December 31, 2013

b2b | jom exchange link!!!

as-salam

***sticky post***
scroll down for new entry ok!!! ^_^



update ringkas je ni,

saya nak tambah kenalan dari kalangan b2b tak kira la b2b dari negeri johor atau dari negeri mana sekalipun..harap pada mana-mana b2b yang baru terlompat masuk blog saya ni sudi meninggalkan link anda pada entry ini ok..


kerjasama semua yang sudi tinggalkan link selepas ini amat la saya hargai..

salam b2b semua!!! ^_^


p/s: b2b johor tolong btau tau anda dari johor..hehe



December 26, 2013

Imbasan 2013



As-salam.


Pejam celik kita da pun berada di penghujung tahun kan? Sekejap sangat setahun da berlalu.


Mungkin ini entry terakhir Anis di tahun 2013 ini. Lepas ni kita berjumpa di entry 2014 pula ye. InsyaAllah. :)


Untuk entry terakhir di tahun 2013 ini, Anis nak imbas semula perjalanan suka duka Anis dan keluarga sepanjang 12 bulan ini.


Jom baca! Hehe.



******

Januari

Lahirnya puteri cinta hati kami, Nur Aneesa Hani pada 10 Januari 2013. Awal tahun dimulakan dengan fasa berpantang. Hehe.






Februari

Ulang tahun kelahiran Anis yang ke-25 pada 14 Februari, masa ni masih dalam mood pantang jadi tak ada apa-apa sambutan. Makan lauk pantang je la kita ye. Haha.


Dalam masa yang sama, pada 25 Februari pula ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Betul-betul jatuh pada hari terakhir berpantang 44 hari. Hiks. Malam ulangtahun tu suami belanja dinner dekat secret recipe. Aneesa tinggal rumah dengan mak tok dia. Hee. Mummy Daddy feeling dating berdua kejap. ;)


Mac

Fasa-fasa berat hati nak naik kerja semula setelah habis cuti bersalin. Anis delay seminggu juga dari tarikh asal. Unpaid leave pun tak kisah la sebab asyik nak nangis je bila fikir kena tinggal Aneesa dekat rumah. Yela sejak dari dalam perut sampai da bersalin 2 bulan dia ada je sebelah Anis kan, tu yang berat sangat nak naik kerja. Hehe. Anis naik kerja semula 11 Mac.


April

Rekod kedatangan kerja memang berterabur. Ada hari suka-suka hati je Anis tak naik kerja. Akhirnya 20 April Anis say bye-bye pada tempat kerja Anis. Jadi wahm la kita. Hee.


Mei

Ulang tahun kelahiran suami yang ke-30. Jatuh pada hari pilihanraya. Jadi tak ada sambutan. Hiks. Lepas tu Anis gantikan weekend berikutnya belanja suami makan. :)


Jun

Bulan Jun tak ingat la. Rasanya tak ada peristiwa penting kot. Hee.


Julai

Ulangtahun pertama butik baby Anis, MyLuvlyBaby.

Jom cuci mata dekat butik Anis. Macam-macam ada! ;)


Ogos

Beraya pertama kali dengan keluarga kecil kami. Seronok kutip duit raya untuk Aneesa. Mihmih.


September, Oktober, November.

Tak ingat. Hoho. Tapi rasanya tak ada cerita best pun sebab Anis duduk rumah je kan. Tu yang tak ada story nak share dalam blog. Hee.


Disember

Setakat hari ini, rasanya tak ada apa-apa perlu direkodkan. Haha. Seronok tengok anak membesar depan mata. Alhamdulillah.



Ok la tu je rasanya imbasan 2013 Anis. Tak banyak aktiviti yang kami lakukan sebab Anis memang suka duduk rumah jadi tak ada cerita menarik untuk dicoret. Hee.


Sehingga bertemu lagi di tahun depan!



December 17, 2013

maternity / nursing pillow

Salam.


Siapa sekarang sedang memegang title m2b - mummy to be?


Biasanya dalam fasa kehamilan ni la kita akan mula rasa tak selesa nak duduk, tak selesa nak baring. Tidur pun jadi tak lena kan?


Nah, ni Anis nak perkenalkan bantal keluaran MyLuvlyBaby.


Maternity / Nursing Pillow




Bantal ni mula menjadi barang idaman bakal ibu sejak JLo pakai dalam movie kan?

Hehe.


Maternity / Nursing Pillow MyLuvlyBaby ni adalah produk original daripada Butik Bayi Anis tau. Harga yang ditawarkan juga lebih murah daripada pasaran.


Antara kelebihan menggunakan bantal ni:

~ Memberi keselesaan sepanjang tempoh kehamilan sama ada semasa baring atau duduk.
~ Memberi keselesaan untuk duduk selepas bersalin

~ Memudahkan ibu memangku bayi semasa menyusu


~ Membantu menyokong bayi yang baru belajar untuk duduk


~ Dan banyak lagi kebaikan lain untuk seisi keluarga anda!




Kelebihan Maternity Pillow MyLuvlyBaby :



~ Diperbuat daripada kain cotton yang sangat selesa


~ Isi fiber yang sangat mampat
~ Dilengkapi dengan tali yang panjang untuk diikat dipinggang semasa sesi penyusuan


~ Ukuran bantal yang sangat selesa untuk para ibu : 70cm x 50cm x 20cm

~ Percuma bantal bayi sedondon



Harga MyLuvlyBaby?

RM120 sahaja.


Murah kan??


Sesiapa berminat boleh email Anis di : myluvlybaby252@gmail.com

atau

PM di page MyLuvlyBaby di fb.


Kalau ada yang nak borong boleh email Anis juga ye.


Daa~~

December 16, 2013

eh lupa ada blog!



Assalamualaikum!


Aduhai lama betul tak jengah blog sendiri. Hiks.


Entah ada yang baca lagi tak blog sendu Anis ni. Hihi.


Sejak jadi mak budak, sejak jadi surirumah ni memang tak banyak sangat cerita nak dikongsi diblog. Tapi insyaAllah lepas ni Anis akan kembali aktif berblog semula. Nak rekod perkembangan Aneesa Hani pula. Hehe.


Nampak gaya masih ramai b2b yang jengah blog Anis ni. Terima kasih daun keladi. Semoga perkongsian Anis dapat memberikan idea untuk majlis walimah korang. Hehe.


Untuk warming up ni nah, Anis tepek 1 gambar keluarga kecil kami. Tak ada baru sangat gambar ni. Ni masa majlis walimah abang Anis bulan 9 yang lepas.




Ok la, sehingga bertemu lagi di entry lain!


Jangan lupa singgah butik baby Anis : MyLuvlyBaby




August 26, 2013

cerita raya 2013

Salam.


Baru berkesempatan untuk update blog pada Syawal ke-19. Hehe. Lepas tinggalkan blog dengan entry puasa yang lepas, kini Anis muncul untuk update entry raya pula. Ala-ala sebulan satu entry gitu. Haha.


Raya tahun ni giliran sebelah suami dulu. Sedih la juga pertama kali tak beraya dengan keluarga sendiri kan. Huhu. Tapi bila da sampai rumah mentua hilang la sedih tu sebab meriah juga beraya sebelah suami dulu. ;)


Kami sekeluarga pulang ke kampung suami pada malam raya. Kira sempat la merasa juadah raya air tangan mak Anis dulu malam tu sebab tradisi keluarga Anis iftar malam raya tu da makan hidangan hari raya sebab mak siap-siap masak siang puasa terakhir tu. Tak ada la kempunan sampai kena tunggu raya haji pula kan. Hehe.


Tahun ni pertama kali beraya dengan gelaran mummy-daddy. Alhamdulillah setelah berjaya puasa sebulan penuh, dapat berhari raya dengan puteri cilik kami, Aneesa Hani. Tahun ni tema keluarga kecil kami adalah kelabu! Anis siap jahitkan sepasang baju kurung untuk Aneesa tau.


Jom tengok gambar!





Gambar keluarga kecil kami yang pertama. Ni sebelum sesi bermaaf-maafan.





Keluarga sebelah suami. Ni semua adik-beradik suami. Cuma keluarga kak ipar je tak ada sebab beraya belah suami dia dulu.





Raya pertama kami konvoi ke rumah nenek suami. Ini Aneesa Hani bergaya dengan kopiah sepupunya. Hehe.





Raya kedua bertema hijau. Bergambar dulu sebelum beraya.






Raya ketiga pula tak ke mana-mana. Tapi masa ni keluarga mak uda suami datang beraya.





Bergambar dengan keluarga mak uda.



Ok itu je la cerita raya kami. Hehe. Tahun ni feeling beraya tu kembali semangat la mungkin sebab dah ada anak kan. Bila orang bagi Aneesa duit raya, maknya yang teruja lebih. Maklum la da lama tak merasa kumpul duit raya. Hiks.


Akhir kata, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca blog 2hati-jadi1 ni. Andai ada penulisan Anis yang mengguris perasaan sesiapa tanpa sengaja, Anis mohon maaf ye. Andai ada pertanyaan di ruangan komen yang tidak berbalas, mohon email Anis untuk bertanya sebab Anis memang jarang balas komen tapi kalau email insyaAllah Anis akan balas secepat mungkin.


Ok semoga bertemu lagi di entry yang akan datang!

July 16, 2013

Pre-order Anak Tudung Haneez untuk hari raya

Salam.


Sempena bakal menyambut bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini, Anis buka semula pre-order untuk anak tudung Haneez.


Pre-order dibuka sehingga minggu pertama puasa (sehingga 16 Julai 2013) dan inner akan dipos kepada pembeli insyaAllah seminggu sebelum Syawal.


Berikut Anis sertakan senarai harga dan warna yang tersedia.


Anak Tudung Haneez

Sehelai : RM8.00
2 helai : RM15.00

Borong, sekodi (20 helai) : RM125



Senarai warna :

1. white
2.cream
3. soft yellow (mustard)
4. yellow
5. light orange (sunkist)
6. orange TM
7. soft pink
8. hot pink
9. red
10. maroon
11. soft green
12. moss green
13. green
14. baby blue
15. blue
16. soft purple
17. purple
18. light brown
19. gold
20. brown
21. grey
22. black


Beza anak tudung Haneez dengan anak tudung di pasaran adalah anak tudung Haneez dipakai dari depan kemudian diikat dibelakang. Jadi bahagian dahi tak melekap dan tak menampakkan muka kita bulat. Gambar ni gambar lama jadi kualiti dia kurang sikit. Nak ambil gambar baru tak sempat pula. Hehe.






Koleksi gambar arkib Anis bergaya dengan inner Haneez :



inner hitam (22)




inner soft purple (16)




inner baby blue (14)




inner hitam (22)


Sesiapa yang berminat nak order boleh email Anis di 2hatijadisatu@gmail.com


ok bye!

p/s: oh ya, kalau nak beli maternity support belt atau barangan baby boleh ke page Anis di fb MyLuvlyBaby atau ke blog MyLuvlyBaby ye.

p/s/s : kalau nak beli shawl cotton XL pula boleh ke online boutique Anis di fb AnisFendy Collection atau ke blog AnisFendy Collection. :)


July 10, 2013

Rumble Tuff Electric Breast Pump Combo Package - Ramadhan Sale!!!



Salam.



Jualan kebaboom sempena bulan Ramadhan ini.



Dapatkan Pakej Kombo menarik Rumble Tuff Electric Breast Pump pada harga RM555.


Harga asal kombo ini adalah RM660.40 dan anda jimat RM105.40!!!



Promosi gila-gila ini berlangsung sepanjang bulan Ramadhan (sehingga 7 ogos 2013)


Melalui pakej kombo ini, anda akan menerima barangan berikut:

1) 1 rumble tuff duo (worth RM569)

2) 1 unit of Jingle Jungle Booboo Mom Cooler Tote (worth RM23.90)

3) 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles (worth RM24.90)

4) 3 pieces of Jingle Jungle ice packs (worth RM26.70) 

5) 3 pairs of Fabulous Mom Washable Bra Pads (worth RM15.90)









Terdapat 3 pilihan warna untuk Jingle Jungle Booboo Mom Cooler Tote seperti berikut :






Jangan lepaskan promosi gila-gila ini!

Email kami di myluvlybaby252@gmail.com

atau layari fb kami : MyLuvlyBaby


untuk keterangan lanjut!!!




July 09, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubaraq!!!

Salam semua.



Alhamdulillah pejam celik kita bakal bertemu dengan bulan Ramadhan lagi esok hari. Kalau tahun lepas pertama kali berpuasa sebagai suami isteri, tahun ni insyaAllah pertama kali berpuasa sebagai mummy daddy pula. Hihi.



Perasaan?


Berdebar!



Sebabnya Aneesa menyusu badan sepenuhnya kan, harap sangat berpuasa tak mengganggu penghasilan susu badan. Hari ni da kena mula banyak minum air kosong untuk persediaan berpuasa esok. Hehe.



Esok juga Aneesa Hani genap 6 bulan usianya. Tapi Anis belum buat sebarang persediaan untuk memperkenalkan Aneesa dengan makanan, jadi tak ada apa yang nak dikongsikan sangat buat masa ni.



Ok la dikesempatan ini, Anis mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubaraq buat semua pembaca blog 2hati-jadi1 ini. Diharapkan Ramadhan tahun ini memberikan berjuta rahmat buat kita semua.



Akhir sekali, terima la gambar terbaru Mummy Anis. Tapi gambar bulan lepas la. Maklum la sejak ada Aneesa Hani, dia saja yang monopoli kamera. Haha.








July 04, 2013

kongsi sikit perkembangan Aneesa Hani

Salam.


Hari ni terasa nak menulis sikit pasal anak dara Anis yang seorang tu siapa lagi kalau bukan Aneesa Hani. Hee.


Sejak ada anak ni, blog memang terabai habis la. Update pasal diri sendiri pun tak ada. Semua Aneesa Hani da ambil alih. Facebook pun apatah lagi, update pasal Aneesa saja la. Tipikal mummy. Hehe.


Semalam Anis dan suami bawa Aneesa untuk pemeriksaan bulanan di kk. Ni pun setelah 2 bulan tak pergi. Asyik la bertangguh kan tapi mujur semalam tak kena bebel dengan nurse. ;)


Anis antara mummy yang memilih untuk tidak memvaksin anak jadi nurse pun tak kisah sangat Anis datang checkup bila. Tarikh temujanji untuk bulan depan pun tak ada sebab ikut suka Anis je nak datang bila. Hehe.


Setakat hari ini, Alhamdulillah kesihatan Aneesa masih di tahap optimum walaupun tidak divaksin. Hari tu je Aneesa kena selsema sikit tapi Anis cuma gunakan penawar semulajadi untuk ubati Aneesa tanpa menggunakan ubat klinik. Apa yang Anis lakukan adalah sapu kunyit pada batang hidung Aneesa, sapu vicks pada dada dan belakang badan Aneesa setiap kali lepas mandi dan sedut hingus Aneesa setiap kali meleleh. Alhamdulillah sekarang Aneesa bebas selsema. :)


Perkembangan Aneesa setakat hari ini di usia 5 bulan 3 minggu:

- pantang dibaringkan terus meniarap
- suka guling2 atas katil sampai hampir jatuh katil..fuhh
- suka dengan bacaan al-Quran Ahmad Saud
- suka membebel
- suka menjerit
- senyum lebar bila mummy dia menyanyi lagu bahasa dia..haha
- dalam proses nak merangkak
- berat terkini 8kg
- masih menyusu badan sepenuhnya


1 Ramadhan nanti insyaAllah Aneesa Hani genap 6 bulan. Tapi Anis masih belum bersedia nak kenalkan Aneesa dengan solid food. Mungkin mula lambat sikit la sebab Anis nak menyusukan Aneesa sepenuhnya selagi boleh tanpa bantuan makanan lagi. InsyaAllah.


Ok la setakat ni dulu perkembangan Aneesa Hani ye. Panjang umur jumpa lagi. Daa~









June 03, 2013

sihat dan kurus dengan Herbalife



Salam


Hari ni Anis nak berkongsi sedikit pengalaman Anis.


Sepanjang mengandungkan Aneesa Hani, berat Anis pada usia kandungan 9 bulan adalah 82kg!


Berat sebelum mengandung pula adalah 56kg. Jadi Anis naik berat lebih daripada 20kg sepanjang 9 bulan. Hee. Selera masa mengandung tak payah cakap la. Asyik nak mengunyah je. Lepas tu nak makan yang sedap-sedap je. :P


Lepas Aneesa lahir, berat hari pertama Anis adalah 78kg. Hek eleh, turun 4kg je lepas Aneesa keluar? Lepas tu perut masih bulat macam ada baby lagi tau. Perut Anis tak jatuh mengeleber pun lepas Aneesa keluar hari pertama tu. Hee.


Sepanjang tempoh berpantang pula, sebulan pertama berat Anis turun jadi 67kg. Tu pun pantang main-main je. Ngee.


Habis tempoh berpantang, berat Anis turun jadi 61kg je. Lepas tu Anis cuba pakai baju sanding Anis, baju nikah tak berani la sebab baju kurung moden kan, alignment badan banyak lari lagi. Ahaks. Tahu tak, baju sanding tu tersangkut dekat bumper! Duhh frust menonggeng mak cik mengenangkannya.


Naik kerja Anis cuma pakai baju kurung biasa yang besar-besar je jadi orang tak nampak la badan masih tak reshape sepenuhnya. Hihi. Tapi lepas tu Anis berkenalan dengan produk Herbalife pada awal bulan 4. Anis minum ikut jadual yang coach Anis ajar, Anis kawal makan. Kemudian setelah sebulan Anis amalkan Herbalife,





Baju sanding da muat sedap-sedap pakai tanpa korset!

Masa majlis Anis sarung korset ok!

Yeay!




Dan paling best,





Baju nikah pun da muat pakai tanpa korset walaupun ianya baju kurung moden.


Hoyeah mak suka!


Total berat hilang sepanjang sebulan penggunaan Herbalife adalah 3kg, berat Anis sekarang 58kg. Ada 2kg lagi nak singkir sebelum dapat berat anak dara. Hee.


Kira ok la kan, walaupun turun sikit tapi Anis dapat reshape bentuk badan. ;)


Kawan-kawan yang berminat nak tahu pasal produk Herbalife ni boleh email Anis ye sebab Anis adalah pengedar bebas produk Herbalife. *wink*



Raya nanti boleh la melaram lagi. Hoyeah!




May 29, 2013

Printed Shawl XL Size di ANISfendy Collection


Salam dan hai.


Bagi rakan-rakan yang mencari shawl bidang besar untuk dipakai sehari-hari, boleh la cuci mata di fb ANISfendy Collection atau di blog ANISfendy Collection.


Anis ada menjual bawal shawl bersaiz XL yang sangat sesuai untuk kawan-kawan yang mencari shawl yang menutup dada.


Antara koleksi yang Anis sediakan :




Printed Shawl Floral





Printed Shawl Butterfly





Printed Shawl Tribal



Semua jenis shawl ni bersaiz 180cm x 110cm


Lebar dan panjang kan? Ia boleh digayakan seperti shawl biasa atau boleh digayakan sebagai tudung bawal shawl mengikut kreativiti anda. Material shawl ni voile sama macam tudung bawal biasa tu.


Harga sehelai Anis jual cuma RM28 sahaja. Kawan-kawan boleh la tengok pilihan warna lain di fb mahupun di blog ANISfendy Collection tu ye.


Jangan segan nak order.


Ada banyak lagi pilihan shawl, blouse dan peplum ada di ANISfendy Collection.


Jemput singgah ye! ;)





May 27, 2013

Perkembangan Aneesa Hani



Salam.


Kali ni Anis kongsikan perkembangan Aneesa Hani pula ye.







1 hari selepas dilahirkan.

Masa ni Anis masih kena tahan dekat wad sebab doktor masih nak check miss V Anis keesokkan harinya. Huhu.

Berat masa lahir 3.03kg.







2 hari.

Bedung guna kain batik sebab kain bedung dah habis guna dekat wad. Maklum la kena tahan 2 malam dekat wad kan. Ngee comel kan bedung kita. ;)








3 hari

Muka masih merah.








6 hari

Hari lahir mak tok yang ke 58 tahun.

Ni nak keluar pergi kk untuk check kuning Aneesa.








7 hari


Anis dan suami cukur rambut Aneesa, daftar nama dia di JPN.







3 minggu

Da tak suka berbedung.






1 bulan

Baju masih menggelebeh. Sekarang cukup-cukup badan je. Hee. Ni tengah mamai baru sudah menyusu.

Masa 1 bulan berat Aneesa sudah 4.1kg








1 bulan 2 minggu


Saya baru nak mandi. Hee.






1 bulan 3 minggu


Mummy bagi puting kosong sebab saya suka mengempeng. Tapi sekejap je pakainya pun. Aneesa tak suka. Huhu.








2 bulan

Da mula tidur buai.

Berat 5.5kg.







2 bulan 3 minggu






3 bulan 1 minggu

Berat da 6.5kg. Ngee.






3 bulan 2 minggu.

Anis da mula pakaikan Aneesa dengan cloth diaper.





Sekarang Alhamdulillah Aneesa da pun berusia 4 bulan 2 minggu dengan berat da hampir 8kg!


Lepas ni memang naik muscle la Anis dukung Aneesa je kan. Hee.


Aneesa juga princess susu sebab kuat mengempeng dan tak suka susu botol. Hee.


Perkembangan lain Aneesa, sekarang da pandai meniarap, 
da pandai angkat bontot nak merangkak, 
da pandai membebel,
da pandai melonjak bila kita dirikan dia,
da kenal mummy daddy,
da pandai gelak kuat-kuat


banyak lagi kot tapi tak terfikir pula masa taip entry ni. Hee



Ok jumpa lagi di entry akan datang!





May 23, 2013

Kenangan Manes Kau dan Aku - 15 bulan 2 hati jadi 1 -


Salam.


Curi masa sikit untuk update blog 2hati-jadi1 ni sekejap.


Pejam celik rupanya sudah 15 bulan Anis dan suami melayari bahtera rumahtangga. Sekejap je masa berlalu kan?


Ulang tahun perkahwinan pertama 25 Februari 2013 yang lalu Anis tak sempat nak update apa-apa entry sebab hari tu betul-betul Anis baru habis pantang 44 hari. Ngee.


Jadi di kesempatan ini, Anis kongsi la sikit kenangan sepanjang 15 bulan ini ye.





25 Februari 2012


Majlis akad nikah berlangsung.














26 Februari 2012


Majlis Resepsi pula diadakan.














28 Februari 2012


Bulan Madu pertama di Lexis Port Dickson.
















4 Mei 2012


Bulan Madu kedua di Langkawi








22 Mei 2012


Eh eh rupanya da 11 minggu hamil. ;)


Padahal sebelum pergi Langkawi buat upt masih negatif tu.







10 Januari 2013


Lahir la permata hati kami Nur Aneesa Hani








Sekejap je masa bergerak kan? 


Kalau dulu berdua, sekarang da bertiga.


Tahun lepas raya berdua, tahun ni InsyaAllah raya bertiga.


Tahun depan berempat pula. Eh?



Hee. Gurau je.


Nanti ada masa Anis update perkembangan Aneesa Hani pula ye.


Sebagai penutup, 


Jom like page ANISfendy Collection di fb!


Kami juga ada blog di ANISfendy Collection.