March 22, 2012

sebelum dan selepas

Salam.

Hidup selepas berumahtangga ni kan, banyak yang berubah. Hehe. Kalau dulu A, sekarang da jadi B. Macam-macam la. Hari ni Anis tergerak nak share sikit dalam blog 2hati-jadi1 ni perubahan hidup Anis sebelum dan selepas nikah. 

  • Dulu sebelum nikah, Anis tak selesa betul nak tidur berkongsi katil dengan sesiapa. Mungkin sebab da biasa tidur sendiri kan. Kalau sepupu datang tidur dekat rumah Anis pun, diorang takkan tumpang tidur bilik Anis. Semua tahu Anis tak suka kongsi katil dengan orang. Haha. Tapi lepas nikah, rasa best pulak ada peneman tidur dekat sebelah. Ngee.
  • Dulu sebelum nikah, bangun pagi pukul 6 terus mandi dan bersiap untuk kerja. Anis siap lama tau. Walaupun masuk kerja pukul 8, pukul 6 mesti da kena bangun. Tapi sekarang bangun lagi awal. 5.30 pagi jam da berbunyi. Bangun awal sebab sebelum mandi nak tenung suami yang tengah sedap diulit mimpi dulu. Hik3. Eh, tenung muka suami pun dapat pahala tau. ;)
  • Dulu sebelum nikah, asal hujung minggu je mesti nak bangun lewat. Yela Anis kerja 6 hari seminggu kan, hari ahad je la nak merasa bangun lambat. Hehe. Tapi sekarang hari-hari bangun awal. Kalau hari kerja bangun 5.30, hari ahad pula pukul 6 mata da terbuka.
  • Dulu sebelum nikah, Anis tak ambil nasi waktu malam. Biasanya family Anis memang jarang makan nasi waktu malam. Tapi sekarang, tiap malam kena makan nasi sebab suami Anis jenis yang makan nasi malam. Huhu.
  • Dulu sebelum nikah, bangun pagi terus kemas katil. Anis jenis tak suka tinggal katil bersepah sebelum masuk toilet. Tapi sekarang, nak tak nak kena la tunggu suami bangun baru boleh kemas katil. Huhu. Biasanya suami hanya akan bangun bila Anis da siap mandi. Tak aci dia dapat tidur lama dari Anis. Haha.
  • Dulu sebelum nikah, Anis akan solat subuh dulu baru mula tepek bedak dekat muka sebab tak nak telekung kotor. Hehe. Tapi sekarang Anis kena tepek bedak dulu sebelum solat sementara tunggu suami siap mandi sebab suami nak kami solat jemaah subuh. Menurut permintaan suami. Lagi pun suami yang bagi cadangan pakai bedak dulu baru solat. Hee.
  • Dulu sebelum nikah, bila baca al-Quran yakin je tajwid semua tak ada masalah. Tu yang boleh khatam banyak kali dalam setahun. Tapi sekarang bila tadarus al-Quran dengan suami baru sedar banyaknya ‘traffic  light’ yang Anis langgar dalam al-Quran tu. Huk. Suami kata Anis kena belajar tajwid semula. Owh, ini la nikmat pernikahan yang paling bermakna buat Anis. Dapat pembimbing bacaan al-Quran. ;)
  • Dulu sebelum nikah, kalau jumpa dengan suami mesti jalan jauh-jauh. Yela takkan nak berkepit pulak kan. Belum halal kot. Tapi sekarang bila jalan berdua dengan suami nak pegang tangan pun kadang-kadang terlupa da halal. Malu la nak pegang tangan depan umum. Hee. Kena la belajar biasakan pegang tangan suami lepas ni. Ngee.
  • Dulu sebelum nikah, handphone tu sentiasa la berkepit ke mana je Anis pergi. Tertunggu-tunggu sms dari tunang kononnya. Tapi sekarang, nak tidur baru la cari. Tu pun sebab nak kunci alarm je. Ngee.
  • Dulu sebelum nikah, kalau nak keluar main sarung je baju apa yang berkenan. Asalkan aurat terjaga. Tapi sekarang sikit-sikit tanya suami. Nak melawat nenek suami pun tanya nak pakai baju apa. Risau kot takut suami tak suka kita pakai apa. Padahal masa tunang baju tu juga yang dipakainya. Hihi.


Cukup la 10 dulu ek. Banyak sebenarnya perubahan hidup selepas bernikah ni. Hanya mereka yang da berumahtangga je faham macam mana perasaan tu. Hihi.



March 14, 2012

life after married

Salam rabu rakan-rakan blogger sekalian. J


Sebenarnya dalam waktu terdekat ni memang takkan ada entry review walimah kami kot. Semuanya sebab Anis nak tunggu gambar dari OP kami dulu. Tapi lambat sikit la sebab kami belum habis bayar lagi. Hehe. Disebabkan taknak blog 2hati-jadi1 ni terabai, Anis update la sikit-sikit berkaitan life selepas bernikah ni ek.


Bercinta selepas bernikah, Ya Allah seronoknya. Da boleh pegang tangan suami. Da boleh duduk rapat-rapat. Makan bersuap. Auww. ;) Ok cukup contoh sampai situ je. Hihi.


Buat masa ni Anis dan suami tinggal sementara dekat rumah family Anis. Yela suami pun kerja dekat Kluang kan, tak payah la dia ulang-alik dari Yong Peng hari-hari. InsyaAllah dalam 2 atau 3 bulan lagi kami akan berpindah ke rumah sendiri. Rumah sewa je. Buat masa sekarang kami nak selesaikan bayaran OP dulu. Da selesai bayar OP baru kami proceed dengan hal pindah rumah. Kami bukan orang kaya nak buat semua sekali jalan. Satu persatu la kan. Hehe.


Dalam pada duduk dekat rumah family Anis, kami ulang alik ke Yong Peng juga. Kalau tak balik nanti mak sana merajuk. Susah! Huhu. Hari ni pun kami pergi kerja dari Yong Peng. Pukul 7 da keluar rumah uolss. Huhu. Takpe la susah sikit. Nanti da duduk rumah sendiri suami kata tak nak da ulang-alik lagi. Kami nak bina keluarga kami sendiri pula. Nak menyimpan untuk masa depan lagi. Kalau ulang-alik lagi memang gaji habis dekat minyak kereta je la. Semoga dipermudahkan urusan kami yang satu ini. Aamiin.


Cerita lain, tahu tak, sejak bergelar isteri lebih kurang 3 minggu ni Anis tak pernah masak untuk suami. Haha. Yela mak dua-dua belah suri rumah. Balik kerja kalau ke rumah Kluang, mak Anis da siap masak. Balik kerja kalau ke rumah Yong Peng pun mak suami da siap masak. Cuba cakap bila masa Anis nak masak? Hehe. Tapi malam tadi berjaya masak buat pertama kali untuk suami. Telur dadar je pun. Haha. Tapi suami makan berselera betul. Teruja sangat nak makan masakan isteri dia kot. Haha. Lepas ni kena belajar masak pula. Lagi-lagi sebagai persiapan nak pindah rumah sendiri kan. Takkan la nak ajak suami makan luar je. Hihi.


Tak sabar sebenarnya nak pindah rumah sendiri. Nak belajar hidup berdua dengan suami. Dalam pada tu teruja nak hias rumah sendiri sebenarnya. Hehe. Harap bila masa tu da sampai, Anis da sedia mental dan fizikal untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri sepenuhnya. InsyaAllah.


Hidup selepas bernikah adalah sangat mengujakan. Perasaan dia tu tak tahu nak terangkan macam mana. Hehe. Buat b2b yang sedang stress buat preparation tu, sabar la eh. Lepas majlis nanti pasti korang rindukan saat-saat sekarang ni. Anis pun da mula rindu nak buat wedding preparation. Rindu nak ber-DIY.


Ok la sampai sini dulu coretan Anis ye. Jumpa lagi dalam entry akan datang. Daa~



March 12, 2012

anisfendy's official wedding vendors

Salam.


Macam mana weekend anda? Anis habiskan masa dengan suami dekat rumah mentua je. Hee.


Seperti yang dijanjikan pada entry lepas, kali ni Anis kongsikan terlebih dahulu senarai vendor majlis walimah kami yang lalu. Review lengkap akan menyusul sedikit demi sedikit selepas ini ya.



Solemnization (25 feb 2012)


Venue : Home sweet home

Attire :
Bride & Groom - Materials from Giodini, done by Magie.
Detailing : DIY by me

Veil : DIY by me

Make up : Azuri & Azila from 4az Bridal Kluang 

Official Photographer : Saluddin Ismail 

Dais : 4az Bridal Kluang & DIY by me

Hand bouquet : DIY by me

Foods : Dad's friend

The hantarans : DIY by me

'Bilik pengantin' : DIY by me

Henna : DIY


Reception (26 feb 2012)


Venue : Home sweet home

Attire :
Bride - Materials from Giodini & Jakel.
Detailing - DIY
Groom - Materials from Giodini.
done by Magie

Veil : DIY by me

Make up : Azila from 4azBridal Kluang 

Official Photographer: Muhd Hisyam Talib 

Main dais: 4az BridalKluang 

Hand bouquet : DIY by me

Foods : Dad's friend

Guestbook corner : DIY by me

Photobooth corner : 4az Bridal Kluang & DIY by me (fan flower, props)

Kompang : Dad's friend

Doorgift : DIY by me (tq tag, paper bag, hard cover yassin, cake box)

Signage : DIY by me

Bunting : Cheap Cheap 

Centerpiece : DIY by me


Bunga Manggar : DIY by mom and sis

Wedding Card : 
1st version: DIY by me, printing by Warisan Ideareka
2nd version: DIY and printing by me

Bunga Pahar : DIY by me





That's all about our wedding ceremony. InsyaAllah i will review more in our wedding blog soon.

Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

I love everything about my wedding!

Thanks! ^_^



Nah tepek satu gambar dulu. Ngee. ^_^


p/s: I love u husband~

March 08, 2012

12 hari selepas bergelar Puan

Salam.


Hihi. Hari ni Anis cuba gagahkan diri untuk update blog 2hati-jadi1 ni. ;)


Alhamdulillah da 12 hari menjadi pelengkap rusuk kiri Encik Suami.


Kehidupan setelah bergelar Puan?


Seronok!!!


Sediakan baju kerja suami.


Hidangkan makan malam suami.


Bila tidur ada peneman di sisi. *auww*


Bila bersedih ada peminjam bahu yang sudi menjadi pemujuk. Hihi.


Walaupun ada beberapa hal yang menjadi sedikit kacau pada ketika ini tapi tidak mengapa. Kami anggap itu sebagai dugaan pertama alam rumahtangga kami. InsyaAllah kami kuat mengadapinya.


Anis akan review majlis kami sedikit sedikit ya. Lagipun gambar unofficial tak banyak. Jadi review penuh mungkin lepas dapat album dari OP nanti. Bila? Tunggu kami habis bayar la. Haha.


Ok la setakat ni dulu untuk hari ini. Entry selepas ini InsyaAllah Anis kongsikan senarai official vendors walimah kami nanti.


Sekian.


p/s: i love u, encik suami. <33