January 28, 2013

pengalaman bersalin

Salam.


Menggagahkan diri menaip pengalaman bersalin sebab dah pun berjanji dengan beberapa orang kenalan. Kalau ikutkan hati malas nak mengadap laptop masa pantang ni sebab Anis lebih selesa online guna hp je. Hee.


Ok mari kita mulakan.


8 Januari 2013

Hari ni Anis ada appointment di Hospital Kluang untuk buat pemeriksaan di o&g atas sebab berat badan naik berlebihan sepanjang mengandung. Jadi doktor di klinik kesihatan tempat Anis selalu buat monthly check up refer Anis ke hospital untuk check sama ada Anis boleh bersalin normal atau tidak dengan berat Anis yang naik dengan jayanya ni. Hehe. Hujung mengandung ni kan kena buat pemeriksaan mingguan di kk kan. Bayangkan setiap minggu Anis pergi kk mesti berat naik berkilo-kilo. Dalam satu minggu je boleh naik sampai 3 4 kg tau. Tu yang doktor kk refer Anis ke hospital terus.


Sampai di hospital, lain pula ceritanya. Masa nurse check tekanan darah Anis, tekanan darah Anis naik mencanak pagi ni. Selalu check bp dekat kk rate bp Anis dalam area 110/70 gitu je. Tapi pagi ni dekat hospital bacaan bp Anis mencanak sampai 150/80 macam tu la. Tu pun nurse ambil bacaan banyak kali sebab takut dia yang tersalah ambil bacaan. Tapi bacaan masih tak berubah. Akhirnya Anis terus di refer ke doktor tanpa perlu tunggu giliran lagi sebab nurse pun da risau bacaan bp Anis tinggi sangat dari hari lain pagi ni.


Bila da masuk bilik doktor, doktor ambil bacaan bp Anis banyak kali juga. Sampai kecut-kecut tangan Anis ni sebab doktor tu hold kan bp reader tu lama gila dekat tangan Anis ni. Menggeletar jari sebab darah tak sampai tau. Uhuu.


Lepas da check banyak kali, akhirnya doktor putuskan Anis kena tahan dekat wad sebab nak pantau bp Anis. Kalau bacaan masih tak turun ke paras normal, mungkin Anis akan kena induce untuk paksa baby keluar. Masa doktor cakap kena tahan wad, Anis da rasa sedih da. Sebab masa ni tak sedia mental lagi nak kena masuk wad. Pagi tu pun da siap plan dengan suami nak pergi sarapan dekat mana lepas check up nanti. Semuanya terkubur macam tu je sebab Anis da tak boleh keluar dari kawasan hospital da. Sedih sangat sampai nangis-nangis depan suami. Uhuu.


Mula-mula Anis di bawa ke dewan bersalin terus. Tapi bukan la untuk di induce pun. Masa ni Anis da diminta tukar baju hospital dan kena baring dekat dewan bersalin tu untuk buat ctg. Lama la juga Anis kena tahan dekat situ sampai bosan kot. Nak jumpa suami da la tak boleh. Perut pula lapar. Memang rasa nak cabut lari je tau. Hee. Dalam pukul 2 lebih macam tu baru Anis di bawa ke wad. Ini la pertama kali masuk wad. Memang rasa kekok sangat. Air mata ni asyik la berlinang setiap kali teringat dekat suami. Teringat malam nanti kena tidur sendiri, teringat baju kerja suami tak ada siapa nak ironkan. Semua tu buat air mata mengalir tau. Hati tisu betul. Hehe.



9 Januari 2013

Anis masih ditahan diwad. Ahh bosan. Dengan katil kelas 3 Anis merupakan katil tambahan yang diletakkan di lorong laluan orang ramai. Bila malam tidur tersalai dengan lampu di kaunter nurse. Memang sangat stress. Walaupun Anis ada GL yang membolehkan Anis masuk kelas 2 tapi sebab wad kelas 2 penuh kena la Anis setinggan di wad kelas 3. Petang 9hb ni suami bincang dengan nurse untuk pindahkan Anis masuk wad kelas 2. Alhamdulillah da ada katil kosong makanya dapat la Anis tidur lena dan sedikit privasi di wad kelas 2. ;)


10 Januari 2013

Pagi tu doktor datang check Anis seperti biasa. Bacaan bp da normal dan doktor benarkan Anis keluar wad tengah hari nanti. Yeay! Tak payah tidur hospital lagi!


Sebenarnya dari Anis bangun nak solat subuh pagi tadi, masa dalam toilet Anis perasan ada lendir yang keluar lepas Anis buang air. Bentuk lendir tu macam air mazi. Jadi Anis abaikan je la. Boleh kata sepanjang pagi tu setiap kali Anis buang air bila lap dengan tisu je mesti ada lendir melekat pada tisu. Lendir tu jernih je. Bila da siang sikit dalam pukul 10 macam tu, Anis sms suami minta suami googlekan bentuk air ketuban tu macam mana. Dari apa yang suami beritahu, air ketuban tu cair dan boleh meleleh. Ok bererti lendir yang tadi keluar tu bukan air ketuban. Sebab dia tak meleleh cuma keluar dan nampak bila lap dengan tisu je. Anis pun abaikan je lepas tu.


Dalam 10.30 pagi tiba-tiba perut ni memulas-mulas. Rasa nak membuang sebab sepanjang duduk dekat wad 2 malam sebelum ni Anis tak membuang langsung. Anis pun pergi la ke tandas dan membuang seperti biasa. Tapi rasa tak puas sebab tandas dekat rumah cangkung, tandas dekat hospital duduk, jadi Anis rasa macam tak habis keluar je najis tu. Hihi. Bila da keluar tandas Anis balik ke katil, perut ni masih lagi memulas-mulas. Aduh nak membuang lagi la ni. Anis masuk tandas lagi tapi tak ada hasil. Alamak sembelit ke ni. Uhuu.


Pukul 11 pagi masa makan tengah hari. Anis makan nasi macam biasa walaupun perut ni masih lagi memulas-mulas. Cepat-cepat habiskan nasi terus masuk tandas lagi tapi masih lagi tak ada hasil. Aduh tak selesa betul. Tapi Anis tahankan je la sebab masa tu fikir ni bukan tanda nak bersalin. Yela Anis tak ada bleeding, tak ada air ketuban pecah. Jadi Anis macam yakin je ni sakit perut sebab tak boleh nak membuang.


Pukul 12.30 da mula waktu melawat. Anis tunggu suami tapi sebab hari ni suami kerja mungkin pukul 1 lebih nanti baru dia sampai la kot. Jadi Anis cuma baring dan duduk je menahan sakit. Dalam masa yang sama setiap kali sakit perut datang Anis akan tengok jam di hp. Erm nampak gaya sakit perut ni constant. Mula-mula selang 10 minit, kemudian 8 minit dan seterusnya selang 5 minit sekali dia datang. Sebab da tak tahan sangat dan Anis mula rasa risau adakah ini contraction maka dalam pukul 1.15 macam tu Anis gagahkan diri berjalan ke kaunter nurse.


Sampai di kaunter nurse,

Anis: Nurse, tumpang tanya, sakit contraction tu macam mana ye? (masa ni bercakap sambil tahan nak menangis)

Nurse: Awak rasa sakit dalam 10 minit tu berapa kali ye?

Anis: 2 kali

Nurse: Owh kiranya 5 minit sekali ye. Macam tu kita seluk la untuk tengok mungkin da ada bukaan ke.

Masa nurse kata nak seluk tu Anis tak fikir apa da sebab memang sakit sangat perut ni. Anis pun ikut nurse tu masuk bilik pemeriksaan dan kejadian seluk pun bermula.

Nurse: Eh da 4cm ni. Inshaa Allah petang ni awak da boleh bersalin. Nak tunggu 10cm mungkin lama lagi sebab ni anak sulung kan. Jadi awak rehat dekat katil awak dulu ye. Petang nanti kita bawa awak ke dewan bersalin.

Anis ok kan je sebab memang perut ni sakit sangat. Tak sangka rupanya ni sakit contraction dan tak sangka bukaan da 4cm!


Balik ke katil, Anis terus sms suami beritahu dia Anis da ada tanda nak bersalin dan bukaan da 4cm. Suami pun terkejut. Uhuu. Sepanjang di katil Anis duduk je di tepi katil sambil menahan sakit setiap kali contraction datang. Bila tengok jam da pukul 2 Anis tak simpan harapan suami dapat jenguk Anis sekejap tengah hari ni. Terus je la Anis melayan sakit contraction yang datang selang 5 minit tu. Tiba-tiba bila Anis keluar dari tandas tengok-tengok suami da ada tepi katil. Rupanya mak guard benarkan suami masuk sekejap untuk tengok Anis. Masa ni mengalir air mata bila tengok suami. Risau, sakit, takut semua ada. Tapi sebab nak menghargai 5 minit yang mak guard beri pada suami untuk tengok Anis, sempat la Anis gurau-gurau dengan suami. Sebab suami pakai baju kerja tak bergosok hari tu. Haha.


Bila suami da balik, petang tu masa nurse bertukar shift pula, jadi nurse yang shift petang tu datang tegur Anis.

Nurse: Awak ni la yang sepatutnya keluar wad tadi kan. Tapi da ada tanda nak bersalin eh. Boleh tahan lagi tak?

Anis: Boleh. (sambil senyum sikit pada nurse tu)

Nurse: Yeke ni? Mari saya check bukaan.

Anis pun ikut nurse tu ke bilik pemeriksaan untuk kena seluk lagi.

Nurse: Uish da 6cm ni. Da boleh hantar pergi dewan ni. 

Nurse tu pun suruh nurse pelatih ambil kerusi roda dan tolak Anis ke katil untuk ambil baju baby pula. Lepas tu terus je Anis ditolak ke dewan bersalin. Gulp. Masa kena tolak tu Anis sms suami beritahu dia Anis da nak masuk dewan bersalin tapi suami diam je. Anis telefon pula tapi tak berangkat pula. Ah sudah. Rupa-rupanya suami tertinggal hp dalam kereta. Sabar je la.



Macam da panjang, nanti sambung bahagian dua eh.

Daa~


1 comment:

Gadis said...

dh eksited nk tunggu bhgn dua ni walaupun dh lme bersalin..tapi still teringat sakit bersalin