September 27, 2012

Review 4: Pelamin Nikah


Salam.


Ok kali ni kita bersambung lagi dalam episod review yang ke-empat.


Kalau hari tu Anis da review baju dan veil nikah, hari ini Anis nak sambung review pelamin nikah dulu ye. Part baju dan veil sanding episod yang akan datang pula. Hehe.


Memandangkan majlis nikah dan resepsi kami dijalankan di rumah keluarga Anis, jadi tak perlu buat pelamin banyak-banyak. Anis cuma jadikan pelamin resepsi sebagai pelamin nikah kami. Bezanya cuma semasa majlis nikah tiada sofa diletakkan di atas pelamin sebaliknya digantikan dengan bantal nikah dan bantal deko sahaja.





Gambaran penuh pelamin nikah kami








Ringkas je kan pelamin kami?


Tapi Anis sangat sukakannya!


Pada awalnya agak sukar nak penuhkan atas pelamin tu untuk majlis akad nikah sebab platform pelamin kami ni agak lebar berbanding platform pelamin biasa. Almaklum la sofa yang kami beli tu terlebih besar sudah. Kena la minta vendor pelamin sediakan platform yang lebih besar. Hehe.


Selepas beberapa kali try and error part susunan bunga dan bantal, akhirnya nampak la penuh juga atas pelamin tu. Takde la nampak kosong. Hehe.


Oh ya, bantal deko yang bersepah atas pelamin tu adalah hasil DIY Anis. Sekarang pula memang Anis masih menerima tempahan untuk b2b yang mahukan bantal deko untuk hari bahagia mereka. Kalau nak guna untuk hias rumah pun boleh je tempah. :)


Bantal nikah yang warna soft purple tu pun hasil DIY Anis juga. Sekarang bantal nikah tu da jadi alas pada sofa putih yang kami beli. Ala-ala kusyen tambahan gitu la. Hehe. Bantal nikah ni pun Anis ambil tempahan juga. Kalau ada b2b yang berminat boleh la email Anis untuk maklumat lanjut.


Ok la, sampai sini dulu ye. Nanti kita sambung review episod 5 pula.


Jumpa lagi!




September 24, 2012

Baju Nikah: Gambar yang lebih jelas

Salam.


Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, kali ni Anis kongsikan beberapa gambar yang menunjukkan detail baju nikah Anis dengan lebih jelas.


Erm gambar-gambar ni kira yang terjelas Anis boleh kongsikan sebab tak banyak pula gambar yang fokus pada baju semata-mata.


Harap kalian nampak la eh detailing poodle flower yang Anis DIY tu.


Untuk bahagian pinggang, baju nikah Anis memang tiada detail apa-apa. Kosong je. Hehe. Simple is the best gitu. ;)




Poodle flower yang disusun pada lengan dan kaki baju.








Klik gambar untuk gambaran yang lebih jelas ye. Kalau tak nampak juga Anis minta maaf sangat sebab ni je gambar yang nampak detailing baju nikah Anis tu.


Ok la sampai sini dulu. InsyaAllah lepas ni Anis buat review baju dan veil sanding pula.


Jumpa lagi!







September 20, 2012

doakan saya

Salam.


Tajuk ada mengundang kontroversi tak?? Hehe.


Takde la. Sebenarnya Anis cuma nak kawan-kawan blog doakan Anis ye. Doakan Anis rajinnnnnn nak update review walimah Anis yang lalu. Ada ke yang nak baca?? Hihi.


Lepas update review baju nikah hari tu, rasa macam nak aktif update blog lagi lepas ni. Harap bukan hangat-hangat tahi ayam la ek.


Ok la, nanti kita bertemu lagi dalam entry akan datang ye. Ini entry saja-saja je. Hehe.


Oh, ada yang minta gambar lebih jelas untuk baju nikah Anis dalam entry lepas. InsyaAllah nanti Anis korek-korek dalam DVD walimah Anis eh. Mungkin dalam next entry Anis akan kongsikan gambar baju nikah Anis yang lebih jelas.


Sekian~

September 19, 2012

Review 3 : Baju Nikah


Salam.


Entry kali ni mungkin berjela-jela (kot). Hehe.



Kemain tau pengantin basi ni. Nikahnya da setengah tahun, review majlis baru masuk yang ketiga?
Haha. Ampun ye. Memang da kurang sikit nak update blog ni lepas da selesai majlis. Hihi. Lagi pun sekarang ni Anis dan suami sedang set up bisnes kami. Kawan-kawan jemput la singgah blogshop kami:

MyLuvlyBaby

dan ini pula fanpage untuk blogshop kami:

Fanpage MyLuvlyBaby


Ok cukup da untuk iklan. Hehe. Jom sambung ke tajuk entry hari ini.


Kali ni Anis nak review baju nikah pula. Baju nikah Anis adalah kurung moden. Pada mulanya mengikut perancangan Anis cuma nak jahit baju nikah sendiri dan memilih baju kurung pahang sebagai pilihan pertama. Tapi disebabkan masa tu Encik Suami kata nak baju nikah dari fabrik yang sama, maka kena la tukar plan. Boleh baca cerita tu dekat entry yang ini.




Design yang Anis tunjukkan pada tailor kedai tu adalah design dalam majalah Nur edisi pengantin.





Pilihan Anis adalah baju sebelah kiri. Baju kurung moden dengan kain kembang.






Ini cover depan majalah Nur tersebut. Edisi November 2011 kalau tak silap. Cover depan nya ada gambar Fida dengan ex-tunang Apek, Elia Jejari Runcing.





Malangnya terdapat drama masa nak selesaikan urusan baju nikah dan sanding kami. Lain diminta lain yang dapat. Masa hantar kain tu Anis dan minta tailor tu tambah kan beading pada lengan dan kaki baju tapi masa kami ambil, baju tu kosong-sekosongnya. Frust?? Tak payah cakap la. Masa tu tinggal tiga minggu je lagi sebelum majlis. Stress dengan urusan lain lagi ditambah pula dengan nak memikirkan masalah baju nikah pula.




Tapi nak tak nak kena la hadapinya juga kan. Walaupun kawan Anis bagi cadangan hantar pada kedai lain untuk siapkan beading tu tapi Anis tak nak ambil risiko lagi. Nanti takut apa lagi drama yang timbul bila berurusan dengan orang luar ni kan. Sebagai penyelesaiannya, Anis jahit sendiri poodle flower untuk ditampal pada baju nikah Anis.







Poodle flower dalam proses. Untuk pengetahuan, kain sifon yang Anis guna untuk buat poodle flower ni adalah lebihan Anis jahit backdrop katil Anis. Haha. Gila cheapskate aku! Takpe selagi boleh jimat kita jimat. Hehe.




Bila poodle flower da siap, Anis susun pada kaki baju dan hujung lengan. Kemudian dimatikan dengan jahitan manik putih pada tengahnya. Anis susun tegak je. Da takdenya nak buat yang rumit-rumit.




Untuk veil pula, memang 100% hasil tangan Anis. Veil Anis adalah daripada fabrik sifon juga dan ditampal dengan lace kemudian diberatkan dengan manik yang sarat gila-gila. Hehe. Boleh tahan berat juga veil Anis ni sebab memang banyak gila manik yang Anis gunakan.



Baju nikah suami pula ringkas je. Sekadar baju melayu cekak musang kosong tanpa sulam. Untuk samping pula kami beli di Jakel. Kami ambil pakej lace pangantin tu.








:: Full view baju nikah Anis dan suami ::








:: Ini adalah view veil DIY Anis ::






Hasil akhir baju nikah Anis adalah sangat memuaskan hati sendiri. Hehe. Mak andam Anis siap cakap 'baju kau da macam tempah kat Hatta Dolmat' Haha. Ye la kak. Hatta Dolmat cap ayam je saya ni. Hehe.



Ok selesai sudah entry review yang ketiga. Review yang ke-empat?
Tunggu la 6 bulan lagi. Hahaha.
Kalau Anis rajin Anis review lagi ye.
Sampai sini dulu.
Salam~~~