December 26, 2013

Imbasan 2013



As-salam.


Pejam celik kita da pun berada di penghujung tahun kan? Sekejap sangat setahun da berlalu.


Mungkin ini entry terakhir Anis di tahun 2013 ini. Lepas ni kita berjumpa di entry 2014 pula ye. InsyaAllah. :)


Untuk entry terakhir di tahun 2013 ini, Anis nak imbas semula perjalanan suka duka Anis dan keluarga sepanjang 12 bulan ini.


Jom baca! Hehe.



******

Januari

Lahirnya puteri cinta hati kami, Nur Aneesa Hani pada 10 Januari 2013. Awal tahun dimulakan dengan fasa berpantang. Hehe.






Februari

Ulang tahun kelahiran Anis yang ke-25 pada 14 Februari, masa ni masih dalam mood pantang jadi tak ada apa-apa sambutan. Makan lauk pantang je la kita ye. Haha.


Dalam masa yang sama, pada 25 Februari pula ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Betul-betul jatuh pada hari terakhir berpantang 44 hari. Hiks. Malam ulangtahun tu suami belanja dinner dekat secret recipe. Aneesa tinggal rumah dengan mak tok dia. Hee. Mummy Daddy feeling dating berdua kejap. ;)


Mac

Fasa-fasa berat hati nak naik kerja semula setelah habis cuti bersalin. Anis delay seminggu juga dari tarikh asal. Unpaid leave pun tak kisah la sebab asyik nak nangis je bila fikir kena tinggal Aneesa dekat rumah. Yela sejak dari dalam perut sampai da bersalin 2 bulan dia ada je sebelah Anis kan, tu yang berat sangat nak naik kerja. Hehe. Anis naik kerja semula 11 Mac.


April

Rekod kedatangan kerja memang berterabur. Ada hari suka-suka hati je Anis tak naik kerja. Akhirnya 20 April Anis say bye-bye pada tempat kerja Anis. Jadi wahm la kita. Hee.


Mei

Ulang tahun kelahiran suami yang ke-30. Jatuh pada hari pilihanraya. Jadi tak ada sambutan. Hiks. Lepas tu Anis gantikan weekend berikutnya belanja suami makan. :)


Jun

Bulan Jun tak ingat la. Rasanya tak ada peristiwa penting kot. Hee.


Julai

Ulangtahun pertama butik baby Anis, MyLuvlyBaby.

Jom cuci mata dekat butik Anis. Macam-macam ada! ;)


Ogos

Beraya pertama kali dengan keluarga kecil kami. Seronok kutip duit raya untuk Aneesa. Mihmih.


September, Oktober, November.

Tak ingat. Hoho. Tapi rasanya tak ada cerita best pun sebab Anis duduk rumah je kan. Tu yang tak ada story nak share dalam blog. Hee.


Disember

Setakat hari ini, rasanya tak ada apa-apa perlu direkodkan. Haha. Seronok tengok anak membesar depan mata. Alhamdulillah.



Ok la tu je rasanya imbasan 2013 Anis. Tak banyak aktiviti yang kami lakukan sebab Anis memang suka duduk rumah jadi tak ada cerita menarik untuk dicoret. Hee.


Sehingga bertemu lagi di tahun depan!



No comments: