January 02, 2013

Ada kisah yang mahu dikongsikan [super long post]

Salam tahun baru 2013 buat semua pembaca blog 2hati-jadi1 ini.


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus berblogging pada tahun ini.


Entry review walimah kami dah pun Anis selesaikan hujung tahun lepas kan. Jadi pada tahun baru ini, di entry pertama di tahun baru ini, ada kisah yang mahu Anis kongsikan.


Buat semua pembaca blog cabuk Anis ni, Anis mohon doa dari kalian. Mohon doa dari kalian kerana Anis kini dalam hari menanti untuk melahirkan si kecil kami ke dunia. Hee.


Lama ok simpan rahsia ni daripada dikongsi di blog. Ini semua disebabkan tak nak entry bercampur aduk antara entry review dan entry kehidupan selepas bernikah. Hehe.


Alhamdulillah kini Anis da pun berada di fasa terakhir trimester ketiga. Mengikut EDD insyaAllah Anis akan melahirkan si kecil kami pada 16 Januari nanti. Lepas ni kalau Anis senyap lama dari blog ni, faham-faham je la ye.


Sementara belum melahirkan ni, Anis nak coretkan kenangan Anis sepanjang melalui fasa 9 bulan mengandung ni dalam blog kesayangan Anis ni. :)


*************************************

Kronologi perjalanan 9 bulan mengandung Anis:


Seperti yang pernah Anis kongsikan di awal penubuhan blog 2hati-jadi1 ni dulu, Anis mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur. Dua tiga bulan sebelum bernikah, Anis berjumpa dengan doktor untuk mengambil semula ubat hormon yang pernah Anis makan sebelum ni. Ubat ni sepatutnya kena ambil empat bulan, tapi disebabkan pada bulan ke-empat Anis akan bernikah maka doktor menyarankan Anis berhenti ambil ubat hormon tersebut. Anis ikut je la sebab doktor kata lepas kahwin hormon akan berubah.


Ubat terakhir yang Anis makan adalah pada hari ketiga selepas nikah iaitu sehari sebelum Anis dan suami berangkat untuk berbulan madu di PD. Lepas makan ubat tu, awal bulan 3 Anis period macam biasa. Kasihan suami kena cuti seminggu. Hiks.


Bila masuk awal bulan 4, period Anis tak datang. Masa tu Anis da macam berdebar la sebab perasaan antara dua kan: pregnant atau tak? Yela sebab period cycle tak normal so bila period tak datang awal bulan 4 tu Anis da fikir macam-macam. Nak excited pun takut tak ada apa-apa. Jadi Anis ambil keputusan untuk cuba buat upt senyap-senyap je tak beritahu suami pun.


Keputusannya adalah negatif. :)
Anis sedih la juga mula-mula tu sebab dalam hati da risau macam mana nak bagi zuriat pada suami sedangkan period cycle Anis tak teratur macam tu kan. Tapi Anis tabahkan hati je la. Anggap belum ada rezeki lagi masa tu. :)


Awal bulan 5 Anis dan suami berbulan madu kali kedua ke Langkawi pula. Sebenarnya Anis join rombongan pejabat suami je. Kebetulan minggu ke Langkawi tu adalah minggu ulang tahun kelahiran suami jadi kira sekali la sambut birthday suami sambil berbulan madu sekali lagi. Hehe. Sebelum berangkat ke Langkawi pada 4 mei 2012, Anis buat upt sekali lagi. Yela dekat Langkawi nanti kan aktiviti berjalan je banyak kan. Jadi kena la check kot-kot da ada isi takde la Anis aktif sangat sepanjang dekat Langkawi nanti.


Dan keputusannya masih negatif. :)
Jadi boleh la kita berjalan sakan dekat Langkawi nanti. Hehe.


Balik dari Langkawi, kami jalani hidup kami seperti biasa. Takde la fikir sangat nak mengandung cepat atau tak. Ada rezeki awal, kami terima. Kalau lambat, kami redha. Gitu je la konsepnya. Sebab tu semua diluar bidang kuasa kami.


Nak dijadikan cerita, di suatu hujung minggu, waktu tu kami berada dekat rumah mentua di Yong Peng. Tarikhnya 20 mei 2012, hari ahad. Anis, suami dan mak mentua lepak depan tv sambil berborak. Mak mentua sibuk la bercerita pasal kak ipar yang tak mengandung lagi lepas tu mak mentua tanya Anis pulak:


"ko ni pun tak mengandung lagi ke?"


Anis geleng je la sebab awal bulan tu da check kan. Mak mentua lepas tu siap cakap lagi;


"hai la, nape la anak-anak aku semua lambat mengandung ni?"


Hehe. Anis senyum je la. Takde la nak sentap ke apa. :)


Kebetulan hari ahad tu Anis tengok suami macam lemah je. Dengan sakit tekak lagi. Anis siap tanya suami:


"abang demam tak ni?"


Sambil letak tangan dekat leher dengan dahi suami.
Sebabnya adik ipar Anis, masa isteri dia mengandung dia kena demam panas. Hehe. Tu saja tanya dekat suami dia demam ke tak. ;p


Hari isnin, kami bekerja seperti biasa. Petang balik kerja tu Anis ajak suami makan sebab rasa da lama tak pekena nasi goreng kampung dekat kedai. Nasi goreng kampung dekat kedai tu fuhhh memang terangkat la. Dia punya pedas memang berasap telinga tapi Anis habiskan juga sebab memang da lama sangat teringin nak makan nasi goreng kampung kan. Hehe.


Balik rumah lepas tu, rehat-rehat jap. Dekat nak maghrib Anis pun pergi mandi. Masa nak pergi mandi ni Anis nyorok-nyorok bawa satu lagi upt kit sebab nak check. Yela lepas mak mentua tanya mesti la kita lagi rasa nak cepat mengandung kan. Hehe.


Dan keputusannya POSITIF! :)
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masa tahu da positif ni Anis mandi sambil menangis-nangis tau. Punya la terharu sangat. Akhirnya doa Anis nak mengandung Allah makbulkan pada malam 1 rejab. Mandi cepat-cepat sebab nak beritahu suami khabar gembira ni.


Lepas siap mandi Anis masuk bilik macam biasa. Upt tu pun bawa sambil nyorok-nyorok je sebab tak nak suami nampak lagi. Hehe. Lepas da siap solat maghrib berjemaah dengan suami, Anis pegang tangan suami sambil cakap dekat dia ada benda yang Anis nak beritahu. Lepas tu Anis ambil upt yang Anis nyorokkan tadi dan tunjuk pada suami sambil mengalir air mata ni.


Suami pula buat muka blur,

"macam mana nak baca ni sayang? abang tak tahu"


Cehh. Potong stim la suami ni. Hiks. Anis terangkan la pada suami maksud dua line tu apa. Suami pun senyum-senyum je sambil ucap Alhamdulillah. Kemudian Anis sambung lagi menangis dalam pelukan suami pulak. Hiks.


Dua hari kemudian kami pergi klinik untuk sahkan kehamilan. Doktor kira-kira katanya Anis da lebih kurang 4 bulan nak masuk 5 bulan mengandung. Tapi Anis argue la sebab Anis da check upt banyak kali negatif je kan. Lepas tu doktor cakap takpe nanti bulan depan kita scan untuk tengok usia sebenar kandungan Anis.


Jumaat tiba-tiba Anis diserang sakit tekak yang teramatnya sampai pening-pening kepala. Anis sampai ambil half day cuti sebab tak tahan sangat duduk dekat pejabat. Sabtu pun yilekk. Ambil mc juga sebab memang tak tahan da. Sakit tekak bersambung ke demam pula sampai Anis seminggu mc tak naik kerja. Hehe. Penangan lepas dapat tahu da mengandung. Terus mabuk-mabuk sampai seminggu mc. Masa ni makan pun tak lalu. Nak makan ubat apatah lagi kan. Memang terbaring lesu je. Suami pun sampai kena paksa Anis makan. Hehe. Waktu seminggu Anis mc ni kawan-kawan dengan boss dekat pejabat semua tertanya-tanya sesama mereka, Anis mengandung kah?? ;)


Hari ahad Anis ke klinik yang biasa Anis pergi pula. Klinik yang Anis selalu ambil ubat hormon tu. Anis nak scan perut. Kebetulan dekat situ je doktor perempuan jadi Anis prefer ke situ berbanding klinik lain. Hasil scan menunjukkan Anis sebenarnya da hampir 3 bulan hamil bukan baru beberapa minggu seperti sangkaan Anis sebelum ni. Bila Anis beritahu pada doktor tentang hasil upt yang negatif sentiasa tu, doktor jawab berkemungkinan paras hcg Anis rendah tu sebab upt tak dapat detect kalau Anis mengandung. Owh begitu rupanya. :)


Selepas daripada tu, kehidupan Anis mula berubah. Mula mengenali morning sickness. Mula tak boleh bau perfume suami. Mula mual-mual bila perut kosong. Dan macam-macam lagi. Fasa trimester pertama yang tersemat dalam memori Anis. Hehe. Dan hingga ke hari ini banyak pengalaman baru yang Anis pelajari dan tempohi sepanjang melalui tiga fasa kehamilan ini.


Alhamdulillah berkat doa ibu bapa. Berkat doa kami suami isteri mohon diberi kesuburan untuk memiliki zuriat secepatnya. Allah perkenankan doa kami ini. Syukur sangat.


Buat rakan pembaca blog yang mempunyai masalah kitaran haid tak normal macam Anis, jangan risau ye. Kalau Allah nak bagi kita rezeki zuriat cepat, insyaAllah kita akan dapat juga zuriat. Yang penting usaha, doa dan tawakal kepada Dia.


Sampai sini dulu coretan Anis ye. Lepas ni kalau masih ada kesempatan Anis akan kongsikan lagi 'rahsia' yang Anis pendamkan ni. Hihi.


Doakan Anis ye.


Sayang semua!


Sebagai penutup;




Hadiah sempena 1 Rejab buat suami.. ;)





Wassalam.












6 comments:

Raihana Humaira said...

tahniah anis,
jaga diri baik-baik,jaga makan,jangan buat kerja berat-berat.

Cik Awin said...

tahniah anis...diam2 ubi berisi ;). semoga dikurniakan baby yg comel...

Anna Boleyn said...

Alhamdulillah...congrats dear... :D

IMaH said...

Tahniah Anis. Dh nak dapat baby dah. Imah pun haid xnormal jugak. sesuka hati je datang. Tapi same mcm anis, bila xdatang check upt, negative. Huhu..skrg nipun dah 2 bulan dah xdatang tapi check still negative. xad rezeki lagi. huhu..

A ♫ Z ♫ U ♫ R ♫ A said...

tahniah anis...tggl tggu hari jek,smoga slmt mlhirkan ye... :)

R.R.Z said...

wahh..tahniah!

salam singgah, hehehe duk search2 psl pregnancy.kuar plak blog kamuu