January 26, 2012

hari ni bukan 100 hari lagi tapi...

Salam.




Hari ni 26hb kan?




Hari ni sepatutnya;






merupakan 100 hari lagi ke tarikh pernikahan kami iaitu 5 mei 2012.




Sepatutnya la kan.





Tapi sekarang, pada tarikh ini,







Cuma tinggal 30 hari lagi sebelum tarikh pernikahan kami iaitu 25 feb 2012. Hihi.



Kawan-kawan, entry ini merupakan official announcement tentang tarikh pernikahan kami.



Tarikh nikah = 25hb Februari 2012
Resepsi = 26hb Februari 2012



Sengaja Cik Anis tak war-warkan lebih awal tentang tarikh kami. Cuma beberapa orang je yang da tahu lebih awal. Pengapit Cik Anis antaranya. Hehe.


Dalam waktu terdekat ni Cik Anis akan sediakan entry khas untuk kawan-kawan tinggalkan alamat untuk sesiapa yang nak kad jemputan ye. Tunggu....



^_^



Akhirnya dapat juga lahirkan entry ini. Hihi.







January 25, 2012

bunga manggar dan temubual di pejabat agama

Salam.


Cik Anis masih bercuti lagi hari ni. Ofis tutup seminggu uollsss. Haha.



Pagi ni sepatutnya Cik Anis akan ke pejabat agama daerah untuk selesaikan urusan borang permohonan nikah bahagian Cik Anis pulak. Tapi sepertinya takkan ke sana hari ni sebab ayah Cik Anis dengan baik hatinya nak selesaikan urusan borang Cik Anis. Harap-harap lepas la ye ayah. Huhu.



Disebabkan tak jadi ke pejabat agama hari ni, mari Cik Anis kongsikan bunga manggar DIY hasil air tangan puan emak dan adik Cik Anis.





Masa ni baru siap warna purple je. Lagi satu warna adalah putih.


Ianya sepenuhnya hasil kerja emak dan adik Cik Anis. Cik Anis cuma bagi idea dan bila mereka setuju mereka lah yang menguruskannya. Cik Anis perlu fokus pada projek DIY lain. Hehe.






Bunga maggar ni diperbuat daripada reben plastik yang ditarik-tarik hingga bergulung kemudian dililit pada lidi menggunakan pita putih. Remeh sikit kalau baru nak mula buat. Da lama-lama senang je.



Bunga manggar Cik Anis nanti adalah campuran warna purple dan putih. Mengikut tema gitu kan. Hehe.



Mak Cik Anis awal-awal da pesan pada adik Cik Anis, make sure masa majlis nanti budak-budak tak ambik bunga manggar ni sebab nak simpan untuk wedding abang Cik Anis pulak. Haha.



Ok la, sampai sini dulu ye. Mahu sambung kerja DIY lain lagi ni.



Wasalam.




January 19, 2012

buku tetamu

Salam.



Masih lagi dalam perkongsian berkaitan buku tetamu dan yang sewaktu dengannya.



Guestbook reminder sudah, guestbook corner's signage pun sudah. Tapi tak lengkap la cerita kalau takde pasal guestbooknya kan. Hehe.



Buku tetamu Cik Anis juga merupakan hasil DIY Cik Anis juga.



Cik Anis cuma beli sketch book kemudian hias sikit je untuk nampak ianya adalah buku tetamu.




Buku ini Cik Anis beli di popular. Cuma RM16.90 je.








Dan hasilnya setelah mendapat sentuhan Cik Anis;









Cik Anis cuma tambah kain satin dan mounting board hitam sebagai cover depan untuk tutup wording pada cover asal buku tersebut.






Brooch pink ini adalah brooch dari avon. Masa beli dulu kurang RM10 rasanya. Dan Cik Anis cuma pernah pakai sekali masa tunang dulu. Sekarang diabadikan pada buku tetamu untuk majlis perkahwinan pula. Hihi.



Jumlah kos untuk guestbook ini:


Buku skecth = RM16.90
Satin putih = lebihan menjahit sebelum ini
Brooch pink = koleksi lama
Mounting board = koleksi lama



Cik Anis cuma keluarkan modal untuk beli sketch book je. Yang lain semua da ada dekat rumah. Hehe.



Cik Anis suka hasil akhirnya. Simple saja. Asalkan nampak kemas. Less is more kan?



Sila tinggalkan jejak pada buku tetamu kami nanti ya. ;)






January 18, 2012

signage for guestbook corner

Salam.


Minggu ni kita cerita pasal perihal berkaitan buku tetamu je la ek. Hehe.



Kalau semalam Cik Anis cerita pasal guestbook reminder, hari ni Cik Anis cerita pasal signage untuk guestbook corner pula.



Pada asalnya Cik Anis nak gunakan doiley paper sebagai signage untuk guestbook corner ni. Tapi nak dijadikan cerita Cik Anis ada beli satu pinggan putih yang sebenarnya nak digunakan sebagai alas dulang hantaran. Tapi bila da beli satu tengok-tengok stok dekat kedai tak mencukupi untuk Cik Anis beli lebih banyak selepas tu. Jadi Cik Anis cuma ada satu je la pinggan putih tu. 



Daripada tak digunakan langsung kan. Maka timbul la idea lain untuk signage guestbook corner ni. Iaitu menggunakan pinggan putih tersebut.



Dan hasilnya;





Simple je kan. Hehe.


Untuk wording tu Cik Anis cuma buat guna Microsoft Word je.


Bunga-bunga dan reben tu pulak lebihan daripada projek-projek DIY sebelum-sebelum ni.


Ada bunga lebihan gubahan hantaran tunang dulu, lebihan gubahan hantaran cuba-jaya dan segala macam lebihan la. Gunakan selagi boleh. Hehe.


Untuk kawan-kawan yang datang ke majlis kami nanti, sila cari signage ini untuk cari buku tetamu Cik Anis ye. Hehe.





January 17, 2012

guestbook reminder


Salam.



Salah satu projek DIY Cik Anis adalah menyediakan guestbook reminder.



Tujuan Cik Anis buat guestbook reminder ni adalah untuk dilekatkan pada kad jemputan nanti. Tapi hanya kad jemputan untuk kawan-kawan je la. Untuk tetamu mak ayah Cik Anis tak usik. Hehe.



Ini adalah salah satu cara nak memastikan tetamu tak terlepas pandang akan kewujudan buku tetamu semasa majlis nanti. Cik Anis buat guestbook reminder ni inspirasi daripada ex-b2b reen. Tapi reen buat agak besar. Cik Anis buat kecil je. Jimat belanja dan sesuai dengan saiz kad jemputan Cik Anis nanti. Hehe.







Cik Anis print atas tracing paper kemudian dilekatkan atas kertas purple.




Gambaran lebih dekat. Agak blur sebab guna kamera hp je. Hehe.



Selepas siap dilekatkan pada kertas purple, Cik Anis akan lekatkan pula pada kad jemputan. Kad jemputan sekarang ada pada adik Cik Anis. Dia yang tolong ambilkan dekat vendor kad kahwin Cik Anis di jb. InsyaAllah cuti cny ni kad jemputan da berada dalam tangan Cik Anis. Hehe.



Masih banyak projek DIY nak disiapkan. InsyaAllah Cik Anis share sikit-sikit lepas ni ek. Daa~

January 16, 2012

borang nikah lelaki - selesai!

Salam isnin.



Cerita jumaat lepas. Hehe.



EBS cuti sebab nak uruskan permohonan nikah pihak lelaki dekat pejabat agama daerah Batu Pahat.



Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Borang semua lengkap. Takde kena reject ke apa ke. Hee.



Kalau kat johor ada temubual masa hantar borang nikah tu tau. Lepas EBS btau dia da balik terus Cik Anis tanya kat dia kena soal apa tadi? 



EBS kena jawab dua je daripada enam soalan. Dia cuma kena mengucap dua kalimah syahadah dan tanggungjawab suami je. Lepas tu berlagak sungguh sebab dapat jawab dengan yakinnya. Ish2 tunang sapa la  ni. Haha.



Giliran Cik Anis pulak insyaAllah lepas cny nanti sebab Cik Anis cuti panjang masa tu. Nak cuti minggu ni rasa rugi la jadi Cik Anis selesaikan next week je. Nervous nak kena jawab soalan. Hehe.



Soalan standard yang akan di tanya cuma ada enam je. Terpulang pada ustaz/ustazah tu nak tanya yang mana satu. Kalau nasib baik tak payah jawab pun boleh lulus. Hehe.



Enam soalan tu adalah:

1. mengucap dua kalimah syahadah

2. surah al-Fatihah

3.doa Qunut

4. taharah

5. munakahat

6. tanggungjawab suami/isteri



Ni kalau tak silap Cik Anis la. Yang no. 6 tu tak pasti pulak betul tak. Tunggu Cik Anis kena jawab minggu depan baru Cik Anis confirmkan semula soalan-soalannya ek. Hehe.



January 12, 2012

kekain untuk bebantal kini sudah menjadi bantal






Hari tu masa bilik masih dalam keadaan tunggang-langgang lepas siap di cat, Cik Anis tak rasa rajin nak mengemas bilik. Hehe. Oleh itu Cik Anis buat keputusan untuk siapkan aktiviti DIY yang tergendala ni.



Lepas isyak terus mula menggunting, menjahit dan menyudahkan DIY ni sampai tengah malam. Untuk kain satin tiga warna tu, Cik Anis nak buat bantal kecil untuk hiasan pelamin nikah. Sementara untuk kain putih dan soft purple bercorak tu Cik Anis nak buat bantal kekabu dan sarung bantal nikah.



Nak menjahit semua bantal-bantal ni sekejap je. Senang sangat. Cuma antara rajin dengan tak je la. Hehe. Cik Anis ambil masa dua hari untuk siapkan bantal-bantal ni. Hari pertama siapkan bantal-bantal kecil dan hari kedua siapkan bantal dan sarung bantal nikah.




Sedang menjahit bantal satin





Iron dulu untuk hilangkan kesan lipatan sebelum masukkan fiber.



Dan hasilnya;



Bantal putih.




Bantal soft purple




Bantal purple




12 biji bantal satin


Sangat jimat ye buat bantal kecil-kecil ni sendiri. Saiz satu bantal adalah 1 kaki x 1 kaki. Untuk 1 meter kain Cik Anis dapat buat 4 biji bantal. Satin ni walaupun jenis murah tapi sedap je kainnya. Takde la kasar mana pun.



Seterusnya Cik Anis siapkan bantal untuk akad nikah pula. Cik Anis guna kain cotton putih untuk buat bantal ni. Saiz bantal nikah pula 25 inchi x 25 inchi. Bahagian dalam bantal nikah Cik Anis tak gunakan fiber sebaliknya gunakan kekabu pula.



Kain untuk bantal yang belum dimasukkan kekabu.





Sarung bantal yang baru siap dijahit.


Untuk bantal nikah Cik Anis beli kain putih bidang 45" sebanyak 3.5m tapi masih ada lebih. 3m rasanya da memadai. Tapi kalau beli kain bidang 60" guna 1.5m je. Untuk sarungnya Cik Anis beli kain langsir bidang 60" sebanyak 1.5m je.



Untuk bantal nikah Cik Anis pilih untuk gunakan sarung bantal sebab nanti bila adik-beradik Cik Anis yang lain nak menikah boleh la buat sarung bantal baru ikut warna tema majlis diorang nanti. Hehe.



Part bantal-bantal semua Alhamdulillah da selesai. Tinggal tunggu masa nak guna je. Hehe.



Hari tu bila bantal satin tu da siap, mak Cik Anis tanya lepas majlis nak buat apa dengan bantal-bantal tu, nak bagi orang ke tak?. Cik Anis jawab; lepas nikah simpan je la. Boleh main baling-baling bantal dengan suami. Haha.



January 11, 2012

bunga pahar ku






without flash






with flash






jambak-jambak



100pcs bunga pahar DIY berjaya disiapkan.



Da simpan baik-baik dalam kotak pun. Hihi.



Sesiapa yang nak sila datang majlis nanti.



^_^







January 09, 2012

our wedding checklist

Salam.



Kali ni Cik Anis nak berkongsi wedding checklist Cik Anis dan EBS.


Senarai semak sebenarnya sangat membantu dalam urusan persiapan majlis walimah. Melalui senarai semak ni la kita tahu apa yang da kita laksanakan dan apa yang perlukan tindakan segera dari kita.


Cik Anis buat senarai semak ni mengikut keperluan Cik Anis. Kalau b2b lain baca mungkin nampak macam renyah nya senarai semak Cik Anis ni sebab benda kecil-kecil pun ada dalam list tapi bagi Cik Anis ini lah senarai semak terbaik dan terlengkap Cik Anis dan sangat-sengat memudahkan urusan persiapan Cik Anis. ;)



Cik Anis taip senarai semak ni dalam word lepas tu print. Bila da selesai satu-satu perkara Cik Anis akan strike pada hardcopy tersebut. Seronok tengok banyak da kena strike. Hehe.



Dekat bawah ni senarai semak Cik Anis. Kalau b2b rasa senarai semak ni boleh membantu dalam persiapan kalian, sila la copy paste dengan senang hati ye. Cik Anis izinkan. ;)




1. Tarikh nikah, sanding tandang
- Nikah : will announce later ;)
- Sanding: will announce later ;)
- Bertandang : not confirm yet

2. Kursus kahwin ,dokumen penting
- Kursus kahwin : Januari
- HIV Test : DONE!
- Borang-borang : Januari

3. Venue
- Nikah, Sanding : Rumah

4. Hidangan, Kanopi
- Tukang masak : BOOKED!
- Hidangan : CONSIDER DONE!
- Kanopi : BOOKED!
- Khemah rewang : BOOKED!

5. Deco meja n kanopi
- alas meja : BOOKED!
- scallop kanopi : BOOKED!
- meja beradap : BOOKED!
- meja kek : BOOKED!
- meja hidangan : BOOKED!

6. Pelamin
- Nikah n Sanding : BOOKED!
- Bantal Nikah : DIY DONE!
- Bertandang : not confirm yet

7. Photographer
- Nikah n Sanding : BOOKED! (deposit paid)
- Bertandang : not confirm yet
- Post-Wed : not confirm yet

8. Videographer
- Nikah n Sanding : not confirm yet
- Bertandang : not confirm yet

9. Wedding outfit
- Nikah : in progress
- Sanding : in progress
- Bertandang : not confirm yet
- Veil Nikah : DONE!
- Veil Sanding : in progress

10. Makeup
- Nikah n Sanding : BOOKED!
- Bertandang : not confirm yet
- Inai : not confirm yet

11. Doorgift
- Cake Box : in progress
- Paper Bag : in progress
- Tq Tag : DONE!

12. Bunga Pahar (100pcs)
- DONE!

13. Hantaran
- Idea Deco : DONE!
- 7/9
from her to him:
wallet n belt : DONE!
perfume : DONE!
kemeja n slack : DONE!
kasut
shower
hp
kitab : DONE!
sirih
kek

from him to her:
perfume
jam
hp
handbag n purse : DONE!
kasut
kek
kitab : DONE!

14. Rings
- DONE!

15. Kad Jemputan
- BOOKED! (deposit paid)

16. Kek
- x pk lg

17. Tok Kadi
- KIV

18. Handbouquet
- Nikah : DONE!
- Sanding : DONE!
- Bertandang : not confirm yet

19. Guest List
- Kenalan Mak Ayah : DONE!
- Kawan Sendiri : Nanti pk..haha
- Anak Yatim

20. Pengapit
- Sanding : BOOKED!
- Bertandang : KIV


21. Dresses for family
- Sanding : x cari lg!
her family : soft purple DONE!
his family : soft green
- Bertandang : not confirm yet

22. Wedding heels
- Nikah, Sanding n Bertandang : DONE!

23. Atucara majlis
- nanti pk

24. Wedding props
- nanti pk jgk ;p

25. Spa Treatment
KIV

26. Honeymoon Plan
- aaaa nanti pk jgk la.. ;p

27. Rubber Stamp
- DONE!

28. Penanggah - BOOKED!
- Baju/ Kain baju kurung : not yet
theme color : grey
- Bunga Rozek/Corsage : not yet

29. Bilik Pengantin
- Cat : DONE!
- Katil : DONE!
- Langsir : BOOKED!
- Comforter : DONE!
- Bantal : DONE!
- Skirting Katil : DONE!
- Side Table : DONE!
- Table Lamp : not yet
- Tukar Rail Langsir : BOOKED!
- Deco : da ada idea
- Towel Rack : DONE!
- Wardrobe : DONE!

30. ceremony, entertainment & kompang
- BOOKED!

31. Guestbook Table
- Guestbook : not yet
- Pyramid Box : in progress
- Alat tulis : DONE!
- Deco : da ada idea

32. Others
- Centerpiece : in progress
- Bunga Manggar : in progress
- Photobooth corner : in progress



Complicated tak senarai semak Cik Anis??
Hehe. Tapi Cik Anis sangat suka! Sangat-sangat membantu Cik Anis.



Da banyak yang selesai. InsyaAllah dalam waktu terdekat ni da boleh selesaikan semua.


Banyak perjalanan persiapan yang Cik Anis tak kongsikan dalam blog 2hati-jadi1 ni lagi. InsyaAllah Cik Anis kongsi satu persatu lepas ni ek. Hehe.







January 05, 2012

Tragedi satu minggu

Salam.


Entry ringan je kali ni. Hehe.


Kalau kalian perasan ada beberapa entry Cik Anis sebelum-sebelum ni, dalam bulan disember macam tergantung. Macam ada cerita tersembunyi kan. Cik Anis rasa dalam entry kali ni da boleh sambung la. Hehe.


Tragedi satu minggu.


Tajuk yang agak sesuai la kot dengan apa yang berlaku. Tak. Ni bukan tragedi air mata atau yang buruk-buruk. Tapi kejutan je. Hehe.



Tragedi ni berlaku beberapa hari lepas Cik Anis dan EBS tempah baju kahwin kami. Secara jujurnya, waktu kami hantar kain untuk buat baju nikah dan sanding tu, tarikh nikah kami masih tenggelam timbul. Memang kami plan untuk nikah bulan mei tapi kami pun tak tahu la sempat ke tak sebab perbincangan berkaitan tarikh nikah ni agak susah sikit nak dapatkan kata putus. Huhu. Tapi kami ambil jalan selamat tempah je dulu baju kami awal-awal. At least bila da dekat dengan bulan mei banyak perkara da selesai.



Mungkin naluri nak hantar tempah baju awal itu adalah satu petanda yang Allah bagi pada kami. Kami dapat kejutan beberapa hari lepas kami tempah baju kami. Satu pagi tu, masa Cik Anis nak buat air untuk sarapan, emak datang dekat Cik Anis,


"Awal kan tarikh nikah boleh tak?"


Korang rasa apa perasaan Cik Anis masa ni? Haha. Siapa tak nak nikah cepat. Hehe. Cik Anis ok je. On the spot pagi tu juga Cik Anis bagi satu tarikh pada emak ayah Cik Anis iaitu beberapa minggu lebih awal dari tarikh bulan 5 kami. Cik Anis boleh bagi pilihan tarikh dengan cepatnya sebab sebelum ni da puas belek kalendar 2012 nak pilih tarikh yang cantik. Haha. Tapi masa Cik Anis bagi pilihan tarikh ni EBS tak tahu cerita lagi la.



Sebab utama emak ayah nak awalkan tarikh nikah Cik Anis dan EBS adalah kerana pada awalnya, (kejutan bukan dalam minggu yang sama dengan kejadian ni) emak ayah tiba-tiba nak jalankan majlis Cik Anis serentak dengan abang Cik Anis. Maka keluar la entry yang ini.



Tahu je la kan bila berkongsi majlis banyak benda kita kena fikirkan semula. Guestbook, photobooth dan macam-macam lagi kita da mula kena fikirkan untuk pasangan lagi satu. Takut kita beria tapi pasangan lagi satu tak nak bagi kerjasama. Tak seronok juga la kan. Tapi Cik Anis positif je. Kalau berkongsi majlis itu yang terbaik, Cik Anis tak kisah tak ada guestbook ke photobooth ke. Asalkan semuanya puas hati. Cik Anis dan EBS ok je. ;)


Tapi entah macam mana, emak ayah tak rasa nak gabungkan majlis Cik Anis dan abang Cik Anis. Makanya emak ayah minta Cik Anis awalkan tarikh nikah kami jadi abang Cik Anis akan bernikah pada hujung tahun nanti. Emak ayah nak ada gap beberapa bulan antara majlis kami adik beradik. Cik Anis memang tak kisah. Cik Anis ikut je.


Bila beritahu pada EBS tentang tarikh nikah diawalkan, dia memang terkejut. Haha. Da la masa tu dia cuti. Tak tahu la apa reaksi dia. Cik Anis btau dalam mesej je. Hehe. Bila EBS sampaikan dekat emak dia, emak dia pun ikut terkejut. Hehe. Siapa tak terkejut kan. Benda ni berlaku tiba-tiba je. ;)


Kejutan tragedi satu minggu tak terhenti setakat tu je. Ada lagi satu kejadian. Hehe. Beberapa hari lepas tetapkan tarikh baru tu, tukang masak yang emak ayah da tempah untuk majlis kami pula bagi kejutan. Tiba-tiba dia cakap tarikh yang kami pilih tu anak buah dia da booking dia untuk majlis kahwinnya. Huhu. Itu la bahananya bagi comfirmation pada kami tapi tak tengok jadual tempahan dia. Memandangkan emak ayah tetap nak gunakan khidmat dia untuk majlis kami nanti, maka kejutannya kami kena awalkan lagi tarikh nikah kami lagi seminggu dari tarikh sebelum ni. Semata-mata sebab tukang masak. Hehe.



Kejutan yang kedua ni memang da buat Cik Anis dan EBS sedikit stress. Sebabnya bila tarikh makin diawalkan, maka bajet kami menjadi semakin kecil sebab terpaksa tolak bajet gaji beberapa bulan. Huhu. Tapi EBS positif. Dia kata takpelah kena awalkan. Cepat habis majlis da boleh menyimpan untuk masa depan pula. Tak payah da nak pening pasal majlis lagi. Cik Anis pun tak kisah. Tapi memang bajet jadi sangat tight la sekarang ni. Tapi Alhamdulillah rezeki dimurahkan. Banyak perkara selesai sebab dapat sponsor orang sekeliling. Syukur sangat. ^_^



Pada mulanya, keluarga EBS terutama emak EBS macam bising juga la sebab asyik tukar tarikh dalam masa satu minggu je kan. Tapi Alhamdulillah sekarang semua da boleh terima tarikh kami yang baru ni. Persiapan pun sedang giat dijalankan. Dan bilangan hari pun semakin kurang. Hihi.


Kejutan ni buat Cik Anis dan EBS sangat bersyukur. Dulu Cik Anis pernah baca dalam web iluvislam tentang jambatan jodoh. Ada orang jambatannya panjang maka jodohnya sampai lambat dan ada yang jambatannya pendek maka jodohnya sampai awal. Bagi situasi Cik Anis dan EBS, pada awalnya kami rasakan jambatan jodoh kami adalah sangat panjang sebab bayangan tarikh nikah masih samar-samar walaupun kami da bertunang hukum dan bertunang adat. Tapi kuasa Allah, jambatan jodoh yang pada mulanya kami rasakan sangat panjang menjadi sangat-sangat pendek. Syukur sangat. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Semuanya atas izin Allah. Andai ada yang membaca blog 2hati-jadi1 ni dan merasakan jalan ceritanya hampir sama macam situasi kami di awal waktu dulu, pesan Cik Anis, doa la. Doa adalah cara terbaik untuk kita. Mohon izin daripada Allah minta dipermudahkan jalan kita nak mendirikan masjid. Doa bukan la di mukabuku mahupun di blog semata-mata tapi doa la saat kita hanya berdua dengan Allah. Andai rasa jalan kita sukar, mohon jalan daripada Allah. InsyaAllah hasilnya tidak mengecewakan. ;)


InsyaAllah Cik Anis akan umumkan tarikh majlis kami bila da dekat nanti ye. Doakan semuanya dipermudahkan. Aamiin.


Owh terjadi entry panjang pula. Hehe.





Kurang 100 hari lagi.


^_^








January 04, 2012

sebelum dan selepas



Tak rasa nak menaip panjang tapi mahu berkongsi cerita melalui gambar sahaja. ;)



Bilik bujang Cik Anis da selamat di transform jadi bilik bakal pengantin. Hihi.*malu*



Segala perabot yang tak perlu da pun dikeluarkan. Bilik sangat lapang sekarang. Err tak la lapang sangat sebab barang-barang kahwin da mula memenuhi setiap ruang kosong. Huhu.





Dinding hijau dalam kenangan.






Dinding purple mengambil alih. Tapi ni gambar masa proses mengecat sedang dilakukan. Dinding kiri tu pun belum cat lagi. Tu warna undercoat je.



Gambar full bilik bila da siap cat Cik Anis tak ambil pula. Nak tengok nanti tunggu review lepas nikah je la ek. Malas nak ambil gambar sekarang. Hehe.







Barang-barang kahwin yang berlonggok di salah satu sudut bilik. Ni pun sikit je yang letak dalam bilik. Dekat luar bilik kita tak payah cerita. Mimpi ngeri tengok rumah sendiri. Haha.



Ok nanti sambung cerita lagi. Tata.





January 03, 2012

wedding outfit

Salam.



Kita buka tirai 2012 dengan kisah yang menarik ye rakan-rakan.



Mari Cik Anis kongsikan satu aktiviti weekend kami.



Kami da tempah baju nikah dan resepsi! Yeay for us! Hehe.



Aktiviti yang tidak dirancang pun. Daripada nak beli barang hantaran bertukar kepada beli kain untuk buat baju majlis pula.



Memandangkan design baju nikah dan sanding memang sentiasa ada dalam handbag. Memandangkan juga da tahu jenis kain apa yang kami mahukan untuk baju-baju kami maka senang la nak buat pembelian bila berlaku aktiviti tidak dirancang seperti ini. Hehe.



Eh dulu bukan kata nak DIY baju nikah ke? Kenapa tempah pula kali ni?


Ye dulu memang da siap separuh pun baju nikah Cik Anis. Boleh baca dalam entry ini. Tapi bila Cik Anis bercerita pasal baju nikah Cik Anis pada EBS je mesti dia tak excited dengar sebab dia nak baju nikah kami dari kain yang sama jenis. Kain yang Cik Anis beli tu pulak da last piece. Memang tak dapat beli untuk EBS la kan. Nak mengelakkan EBS tarik muncung 14 maka beli je la kain baju nikah yang lain. Hehe. Nasib kain yang dulu tu murah je. Tak la rasa rugi. Huhu.



Da alang-alang beli kain baju nikah, kami tengok sekali kain untuk baju resepsi. Pilihan warna dan jenis kain ada yang menarik perhatian kami. Memandangkan cash pun masih ada lagi waktu tu jadi kami beli terus kain untuk baju resepsi. Hehe.



Selesai menabur duit di kedai kain kami meneruskan misi ke kedai jahit pula.Oh kami tak jumpa designer pun. Kedai jahit biasa je. Tapi kedai ni agak dikenali oleh orang Kluang. Kedua-dua pasang baju kami ditempah di tempat yang sama je. Senang.





Conteng-conteng design baju nikah dan resepsi.





Kain-kain kami. Warna purple sebenar kena tunggu lepas majlis ye. Hehe.






Aunty tailor meraba EBS. Haha.


Masa aunty ni ambil ukuran badan EBS;


"Haiyaa banyak kecik la u. Tak makan nasi ke?"


Haha. Ye ye EBS memang kecik. Ukuran badan pun nak lebih kurang Cik Anis je. Huhu.



Bulan dua ni insyaAllah baju-baju ni da boleh ambil. Harap tak delay. Oh harga pula memang agak pricey juga la. Lagi-lagi baju Cik Anis sebab ada beading. Tak tahu la kena cas berapa nanti tapi hari tu kira-kira tak sampai 1k pun. Harga betul kena tunggu baju siap la ye.



Alhamdulillah satu urusan lagi selesai. ^_^



January 02, 2012

sorotan 2011

Salam.

Sebelum meneruskan cerita berkaitan persiapan walimah, mari kita soroti corat-coret 2011 sebagai kenang-kenangan. Hihi.

Alhamdulillah 2011 bermula dan berakhir dengan baik. Terlalu banyak kenangan dan memori manis berlaku sepanjang tahun lepas.


Januari

Pertemuan pertama antara Cik Anis dan keluarga bakal suami. Pertemuan pertama yang bermula dengan sangat cantik. Cik Anis disambut dengan senang hati oleh keluarga EBS. Alhamdulillah.


Februari

Ulang tahun kelahiran Cik Anis yang ke-23 dan pertama kali menyambutnya sebagai tunangan EBS. Nervous nak sambut birthday dengan EBS. Haha.


Mac

Cik Anis dapat panggilan temuduga di JB. EBS yang menjadi peneman setia sepanjang dua kali tapisan temuduga. Alhamdulillah rezeki Cik Anis lulus temuduga tersebut tapi terpaksa tolak tawaran kerja tu sebab emak ayah Cik Anis tak benarkan Cik Anis kerja di JB. Huhu. Redha walaupun agak sedih.

Da memulakan pembelian barang persiapan walimah.


April

Menjadi bidan terjun bila mana Cik Anis kena jadi babysitter anak kakak usrah Cik Anis. Seronok tapi agak meletihkan melayan baby lincah. Huhu. Persediaan untuk menjadi ibu buat anak-anak sendiri nanti. Hihi.


Mei

Bilik Cik Anis mula diubahsuai bila mana wardrobe lama ditukar dengan wardrobe baru yang mengikut warna tema majlis kami nanti iaitu purple. Hehe.

Menghadiri satu lagi temuduga tapi kali ni di daerah kelahiran Cik Anis je.

Sambutan ulang tahun kelahiran EBS ke-28 diadakan secara sederhana di rumah Cik Anis sebab Cik Anis terikat dengan tugasan baby sitter jadi tak dapat la nak sambut dekat luar kan. Hehe. Seronok tengok EBS terkejut bila dapat kek sebiji dari Cik Anis. ^_^


Jun

Walimah kak ngah EBS. Masa ni la Cik Anis baru dapat kenal dengan saudara-mara EBS. Malu kena usik. Haha.

Alhamdulillah dapat memulakan kerja pertama selepas habis degree setahun yang lalu. Kerja yang masih bertahan hingga ke hari ni. Tapi sudah berkira-kira mahu beralih arah. Hehe.


Julai

Sebenarnya pada bulan Julai ini merupakan bulan kami bertunang secara adat. Hihi. Tanggal 10 Julai 2011 keluarga EBS datang membawa hajat. Dan terikat la kami dalam ikatan pertunangan adat. Alhamdulillah. Tiada majlis. Hanya pertemuan ringkas antara dua keluarga. Ye ye kami baru bertunang lebih kurang 6 bulan saja. Cik Anis tak pernah kongsi dalam blog sebelum ni. Hehe.

Rezeki lain, dapat menghadiri peperiksaan kelayakan untuk jawatan dalam sektor awam. EBS masih lagi menjadi peneman setia. Tapi bukan rezeki untuk ke peringkat seterusnya. ;)


Ogos

Bulan puasa kan? Jadi tak banyak aktiviti luar. Lebih pada persiapan untuk beraya dan sedikit persiapan untuk walimah.

Tak pernah merancang untuk berbuka puasa bersama tapi Alhamdulillah beberapa kali juga kami dapat berbuka puasa bersama. Hihi.

Raya tahun ni juga merupakan raya pertama Cik Anis sambut dengan EBS sebagai tunangan. Tahun 2012 insyaAllah sebagai suami isteri. ^_^

Mengikut rombongan keluarga EBS untuk pernikahan adik EBS di Klang pada raya ke-3.


September

Masih dalam bulan raya. Persiapan walimah pun masih perlahan. Tiada aktiviti menarik untuk dikenang. Haha.

Owh, hujung September ada kenduri doa selamat sempena pemergian emak ayah Cik Anis ke Tanah Suci. Malam kenduri ni la EBS mula mengenali saudara-mara Cik Anis pula. Habis kami kena usik sepanjang malam kenduri ni. Hehe.


Oktober

Pemergian emak ayah ke Tanah Suci. Sedih sangat sebab ini pertama kali kami adik beradik akan berjauhan dengan emak ayah untuk satu waktu yang panjang.

Ulang tahun pertunangan kami secara tunang hukum. Alhamdulillah. EBS sendiri tak percaya da setahun berlalu sebab dia merasakan baru 5-6 bulan kami berkawan. Hihi.


November

Persiapan walimah semakin rancak berjalan. Beberapa projek DIY da pun memulakan operasi.

November juga bulan yang paling meriah dengan jemputan walimah sahabat dan blogger. Seronoknya dengan dunia blogging!


Disember

Bulan yang penuh kejutan. Kejutan apa? Nanti Cik Anis kongsikan dalam entry lain ok. Hehe.


Alhamdulillah perjalanan 2011 sangat cantik. Walaupun ada pahit kelat juga sedikit tapi yang manis itu lebih banyak untuk dikenang. Permulaan 2012 juga diharapkan akan lebih cantik. 2012 merupakan permulaan fasa baru dalam hidup Cik Anis insyaAllah sedikit masa lagi.


Semoga perjalanan anda semua juga cantik-cantik belaka pada tahun 2012 ini. Aamiin. ^_^