December 06, 2012

soalan-soalan yang memerlukan jawapan

Salam.


Memandangkan entry review Anis da hampir sampai ke penghujungnya, Anis ambil sedikit masa untuk jawab soalan-soalan yang diterima melalui ruangan komen pada entry-entry Anis yang lepas.


Memandangkan ada komen yang Anis lambat sangat publish, ada juga komen yang masuk kemudian. Jadi eloklah kiranya Anis kumpulkan soalan-soalan kalian dalam entry ini je eh. Senang juga kalian nak cari jawapannya. Tak payah susah-susah nak buka entry Anis yang lepas. :)


Ini antara soalan yang Anis terima dalam ruangan komen entry-entry Anis. Yang mana Anis boleh jawab, Anis jawab ye.


1. Tempah baju dekat mana?

Untuk baju nikah dan resepsi, Anis beli kain dari kedai kain biasa-biasa je dekat Kluang ni. Bukan Jakel, bukan Nagoya bukan juga yang seangkatan dengannya. Anis beli di kedai kain yang deret-deret kedai tepi jalan tu je. :)

Untuk tempahan pula, sama seperti kain, Anis tak hantar pada designer mahu pun butik pengantin. Sebaliknya Anis tempah di tukang jahit biasa je. Untuk penduduk Kluang mungkin familiar dengan kedai jahit Magie belakang bustand tu. Tapi kalau tanya Anis ok tak tempah dekat situ, Anis jawab ok TAPI sila la bagi penerangan sejelas-jelasnya pada tailor tu kalau tak nanti jadi la macam baju Anis. Minta beading tapi nan ado. Padahal datang banyak kali dok ulang cakap benda yang sama. Huhu.



2. 4az bridal tu ok tak?

Anis ambil pakej pengantin daripada 4az bridal ni. Antara sebabnya Anis suka mekap dia yang tak nampak plastik. Sepanjang bekerjasama dengan vendor ni, Anis puas hati mungkin sebab Anis pun tak minta banyak dengan dia kan. Kami berjumpa pun cuma sekali je. Bincang details nak pelamin macam mana, susun atur macam mana lepas tu bila kak azuri ni ajak jumpa untuk final discussion pun Anis tolak sebabnya Anis da ok dengan apa yang kami da bincangkan masa 1st meeting dulu. Hehe. Lagi satu sebab Anis tak ambil baju dengan dia jadi tu yang tak perlu jumpa dia banyak kali.

Untuk yang tak cerewet mungkin boleh jadikan 4az bridal sebagai salah satu potential vendor anda. Tapi kalau cerewet, sikit-sikit nak jumpa vendor nak bincang itu ini, mungkin kena fikirkan semula la sebab kak azuri ni sibuk betul. Kawan Anis sampai bengang nak tunggu masa nak jumpa dengan kak azuri. Hehe.



3. Tracing paper beli dekat mana?

Tracing paper Anis gunakan untuk buat guestbook reminder pada kad jemputan tempoh hari. Tracing paper ni boleh beli di Popular atau mana-mana kedai buku. Harga pula tak mahal mana. Satu keping tu dalam berapa sen je kot.



4. Sofa beli dekat mana dan berapa harga?

Sofa untuk pelamin tu Anis beli di Cavenzi je. Asalnya sofa tu dalam pakej 2 + 3 tapi Anis cuma beli yang two seater je. Harganya? RM1,300 kalau tak silap. Lupa sudah. Ngee.



5. Kasut kahwin beli dekat mana?

Sama macam kain untuk baju nikah dan resepsi, kasut kahwin pun Anis beli di kedai-kedai biasa je. Kasut kahwin Anis tempoh hari beli dalam kedai kasut di Kluang Parade dengan harga RM 19.90.



6. Boleh order anak tudung lagi?

Buat masa sekarang Anis tutup order dulu. Nanti bila Anis buka tempahan, Anis akan beritahu dalam blog ya.



7. Kad jemputan guna kertas apa?

Untuk kad jemputan yang Anis DIY tu, Anis beli kad di kedai buku biasa je. Kad tu dijual dalam bungkusan 100 keping berharga RM 8.90. Tebal dia memang sangat sesuai untuk kad jemputan, tq tag, signage dan macam-macam projek DIY lagi. Kalau tak silap dekat Popular pun ada jual.




8. Nama polistrene order dekat mana?

Nama polistrene di atas meja buku tetamu tu Anis buat sendiri. Anis beli polistrene dan cutter di kedai buku, print abjad nama kami sebesar yang boleh kemudian trace pada polistrene. Ada nak tempah ke? Ahaks.




9. Props tempah dekat mana?

Anis tak ada tempah props dekat mana-mana pun. Semua props yang Anis kongsikan dalam review adalah hasil DIY Anis sendiri. Ada yang berminat nak tempah ke? Ngee.




10. Mahal tak sewa vendor photobooth tu?

Untuk photobooth tu Anis cuma sewa panel putih tu je dari butik pengantin yang Anis sewa pelamin. Hiasan pada panel tu dan segala props yang digunakan di photobooth itu adalah hasil DIY Anis. :)




11. Taman U ayam penyet agus?

Aaaaa tak pasti la pulak nama kedai tu. Kami ikut je OP bawa kami makan kat mana. Hahaha.




12. Cereal borong dekat mana?

Cereal untuk doorgift tu emak dan abang Anis yang pergi beli di kedai borong di Kluang. :)




13. Cermin hantaran beli dekat mana?

Cermin alas dulang hantaran tu Anis beli di kedai serbaneka di Kluang. Satu keping memang RM8.90 je tapi maaf sangat-sangat, sekarang kedai tu da tak restock cermin tu jadi Anis tak dapat bantu sesiapa yang nak minta Anis tolong belikan. Masa Anis nak tambah jumlah dulang hantaran dulu pun susah sangat nak jumpa cermin yang sama dekat kedai lain. Itu pun mujur ada branch kedua kedai tersebut dekat area bandar Kluang ni.



Ok ini antara soalan yang Anis terima dari ruangan komen entry-entry Anis yang lepas. Maaf ye terpaksa jawab dalam satu entry macam ni sebab tak terlarat nak buka satu-satu entry untuk balas setiap soalan.


Kalau ada soalan lagi lepas ni, Anis akan tambah lagi dalam entry ini ok!






No comments: