July 09, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubaraq!!!

Salam semua.



Alhamdulillah pejam celik kita bakal bertemu dengan bulan Ramadhan lagi esok hari. Kalau tahun lepas pertama kali berpuasa sebagai suami isteri, tahun ni insyaAllah pertama kali berpuasa sebagai mummy daddy pula. Hihi.



Perasaan?


Berdebar!



Sebabnya Aneesa menyusu badan sepenuhnya kan, harap sangat berpuasa tak mengganggu penghasilan susu badan. Hari ni da kena mula banyak minum air kosong untuk persediaan berpuasa esok. Hehe.



Esok juga Aneesa Hani genap 6 bulan usianya. Tapi Anis belum buat sebarang persediaan untuk memperkenalkan Aneesa dengan makanan, jadi tak ada apa yang nak dikongsikan sangat buat masa ni.



Ok la dikesempatan ini, Anis mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubaraq buat semua pembaca blog 2hati-jadi1 ini. Diharapkan Ramadhan tahun ini memberikan berjuta rahmat buat kita semua.



Akhir sekali, terima la gambar terbaru Mummy Anis. Tapi gambar bulan lepas la. Maklum la sejak ada Aneesa Hani, dia saja yang monopoli kamera. Haha.








No comments: