March 27, 2013

Review : Breastpump pilihan


Salam.

Kembali menulis setelah beberapa ketika menghilangkan diri dari dunia blogging. Ngee. Bukan sengaja tapi sejak status bertambah daripada hanya menjadi seorang isteri kini menjadi seorang mummy juga maka banyak benda yang dulunya aktif kena tolak tepi dulu demi anak. Antara yang terpaksa ditolak tepi adalah blog kesayangan hamba ini. ;)


Untuk pengetahuan semua, Anis dah pun naik kerja semula sejak 14hb Mac lepas. Sedih sangat tau nak tinggalkan Aneesa Hani. Yela 2 bulan cuti mengadap dia je dekat rumah kan, tiba-tiba kena tinggalkan dia memang berlinang juga la air mata ni masa hari pertama naik kerja. Huhu. Tapi sekejap je Anis akan tinggalkan Aneesa sebab mulai bulan 5 nanti insyaAllah Anis adalah seorang working at home mummy. Anis akan berhenti daripada kerja sekarang ni dan tumpukan perhatian pada perkembangan tumbesaran Aneesa. Sambil-sambil tu uruskan bisnes online dan buat beberapa tugasan lain demi mencari sedikit duit poket. Hehe.


Ok tujuan update blog hari ni adalah Anis nak review lagi berkaitan dunia mummy ni. Kali ni Anis nak review breastpump pula. Antara barangan yang wajib ada dalam checklist shopping sebelum baby keluar tau. Pilihan Anis adalah Medela Freestyle.




Breastpump pilihan ;)



Kalau tanya harga, semua orang tahu harga Medela FS ni memang telan air liur kan? Ngee. Tapi Anis beli secara kutu daripada kak aja (nama fb : ajasu mybreastpumpshop). Buat 6 kali bayar jadi tak terasa sangat duit keluar beli pam ni. Anis mula bayar masa bulan 11 tahun lepas, dapat pam pula pertengahan bulan 12 sebab Anis request pada kak aja untuk hantar pam awal sebab takut baby keluar awal. Mujur kak aja baik hati bagi juga Anis dapat pam awal walaupun turn Anis dapat sepatutnya awal  bulan 1. Sekarang da habis bayar pun. Tak terasa langsung da keluarkan 1.7k untuk beli pam ni. Ngee.


Anis mula menggunakan pam ni 4 5 hari lepas Aneesa Hani lahir sebabnya nipple Anis melecet. Sakit kalau bagi Aneesa direct feed jadi Anis kena pam susu dan bagi Aneesa minum guna botol. Da lama-lama melecet da kurang baru bagi Aneesa direct feed semula dan Anis mula mengepam untuk buat stok pula. Anis mula buat stok sejak seminggu lepas Aneesa lahir tau. Alhamdulillah susu memang sangat meriah sampaikan kalau tak nak pam dan bagi Aneesa menyusu sebelah je, sebelah lagi mesti banjir sampai lencun baju. Ngee.


Anis puas hati sangat dapat guna Medela FS ni. Sekali pam dalam masa 10 minit macam tu breast da kosong  dan dapat hasil tenusu purata 7-9oz setiap sesi. Kadang-kadang dapat lebih, kadang-kadang kurang sikit. Ikut rezeki sesi tu la. Hehe. Setakat hari ni, usia Aneesa dua bulan setengah, stok EBM untuk Aneesa ada lebih 100 bungkus dalam storage bag yang mana setiap satu bungkus tu purata susu antara 4oz – 7oz. Semuanya hasil perahan menggunakan FS je. Alhamdulillah rezeki Aneesa dapat minum susu ibu dengan meriahnya. ;)


Kalau nak suruh Anis bandingkan dengan breastpump lain memang tak dapat la Anis nak bantu sebab Anis cuma ada satu ni je breastpump. Tapi kalau tanya pasal FS ni pada Anis, memang Anis bagi A+ la dari segi kepuasan penggunaan. Hehe.


Ramai bakal ibu takut nak beli breastpump awal-awal sebab takut susu badan tak ada. Tapi tu adalah silap besar ok. Kesilapan satu, awal-awal dah negative thinking cakap susu tak ada. Kesilapan kedua, bila beli lepas bersalin takut-takut pam belum sempat beli breast da bengkak sampai demam-demam. Hah siapa susah masa tu? Sendiri punya badan la kan. Jadi adalah lebih baik beli siap-siap sebelum bersalin. Tak kisah la pam murah ke, mahal ke, manual ke, auto ke. Yang penting mesti sediakan breastpump juga. Kalau tak nak beli breastpump, belajar la teknik marmet. Hehe.


Sampai sini dulu ye. Nanti ada kelapangan Anis akan update blog lagi. Oh ya, untuk sesiapa yang ada tinggalkan komen soalan pada mana-mana entry lama Anis terutamanya berkaitan hal wedding dulu, Anis harap kalau korang nak jawapan dengan lebih cepat, korang email la Anis ye. Anis malas sikit nak buka satu-satu entry semata-mata nak balas komen. Tak sempat pun ye juga. Kalau email insyaAllah Anis akan balas secepatnya. ;)



No comments: