November 28, 2012

Review 22: Doorgifts

Salam rabu!


Ok malam semalam gigih guna laptop suami cepat-cepat sebab nak edit semua gambar yang nak digunakan untuk baki review yang tinggal. Jadi hari ini mari kita bersambung ke review ke-22 berkaitan dengan doorgift ok!


Kita bermula dengan tag terima kasih.

Seperti yang Anis pernah beritahu dalam entry review bunting dan signage hari tu, tag terima kasih Anis DIY sendiri je kan. Jadi kali ni Anis tunjukkan tag terima kasih hasil DIY Anis tu.





Yang ini tag terima kasih yang Anis lekatkan pada bahagian luar brown paper bag. Tag ni cheapskate je. Anis cuma guna kertas A4 80gsm. Ahaks. Ala lepas tu pun orang buang juga paper bag tu kan. Jadi tak rasa ralat pun. ;)


Tag ini Anis buat 1000 keping secara sendirian berhad. Dari design, print, potong dan lekat. Semua Anis buat sendiri sebab nak puaskan hati sendiri kan. Hehe. Tag ni Anis buat awal-awal dulu. Dari sebelum ada tarikh nikah lagi. Jadi masa buat tu tak payah letak tarikh majlis pun. Masa lekat pada paper bag pun boleh buat slow-slow sebab masa ni memang masih awal lagi. Kira di awal alam pertunangan gitu da mulakan projek tampal tag ni. Hehe.





Yang ini pula tag terima kasih yang Anis buat untuk jar yang diletakkan dalam paper bag.

Tag ni pada asalnya tak ada dalam senarai DIY pun sebab mula-mula tu ada tag lain yang Anis da design dan serahkan pada emak dan sepupu Anis untuk siapkan. Sekali bila da banyak sangat tangan yang buat, tag tu nampak buruk gila! Arghhh tak sanggup tengok. Akhirnya Anis gigih buat design lain dan siapkan sendiri. Tak nak minta tolong orang lain. Uhuu.


Tag  yang ni Anis gunakan kertas kad. Tebal dia macam kad jemputan yang Anis DIY tu cuma yang ni kadnya berwarna putih dan Anis buat design dengan background pink supaya senang nak potong. Dekat tag ni ada tarikh majlis sebab masa buat tu tinggal beberapa bulan je sebelum majlis berlangsung. Untuk talinya pula Anis gabungkan dua warna benang kait. Benang kait pula memang Anis ada simpan banyak. Jadi tali tag ni ada 5 warna yang berbeza. Ikut la baki benang kait tu ada banyak mana kan. Kita gunakan je sampai habis. Hehe.



Sekarang kita beralih kepada isi dalam paper bag pula ye.


Isi dalam paper bag tu ada macam-macam. Maklumlah mak Anis ni jenis risau takut doorgift tak cukup je. jadi punya la banyak benda yang dia tambah.


Antara isi dalam paper bag tu adalah cereal in a jar, kek buah, muffin, telur rebus. Apa lagi eh? Tak ingat sudah. Ngee.




Ini semasa proses mengisi makanan dalam bekas jar tersebut.

Sebelum isi cereal dalam jar tu, Anis alaskan dulu dengan doily paper. Jar ni dalam 1000 biji juga la. Puan emak sponsor. Hehe. Untuk harga satu jar ni lebih kurang 80 sen kalau tak silap.






Yang ini doorgift VIP.

Anis DIY yaasin untuk bagi pada rombongan suami dan makcik pakcik Anis je. Buat pun tak banyak. Dalam 50 je rasanya. Semuanya Anis buat sendiri. Dari potong mounting board, lipat, sampul, lekat sampai la ke bungkus. Ye ye Anis memang sangat suka buat kerja sendiri. Hehe.






Ini semasa proses membungkus doorgift sehari sebelum majlis akad nikah.

Yang dalam bekas kuning tu muffin. Owh ya, untuk kek buah tu sebenarnya Anis ada DIY pillow box tapi tak ada ambil gambar pula. Korang google je la kalau nak tahu pillow box tu bentuknya macam mana eh. Hehe. Pillow box tu Anis buat dalam 500 kalau tak silap. Tu pun buat seorang diri jugak. Ngee.





Ini hasilnya setelah siap dimasukkan segala macam makanan dalam tu.

Oh ya, reben purple yang terlekat pada paper bag tu pun Anis pintal sendirian berhad. Hiks. Tak payah la kata Anis gigih ke apa sebab masa buat semua benda ni Anis masih belum bekerja kot. Jadi ada banyak masa terluang dekat rumah. Tu yang boleh DIY macam-macam dan buat banyak benda sendiri. Hehe.






Ini hasil tangkapan OP semasa hari majlis berlangsung.


Doorgift ni disusun atas meja terus jadi memudahkan mak ayah Anis nak bagi pada tetamu yang hadir. Tapi sedikit ralat masa susun doorgift ni sebab makcik Anis nak ikut kepala dia pula. Haish. Padahal ikut perancangan kami sekeluarga, doorgift yang berisi jar sebanyak 1000 biji tu yang nak didulukan kepada tetamu. Yang terkemudian yang tak ada jar tapi makcik Anis ni pergi susun campur-campur pula. Katanya biar tetamu dapat macam-macam. Haih la. Susah!


Tapi sabar je la. Uhuu.


Ok la sampai sini dahulu review Anis ye. Nanti sambung review lain pulak.


Daa~







November 26, 2012

Review 21: Outdoor Photoshoot

Salam.


Review ke-21.


Sebenarnya semakin malas nak review sebab malas nak resize gambar. Boleh? Hehe.


Tapi sebab nak selesaikan semua hutang review majlis walimah yang da hampir setahun berlalu ni, maka kena la curi juga sikit masa untuk resize gambar-gambar walimah kami tu.


Target Anis hujung Disember nanti da habis semua review walimah kami. Lepas tu da boleh buka cerita lain pula. Ngee.


Ok untuk review ke-21 ini, Anis sekadar nak kongsikan beberapa keping gambar semasa outdoor photoshoot kami.


Kami tidak menjalani sesi outdoor photoshoot pada hari yang sama dengan hari resepsi. Sebabnya masa hari resepsi tu kan kawan Abg Din yang gantikan tempat dia kan, Anis pula nak merasa air tangan Abg Din, jadi kami jalankan aktiviti outdoor photoshoot pada hari isnin minggu berikutnya. Tak silap Anis pada 5 Mac yang lalu.


Lokasi outdoor pilihan adalah di Nusajaya. Pada asalnya kami bercadang nak buat outdoor di sekitar Kluang sahaja. Konon nak bertema piknik la. Ambil gambar dekat padang ke, hutan ke kan. Tapi pada hari tersebut asyik la hujan. Sampai berkira-kira nak tangguh je aktiviti outdoor photoshoot tu.


Tapi bila da petang sikit, Abg Din sms ajak buat outdoor dekat Nusajaya. Dia kata hujan dekat area situ da reda. Jadinya bersiap la kami suami isteri dari Kluang terus menuju ke Nusajaya. :)


Oh ya, untuk outdoor ni kami sempoi je la. Da baju pun baju sendiri kan. Tak ada masalah la nak buat outdoor bila pun. Cuma crown, tanjak dan samping suami je sewa dari bridal. Jadi masa outdoor ni kami tak pakai la benda tu semua sebab da pulangkan malam majlis walimah selesai lagi. Hehe.


Untuk mekap pula adalah sendirian berhad. Anis tonyoh je la apa ada dalam simpanan. Simple macam siap nak pergi kerja je. Hehe.


Ok tak nak membebel lagi. Jom Anis kongsikan sedikit gambar outdoor kami.































Outdoor ni berlangsung sekejap je. Bermula dalam pukul 4 macam tu sampai la area pukul 7. Tu yang dapat shoot gambar kelam-kelam tu. Hehe. Lepas tu terus Abg Din belanja kami makan ayam penyet sedap area Taman U. Mujur masa ni Anis tengah period so tak terkejar nak solat. Hihi.


Sangat puas hati dengan sesi outdoor ni sebabnya dalam masa kurang 3 jam ada beratus-ratus gambar outdoor kami. Best!





November 21, 2012

Review 20: Wedding Cake

Salam.


Ok mari memecut ke review ke-20 pula.


Kita tengok kek kahwin pula ye.


Kek kahwin ni Anis tempah dari kak nur, pemilik bakeri N Hayat Sweet Gallery.


Alaa nak cerita detail malas pula. Kita layan gambar je eh. Hee.







Ini kek kahwin kami.

1 biji kek dengan 40 cupcake.

Warna harus la mengikut tema ye. Hehe.






Dan sesi potong kek pun bermula.









Ni posing je lebih sebabnya kek ni tebal dan keras yang amat. Susah oo nak potong. Huhu.






Lepas tu kita ke sesi suap-menyuap pula.


Tapi bukan pengantin saling suap-menyuap, sebaliknya pengantin suap mak ayah pengantin. Hee.



Mak ayah Anis dulu.




Lepas tu mak ayah suami pula.

Eh mak malu-malu pula. Terus gelak besar tau. Hee.




Ok gambar ni jadi suap. Hehe.




Lepas tu sesi posing pula.




Rawr!!




Yum! Yum!




Kek pilihan Anis adalah Italian Rainbow Cake.


Sedap sangat kek buatan kak nur ni tau. Lepas habis majlis pun rasa sayang nak makan banyak-banyak. Bila da habis kek ni terus teringat lagi. Ni tengok gambar lagi telan air liur je la.


Siapa nak belanja Anis kek ni sebiji??


Nak sebiji tau tak nak sepotong. Haha tamak.


Ok la sampai sini dulu ye.


Da~



November 19, 2012

Review 19: Bunting & Wedding Signage

Salam.


Review ke-19.

Fuhh banyak lagi nak cover ni tapi da hujung-hujung tahun banyak pula projek dalam kepala yang nak dijalankan. Lagi-lagi berkaitan bisnes Anis sekarang.


Iklan sekejap:

Jemput singgah blogshop Anis di sini : MyLuvlyBaby

dan

FB page di sini : MyLuvlyBaby


Iklan habis. Hihi.


Ok mari bersambung ke review berikutnya. Kali ni Anis nak review bunting yang Anis gunakan semasa majlis walimah kami pula.


Semasa walimah kami yang lepas, terdapat dua rekaan bunting.


Yang pertama adalah free gift daripada vendor kad kahwin Anis.


Pada mulanya free gift untuk 1000 keping kad kahwin ni adalah 1000 keping tag terima kasih. Tapi Anis tak nak sebab masa tu Anis da pun DIY tag terima kasih sendiri. Jadi tak perlu membazir. Anis minta dia tukarkan dengan bunting je. Sekali masa adik Anis tolong ambilkan dekat kedai dia di JB, Anis dapat bunting dan penunjuk arah sekali. Alhamdulillah rezeki. :)




Ini bunting percuma daripada vendor kad kahwin.


Gambar penunjuk arah tak ada sebab Anis tak gunakan pun. Sebab sayang takut hilang. Boleh? Haha.



Untuk bunting yang kedua pula, Anis tempah daripada Cheap Cheap. Betul kot? Lupa la nama dia. Hehe.

Anis tempah online je dekat fb. Design yang Anis pilih memang da ada dalam album dia dan Anis cuma minta tukar warna je supaya ikut warna tema majlis.


Kalau tak silap harga satu bunting ni RM 35.00 kot. Lupa sudah. Ngee.







Ini bunting yang Anis tempah sendiri tu.


Simple je kan? Tapi Anis suka sebab nama sendiri terpampang dekat bunting tu kan. Jakun sudah. Ahaks.


Ada lagi satu design penunjuk arah yang Anis DIY sendiri tapi tak ada gambar pula.


Penunjuk arah yang ni Anis gunakan untuk ikat pada tiang lampu sepanjang jalan nak menuju ke rumah kami. Adalah dalam 10 keping kot Anis buat.


Anis gunakan gambar karikatur kami dekat header ni lepas tu letak nama dan tarikh majlis dengan anak panah nak belok ke mana tu. Itu aje. Laminate pula tumpang pejabat suami je. Jimat. Hihi.



Ok la tu je untuk review kali ni.


Daa~





November 14, 2012

Review 18: Photobooth Corner

Salam.


Review ke-18 jom kita tengok photobooth corner pula.


Tak banyak yang Anis nak ceritakan sebab sebahagian daripada reviewnya Anis da masukkan dalam review sudut buku tetamu yang lepas.


Kalau kalian nak tengok props yang Anis DIY untuk photobooth corner ni, boleh la tengok dalam entry yang lepas ye. Dekat bawah ni je pun. ;)


Cerita ringkas untuk photobooth corner ini. Anis sewa panel putih tersebut daripada vendor pelamin je. Lepas tu flower fan tu pula Anis DIY sendiri. Mula-mula Anis gamkan guna double sided je tau. Tapi asyik la nak tertanggal lagi-lagi bila angin tiup. Bengang punya pasal Anis terus je ambil stapler gun. Puas hati aku! ;p


Tirai belakang tu memang daripada vendor. Anis cuma beritahu je nak warna apa.


Dekat belah kiri tu Anis letakkan lagi satu karikatur kami yang sama macam header blog ini. Tapi dalam gambar silau je memanjang sebab gambar ni ada kaca depannya. Lepas tu pergi letak dekat tempat mengadap cahaya kan. Nasib la. Hehe.


Bunga kering dalam pasu belah kanan tu pula bunga tangkap muat je. Masa tengah kemas-kemas ruang untuk pelamin tu bunga ni ditolak-tolak keluar rumah kan. Da tak tahu nak letak mana, Anis letak je tepi panel tu. Hehe.





Photobooth corner 2hati-jadi1







Yang kat bawah ni pula antara tetamu yang berposing di photobooth corner kami.





Fatin dan tunangnya.

Tapi sekarang mereka da bernikah. Tahniah Fatin dan Mut!

Fatin ni kawan matrikulasi Anis.





Yang ni Chichi.

Kawan dari group b2b 2012 dan juga seorang blogger.

Chichi pun da kahwin. Anis pun sempat menghadiri kenduri Chichi.

Oh ya Chichi ni orang Kluang juga. Hehe.




Eh yang ni bukan tetamu. Haha.


Ada banyak tetamu yang rakamkan gambar dekat sini. Kawan pejabat Anis dan EBS tak ketinggalan.


Jiran sekampung pun ada yang sporting nak bergambar dekat sini. Hehe.


Oh makcik pakcik dan sepupu pun tak kurang hebatnya.


Cuma Anis je malas nak resize semua gambar. Ngee.


Jangan marah naaa~ ;p





November 12, 2012

Review 17: Guestbook Corner

Salam.


Anis suka nak review yang hari ini punya. Hehe.


Kali ni Anis nak review sudut buku tetamu kami.


Bahagian ini adalah sepenuhnya hasil DIY Anis. Haruslah teruja sikit nak kongsi cerita kan. Hehe.


Untuk bahagian sudut buku tetamu, ianya berkongsi tempat dengan sudut bergambar. Anis minta daripada vendor khemah untuk sediakan satu meja bagi kegunaan sudut buku tetamu ini.


Bagi hiasan di atas meja tersebut pula, Anis sediakan gambar karikatur kami yang siap dibingkaikan, nama kami yang dibuat daripada polistrene, semangkuk jelly, signage buku tetamu, pen berwarna-warni dan semestinya buku tetamu. Semuanya adalah hasil DIY ye. ;)






Pandangan sudut buku tetamu kami.





Pandangan dari hadapan. Abaikan scalop meja yang senget sebelah itu. Hasil cincai daripada vendor. Huhh. Di sebelah kanan itu adalah sudut untuk tetamu bergambar. Anis sewa panel tersebut daripada vendor pelamin.




Papan putih yang digunakan untuk tetamu menulis ucapan seterusnya bergambar dengannya di sudut bergambar.




Props untuk tetamu bergambar.





Karikatur, signage dan patung teddy bear sebagai hiasan.




Dan diakhir majlis, OP suruh kami berposing di sudut ini. Pun bolehhhh. Hehe.



Secara keseluruhannya Anis sangat suka dengan susunan di atas meja ini. Semuanya Anis sediakan pagi sebelum majlis. Pengantin susun sendiri tau. Sebab nak puas hatikan, haruslah Anis yang buat semuanya sendiri. Hehe.




November 07, 2012

Review 16: Kad Kahwin

Salam.


Kali ni Anis nak review kad jemputan kami pula.


Untuk majlis yang lepas, ada dua jenis kad jemputan yang diedarkan kepada tetamu. Yang pertama adalah kad yang ditempah daripada vendor kad kahwin dan yang kedua adalah kad jemputan yang di DIY 100%.


Untuk kad jemputan yang ditempah di vendor, Anis tak jumpa pula gambarnya, tapi simple saja. Nak ambil gambar baru malas. Hehe. Di hadapan kad tersebut ada gambar karikatur kami seperti di header blog 2hati-jadi1 ini. Kad itu pula saiznya seperti sehelai kertas A4 yang dipotong tiga.


Untuk kad jemputan yang Anis DIY sendiri pula adalah seperti di bawah ini. Kad yang ini adalah untuk diedarkan kepada semua rakan pejabat EBS dan sesetengah kenalan mak ayah. 1000 keping kad yang ditempah daripada vendor tak cukup uollllsss.


Total kad jemputan yang diedarkan untuk majlis Anis yang lalu ada la dekat 1600 keping juga. Yang ramainya kenalan ayah la. Kenalan Anis tak ramai pun. Hehe.





Untuk kad DIY ini Anis buat style lipat 3. Ini bahagian hadapannya.





Yang ini pula bahagian dalam.




Sesi melipat kad-kad jemputan.




Lipat lagi dan lagi.




Kemudian print nama kenalan EBS.



Semuanya Anis lakukan sendiri. Untuk mak ayah punya pun Anis lipatkan siap-siap. Mak ayah tinggal tulis nama jemputan je pada sampul.



Simple je kan kad jemputan DIY ni. Tapi kosnya sangatla menjimatkan. Hehe.






November 06, 2012

Berkaitan tempahan bantal deko dan bantal nikah

Salam.


Masih ingat lagi Anis pernah buka order untuk b2b atau sesiapa sahaja yang mahu tempah bantal deko dan bantal nikah seperti yang Anis gunakan semasa majlis walimah Anis dulu?


Alhamdulillah sehingga ke hari ini, setiap bulan ada saja pembaca blog 2hati-jadi1 ni yang email Anis untuk order salah satu bantal tersebut atau kedua-duanya sekali. Terima kasih ye kalian semua!


Untuk yang tak tahu atau da tak ingat tentang details bantal-bantal tersebut boleh klik sini ok. Harga, saiz, kuantiti semua Anis ada tulis dalam entry tu.


Untuk makluman semua juga, buat masa ni Anis hanya ambil tempahan dua jenis bantal tersebut je tau. Saiz lain Anis tak boleh nak terima da sekarang ni. Hanya saiz yang tertera sahaja.


Sesiapa yang berminat nak tempah lagi, Anis nasihatkan kalau nak guna untuk majlis pertunangan atau pernikahan ke sila tempah sekurang-kurangnya sebulan lebih awal. Anis tak nak terima tempahan last minute lagi. Bukan apa, rasa serik pula terima tempahan last minute lepas tu susah hati barang tak sampai pada customer sebelum hari majlisnya. Huhu.


Kenapa tempoh siap tempahan Anis letak 2 minggu?
Sebabnya sekarang ni Anis masih lagi bekerja makan gaji 8am - 5pm. Balik kerja nak rehat sekejap, layan makan minum suami dulu. Kadang-kadang ada urusan peribadi nak kena buat. Hujung minggu pula balik rumah mentua. Bukan setiap masa Anis mengadap mesin jahit ye. Bila ada tempahan, Anis memang kena curi masa malam Anis je untuk siapkan. Tapi tolak tambah urusan lain, jadi la lambat tempoh siap bantal-bantal tersebut. Itu tak termasuk lagi Anis sibuk uruskan urusan butik bayi online Anis, MyLuvlyBaby.


Urusan penghantaran pula Anis hanya boleh buat pada hari sabtu sahaja. Sebabnya Anis pos bantal menggunakan pos domestik. Kaunter pejabat pos buka setiap hari sampai pukul 5. Hari biasa memang Anis tak sempat nak pos. Balik kerja, pejabat pos pun da tutup. Tapi kalau anda nak cepat dan nak Anis hantar menggunakan poslaju, casnya lebih mahal dari harga bantal Anis. Kalau sanggup, Anis ok je. Sebab kos penghantaran customer yang tanggung kan. Bila hantar bantal menggunakan poslaju, dia akan kira volume metrik, tak kira berat da. Hari tu Anis nak hantar bantal deko kawan Anis guna poslaju, berat bantal kurang sekilo tapi casnya RM35. Sanggup? ;)


Tips Anis kalau nak tempah bantal dan nak cepat dihantar: sila buat tempahan pada hari isnin, insyaAllah hari   sabtu Anis da boleh terus poskan bantal tersebut. Jadinya minggu berikutnya bantal tersebut selamat sampai ke tangan anda. ^_^


Sekarang da bulan november kan, Anis berkira-kira nak tutup sekejap order bantal-bantal ni pada hujung tahun nanti. Maksudnya pada awal tahun 2013 nanti, Anis akan stop sekejap ambil tempahan untuk beberapa bulan. Lepastu Anis akan buka semula. Tunggu announcement di blog ye. Jadi untuk sesiapa yang rasa-rasa nak gunakan hasil tangan Anis pada majlis mereka yang akan berlangsung pada bulan Jan dan Feb nanti, sila buat tempahan anda sekarang atau sebelum Disember berakhir ye. Untuk majlis Mac dan ke atas boleh juga nak order awal. Tapi kalau nak buat order masa bulan Jan atau Feb, Anis akan terima tempahan tersebut cuma Anis akan siapkan pada hujung Feb atau awal Mac nanti la. Awal tahun nanti mahu berehat dulu dari menjahit. Hehe. Nak fokus pada butik bayi dulu. ;)


Oh ya, untuk yang da buat order tapi lepas da dapat detail payment terus diam tu, kalau tak jadi tempah beritahu la ye. Jangan la da janji nak bayar sekian-sekian tarikh tapi sampai ke sudah senyap tak berbunyi. Dekat situ da susahkan Anis sebab Anis nak terima tempahan lain, Anis takut bertindih dengan tempahan yang kamu kata nak tapi kamu senyap tu. Email je la beritahu tak jadi tempah, Anis tak makan orang, Anis makan nasi je. ;p


Ok last sekali, kalau nak bantal deko warna yang sedia ada dalam entry yang ni, boleh email Anis ye. Stok kain tersebut masih ada banyak lagi. Harga pun sama.


Ok la sampai sini dulu Anis membebel tentang bantal deko dan bantal nikah ni.


Jumpa lagi!





November 05, 2012

Review 15: Hadiah Kahwin

Salam.


Hajat di hati nak review hadiah-hadiah yang kami dapat semasa berlangsungnya majlis walimah kami tempoh hari. Tapi apakan daya, sebenarnya tak ada satu pun gambar hadiah yang kami ambil. Ngee.


Jadi kita cerita secara ringkas tanpa gambar la ye. Aci tak? ;)


Alhamdulillah ramai sahabat kami yang baik hati memberikan pelbagai jenis hadiah semasa majlis tempoh hari. Mujur tak ada hadiah pelik-pelik mahupun 18sx. Hiks.


Antara hadiah yang Anis ingat adalah:


3 biji jam dinding

2/3 biji periuk nasi

Blender

Set Steambot

Kuali

Cerek

Beberapa buah buku

Banyakkkk set pinggan mangkuk dan gelas

Frame gambar

Album



tak ingat da apa ada lagi. Haha.


Tapi paling best dapat juga baju baby! Hiks.


Memandangkan sekarang kami masih tinggal di rumah family Anis, jadi hadiah-hadiah ni masih tersimpan rapi dalam kotaknya dan disumbat dalam bilik adik bongsu Anis. Dia pun da bising-bising suruh keluarkan hadiah-hadiah tu dari bilik dia. Ngee.


Buat semua rakan-rakan yang baik hati memberikan kami pelbagai jenis hadiah, terima kasih kami ucapkan. Sangat terharu dan bersyukur dengan setiap pemberian. Alhamdulillah.



^___^



November 01, 2012

Review 14: Pengapit

Salam.


Kalau isnin lepas Anis da review bridesmaids, kali ni nak review pengapit pula.


Pengapit Anis adalah kawan zaman sekolah dulu. Farah namanya.


Sebelum ada pengapit dulu, agak pening juga tak tahu nak ambil siapa jadi pengapit. Mula-mula adik perempuan Anis yang nak jadi pengapit. Tapi Anis fikir-fikirkan nanti kesian pula mak takde yang membantu dia kan. Jadinya Anis tak bagi la adik Anis jadi pengapit. Hehe.


Nasib la teringat dekat Farah. Mujur juga masa Anis minta dia jadi pengapit, dia terus sudi. Syukur dipermudahkan.


Sepatutnya sebagai pengapit, mestilah sentiasa ada sebelah pengantin kan. Tapi kawan Anis ni boleh pula dia  ikut dayang-dayang yang lain keluar dari bilik masa Tok Kadi masuk nak minta tandatangan Anis tu. Sudahnya tinggal Anis sorang-sorang dalam bilik. Cuak kot! Terus tarik kawan satu UKM, Mardhiah untuk teman Anis. Kira dia jadi pengapit terjun la sekejap. Hehe.





Belakang Anis tu Mardhiah, pengapit terjun.




Yang ni pengapit sebenar, Farah. Dia yang teman Anis atas pelamin masa akad nikah berlangsung.




Yang ni pula masa hari resepsi. Pengapit lelaki tu adik ipar Anis je. Tu pun pengapit terjun juga sebab pengapit lelaki sebenar sepatutnya sepupu Anis tapi last minute dia tak dapat datang pula. Huhu.



Lepas habis majlis, kawan Anis si Farah ni siap cakap;

"Aku tak tahu apa fungsi aku sebagai pengapit kau la."


Ngee. Sebabnya hampir semua benda Anis nak buat sendiri kot. ;)


Buat Farah dan Mardhiah juga adik ipar, terima kasih sudi jadi pengapit.


^___^