August 26, 2013

cerita raya 2013

Salam.


Baru berkesempatan untuk update blog pada Syawal ke-19. Hehe. Lepas tinggalkan blog dengan entry puasa yang lepas, kini Anis muncul untuk update entry raya pula. Ala-ala sebulan satu entry gitu. Haha.


Raya tahun ni giliran sebelah suami dulu. Sedih la juga pertama kali tak beraya dengan keluarga sendiri kan. Huhu. Tapi bila da sampai rumah mentua hilang la sedih tu sebab meriah juga beraya sebelah suami dulu. ;)


Kami sekeluarga pulang ke kampung suami pada malam raya. Kira sempat la merasa juadah raya air tangan mak Anis dulu malam tu sebab tradisi keluarga Anis iftar malam raya tu da makan hidangan hari raya sebab mak siap-siap masak siang puasa terakhir tu. Tak ada la kempunan sampai kena tunggu raya haji pula kan. Hehe.


Tahun ni pertama kali beraya dengan gelaran mummy-daddy. Alhamdulillah setelah berjaya puasa sebulan penuh, dapat berhari raya dengan puteri cilik kami, Aneesa Hani. Tahun ni tema keluarga kecil kami adalah kelabu! Anis siap jahitkan sepasang baju kurung untuk Aneesa tau.


Jom tengok gambar!





Gambar keluarga kecil kami yang pertama. Ni sebelum sesi bermaaf-maafan.





Keluarga sebelah suami. Ni semua adik-beradik suami. Cuma keluarga kak ipar je tak ada sebab beraya belah suami dia dulu.





Raya pertama kami konvoi ke rumah nenek suami. Ini Aneesa Hani bergaya dengan kopiah sepupunya. Hehe.





Raya kedua bertema hijau. Bergambar dulu sebelum beraya.






Raya ketiga pula tak ke mana-mana. Tapi masa ni keluarga mak uda suami datang beraya.





Bergambar dengan keluarga mak uda.



Ok itu je la cerita raya kami. Hehe. Tahun ni feeling beraya tu kembali semangat la mungkin sebab dah ada anak kan. Bila orang bagi Aneesa duit raya, maknya yang teruja lebih. Maklum la da lama tak merasa kumpul duit raya. Hiks.


Akhir kata, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca blog 2hati-jadi1 ni. Andai ada penulisan Anis yang mengguris perasaan sesiapa tanpa sengaja, Anis mohon maaf ye. Andai ada pertanyaan di ruangan komen yang tidak berbalas, mohon email Anis untuk bertanya sebab Anis memang jarang balas komen tapi kalau email insyaAllah Anis akan balas secepat mungkin.


Ok semoga bertemu lagi di entry yang akan datang!

No comments: