Disember 2012



January 02, 2013

Ada kisah yang mahu dikongsikan [super long post]

Salam tahun baru 2013 buat semua pembaca blog 2hati-jadi1 ini.


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus berblogging pada tahun ini.


Entry review walimah kami dah pun Anis selesaikan hujung tahun lepas kan. Jadi pada tahun baru ini, di entry pertama di tahun baru ini, ada kisah yang mahu Anis kongsikan.


Buat semua pembaca blog cabuk Anis ni, Anis mohon doa dari kalian. Mohon doa dari kalian kerana Anis kini dalam hari menanti untuk melahirkan si kecil kami ke dunia. Hee.


Lama ok simpan rahsia ni daripada dikongsi di blog. Ini semua disebabkan tak nak entry bercampur aduk antara entry review dan entry kehidupan selepas bernikah. Hehe.


Alhamdulillah kini Anis da pun berada di fasa terakhir trimester ketiga. Mengikut EDD insyaAllah Anis akan melahirkan si kecil kami pada 16 Januari nanti. Lepas ni kalau Anis senyap lama dari blog ni, faham-faham je la ye.


Sementara belum melahirkan ni, Anis nak coretkan kenangan Anis sepanjang melalui fasa 9 bulan mengandung ni dalam blog kesayangan Anis ni. :)


*************************************

Kronologi perjalanan 9 bulan mengandung Anis:


Seperti yang pernah Anis kongsikan di awal penubuhan blog 2hati-jadi1 ni dulu, Anis mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur. Dua tiga bulan sebelum bernikah, Anis berjumpa dengan doktor untuk mengambil semula ubat hormon yang pernah Anis makan sebelum ni. Ubat ni sepatutnya kena ambil empat bulan, tapi disebabkan pada bulan ke-empat Anis akan bernikah maka doktor menyarankan Anis berhenti ambil ubat hormon tersebut. Anis ikut je la sebab doktor kata lepas kahwin hormon akan berubah.


Ubat terakhir yang Anis makan adalah pada hari ketiga selepas nikah iaitu sehari sebelum Anis dan suami berangkat untuk berbulan madu di PD. Lepas makan ubat tu, awal bulan 3 Anis period macam biasa. Kasihan suami kena cuti seminggu. Hiks.


Bila masuk awal bulan 4, period Anis tak datang. Masa tu Anis da macam berdebar la sebab perasaan antara dua kan: pregnant atau tak? Yela sebab period cycle tak normal so bila period tak datang awal bulan 4 tu Anis da fikir macam-macam. Nak excited pun takut tak ada apa-apa. Jadi Anis ambil keputusan untuk cuba buat upt senyap-senyap je tak beritahu suami pun.


Keputusannya adalah negatif. :)
Anis sedih la juga mula-mula tu sebab dalam hati da risau macam mana nak bagi zuriat pada suami sedangkan period cycle Anis tak teratur macam tu kan. Tapi Anis tabahkan hati je la. Anggap belum ada rezeki lagi masa tu. :)


Awal bulan 5 Anis dan suami berbulan madu kali kedua ke Langkawi pula. Sebenarnya Anis join rombongan pejabat suami je. Kebetulan minggu ke Langkawi tu adalah minggu ulang tahun kelahiran suami jadi kira sekali la sambut birthday suami sambil berbulan madu sekali lagi. Hehe. Sebelum berangkat ke Langkawi pada 4 mei 2012, Anis buat upt sekali lagi. Yela dekat Langkawi nanti kan aktiviti berjalan je banyak kan. Jadi kena la check kot-kot da ada isi takde la Anis aktif sangat sepanjang dekat Langkawi nanti.


Dan keputusannya masih negatif. :)
Jadi boleh la kita berjalan sakan dekat Langkawi nanti. Hehe.


Balik dari Langkawi, kami jalani hidup kami seperti biasa. Takde la fikir sangat nak mengandung cepat atau tak. Ada rezeki awal, kami terima. Kalau lambat, kami redha. Gitu je la konsepnya. Sebab tu semua diluar bidang kuasa kami.


Nak dijadikan cerita, di suatu hujung minggu, waktu tu kami berada dekat rumah mentua di Yong Peng. Tarikhnya 20 mei 2012, hari ahad. Anis, suami dan mak mentua lepak depan tv sambil berborak. Mak mentua sibuk la bercerita pasal kak ipar yang tak mengandung lagi lepas tu mak mentua tanya Anis pulak:


"ko ni pun tak mengandung lagi ke?"


Anis geleng je la sebab awal bulan tu da check kan. Mak mentua lepas tu siap cakap lagi;


"hai la, nape la anak-anak aku semua lambat mengandung ni?"


Hehe. Anis senyum je la. Takde la nak sentap ke apa. :)


Kebetulan hari ahad tu Anis tengok suami macam lemah je. Dengan sakit tekak lagi. Anis siap tanya suami:


"abang demam tak ni?"


Sambil letak tangan dekat leher dengan dahi suami.
Sebabnya adik ipar Anis, masa isteri dia mengandung dia kena demam panas. Hehe. Tu saja tanya dekat suami dia demam ke tak. ;p


Hari isnin, kami bekerja seperti biasa. Petang balik kerja tu Anis ajak suami makan sebab rasa da lama tak pekena nasi goreng kampung dekat kedai. Nasi goreng kampung dekat kedai tu fuhhh memang terangkat la. Dia punya pedas memang berasap telinga tapi Anis habiskan juga sebab memang da lama sangat teringin nak makan nasi goreng kampung kan. Hehe.


Balik rumah lepas tu, rehat-rehat jap. Dekat nak maghrib Anis pun pergi mandi. Masa nak pergi mandi ni Anis nyorok-nyorok bawa satu lagi upt kit sebab nak check. Yela lepas mak mentua tanya mesti la kita lagi rasa nak cepat mengandung kan. Hehe.


Dan keputusannya POSITIF! :)
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masa tahu da positif ni Anis mandi sambil menangis-nangis tau. Punya la terharu sangat. Akhirnya doa Anis nak mengandung Allah makbulkan pada malam 1 rejab. Mandi cepat-cepat sebab nak beritahu suami khabar gembira ni.


Lepas siap mandi Anis masuk bilik macam biasa. Upt tu pun bawa sambil nyorok-nyorok je sebab tak nak suami nampak lagi. Hehe. Lepas da siap solat maghrib berjemaah dengan suami, Anis pegang tangan suami sambil cakap dekat dia ada benda yang Anis nak beritahu. Lepas tu Anis ambil upt yang Anis nyorokkan tadi dan tunjuk pada suami sambil mengalir air mata ni.


Suami pula buat muka blur,

"macam mana nak baca ni sayang? abang tak tahu"


Cehh. Potong stim la suami ni. Hiks. Anis terangkan la pada suami maksud dua line tu apa. Suami pun senyum-senyum je sambil ucap Alhamdulillah. Kemudian Anis sambung lagi menangis dalam pelukan suami pulak. Hiks.


Dua hari kemudian kami pergi klinik untuk sahkan kehamilan. Doktor kira-kira katanya Anis da lebih kurang 4 bulan nak masuk 5 bulan mengandung. Tapi Anis argue la sebab Anis da check upt banyak kali negatif je kan. Lepas tu doktor cakap takpe nanti bulan depan kita scan untuk tengok usia sebenar kandungan Anis.


Jumaat tiba-tiba Anis diserang sakit tekak yang teramatnya sampai pening-pening kepala. Anis sampai ambil half day cuti sebab tak tahan sangat duduk dekat pejabat. Sabtu pun yilekk. Ambil mc juga sebab memang tak tahan da. Sakit tekak bersambung ke demam pula sampai Anis seminggu mc tak naik kerja. Hehe. Penangan lepas dapat tahu da mengandung. Terus mabuk-mabuk sampai seminggu mc. Masa ni makan pun tak lalu. Nak makan ubat apatah lagi kan. Memang terbaring lesu je. Suami pun sampai kena paksa Anis makan. Hehe. Waktu seminggu Anis mc ni kawan-kawan dengan boss dekat pejabat semua tertanya-tanya sesama mereka, Anis mengandung kah?? ;)


Hari ahad Anis ke klinik yang biasa Anis pergi pula. Klinik yang Anis selalu ambil ubat hormon tu. Anis nak scan perut. Kebetulan dekat situ je doktor perempuan jadi Anis prefer ke situ berbanding klinik lain. Hasil scan menunjukkan Anis sebenarnya da hampir 3 bulan hamil bukan baru beberapa minggu seperti sangkaan Anis sebelum ni. Bila Anis beritahu pada doktor tentang hasil upt yang negatif sentiasa tu, doktor jawab berkemungkinan paras hcg Anis rendah tu sebab upt tak dapat detect kalau Anis mengandung. Owh begitu rupanya. :)


Selepas daripada tu, kehidupan Anis mula berubah. Mula mengenali morning sickness. Mula tak boleh bau perfume suami. Mula mual-mual bila perut kosong. Dan macam-macam lagi. Fasa trimester pertama yang tersemat dalam memori Anis. Hehe. Dan hingga ke hari ini banyak pengalaman baru yang Anis pelajari dan tempohi sepanjang melalui tiga fasa kehamilan ini.


Alhamdulillah berkat doa ibu bapa. Berkat doa kami suami isteri mohon diberi kesuburan untuk memiliki zuriat secepatnya. Allah perkenankan doa kami ini. Syukur sangat.


Buat rakan pembaca blog yang mempunyai masalah kitaran haid tak normal macam Anis, jangan risau ye. Kalau Allah nak bagi kita rezeki zuriat cepat, insyaAllah kita akan dapat juga zuriat. Yang penting usaha, doa dan tawakal kepada Dia.


Sampai sini dulu coretan Anis ye. Lepas ni kalau masih ada kesempatan Anis akan kongsikan lagi 'rahsia' yang Anis pendamkan ni. Hihi.


Doakan Anis ye.


Sayang semua!


Sebagai penutup;




Hadiah sempena 1 Rejab buat suami.. ;)





Wassalam.