October 31, 2012

deco pillow : warna yang sedia untuk ditempah

Salam.


Untuk entry kali ni Anis sekadar nak update berkaitan bantal deko lagi.


Memandangkan hari tu Anis kena siapkan tempahan bantal deko untuk kawan Anis, jadi Anis ada beli beberapa warna lain untuk dijual pada sesiapa yang berminat.


Ini antara warna yang memikat hati Anis la. Kalau kalian ada nak tempah warna lain boleh je. Takde masalah. ;)


Untuk sesiapa yang berminat nak jadikan koleksi bantal deko warna-warna berikut boleh la email Anis di 2hatijadisatu@gmail.com


Bantal deko ni bukan saja untuk majlis walimah sebaliknya boleh dijadikan deko hiasan rumah juga.



1 set mengandungi 4 biji bantal
RM25
tidak termasuk kos penghantaran.






October 29, 2012

Review 13: Flowergirls a.k.a Bridesmaids

Salam.


Kembali bersiaran selepas raya.


Entah berapa kilo la berat naik minggu ni. Ngee.


Kali ni kita sambung review ke-13 pula ya.


Anis nak review tentang bridesmaids atau dedayang pula.


Lebih kurang dua minggu sebelum majlis berlangsung, Anis buat satu virtual card untuk menjemput beberapa orang terapat untuk jadi dayang Anis masa malam nikah nanti. Simple je. Anis cuma edit gambar lepas tu tag diorang dekat facebook.


Malangnya dalam 10 orang yang dipelawa untuk menjadi dayang, hanya beberapa je yang boleh datang malam nikah. Selebihnya ada yang tak dapat datang sebab tak balik bercuti dan ada yang tak berani nak janji awal-awal.


Agak sedih juga la. Tapi makin dekat tarikh nikah, Anis malas da nak pening kepala fikir pasal dayang ni. Kalau tak ada yang datang pun, Anis tarik je la anak-anak buah tak pun sepupu untuk angkat dulang-dulang hantaran tu.


Tapi alhamdulillah, masa malam nikah ramai kawan sekolah yang datang. Dan kebanyakan mereka mengikut warna tema dedayang iaitu pink. Tu termasuk la junior UKM anis dan kawan-kawan satu kelas masa dekat UKM dulu. Hehe.




Anis dengan kawan sekolah, kawan UKM dan junior UKM juga. Ni semua dayang-dayang Anis masa malam nikah. ;)










Macam-macam gaya sebelum majlis akad nikah bermula. Hehe.





Yang ni sesi bergambar lepas habis majlis akad nikah. Masa ni ada beberapa orang yang da balik dulu.



Alhamdulillah dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang sudi memeriahkan majlis akad nikah kami tempoh hari. Meriah habis masing-masing ada. Hehe.


Terima kasih buat semua yang terlibat sebagai dayang-dayang Anis!


^___^





October 24, 2012

Review 12: Photographer


Salam.


Review episod ke-12 Anis nak review tentang OP kami. Kebanyakan gambar sepanjang entry review yang Anis coretkan dalam blog ini adalah hasil tangkapan mereka. Tapi untuk review OP ni haruslah hasil tangkapan orang lain kan. Hehe.


Seperti yang pernah Anis ceritakan sebelum ini, Anis dan suami da booking OP semasa pameran raja sehari di Plaza Angsana tahun lepas. Tapi lepas da booking tu Anis tersedar yang Anis takde jiwa langsung dengan hasil kerja OP tersebut. Lepas tu dok nyiau-nyiau dekat suami masa tu rasa takut nak guna khidmat OP tu. Huhu.


Dalam dilema tu Anis terfikir-fikir tentang deposit yang da kami bayar pada OP tersebut. Yang mana sampai saat entry ini ditaip, deposit RM500 kami da hangus pun. Tak dapat nak tuntut balik. Huks.


Lepas daripada dilema OP tu, kami ke jemputan walimah Reen ex-b2b yang da tak aktif berblogging sekarang ni. Eh Reen da ada baby tau. Gegurl kalau tak silap Anis. Hihi.


Beberapa hari lepas walimah Reen, beliau upload beberapa keping gambar wedding beliau dekat blog. Bila Anis tengok, Ya Allah cantiknya gambar. Kreatifnya OP dia. Dan-dan tu juga Anis email OP Reen minta quotation. ;)


Abg Din sangat la peramah orangnya. Dia siap telefon Anis sebab nak bincangkan tarikh, tema dan sebagainya berkaitan dengan majlis kami.


Lepas da ditimbang-tara, Anis bulatkan tekad nak ambil Abg Din juga sebagai OP kami. Terus bayar deposit sebab nak booking Abg Din walaupun masa tu tarikh nikah pun tak confirm lagi. Hiks.


Bila tarikh nikah da confirm, Anis cepat-cepat beritahu Abg Din, fuhh mujur masa tarikh tu slot Abg Din masih kosong. Tapi sekali bila mak ayah Anis cepatkan tarikh nikah kami menjadi awal seminggu, slot Abg Din da ada orang booking. Sekali yang booking tu adalah b2b blogger Puteri Erin. Alahai kecil sangat dunia. Hehe.


Disebabkan deposit da bayar, Abg Din kata dia tetap akan datang shoot untuk majlis pernikahan kami. Nasib la majlis Erin dekat Muar je. Takde la jauh sangat dengan Kluang. Cuma untuk majlis resepsi, kawan Abg Din yang cover. Abg Syam namanya. Abg Syam pun ok cuma ada la beberapa shot yang beliau terlepas pandang. So ada beberapa kenangan semasa hari majlis resepsi yang tiada dalam album. Mujur ada kamera sendiri yang dijaga oleh adik Anis. Ada la juga gambar-gambar lain yang takde tu. Hehe.




Belakang yang bumbum tu la Abg Din owner ArtCreativePhotography.


Yang tengah ambil gambar Anis pakai stokin tu pula twin Anis. Kami sama-sama satu kelas masa dekat UKM. ;)




Official t-shirt Abg Din




Anis yang sedang berposing. Ngee.




Kamera yang OP kami gunakan menjadi pojaan kawan-kawan sekelas Anis masa dekat UKM. Tu yang ada gambar kamera terselit ni. Hihi.





Info OP kami:

Saluddin Ismail
Art Creative Photography
www.artcreative.com.my
FB Abg Din: Saluddin Ismail


Secara keseluruhannya Anis dan suami sangat berpuas hati dengan hasil kerja Abg Din and the gang. Sangat profesional. Gambar sangat cantik sampai tak puas belek satu-satu.


Abg Din pun sangat tak berkira dari segi masa pembayaran. Macam kami sampai hari ni masih berhutang dengan Abg Din lebih kurang RM700 lagi. Hiks.


Bayar sikit-sikit pun boleh sebab Abg Din tak kisah. Terima kasih Abg din!!




October 22, 2012

Review 11: Warna Tema Sanding


Salam.


Entry kali ni pun rasa malas nak cerita panjang-panjang. Hehe.


Kalau malam pernikahan warna putih banyak memonopoli keseluruhan majlis, pada majlis resepsi pula, warna purple lebih kelihatan menyerlah. Yela da baju perantin warna purple kan. Haruslah warna ni menyerlah semasa hari majlis. Hehe.


Ok sebagai penutup Anis sertakan beberapa keping gambar semasa hari majlis resepsi kami.












Ok jumpa lagi semua!




October 18, 2012

Review 10: Warna Tema Nikah

Salam.


Untuk review ke-sepuluh ni rasa malas pula nak menaip panjang-panjang. Hehe.


Kali ni Anis sekadar nak berkongsi warna tema majlis pernikahan kami.


Tak banyak yang nak diceritakan jadi Anis share gambar-gambar sepanjang majlis pernikahan kami yang lalu ok!


Untuk majlis pernikahan ni warna putih lebih banyak mendominasi berbanding purple. Yela putih tu kan lambang kesucian gitu kan.


Jadi mari la tengok beberapa gambar semasa majlis pernikahan kami yang lalu.








































Sekian~





October 16, 2012

Review 9: Handbouquet Nikah & Sanding

Salam semua.


Episod ke-sembilan Anis nak review bunga tangan atau bahasa omputihnya hand bouquet. Hehe.


Untuk kedua-dua bunga tangan yang Anis gunakan pada majlis nikah dan resepsi, kedua-duanya adalah hasil air tangan Anis sendiri.


Walaupun bridal ada sediakan bunga tangan dalam pakej mereka, tapi tak apa la Anis memang suka susahkan diri sendiri dengan nak men-DIY bunga tangan ni. Hihi.


Yela bunga tangan dari bridal kan da banyak tangan yang gunakan, malas la nak guna bunga yang sama dengan pengantin lain kan. ;)


Untuk bunga tangan majlis pernikahan, Anis gunakan crepe paper gabungan warna pink dan purple. Buat bentuk bunga carnation tu je lepas tu diserikan dengan bunga manik warna putih di celah-celah kuntuman bunga pink.




Gambaran bunga tangan Anis dari hadapan. Yang putih tu la bunga manik putih yang Anis maksudkan. Bunga manik tu pun Anis buat sendiri. Lebihan daripada manik untuk veil nikah. Hehe.





Debaran menanti lafaz akad oleh suami. Masa ni berdebar la jugak tapi dalam gambar ni sebenarnya Anis tengah betulkan simpulan reben pada pemegang bunga tangan tu. So takde la rasa terkulat-kulat nak buat apa atas pelamin tu kan.







Untuk bunga tangan majlis resepsi pula, Anis buat bunga tangan fabrik ilham daripada blogger Intan Norazam.


Anis buat bunga fabrik warna putih je tapi diserikan dengan renjisan butang purple dan pada bahagian pemegang turut diserikan dengan reben warna purple.


Bunga tangan untuk majlis resepsi ni besar ok. Tapi puas hati la. Hehe.







Besarkan?


Tapi Anis suka.


Lagipun kos untuk DIY kedua-dua bunga tangan ni tak la mahal mana sebab kebanyakan bahan Anis guna lebihan daripada projek DIY lain je. Jimatttttt.



^_^




October 10, 2012

Review 8: Kasut

Salam.


Kali ni nak review kasut pula.


Kasut Anis takde la tempah dekat designer pun. Beli je yang dekat kedai kasut biasa-biasa tu.


Seperti yang Anis pernah cerita dalam entry terdahulu. Dulu tu kira da lama la ye. Anis tak mengimpikan heels tinggi melangit pun. Cukup sekadar flat shoe. Hihi. Dan itu adalah kasut yang telah tersarung di kaki Anis masa walimah tempoh hari. ;)


Kasut suami pula, kasut biasa juga. Kami window shopping, kemudian suami terpikat dengan kasut yang diletakkan di display. Cuba-cuba, berkenan terus minta SA ambilkan stok baru. Selesai.





Kasut suami dan Anis berposing di atas pelamin.



Jom tengok gambaran kasut Anis dengan lebih jelas.




Taraa! Inilah kasut pilihan Anis untuk walimah yang lalu.


Kasut tanpa jenama tapi warnanya cukup kena dengan tema purple-putih kami. Paling Anis suka sebab ada rama-rama di depan tu. Tak payah susah-susah nak tampal brooch sendiri. Hehe.




Pandangan sisi kasut Anis.


Tengok, tumitnya cuma 1cm je. Hehe.


Kasut ni tak la mahal pun. Masa Anis beli tu dekat tanda harga RM29.90 je. Tapi masa bayar dapat diskaun lagi RM10.00. Jadinya kasut walimahku cuma RM19.90 je!!!!


Berbaloi-baloi.


Jadinya, siapa kata barang murah tak nampak mahal??


^___^


October 08, 2012

Review 7: Bunga Manggar & Corsage

Salam.


Hari ni kita sambung telenovela review kita episod ke tujuh. Hehe.


Kali ni anis nak review bunga manggar dan corsage pula.


Kedua-duanya adalah hasil DIY Anis dan juga emak bersama adik perempuan Anis.


Untuk bunga manggar, tak banyak gambar OP yang menunjukkan dengan jelas gambaran bunga manggar Anis semasa majlis tempoh hari. Maklum la bunga manggar ni bukan la subjek utama pun kan. OP lagi berminat nak tembak muka perantin lelaki berarak je. Hihi.





Inilah satu-satunya gambar daripada OP yang menunjukkan hasil akhir bunga manggar yang di DIY oleh emak dan adik Anis. Hasil gabungan warna purple dan putih.


Untuk gambaran yang lebih jelas tentang bunga manggar ni, boleh la klik entry lama Anis di sini.



Okeh beralih pula pada corsage.


Corsage ni bukan la sepenuhnya hasil DIY Anis pun. Bunga corsage tu beli yang da siap je dekat kedai bunga. Anis cuma tampal duit je. Hehe.




Corsage untuk kendarat Anis gunakan duit rm5 je. Disebabkan duit rm5 ni susah sikit nak dibentukkan, maka Anis lipat biasa-biasa je la. Lepas tu staplerkan dengan dialaskan kertas putih sikit. Nampak kan dalam gambar tu?




Anis lipat macam ni je. Fungsi kertas putih tu adalah untuk letak gam panas nak dilekatkan pada bunga corsage tu nanti. Jadi duit tu tak la rosak.




Bunga corsage yang baru ditampal dengan duit. Kesemuanya ada dalam 20 kuntum je kot. Tak ingat da. Hehe.




Bila dipakai duit rm5 tu akan tertonggeng ke bawah macam ni.


Gambar kumpulan kendarat pakai Anis tak jumpa langsung. Jadi tak dapatlah nak tunjuk diorang pakai corsage ni.


Ok la sampai sini dahulu review ketujuh Anis. InsyaAllah Anis akan sambung review berikutnya lepas ni ye.


Tata~






October 04, 2012

Review 6: Pelamin Resepsi

Salam.


Review ke-enam kita lihat pula pelamin resepsi Anis ok!


Sebenarnya tak banyak beza pun dengan pelamin nikah yang lepas. Bezanya cuma pelamin resepsi ni Anis naikkan sofa dan susun bantal deko je.


Malam lepas selesai majlis akad nikah terus kerah suami dan adik lelaki Anis angkut sofa putih ni dari dalam bilik Anis terus letak atas pelamin. Malam tu sempat la juga kami suami isteri berfotogedik atas pelamin yang da bersofa itu. Hehe.


Oh ya, sofa putih atas pelamin ni la sofa yang Anis beli sendiri tu. Bukan sewa daripada bridal. Hehe. Sekarang sofa tu bersemadi dalam bilik tidur kami. ;)




Full view pelamin kami




Pandangan dari atas.



Ringkas je kan?


Sebenarnya kalau ikut citarasa emak Anis, beliau nak lagiiiii banyak bunga dekat pelamin tu. Mak kata pelamin pilihan Anis kosong sangat. Huhu. Tapi Anis suka je. Sebab tak lama mana pun duduk atas pelamin ni. Sebab kami tak ada adat menepung tawar. Sekadar untuk ambil gambar kenangan je.


Sebagai penutup;


Kami beraksi atas pelamin dengan gaya alien. Haha.


Ok la, nanti sambung review yang berikutnya ye.


Horey! Momentum nak kembali berblogging da kembali. Suami pun redha je bila isteri conquer laptop sebab nak update blog. Ngee.




October 02, 2012

Review 5: Baju dan veil resepsi [update 04/10/12]

Salam semua.


Mari bersambung ke episod review ke-lima pula ye.


Hahh kemain rajin Anis review untuk blog 2hati-jadi1 ni tau. Sila beri tepukan gemuruh. Haha.


Ok kali ni Anis nak review baju dan veil resepsi pula. Tema resepsi kami adalah purple violet. Tapi bila da bercampur dengan warna lace dan samping + tengkolok suami jadi la warna tema kami purple-pink-goldy. Haha. Ok la tu kan. ;)


Seperti yang pernah Anis coretkan dalam entry sebelum nikah dulu, kami tempah baju nikah dan resepsi di satu kedai yang sama. Kalau baju nikah punya cerita sadis yang berbeza di mana beading yang dijanjikan oleh tukang jahit tak muncul-muncul saat baju di ambil. Baju resepsi lain pula ceritanya.


Baju resepsi ni Anis da siap belikan lace untuk ditampal oleh tailor tersebut. Tapi tahu apa jadi? Dari sebanyak-banyak lace yang Anis berikan pada dia, cuma seciput je yang dia tampal pada baju Anis. Lepas tu tampal tak berseni langsung. Ada patut dia tampal lace pada baju Anis guna jahit mesin. Memang sangat tak kemas langsung hasil kerja beliau. Sepatutnya lace tu disembat la halus-halus kan. Kita bayar dia bukan untuk hasil kerja cap ayam macam tu. Hurm.


Masa Anis ambil baju ni memang geram je la dengan tailor tu. Langsung tak nak bercakap dengan dia. Anis ambil terus menonong keluar dari kedai dia. Takde da nak senyum ke, ucap terima kasih ke. Sakit hati sangat da masa tu. Yang menambahkan sakit hati masa ambil baju tu adalah bila Anis minta lebihan lace Anis dia boleh kata dia tak ingat dia letak mana. Memang mendapat la. Anis suruh dia cari juga. Kalau tak bayar ganti rugi. Huh!




Baju resepsi Anis setelah Anis tambah lagi lace pada bahagian pinggang. Kalau tak memang lagi kosong baju ni. Nak tambah manik memang da tak sempat sebab masa ambil baju ni ada tiga minggu lagi sebelum majlis. Banyak lagi kerja lain nak kena buat. Jadi lupakan je la pasal manik. Nasib la lace tu da cukup lip-lap. Hehe.






Ni gambar masa hari kejadian a.k.a hari majlis la. Hehe.

Mujur la lebihan lace yang dia pulangkan pada Anis tu cukup-cukup untuk Anis lekatkan pada pinggang. Kalau tak nampak juga babad-babad kat bahagian perut tu. Haha. Eh mujur ada PB tau. Slim melim i masa majlis. Ngee~




Masa outdoor.


Baju suami pun tempah dari tailor yang sama. Alhamdulillah baju suami takde apa-apa masalah. Segak bergaya je tengok suami pakai baju ni. *tergoda* ;p


Masa outdoor suami cuma pakai suit beliau ni je sebab outdoor kami tak buat hari yang sama dengan majlis. Maklum la tengkolok dengan samping termasuk crown dengan rantai Anis tu sewa dari mak andam je. Hehe.


Secara keseluruhannya Anis sukakan baju resepsi kami suami-isteri walaupun ada drama disebaliknya. Anis cukup suka material kain ni. Dalam gambar nampak macam kain keras je kan tapi sebenarnya kain ni sangat lembut. Teksturnya macam kain satin tapi tak berkilat macam satin.


Harga pula?

Sila la percaya baju kami ni harga untuk semeter kain cuma RM10 sahaja!

Hahahahaha.


Beli 4 meter seorang baru RM80. Kos upah untuk dua pasang baju ni tak sampai RM200 pun.


Berbaloi-baloi!!!


Eh lupa nak cerita pasal veil. Hihi.


Veil Anis adalah hasil DIY Anis. Veil untuk majlis resepsi ni sangat-sangat la simple sebab Anis da malas nak DIY lepas tu memikirkan baju da ada lace kan, so kita buat veil yang ringkas je.


Veil Anis untuk majlis resepsi ni adalah sifon soft purple. Potongannya pula bentuk D tapi bahagian bucu kiri-kanan tu Anis potong membulat je. Hantar kedai jahit tepi lepas tu Anis cuma tambah manik putih pada sekeliling veil tersebut. Siap!


Ok rasanya da cukup panjang Anis membebel untuk review baju dan veil resepsi ni. Nanti kita sambung review lagi ye.



[update 04/10/12]

Nama kain baju resepsi kami ni Valentino.
Anis beli dekat kedai kain biasa je dekat Kluang ni.
Semalam Anis pergi lagi kedai tu tengok harga kain ni masih sama RM10 semeter.
Ada banyak pilihan warna. Jadi kalau ada sesiapa nak kirim Anis belikan kain ni Anis dengan senang hati membantu. Tapi nak minta upah sikit boleh?? Hehe.

Untuk Ayong,
Kedai tu dekat area belakang bustand Kluang.
Ayong orang Kluang ke?
Hehe.