April 02, 2013

Perkongsian : Jadual Mengepam Susu



Salam.



Rasanya ramai ibu baru yang pening memikirkan bila la masa sesuai nak buat stok susu untuk anak kan. Ada yang kelam kabut lagi risau susu badan tak cukup untuk keperluan anak bila da naik kerja nanti. Atas dasar nak membantu kawan-kawan blog Anis ni, Anis akan kongsikan jadual Anis mengepam susu untuk Aneesa Hani. Alhamdulillah dengan jadual ni Anis dapat buat stok yang meriah untuk Aneesa sejak dari dalam pantang lagi. Tanpa pengambilan apa-apa supplement lagi tau.



Meh anis kongsi jadual Anis pam susu ye..





1. Masa dalam pantang memang baby akan menyusu selang 2 3 jam kan, minggu-minggu awal tu puting Anis melecet. Biasanya kalau melecet pun sebelah je dalam satu masa. Jadi breast yang puting melecet tu Anis akan rehatkan dari Aneesa guna. Anis bagi yang kurang melecet je dan puting yang melecet ni Anis akan pam. Jadi dapat buat stok dalam pantang walaupun baby demand nak susu tiap 2 jam.. Pusingan ni akan berubah bila breast yg Aneesa asyik hisap tu pulak melecet. Jadi kita tukar la breast mana untuk anak hisap, breast mana untuk pam. Awal-awal ni susu sikit, sekali pam dapat la 2 3 oz gitu. Anis simpan dalam botol, kumpul sampai sesi last mengepam baru bungkus dalam plastik. Jangan bagi anak susu yg dipam tu sebaliknya bagi dia hisap direct je.






2. Da hujung pantang jadual tidur Aneesa da ok sikit, dia da mula tidur lama, tak demand susu setiap 2 jam sangat. Masa ni Anis guna teknik Anis cipta sendiri untuk dapat banyak susu setiap kali pam. Hehe. Teknik tu namanya teknik 2+1. Anis bagi Aneesa hisap breast yang sama untuk 2 sesi menyusu berturut-turut dan rehatkan breast lagi satu. Anis tak pam dan tak bagi Aneesa hisap pun breast lagi satu tu. Bila Aneesa nak menyusu kali ketiga, Anis akan buat teknik tandem. Aneesa masih akan hisap breast yg sama 2 sesi sebelum tu, dan Anis akan pam breast yang da rehat 2 sesi tu sebab dia macam penuh tau. Pam sesi ni akan dapat penuh terus satu botol 4oz ke atas. Cuba la. Hehe. Sampai sekarang Anis buat teknik ni untuk kumpul banyak susu sekali pam.. ;)






3. Bila da naik kerja, dan da pandai menyusukan Aneesa cara baring pula, setiap malam Aneesa akan mengempeng dekat breast belah kanan sebab Aneesa tidur tengah-tengah antara Anis dan suami. Sepanjang malam Anis cuma bagi Aneesa menyusu belah kanan je sebab malas nak tukar-tukar tempat. Hehe. Bila bangun subuh confirm belah kiri akan bengkak. Pagi ni Anis akan buat teknik tandem juga. Aneesa akan menyusu belah kanan dan Anis akan pam belah kiri. Sesi yang ni biasanya dapat 5-6 oz.






4. Dekat pejabat pula Anis pam area 10.30am atau 11am macam tu. Masa ni biasanya dapat lebih kurang 10oz. Awal-awal naik kerja dulu Anis buat 2 sesi, 1 lagi belah petang pukul 3pm. Sesi petang pun boleh dapat lebih kurang 10oz juga. Tapi sejak Aneesa tak nak botol terus ni Anis kena balik tengah hari untuk menyusukan dia. Jadi sesi petang tak buat da. Anis simpan sampai balik kerja pukul 5 nanti. Bila balik kerja buat tandem lagi sekali. Bagi Aneesa hisap breast yang sama dia hisap tengah hari tadi dan Anis pam breast lagi sebelah. Sesi petang ni dapat la 5oz gitu. Belah malam tak pam da sebab bagi Aneesa ngempeng puas-puas..hee






ok tu je jadual Anis pam susu bermula dari dalam pantang sampai da naik kerja. Sebenarnya tak susah pun nak sediakan stok susu untuk anak ni yang penting kena rajin je. Dan Alhamdulillah rezeki Aneesa dapat menyusu badan sepuasnya. Para ibu juga pastikan sentiasa positif ye. Yakin la susu badan kita cukup untuk anak kita. ;)








1 comment:

CONNIE said...

thanks ya sharing jadual pumping :D nak tiru jadual anis la. ngee