April 04, 2013

Bahan Bantu Mengajar Untuk Aneesa Hani

Salam.


Walaupun Aneesa Hani baru berusia 2 bulan lebih, tapi Anis da sediakan bahan bantu mengajar untuk Aneesa seawal yang mungkin. Anis sediakan awal bukan sebab tak menyabar tapi sebab Anis nak rangsang minda Aneesa dengan aktiviti yang bermanfaat dan dalam masa yang sama mendekatkan Aneesa dengan ilmu sejak dari kecil lagi.


Anis juga menjadikan anak kak usrah Anis sebagai contoh. Kalau masih ingat, tahun 2011 Anis pernah jadi babysitter kepada si kecil Muhammad yang mana Anis pernah kongsi pengalaman menjaga Muhammad dalam blog ini juga. Hahh kalau nak tahu, kak lin mendekatkan Muhammad dengan ayat al-Quran sejak dari usianya 3 4 bulan gitu tau. Sekarang Muhammad da berusia 2 tahun lebih dan mampu membaca surah-surah pendek dalam al-Quran. Teruja betul Anis baca perkongsian kak lin perihal Muhammad dalam blog beliau. Itu sebabnya Anis nak dekatkan Aneesa dengan ayat-ayat al-Quran dan ilmu-ilmu lain seawal usia Aneesa 3 bulan.


Jom Anis kongsikan antara bahan bantu mengajar untuk Aneesa yang Anis da belikan siap-siap awal bulan lalu. Maklum la gaji free kan. Sakan la shopping. Ngee.





Islamic Soft Book


Soft book ni Anis beli daripada kawan ukm Anis. Boleh search page di facebook : Super Muslim Kids
Masa soft book ni baru sampai rumah, harus la Anis yang teruja lebih nak baca kan. Aneesa buat muka tak tahu je. Ngee. Sangat menarik tau buku ni. Harga pun berpatutan.





Flash Card abjad dan nombor.


Yang ni yang pertama sekali Anis belikan untuk Aneesa. Teruja kan. Tapi belum buka lagi la sebab Aneesa pun belum pandai pegang barang lagi. Flash card ni Anis beli dekat kedai buku Popular. Kalau ikut nafsu ada banyak lagi flash card yang Anis nak beli tapi suami kata cukup la yang ni je dulu. Jadi kena tahan nafsu shopping dekat Popular untuk sementara waktu ni. Hee.





Set al-Furqan, flash card alif ba ta, cd juz' amma dan buku permainan untuk bayi ni pula Anis beli online di Islamic Parenting Network.


Cd juz' amma tu Anis letak dalam kereta jadi bila bawa Aneesa naik kereta Anis akan pasang cd ni untuk jadi halwa telinga Aneesa. Ada vcd lagu al-furqan juga tapi tak ada dalam gambar. Vcd tu Anis buka dekat laptop dan bagi Aneesa dengar sambil dia berbuai.


Kadang-kadang Anis buka video alif ba ta di youtube juga sambil ribakan Aneesa. Aneesa seronok dengar lagu alif ba ta tau. Ada satu hari tu Anis buka lagu alif ba ta sambil menyusukan Aneesa, mengekek dia gelak sambil menyusu. Hee geram tengok!


 Setakat hari ni tu je la bahan bantu mengajar yang Anis da sediakan untuk Aneesa. Permainan pun ada juga tapi tak ambil gambar. Ala permainan biasa-biasa je. Yang ada bunyi-bunyi bila goncang tu. Hehe.



Sebagai penutup, nah Anis kongsikan gambar Aneesa terbaru. Tapi ni pun tak ada terbaru mana. Gambar ni Anis ambil sehari sebelum Anis mula naik kerja 3 minggu lepas. Hehe.








1 comment:

Ain alee said...

dear anis thanks for d infor..kita nye baby baru nak masuk 2 bulan...kita pun ngah pk nak cari flashcard tuh...untung terbaca ur blog...nak kongsi gak pengalaman kita...dulu kita nak dengar kat nona...waktu tu kt kecik lagi..flashcard ni akan meransang minda kanak2.kebetulan kita baru dapat adik waktu tuh..nak beli kad tuh xda duit kita lukis aje kai tangan...kai pen merah (coz baby akan teransang tgk wane merah)..pendek citer..adk kita tak penah gagal naik pentas ambik anugerah pai sekarang dia dah bis belajar...jadi penting pendekatan pada anak dari usia sekarang...