March 26, 2013

Warkah Buat Anak Mummy Dan Daddy


Catatan ini dicoret pada 21 November 2012. :)


Assalamualaikum bakal anak mummy dan daddy.


Kamu apa khabar wahai anak? Mummy harap kamu sihat-sihat sahaja dalam rahim mummy. Membesar dengan jayanya ye. :)


Tujuan mummy menulis warkah ini adalah untuk menyatakan perasaan kasih dan sayangnya mummy kepada kamu. Kamu harta mummy dan daddy yang paling bernilai sayang. Mummy bersyukur dengan kehadiran kamu dalam rahim mummy ini.


Di awal kewujudan kamu dalam rahim mummy, mummy langsung tak dapat apa-apa petanda. Malah kamu sudah pun mengikut mummy dan daddy berbulan madu kali kedua di Pulau Langkawi! Pandai kamu menyuruk ye sayang. Nakal! ;)


Pada Maghrib 1 Rejab bersamaan 21 Mei 2012, mummy tergerak hati menjalankan ujian air kencing dan syukur, jawapannya positif. Kamu da wujud dalam rahim mummy sayang! Kamu la juara! ^_^


Mummy dan daddy menjalankan scan untuk mengetahui usia kamu. Seperti yang ibu coretkan di atas, sewaktu scan dilakukan kamu sudah pun berenang-renang dalam rahim mummy selama 11 minggu sayang. Mummy langsung tak menyedari kewujudan kamu. Mujur la kamu kuat sayang. Kamu terus berkembang dalam rahim mummy walaupun mummy tak menyedari kewujudan awal kamu. Mujur juga mummy dilindungi daripada hentakan dan bahaya yang boleh membahayakan keselamatan kamu. Alhamdulillah.


Seminggu selepas mummy mengetahui kewujudan kamu dalam rahim mummy, mummy jatuh sakit sayang. Mummy demam terkejut! Hehe. Pandai anak mummy dan daddy ni buat surprise kan. Sampai demam mummy dibuatnya. Seminggu mummy cuti sakit ekoran terlalu lemah kondisi badan mummy waktu itu. Selera makan berkurang, muntah-muntah, makan ubat pun tak mahu sampai daddy marah-marah mummy. Daddy garang kan sayang. Hiks. (gurau je daddy, jangan marah ;) )


Kini, pejam celik kita sudah pun mengembara ke trimester ketiga. Kamu terus berkembang dalam rahim mummy pada usia 32 minggu. Sudah tak lama sayang untuk kita bertemu mata! Mummy berdebar! Kamu terus mengembangkan mummy sampai mummy 'terpaksa' mengulang pakai baju yang sama setiap minggu. Hehe. Mummy tak mahu membazir beli banyak sangat baju maternity sayang. Cukup la apa yang ada ni asalkan mummy masih selesa memakainya. ;)


Semalam, (20112012) mummy menjalankan pemeriksaan bulanan di kkia. Kita sempat berjumpa sayang sebab doktor menjalankan scan ke atas perut mummy. Berat kamu pada usia 32 minggu ini adalah 1.8kg. Harap-harap masa melahirkan nanti berat kamu tak banyak sangat ye. Penat mummy nak teran nanti. Hehe.



Wahai bakal anak mummy dan daddy,


Mummy dan daddy tak mampu menjanjikan kemewahan untuk kamu bila kamu lahir kedunia nanti. Keperluan asas kamu yang mummy dan daddy sediakan untuk menanti kelahiran kamu nanti juga bukan la barangan mewah lagi berjenama. Kami sediakan apa yang kami mampu untuk kamu sayang.


Tiada baju berjenama mewah untuk kamu. Tiada barangan bernilai mahal untuk kamu. Semuanya serba sederhana. Harap kamu terima pemberian kami dengan hati terbuka ye sayang. Ada juga barangan kamu yang tiada di pasaran. Kerana apa? Kerana ianya mummy buatkan khas untuk kamu sayang. Mummy sediakan dengan penuh kasih sayang untuk kamu. Barangan jenama tangan mummy. ;) 


Kurang lebih 8 minggu lagi kita akan bertemu mata sayang. Mummy dan daddy doakan kamu lahir sihat dan sempurna hendaknya. Mummy akan berusaha menjadi mummy terbaik untuk kamu sebagaimana mummy sedang berusaha menjadi isteri terbaik untuk daddy. Kita saling bekerjasama ye sayang!


Sepanjang kamu dalam rahim mummy, banyak tekanan dan ujian yang mummy dan daddy terima. Tapi mummy harap kamu tak stress dalam rahim mummy tau. Biarlah setiap tekanan dan ujian tersebut mummy hadapinya ditemani daddy. Kami akan pastikan kelahiran kamu nanti adalah kelahiran terindah sayang. Mummy dan daddy akan menjaga kamu sepenuh hati kami. In shaa Allah. Kita abaikan manusia yang berhati busuk tu kan sayang.


Bila sayang da lahir nanti, sayang membesar sebagai insan yang berbudi pekerti ya. Mummy dan daddy akan berusaha mendidik sayang dengan asas ilmu agama. Memberikan sayang ilmu tentang kehidupan. Mendidik sayang tentang sifat mahmudah dan mazmumah. Mengajar sayang apa yang baik dan apa yang buruk. Membimbing sayang agar menjadi seorang yang berakhlak mulia dan tahu menghormati perasaan orang lain. Sayang jangan menyakiti hati orang sekeliling sayang dengan kata-kata dan tindakan yang tidak elok ye. Itu bukan sifat Rasulullah. Ingat tau sayang!


Mummy tahu anak mummy dan daddy ni sopan santun orangnya walaupun dalam rahim mummy bukan main cergas lagi kamu bermain. Buli mummy hari-hari. Tapi mummy sayang kamu sepenuh hati mummy. Biar pun mummy tak ada harta benda, dengan kewujudan kamu, kamu lah harta mummy dan daddy yang paling berharga. Sayang kamu kerana Allah!


Sampai di sini dahulu coretan mummy buat kamu. Semoga kamu kekal sihat dan sempurna dalam rahim mummy sehingga saat melahirkan nanti ye. Mummy dan daddy sabar menanti kelahiran kamu sayang. Jaga diri tau. Sayang bakal anak mummy dan daddy!


Mummy~

3 comments:

Cik Rad said...

sweet je.. InshaAllah.. dengan izin Allah.. semoga anak anis menjadi anak yg solehah..

izaFiza said...

wahh..sebak kita baca mummy =)

SarahSyafiq said...

nanti bila baby dah besar baca, sure terharu.hehe