February 24, 2012

Walimatul Urus Haniza & Fendy

Salam.


*sticky post*




Dengan rasa rendah diri Cik Anis menjemput rakan-rakan pembaca blog 2hati-jadi1 ini untuk sama-sama meraikan majlis perkahwinan kami pada 26hb Februari 2012 hari Ahad bertempat di Kluang, Johor.



Untuk sesiapa yang ingin menghadiri majlis kami ini, mohon isikan maklumat anda pada borang di bawah untuk urusan pengeposan kad jemputan.








Nama:




Alamat:




URL blog (jika ada):




Ucapan/pesanan untuk pengantin:

















Terima kasih.



^_^



p/s: gambar cover depan kad jemputan kami


February 23, 2012

2 hari sebelum - entry terakhir sebelum bergelar puan

Salam Khamis.



Entry hari ini mungkin adalah entry terakhir Anis sebelum bergelar Puan. Hehe. Maklum la minggu ni entry blog 2hati-jadi1 ni sepenuhnya di update di pejabat. Disebabkan esok Anis da mula bercuti, maka tiada entry lagi selepas ini. Laptop tu menyedihkan la. Huuu. Entry baru insyaAllah menyusul selepas selesai majlis ye. J



Hari ni kita cerita secara random je ek.


Pertama, berkaitan entry semalam.

Anis bengang dengan seseorang. Bukan dengan vendor. Masalah dengan vendor takde la besar mana. Vendor tak buat macam yang Anis nak pun Anis terima je walaupun akhirnya Anis juga yang kena susah payah siapkan sendiri. Tak kisah. Tapi Anis bengang dengan seorang kawan Anis yang da kahwin. Tiba-tiba tuduh Anis perfectionist dan keep on complaining others work. Laa terfikir juga Anis gila hebat dia ni boleh tahu Anis keep on complaining others work padahal dekat status fb tak pernah pun cerita pasal masalah dengan vendor ke apa. Dan gila hebat dia ni sebab kami tak pernah berjumpa sejak habis sekolah tapi dia boleh kata Anis perfectionist hanya sebab Anis banyak DIY untuk wedding Anis. Hebat bukan? Haha. Bila cerita dekat EBS memang EBS pun pelik dengan komen kawan Anis ni. Huhu. Tapi sekarang kira tutup cerita la. Malas nak fikir lagi.



Kedua, khemah dan lain-lain

Semalam khemah rewang dan kerusi meja da sampai rumah. Cuma khemah Arabian je belum lagi. Mungkin hari ni atau esok. Mak ayah tak nak tutup jalan depan rumah lama-lama jadi khemah majlis kena pasang lambat sikit. Tak nak menyusahkan jiran-jiran. Esok pula vendor hiasan khemah dan bridal akan datang untuk laksanakan tugas mereka. Huu penat la Anis esok nak jadi mandor. Oh ya, khemah dan hiasan khemah adalah dari tempat yang berbeza tu sebab waktu pasang pun tak sama. Khemah majlis nanti FOC je. Ngee..kami cuma bayar sewa vendor hiasan khemah saja.



Projek DIY

Alhamdulillah semua projek da siap. Walaupun ada beberapa projek yang siap separuh jalan tapi kira halal la. Janji masih boleh digunakan. Hehe. Bila semua projek DIY da siap, Anis jadi blur tak tahu nak buat apa da bila malam. Haha.



Inai

Mungkin malam ni atau malam esok da boleh pakai. Tapi Anis confuse sikit. Better pakai inai tiub atai inai daun ye? Sebab Anis cuma pakai pada hujung jari je. Takde ukir-ukir tu. Boleh bagi Anis pendapat tak kawan-kawan?



Bridesmaid

Da malas nak fikir. Ramai kawan Anis tak boleh datang malam nikah. Jadinya sekarang ni pasrah je. Siapa pun boleh angkat dulang hantaran tu. Malas nak serabut kepala lagi. Huhu. Ada sesiapa b2b nak jadi bridesmaid Anis malam 25hb ni? Sila email ye. Hehe.



Majlis bertandang

Ramai kawan yang tak dapat hadir majlis 26hb ni sibuk bertanya bila majlis belah lelaki dengan harapan mereka nak datang belah sana. Tapi maaf la ye. Tiada majlis bertandang pun nanti. Jadi pada kawan-kawan yang nak jumpa kami selepas 26hb nanti, bawa la pengantin baru ni ke Kenny Rogers ke Dominos ke Sushi King ke. Hahaha.



Akhir kata, salah silap sepanjang Anis menjadi seorang b2b blogger ni, Anis mohon maaf ye. Kawan-kawan sekalian, jemput datang majlis kami 26hb ni. Doakan segalanya berjalan lancar eh.


Jumpa lagi dalam entry akan datang. InsyaAllah selepas bergelar puan dan setelah mendapat izin suami untuk terus menulis di sini. Hihi.


Wasalam


p/s: oh ya, komen-komen entry sebelum-sebelum ni Anis tak publish lagi. Pada kawan-kawan yang pernah bagi komen dalam entry sebelum-sebelum ni jangan la kecil hati ya. Anis baca dan hargai komen kalian semua. Terima kasih ya. ^_^


February 22, 2012

3 hari sebelum - mood bengang

Salam.


Hari ni Anis malas nak update preparation progress. Sebab da tak banyak benda kot. Hehe.


Sebenarnya semalam ada bengang sikit. Bukan dengan EBS atau keluarga sendiri tapi dengan orang luar yang takde kaitan dengan hidup Anis pun. Huhu.


Malas nak cerita panjang. Sebagai penutup,



"BUAT SENDIRI a.k.a DIY MAKSUDNYA TAK SAMA DENGAN PERFECTIONIST"


"DIY ADALAH UNTUK MENGURANGKAN PERBELANJAAN BUKAN NAK MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN"


"SEBAGAI KLIEN, KITA BERHAK BERSUARA BILA KITA TAK PUAS HATI DENGAN VENDOR. TU BUKAN KEEP ON COMPLAINING OTHERS WORK DAN BUKAN NAK JADI PERFECTIONIST. DA VENDOR TAK BUAT MACAM YANG KITA MINTA, KITA BERSUARA LA KAN. TU PUN NAK KECOH"


"MAJLIS KAU, AKU TAK KACAU. MAJLIS AKU, KAU TAK PAYAH NAK KOMEN LEBIH-LEBIH"


EMO.



kbye.


February 21, 2012

update 4 hari sebelum

Salam.


Rajin kan Anis update hari-hari?? Haha.


Sebenarnya nak update guna laptop kat rumah memang da susah. Laptop tu macam tahu-tahu je Anis da nak jadi isteri orang kan jadi dia pun mula buat hal. Sedih tau. Huhu.


Ok abaikan pasal laptop tu. Hari ni sementara boss belum datang, Anis curi-curi update progress setakat hari ini ok.


Bilik pengantin

Malam tadi backdrop katil Anis da siapkan sepenuhnya. Auww purple bilik ku. Backdrop DIY kan. Da rasa macam hiasan pelamin uolss. Haha. Nak tengok? Tunggu Anis review lepas majlis nanti ek. Hehe.


Doorgift

Malam tadi mak Anis da siapkan semua jar. Sekarang tinggal tunggu kek, rebus telur lepas tu baru buat final packaging hari jumaat nanti. InsyaAllah sempat siap dengan bantuan Maksu dan anak-anaknya yang sangat rajin membantu.


Persiapan bulan madu

Anis ada ambil satu pakej photoshoot untuk bulan madu nanti. Jadi EBS dan Anis sediakan juga pakaian dan props untuk photoshoot bulan madu nanti. Hihi. Kami tempah pakaian sedondon. Nak tengok? Tunggu lepas bulan madu nanti ya. Hihi.


Tentatif cuti kahwin

Kelasss kau mariahh! Siap ada tentatif cuti kahwin lagi tau. Haha. Disebabkan kami cuma ambil cuti kahwin seminggu saja jadi perlu bijak mengatur aktiviti sepanjang cuti tersebut. Yeay! Banyak berjalan. Haha.


VIP doorgift

Untuk saudara-mara dan rombongan pengantin lelaki nanti, Anis sediakan DIY yassin hardcover. Semalam baru siapkan 70pcs. Hari ni sambung lagi 30pcs insyaAllah.


Tudung resepsi

Belum jahit lagi. Hihi. Takpe cuma kena kelim bahagian tepi je. Esok atau lusa baru buat.



Apa lagi ye? Rasanya itu je yang terlintas setakat pagi ni. Malam ni kalau ada progress lagi, esok Anis update lagi ek. Sekian. ^_^




Entry minggu ni takde gambar. Maklum la update dekat pejabat kan. Gambar semua dalam laptop. Hehe.



February 20, 2012

update 5 hari sebelum

Salam isnin.


Isnin terakhir sebagai bujangan. Hihi.


Sebelum memulakan rutin kerja pejabat, Anis nak update sikit berkaitan perjalanan persiapan majlis setakat hari ini.


  1. Gubahan 9 + 1 hantaran sudah siap sepenuhnya. Tinggal masukkan makanan je dalam 3 dulang. Yang tu 2 atau sehari sebelum majlis baru siapkan.
  2. Hiasan bilik pengantin insyaAllah malam ni siap sepenuhnya. Sikit je lagi tu. Hihi.
  3. Baju nikah dan resepsi da siap basuh semalam. Takde hantar dobi pun. Basuh guna tangan dengan  penuh kasih sayang lagi tau. Haha.
  4. Kami da ada plan untuk bulan madu. Yeay! Hotel da booked, tiket pun da beli. Owh kami berbulan madu dalam malaysia je. Janji dapat berdua dengan other half. ;)
  5. Doorgift pun da separuh siap. Sebelum jumaat ni insyaAllah siap semuanya.

Rasanya tu je la kot update untuk lima hari yang masih berbaki ini. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. Aamiin.


Sesiapa yang baru minta kad tu maaf la ye, kad da habis. Huhu.


Sekian.



February 16, 2012

cerita 9 hari sebelum

Salam.


Wah terajin pula Cik Anis kita update hari-hari. Hehe.


Ni curi sikit masa kerja untuk nak update serba sikit persiapan majlis kami.


Hari ni tinggal 1 angka je uolsss. Perasaan? Jiwa kacau sikit. Uhuu. Tapi harapnya hujung minggu ni keadaan da kembali tenang-tenang saja. InsyaAllah.


Serba sedikit perkembangan untuk hari ini:


Baju resepsi

Wedding dress Anis confirm tak buat beading. Penyakit M da merebak! Haha. Anis cuma tambah lace je lagi dekat bahagian pinggang. Biar nampak penuh. Nak tutup perut. Haha. Bila try pakai lengkap dengan tudung dan veil. Cantik jugak aku ni! Hahahaha. Maaf terperasan sekejap. Hee.

Suit EBS untuk resepsi pula tak siap-siap lagi. Tailor tu minggu lepas suruh datang selasa tapi bila kami datang selasa lepas dia kata suruh datang rabu pulak. Banyak cekadak kau! Kami tak pergi ambil pun semalam. Sabtu ni baru ambil. Kalau tak siap juga tak tahu la nak kata apa. Huhu.




Photobooth deco

Selasa lepas da hantar karikatur kami untuk dibingkaikan. Sabtu ni boleh pergi ambil sekali dengan ambil suit EBS. Kedai frame tu bawah kedai jahit baju kami je. Hehe.




Hantaran

Malam tadi berjaya mendeco empat daripada sembilan dulang hantaran. Hari ni sambung lagi lima kalau rajin. Rasa puas hati tengok hasil tangan pertama menggubah hantaran sendiri. Hihi.




Kendarat

Kendarat ni adalah kumpulan yang tolong kemas-kemas meja dan jaga lauk-pauk masa majlis tu. Boleh pulak malam tadi ketua kendarat tu batalkan tempahan kami. Tinggal 10 hari je kot. Betul-betul menyusahkan! Hari ni mak Anis da kelam kabut nak cari kumpulan kendarat baru. Hurm.



Kad jemputan

100 keping da selamat Anis pos untuk kawan-kawan juga rakan-rakan b2b. Kad melayang ke seluruh Johor, pantai timur, pantai barat dan juga utara. Nasib baik tak melayang ke sabah dan sarawak. Hehe. Buat kawan-kawan yang da dapat kad nanti jemput la datang ye.




Ok lima update untuk hari ini. Tak tahu kenapa bila sampai point ke lima je terus mati kutu tak tahu nak tambah apa. Hehe. Till then.. ^__^





February 15, 2012

10 hari sebelum

Salam.


Pheww. Semakin hilang energy untuk menulis. Kita tunggu lepas majlis nanti baru betulkan semula momentum menulis ye. Hehe.


Entry kali ni anis tak nak la kongsi cerita bergantung pada checklist anis lagi sebab dekat list tu banyak yang da selesai kan. Jadi kali ni cerita secara rambang je la ek.


1. Cuti kahwin

Alhamdulillah permohonan cuti seminggu lulus tanpa banyak soal. Bos tengok borang cuti anis, tengok kalendar then terus je sign. Setel. Hehe.


2. Baju nikah dan sanding

Ada drama. Terus benci tailor tu. Jahitan dia memang best la. Sekali fitting terus sedap2 je pakai. Tapi bab suruh buat detailing, hancus. Da cakap baju nikah nak beading tapi nan ado. Padahal setiap kali datang da cakap nak beading. Hmm. Bayar mahal2 hanya untuk sepasang baju kurung moden putih kosong takde apa2. Baju sanding pulak buat patching lace pun boleh dia jahit mesin camtu je. Bukan nak sembat halus2. Beading pun nan ado. Sedih gila masa ambik baju tu. Masuk kereta terus nangis depan EBS. Macam mana tak sedih kan, dalam masa tiga minggu sebelum majlis kerja anis bertambah kena siapkan baju nikah dan sanding pulak. Stress ok!

Setakat hari ni Alhamdulillah detailing untuk baju nikah da 100% siap. Baju sanding pulak masih otw. Beading tak tahu sempat buat ke tak. Kalau tak sempat memang sarung je la baju simple tu. Tapi tak kisah da. Malas nak serabut kepala.


3. Doorgift

Part ni anis serah bulat-bulat pada family. Anis sediakan paper bag, tq tag, bagi idea nak macam mana. Yang lain-lain biar la family selesaikan. Cantik ke tak, redha. Da dekat-dekat ni memang malas nak fikir sangat. Huhu.


4. Bilik pengantin

Semua da lengkap. Tinggal backdrop katil je ada sikit lagi nak buat. Sehari sebelum majlis kot baru sambung. Sebab tak nak orang tengok final outcome awal-awal. Hehe.



5. Hantaran

Dulu-dulu nak buat 7-9, lepas tu turun 5-7, dan sekarang naik balik 7-9. Macam saham da ada naik turun. Hehe. Dulang pulak anis cuma diy 12 je. 5 untuk EBS dan 7 untuk anis. Sekarang ni kena diy lagi. Tapi kaki dulang diy pulak terkurang. Jadi nanti ada 2 dulang kaki lain. Tak kisah la. Asal ada.



Lima je la dulu ek. Tak idea da nak taip. Hehe.


February 14, 2012

14 februari 2012








14 Februari 1988 - 14 Februari 2012


Terima kasih Allah untuk pinjaman jasad dan hati ini.




February 08, 2012

senarai semak 16 hari sebelum

Salam.


Semakin dekat tarikh dia terima nikahnya, semakin kurang nafsu nak update blog kesayangan ni. Hehe.


Niat di hati nak update macam-macam lagi idea diy saya tapi kekangan masa menyukarkan saya untuk menulis dengan lebih kerap dalam waktu yang bersisa sekarang ni.


Hari ni tiada lagi angka puluh sebaliknya da berganjak ke belas-belas je. Perasaan? Berdebar!


Lepas nikah, andai diizinkan oleh sang suami untuk berblog, insyaAllah saya akan berkongsi cerita perkahwinan kami di sini. Andai blog ini sunyi selepas ini, maafkan la pemilik blog ini ye? Hehe.


Ok cukup celoteh untuk hari ni. Sebelum diam lagi untuk beberapa hari, mari update wedding checklist.


1. Tarikh nikah, sanding tandang
Nikah : will announce later ;)
- Sanding: will announce later ;)
- Bertandang : not confirm yet

2. Kursus kahwin ,dokumen penting
- Kursus kahwin : DONE!
HIV Test : DONE!
- Borang-borang : DONE!

3. Venue
Nikah, Sanding : Rumah

4. Hidangan, Kanopi
Tukang masak : BOOKED!
- Hidangan : CONSIDER DONE!
- Kanopi : BOOKED!
- Khemah rewang : BOOKED!

5. Deco meja n kanopi
alas meja : BOOKED!
- scallop kanopi : BOOKED!
- meja beradap : BOOKED!
- meja kek : BOOKED!
- meja hidangan : BOOKED!

6. Pelamin
Nikah n Sanding : BOOKED!
- Bantal Nikah : DIY DONE!
- Bertandang : not confirm yet

7. Photographer
Nikah n Sanding : BOOKED! (deposit paid)
- Bertandang : not confirm yet
- Post-Wed : not confirm yet

8. Videographer
- Nikah n Sanding : not confirm yet
- Bertandang : not confirm yet

9. Wedding outfit
- Nikah : DONE! (detailing not yet)
- Sanding : DONE! (detailing not yet)
- Bertandang : not confirm yet
Veil Nikah : DONE!
- Veil Sanding : in progress

10. Makeup
Nikah n Sanding : BOOKED!
- Bertandang : not confirm yet
- Inai : not confirm yet

11. Doorgift
- Cake Box : in progress
- Paper Bag : DONE!
Tq Tag : DONE!

12. Bunga Pahar (100pcs)
DONE!

13. Hantaran
Idea Deco : DONE!
- 5/7
from her to him:
wallet n belt : DONE!
perfume : DONE!
kemeja n slack : DONE!
sling bag : DONE!
shower : DONE!
kitab : DONE!
coklat

from him to her:
perfume : DONE!
jam : DONE!
handbag n purse : DONE!
coklat
kitab : DONE!

14. Rings
DONE!

15. Kad Jemputan
DONE!

16. Kek
- BOOKED!

17. Tok Kadi
BOOKED!

18. Handbouquet
Nikah : DONE!
Sanding : DONE!
- Bertandang : not confirm yet

19. Guest List
Kenalan Mak Ayah : DONE!
- Kawan Sendiri : DONE!
- Anak Yatim

20. Pengapit
Sanding : BOOKED!
- Bertandang : KIV


21. Dresses for family
- Sanding : x cari lg!
her family : soft purple DONE!
his family : soft green
- Bertandang : not confirm yet

22. Wedding heels
Nikah, Sanding n Bertandang : DONE!

23. Atucara majlis
DONE!

24. Wedding props
DONE!

25. Spa Treatment
KIV

26. Honeymoon Plan
- aaaa nanti pk jgk la.. ;p

27. Rubber Stamp
DONE!

28. Penanggah - BOOKED!
- Baju/ Kain baju kurung : not yet
theme color : grey
- Bunga Rozek/Corsage : DONE!

29. Bilik Pengantin
Cat : DONE!
- Katil : DONE!
- Langsir : BOOKED!
- Comforter : DONE!
- Bantal : DONE!
- Skirting Katil : DONE!
- Side Table : DONE!
- Table Lamp : DONE!
Tukar Rail Langsir : BOOKED!
- Deco : DONE!
Towel Rack : DONE!
- Wardrobe : DONE!

30. ceremony, entertainment & kompang
BOOKED!

31. Guestbook Table
- Guestbook : DONE!
- Pyramid Box : in progress
Alat tulis : DONE!
- Deco : DONE!

32. Others
- Centerpiece : DONE!
- Bunga Manggar : DONE!
- Photobooth corner : DONE!


Alhamdulillah hampir semua da disediakan dan diselesaikan. Tinggal sikit-sikit lagi. Semoga Allah permudahkan setiap urusan kami. Aamiin.