April 29, 2013

ready stock : satin deco pillow

****sticky post****


Salam.


Setelah hampir 3 minggu tanpa update terbaru, hari ni baru Anis nak memunculkan diri semula. Ngee.


Anis da jadi wahm sejak awal minggu ni. Sabtu lepas last day kerja. Sejak bekerja dari rumah ni lagi la tak menyempat nak mengadap blog untuk berkongsi perkembangan terkini. Hee.


Ok kali ni Anis update cepat-cepat je tau. Sekadar nak buat sedikit pengumuman katanya. :P


Untuk pembaca yang da lama mengikuti blog Anis ni mesti tahu kan Anis ada menjual bantal deko untuk hiasan pelamin sanding, pelamin nikah atau sekadar untuk buat hiasan rumah. Jadi di kesempatan ini Anis nak keluarkan bantal deko ready stock untuk sesiapa yang berminat. Bantal-bantal ni da siap dijahit pun. Tinggal tunggu tuan baru je.


Jom terjah!




dua warna belah kanan tu ada customer tempah tapi Anis sekalikan dalam photoshoot ni. Hehe. Warnanya pink belacan dengan krim. Pink belacan tu mahal sikit 1 set RM35 sebab jenis kain berbeza dengan yang Anis selalu guna. Kain yang Anis selalu guna tak ada warna pink belacan.



Berikut warna-warna yang ready stock ye. Sesiapa berminat boleh email Anis di 2hatijadisatu@gmail.com untuk tempah. Yang ni bayar hari ni, esok atau lusanya Anis da boleh keluar pos.









Satu set mengandungi 4 biji bantal cuma RM25 sahaja.

Kos penghantaran boleh pilih antara dua:

Pos domestik (3-4 hari bekerja) : RM7.00

City Link (1-2 hari bekerja) : RM15.00


Kalau nak warna lain boleh terus email Anis ye.


Kat bawah ni antara warna yang Anis pernah jahitkan untuk customer Anis:





Yang berikut ni pula bantal deko masa majlis walimah Anis dulu :




ok tu je buat masa ni ye.


Jangan lupa sesiapa berminat terus email Anis tau. Nak tempah warna lain pun boleh. ;)





No comments: