June 19, 2012

bukan tak nak update

Salam.

Lamanya tak jengah blog sendiri. Hihi.

Bila jengah je tengok follower bertambah, jumlah pelawat pun bertambah. Rasa segan pula sebab blog ni semakin diam je lepas selesai majlis walimah tiga bulan yang lepas. Ampun ye.

Sebenarnya banyak benda yang Anis nak update dalam blog Anis ni. Review pun tak habis lagi. Eh album da dapat tahu? Sepatutnya kerja-kerja review da boleh berjalan. Tapi apakan daya. Ecehh ayat. Hee.

Dekat pejabat memang Anis sentiasa online tapi untuk mengadap blog nak menaip entry baru memang tak dapat la. Ini pun curi-curi update sekejap. Ngee.. Bila balik rumah pula automatik badan rasa letih. Laptop pun terbiar berdebu je atas meja tu. Memang tak ada nafsu langsung nak on. Jadi bila masanya Anis nak update blog? Cer citer..cer citer. ;p

Nanti Anis cuba curi-curi bawa CD gambar kahwin ke pejabat dan cuba curi-curi update lagi ye. Hehe.

Till then, salam.


^____^