December 31, 2012

Review 31: Wedding Props

Salam.


Review terakhir walimah kami!!!


Walimah bulan 2, bulan 12 baru habis review. Ok la tu kan. Hiks.


Kali ni Anis nak berkongsi beberapa props yang Anis sediakan untuk walimah kami tempoh hari.


Kebanyakan props ini adalah hasil DIY Anis. :)




Papan putih.





Karikatur





Cermin





Sign Bride & Groom





FB status





Papan putih dan marker digunakan semula pada hari resepsi di meja ucapan tetamu





Sign dan props untuk photobooth corner





Karikatur kedua dan sign guestbook corner daripada pinggan



Ini antara props yang Anis sediakan untuk walimah kami tempoh hari. Kebanyakan yang Anis DIY adalah sangat murah sebab semuanya menggunakan apa saja yang ada dalam simpanan Anis. ^_^






December 28, 2012

jemput like ANISfendy Collection

Salam jumaat semua.


Sekadar entry pendek di hari Jumaat ini.


Kali ni Anis mohon anda semua pembaca blog 2hati-jadi1 Anis ni untuk singgah dan like butik online Anis di Facebook.




Wah banyak betul butik online Anis. Hiks.


Anis minat berniaga. Jadi buat masa ni Anis jadikan medium internet sebagai ruang untuk Anis serlahkan lagi minat Anis ni.


Kalau MyLuvlyBaby lebih fokus kepada barangan keperluan ibu mengandung dan bayi, untuk ANISfendy Collection pula Anis lebih fokus kepada pakaian muslimah. Anis akan sediakan stok hijab, jibah, blause dan bermacam lagi.


Jemput like ye. Untuk tahun ni Anis da masukkan beberapa stok antaranya jubah dan blause. Tahun depan in shaa Allah Anis akan masukkan stok tudung pula.


Terima kasih!



^___^

December 27, 2012

Review 30: Honeymoon Trip

Salam.


Review ke-30 ni Anis nak kongsikan kisah bulan madu kami pula.


Bulan madu kira ada kena mengena la juga dengan perkahwinan kan? Boleh la ek masuk dalam list review perkahwinan. Hiks.


Bulan madu kami yang pertama adalah di Port Dickson sahaja. Anis teringin nak ke PD sebab tak pernah sampai ke sana lagi jadi suami tunaikan impian Anis tu. Terima kasih suami!


Kami bergerak ke PD pada hari ke-3 selepas selesai majlis walimah kami. Kira petang selesai majlis walimah sampai ke hari isnin kami gigih siapkan berkemas segala benda dekat rumah tu. Lepas tu hari selasa pagi terus kami gerak ke PD. Cuti kahwin cuma seminggu je kan. Kena la bulan madu cepat-cepat. Hehe.


Di PD kami menetap di Lexis. Jiran kepada Grand Lexis. Hotel ni bertaraf 4 bintang kalau tak silap Anis. Kami menetap di sini selama 3 hari 2 malam. Urusan booking hotel ni semua diuruskan oleh suami dan kami booking hotel melalui Agoda sahaja. Mudah!


Semasa bulan madu ni Anis ada ambil pakej potraiture daripada seorang OP untuk shoot gambar kami sepanjang berbulan madu. Auww. Siapa dia korang cari la sendiri sebab Anis tak nak kongsikan siapa OP ni sebabnya walaupun gambar dia vass, tapi kami dapat album sangat lambat dan ada benda yang kami tak terima pun daripada senarai yang dia bagi dalam pakej tu. Kami hanya terima album ni selepas suami ugut nak sebarkan masalah ni dekat umum baru la dia hegeh-hegeh nak poskan album kami. Sebelum-sebelum tu Anis sms mahupun pm di fb memang dia tak balas langsung. Alahai.


Jom Anis kongsikan sedikit gambar berlatarbelakangkan Lexis dan Grand Lexis.






Laluan keluar-masuk ke chalet kami





Permandangan di lorong chalet. Yang ni da masuk kawasan Grand Lexis rasanya.









Bilik kami ^_^




Posing depan pintu bilik pula.



**************


Seterusnya Anis kongsikan pula kisah bulan madu kedua kami. Amboi banyak benar bulan madunya. Hehe.


Bulan madu kedua ni sebenarnya rombongan tempat kerja suami tapi Anis ikut sekali sebab Anis tak pernah jejak kaki ke Langkawi. Jadi suami bawa la Anis ikut rombongan ni. Kira bulan madu kedua la kan. Inai di jari pun tak habis lagi masa ni. Hehe.


Kami ke Langkawi pada 4 hingga 6 Mei yang lalu. Kiranya bulan madu berserta sambutan ulang tahun kelahiran suami yang ke-29 pada 5 Mei tu la. Hehe.




Dalam feri nak ke pulau. Masing-masing muka belum mandi. Ahaks.





Petang sampai tu ada aktiviti sukaneka di tepi pantai tapi Anis dan suami lari dari group dan kami buat hal kami sendiri. Antaranya main pasir. Hehe.





Hari kedua kami naik kereta kabel pula. Tak gayat sebab da pernah naik masa pergi Genting dengan family dulu-dulu. Hehe.





Atas puncak.




Kemudian kami singgah ke Dataran Lang ni untuk ambil-ambil gambar.




Ini hotel penginapan kami.



Aktiviti di Langkawi banyak kepada shopping dan lawatan je la. Tapi sebab Anis dan suami lebih kepada mood bulan madu jadi kami tak ada la shopping sakan macam orang lain. Kami lebih suka jalan-jalan cuci mata je. Hee.


Itu je la cerita bulan madu kami. Lepas je bulan madu kedua ni kami da tak ada jalan jauh-jauh da. Jalan pun sekadar dalam Johor je. Tunggu tahun depan pula la nak berjalan sakan lagi.


Jumpa lagi!




December 24, 2012

Review 29: DJ dan karaoke yang ughhh!!!

Salam.


Yeay entry review hampir sampai ke penghujung! Hehe.


Kali ni Anis nak review benda yang Anis tak suka semasa majlis walimah kami tempoh hari.


Apa yang Anis tak suka?


DJ dan karaoke!


Ughhh!






Anis pernah suarakan hasrat dalam entry Anis dulu-dulu yang Anis dan suami tak nak ada DJ mahupun karaoke semasa majlis walimah kami. Tapi apakan daya, pagi hari walimah tiba-tiba Anis nampak ada orang datang bawa set DJ dan karaoke.


Mula-mula pelik juga sebab siapa pula yang tempah DJ ni kan sebab Anis memang tak pernah masukkan DJ dan karaoke dalam wedding check list Anis pun.


Setelah diselidik rupanya ayah Anis sendiri yang tempah DJ ni.


T_T






Tu DJ yang Anis dan suami anti sampai sekarang. Yang belah kiri sekali tu.




Kenapa kami anti DJ ni?


  • Syok sendiri!
  • Sediakan set karaoke semua lagu-lagu patah hati! Lepas tu sepupu-sepupu Anis pun pakat nyanyi lagu-lagu patah hati. Arghhh! Ni majlis kahwin la bukan majlis berkabung nak sedih-sedih. T_T
  • Langsung tak memainkan peranan untuk panggil ahli keluarga dan kaum kerabat pengantin untuk bergambar beramai-ramai.
  • Sibuk dengan teka-teki dia tak habis-habis

Dan banyak lagi benda Anis tak puas hati dengan DJ ni. Anis tak suka servis dia. Serius menyampah sangat sepanjang majlis dengar suara dia je. Blerghhh!


Ok tak nak da sambung pasal dia ni lagi. Benci! Benci!


Awal bulan 12 hari tu ada terima jemputan walimah kawan pejabat suami, nak tahu tak kami nampak siapa?

Kami nampak DJ ni! Lepas tu kan majlis tu buat dekat dalam dewan tau, masa pengantin berarak masuk kumpulan kompang terus berkompang agak lama la juga dalam 20 minit macam tu dan DJ ni tak ada kesempatan nak bercakap. Anis dan suami pun bantai gelak je tengok dia macam da panas hati tunggu kumpulan kompang tu berhenti. Ahaks!



Not recommended!





December 20, 2012

Review 28: Bunga Pahar

Salam.


Review ke-28, jom kita ushar bunga pahar Anis ok!


Bunga pahar untuk pelamin Anis ada dua jenis. Satu yang Anis buat sendiri, dan satu lagi yang mak Anis teringin sangat nak gunakan. Anis ikut je la.






Ini bunga pahar idaman mak Anis. Eh bunga pahar ke telur pahar?? Hehe.


Masa beli telur ni ada diskaun jadi memang sangat murah. Untuk tempat gantung tu kami beli sekali. Dalam RM30.00 kot satu. Ada b2b johor yang berminat nak sewa tempat gantung tu? Email Anis ek. :)






Yang ini pula bunga pahar hasil DIY Anis. Rimbun je bila da cucuk pada pahar. Untuk entry penuh bunga pahar ni rasanya Anis pernah kongsikan awal-awal tahun dulu. Kalau nak tengok sila la cari ye. Malas pula Anis nak cari linknya. Hehe.


Secara keseluruhannya, ramai makcik-makcik yang ambil bunga pahar Anis ni. Ada tu sampai minta dekat pengantin sendiri; "makcik nak bunga tu satu boleh?" Alalala mesti la boleh kan. Anis buat memang untuk bagi pada orang kot. Hehe.






December 17, 2012

Review 27: Meja Makan Beradap

Salam.


Mari memecut ke review 27. Wee da tak banyak yang nak direview ni. Lepas ni habis da hutang review. Hehe.


Kali ni Anis nak review meja makan beradap atau meja makan damai pula.


Untuk hiasan meja ni Anis ambil dari butik pengantin je. Tapi Anis tak tekankan sangat konsep meja makan ni. Anis serahkan bulat-bulat pada vendor untuk hiaskan. Ikut suka hati la diorang nak buat konsep apa.


Dan hasilnya;

Meja makan damai lagi meriah dari pelamin. Haha. Itu bak kata mak dan makcik-makcik Anis la. Tapi kalau tanya Anis, Anis tak ada la suka sangat rekaan meja damai ni sebab serabut sangat. Kalau pelamin tu memang ikut selera Anis je. Tapi mak dan makcik-makcik pula tak suka. Tapi biar la. Lalalala...






Hiasan meja damai dari pihak butik pengantin. Pinky kemain warna dia!





Gambaran lebih dekat pada bahagian tempat duduk pengantin. Siap ada panel lagi dekat bahagian belakang tu.





Ok la tak apa sangat nak cerita.


Kita minum dulu!



Kbye.




December 12, 2012

Review 26: Bilik Pengantin

Salam.


Review kali ni Anis nak kongsikan gambaran keseluruhan bilik pengantin pula.


Untuk bilik pengantin ni tak banyak pun yang nak direview sebabnya hiasan bilik Anis sangat la ringkas sebab Anis memang tak minat la bilik serabut dengan segala mak nenek bunga dalam tu. Untuk hiasan bilik pengantin ni pun Anis buat sendiri je. Tak nak ambil pakej butik sebab nanti lepas majlis leceh nak kena kemas semula. Hehe.


Disebabkan OP tak ada gambar keseluruhan bilik kami, jadi Anis kongsikan gambar part by part sudut di bilik kami ye.





Gambaran dinding belakang pintu. Pintu yang sebelah kanan berwarna putih tu ye.


Bahagian dinding bilik memang tak ada langsung sebutir paku sebab mak Anis tak bagi paku dinding. Kononnya dulu nak gantung jam tiga serangkai dekat dinding tu tapi terpaksa lupakan hasrat tersebut. Jadi kita biar la dinding tu kosong. Hehe. 


Untuk bahagian belakang pintu ni Anis cuma letakkan sofa putih yang akan digunakan di atas pelamin pada hari resepsi keesokkan harinya. Sofa tu je da cukup untuk memenuhkan ruang kosong yang ada. Kalau sofa ni tak ada dalam bilik masa ni, bila bercakap memang bergema suara. Hee.


Oh ya, warna dinding bilik kami adalah kombinasi purple dan soft purple. :)












Ini pula gambaran dinding utama.


Nampak tirai belakang katil tu?


Tirai tu adalah hasil DIY Anis. Hehe. Daripada proses menjahit tirai, buat bunga crepe sampai la ke peringkat memanjat semua Anis pulun buat sendiri. Gayat oo panjat tangga tinggi-tinggi tapi demi semangat DIY punya pasal, sanggup! ;p


Dan sila percaya tirai tersebut masih tergantung megah dalam bilik sampai saat entry ini Anis taip. Hebat kan?? Hiks.


Oh untuk bahagian dinding utama ni, Anis letakkan katil berserta dengan meja sisi dan lampu meja. Tu je.



Bagi dinding sebelah kiri pula, bahagian tu cuma ada tingkap yang ditutup dengan langsir purple labuh hingga ke lantai. Dan untuk dinding yang bertentangan dengan dinding utama ni pula, di situ merupakan bahagian wardrobe yang melekat di dinding. Anis pernah kongsikan cerita pasal wardrobe dalam bulan 5 tahun lepas kot. Cari la kalau nak tahu ye.


Tak banyak perabot yang dimasukkan dalam bilik sebabnya wardrobe dan meja solek da siap melekat di dinding. Jadi Anis cuma perlukan katil, meja sisi dan sofa je sebagai pelengkap bilik.



Ok setakat ni dulu ye.


Jumpa lagi!




December 11, 2012

apa yang b2b nak anis sediakan?

Salam.


Eceh tajuk kita hari ni. Hehe.


Sebenarnya entry pendek je ni tau. Anis sekadar nak tanya pendapat, pandangan daripada b2b yang sudi baca blog Anis ni.



Ok.


Apa yang korang nak Anis sediakan untuk korang?


Anis bercadang nak buka online shop khusus untuk barangan perkahwinan. Jadi Anis perlukan pendapat korang apa yang korang nak Anis sediakan untuk korang.


Bantal deko, bantal nikah tu da memang pasti la sebab itu antara barangan perkahwinan terawal yang Anis jual selepas walimah Anis tempoh hari. Hihi.


Korang nak beli apa daripada Anis??


Gift box ke, dulang hantaran ke, pillow ring ke, guestbook ke, photobooth props ke, veil ke, poddle flower ke, bunga tangan ke.


Bagi pendapat di ruangan komen ye.


In shaa Allah bermula tahun 2013 nanti Anis akan mulakan online shop barangan perkahwinan.



^_^



December 10, 2012

Review 25: Make Up

Salam.


Review ringkas je ni.


Anis nak kongsikan perihal make up sepanjang hari bersejarah kami yang lalu.


Untuk make up, Anis ambil dari pakej pengantin je. Tak ada la nak tempah make up artist yang popular ke apa. Dan antara sebab Anis pilih Az Bridal adalah sebab Anis sangat suka tengok gambar hasil tangan mereka di fb. Anis paling tak suka make up yang nampak plastik gila lepas tu tebal macam tepek tepung gomak. Anis suka yang nampak natural je.





Hasil make up malam nikah.















Yang ni step by step make up masa hari resepsi.


Untuk gambar da siap sepenuhnya boleh tengok gambar-gambar Anis dalam review yang lepas-lepas ek. Hehe.



Komen Anis :

Anis sangat puas hati dengan hasil make up untuk malam nikah dan majlis resepsi Anis. Make up memang tahan lama. Tak merekah walaupun senyum selebar-lebar alam. Tak luntur biar pun Anis ni jenis kulit muka kombinasi. Memang sangat puas hati!


Walaupun ada sok sek kata make up malam nikah tu nampak pucat sebab pilihan warna lipstick peach tu, tapi Anis bolayan je sebab Anis yang minta mak andam tukar warna lipstick tu. Pada awalnya mak andam sapu warna apa ntah tak ingat pula tapi Anis tak suka warna tu. Hehe.




Untuk outdoor pula, pada asalnya Anis nak mak andam Anis make up kan sekali lagi tau. Tapi suami kata tak payah membazir la. Jadi Anis make up sendiri je. Hehe.




Hasil tangan pengantin.



Ok la kan?

OP pun tak percaya Anis make up sendiri untuk outdoor ni. Cantik sangat ke bang? Ahakss.





December 06, 2012

soalan-soalan yang memerlukan jawapan

Salam.


Memandangkan entry review Anis da hampir sampai ke penghujungnya, Anis ambil sedikit masa untuk jawab soalan-soalan yang diterima melalui ruangan komen pada entry-entry Anis yang lepas.


Memandangkan ada komen yang Anis lambat sangat publish, ada juga komen yang masuk kemudian. Jadi eloklah kiranya Anis kumpulkan soalan-soalan kalian dalam entry ini je eh. Senang juga kalian nak cari jawapannya. Tak payah susah-susah nak buka entry Anis yang lepas. :)


Ini antara soalan yang Anis terima dalam ruangan komen entry-entry Anis. Yang mana Anis boleh jawab, Anis jawab ye.


1. Tempah baju dekat mana?

Untuk baju nikah dan resepsi, Anis beli kain dari kedai kain biasa-biasa je dekat Kluang ni. Bukan Jakel, bukan Nagoya bukan juga yang seangkatan dengannya. Anis beli di kedai kain yang deret-deret kedai tepi jalan tu je. :)

Untuk tempahan pula, sama seperti kain, Anis tak hantar pada designer mahu pun butik pengantin. Sebaliknya Anis tempah di tukang jahit biasa je. Untuk penduduk Kluang mungkin familiar dengan kedai jahit Magie belakang bustand tu. Tapi kalau tanya Anis ok tak tempah dekat situ, Anis jawab ok TAPI sila la bagi penerangan sejelas-jelasnya pada tailor tu kalau tak nanti jadi la macam baju Anis. Minta beading tapi nan ado. Padahal datang banyak kali dok ulang cakap benda yang sama. Huhu.



2. 4az bridal tu ok tak?

Anis ambil pakej pengantin daripada 4az bridal ni. Antara sebabnya Anis suka mekap dia yang tak nampak plastik. Sepanjang bekerjasama dengan vendor ni, Anis puas hati mungkin sebab Anis pun tak minta banyak dengan dia kan. Kami berjumpa pun cuma sekali je. Bincang details nak pelamin macam mana, susun atur macam mana lepas tu bila kak azuri ni ajak jumpa untuk final discussion pun Anis tolak sebabnya Anis da ok dengan apa yang kami da bincangkan masa 1st meeting dulu. Hehe. Lagi satu sebab Anis tak ambil baju dengan dia jadi tu yang tak perlu jumpa dia banyak kali.

Untuk yang tak cerewet mungkin boleh jadikan 4az bridal sebagai salah satu potential vendor anda. Tapi kalau cerewet, sikit-sikit nak jumpa vendor nak bincang itu ini, mungkin kena fikirkan semula la sebab kak azuri ni sibuk betul. Kawan Anis sampai bengang nak tunggu masa nak jumpa dengan kak azuri. Hehe.



3. Tracing paper beli dekat mana?

Tracing paper Anis gunakan untuk buat guestbook reminder pada kad jemputan tempoh hari. Tracing paper ni boleh beli di Popular atau mana-mana kedai buku. Harga pula tak mahal mana. Satu keping tu dalam berapa sen je kot.



4. Sofa beli dekat mana dan berapa harga?

Sofa untuk pelamin tu Anis beli di Cavenzi je. Asalnya sofa tu dalam pakej 2 + 3 tapi Anis cuma beli yang two seater je. Harganya? RM1,300 kalau tak silap. Lupa sudah. Ngee.



5. Kasut kahwin beli dekat mana?

Sama macam kain untuk baju nikah dan resepsi, kasut kahwin pun Anis beli di kedai-kedai biasa je. Kasut kahwin Anis tempoh hari beli dalam kedai kasut di Kluang Parade dengan harga RM 19.90.



6. Boleh order anak tudung lagi?

Buat masa sekarang Anis tutup order dulu. Nanti bila Anis buka tempahan, Anis akan beritahu dalam blog ya.



7. Kad jemputan guna kertas apa?

Untuk kad jemputan yang Anis DIY tu, Anis beli kad di kedai buku biasa je. Kad tu dijual dalam bungkusan 100 keping berharga RM 8.90. Tebal dia memang sangat sesuai untuk kad jemputan, tq tag, signage dan macam-macam projek DIY lagi. Kalau tak silap dekat Popular pun ada jual.




8. Nama polistrene order dekat mana?

Nama polistrene di atas meja buku tetamu tu Anis buat sendiri. Anis beli polistrene dan cutter di kedai buku, print abjad nama kami sebesar yang boleh kemudian trace pada polistrene. Ada nak tempah ke? Ahaks.




9. Props tempah dekat mana?

Anis tak ada tempah props dekat mana-mana pun. Semua props yang Anis kongsikan dalam review adalah hasil DIY Anis sendiri. Ada yang berminat nak tempah ke? Ngee.




10. Mahal tak sewa vendor photobooth tu?

Untuk photobooth tu Anis cuma sewa panel putih tu je dari butik pengantin yang Anis sewa pelamin. Hiasan pada panel tu dan segala props yang digunakan di photobooth itu adalah hasil DIY Anis. :)




11. Taman U ayam penyet agus?

Aaaaa tak pasti la pulak nama kedai tu. Kami ikut je OP bawa kami makan kat mana. Hahaha.




12. Cereal borong dekat mana?

Cereal untuk doorgift tu emak dan abang Anis yang pergi beli di kedai borong di Kluang. :)




13. Cermin hantaran beli dekat mana?

Cermin alas dulang hantaran tu Anis beli di kedai serbaneka di Kluang. Satu keping memang RM8.90 je tapi maaf sangat-sangat, sekarang kedai tu da tak restock cermin tu jadi Anis tak dapat bantu sesiapa yang nak minta Anis tolong belikan. Masa Anis nak tambah jumlah dulang hantaran dulu pun susah sangat nak jumpa cermin yang sama dekat kedai lain. Itu pun mujur ada branch kedua kedai tersebut dekat area bandar Kluang ni.



Ok ini antara soalan yang Anis terima dari ruangan komen entry-entry Anis yang lepas. Maaf ye terpaksa jawab dalam satu entry macam ni sebab tak terlarat nak buka satu-satu entry untuk balas setiap soalan.


Kalau ada soalan lagi lepas ni, Anis akan tambah lagi dalam entry ini ok!






December 05, 2012

Review 24: Mas Kahwin

Salam.


Review hari ini Anis akan kongsikan  gambar mas kahwin yang Anis terima daripada suami.


Kenapa mas kahwin tak termasuk dalam review hantaran yang lepas?


Sebabnya mas kahwin ni memang tak termasuk dalam senarai hantaran. Anis dan suami da putuskan yang cincin dan mas kahwin diasingkan daripada senarai barang hantaran. :)





Gubahan cincin perkahwinan dan mas kahwin hasil tangan mak mentua.





Sesi penyerahan mas kahwin selepas selesai akad nikah.





Sesi sarung cincin.




 Dan Anis pun ada dulang cincin perkahwinan untuk suami juga. Hihi.





Gambar yang sempat ditangkap oleh OP.



Cincin perkahwinan kami dibeli dari Diamoney je. Harga untuk sepasang wedding ring ni kurang RM1,000.00. Lepas tu masa kami beli dulu tengah diadakan karnival raja sehari jadi dapat macam-macam kupon diskaun dengan pembelian cincin ni.



Ok la tu je untuk kali ni ye.



Jumpa lagi!





December 03, 2012

Review 23: Hantaran

Salam awal disember. Hehe.


Sekejap je kan da masuk disember. Nanti pejam celik eh da masuk 2013 pula.


Kali ni jom ikut Anis ke review 23 pula. Anis nak kongsikan gambar hantaran kami.


Hantaran semasa majlis akad nikah tempoh hari adalah tujuh berbalas sembilan. Untuk hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki, Anis DIY sendiri. Manakala untuk hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan mak mentua Anis yang gubah. :)


Kedua-dua hantaran menggunakan cermin sebagai alasnya. Dan cermin-cermin ini adalah hasil penat lelah Anis spray sorang-sorang dekat belakang rumah ye. Hehe. Pada asalnya bingkai cermin ni semasa beli berwarna emas dan agak buruk. Jadi Anis spray dengan warna putih untuk nampak lebih berseri dan kena dengan tema majlis.


Untuk satu bingkai siap dengan cermin ni harganya cuma RM8.90 je. Anis beli untuk kedua-dua pihak dalam 12 keping je sebab pada asalnya jumlah dulang hantaran yang dipersetujui adalah 5 berbalas 7 tapi da dekat-dekat majlis dua-dua mak nak tambah dulang lagi maka masing-masing ada dua dulang berbeza. Nasib la. Hehe.


Kaki dulang pula Anis gunakan balang kaca dan pinggan kaca yang disusun siap-siap di ruang tamu. Jadi semasa hantaran dikeluarkan dari bilik, dayang-dayang Anis cuma bawa alas cermin tu je. Begitu juga dengan keluarga suami. Mereka cuma bawa alas cermin tu je. Kakinya Anis da siap-siap susun petang sebelum akad nikah lagi.


Tak nak cerita panjang, jom Anis kongsikan gambar hantaran kami tempoh hari.


Dari perempuan kepada lelaki :



1. Tali pinggang dan dompet




2. Kemeja dan slack




3. Set minyak wangi




4. Sling bag




5. Set mandian




6. Coklat




7. Buah-buahan




8. Buku agama




9. Sirih junjung last minute sebab pada asalnya Anis nak bagi cheese tart tapi kena tukar sebab cheese tart tu tak tahan lama. Sedih gila!





Dari lelaki kepada perempuan:



1. Buah-buahan




2. Buku agama




3. Handbag dan purse




4. Coklat




5. Set minyak wangi

6. Sirih junjung (tu kat tepi tu)


Dan yang terakhir adalah jam tangan tapi tak ada gambar langsung sebab OP lupa nak ambil sebab hantaran masuk rumah lambat sangat. Hehe.



Simple je kan hantaran yang Anis gubah sendiri?

Tapi Anis suka sebab itu la pertama kali Anis menggubah hantaran. ;)




Ok la tu je dulu ye.