December 27, 2012

Review 30: Honeymoon Trip

Salam.


Review ke-30 ni Anis nak kongsikan kisah bulan madu kami pula.


Bulan madu kira ada kena mengena la juga dengan perkahwinan kan? Boleh la ek masuk dalam list review perkahwinan. Hiks.


Bulan madu kami yang pertama adalah di Port Dickson sahaja. Anis teringin nak ke PD sebab tak pernah sampai ke sana lagi jadi suami tunaikan impian Anis tu. Terima kasih suami!


Kami bergerak ke PD pada hari ke-3 selepas selesai majlis walimah kami. Kira petang selesai majlis walimah sampai ke hari isnin kami gigih siapkan berkemas segala benda dekat rumah tu. Lepas tu hari selasa pagi terus kami gerak ke PD. Cuti kahwin cuma seminggu je kan. Kena la bulan madu cepat-cepat. Hehe.


Di PD kami menetap di Lexis. Jiran kepada Grand Lexis. Hotel ni bertaraf 4 bintang kalau tak silap Anis. Kami menetap di sini selama 3 hari 2 malam. Urusan booking hotel ni semua diuruskan oleh suami dan kami booking hotel melalui Agoda sahaja. Mudah!


Semasa bulan madu ni Anis ada ambil pakej potraiture daripada seorang OP untuk shoot gambar kami sepanjang berbulan madu. Auww. Siapa dia korang cari la sendiri sebab Anis tak nak kongsikan siapa OP ni sebabnya walaupun gambar dia vass, tapi kami dapat album sangat lambat dan ada benda yang kami tak terima pun daripada senarai yang dia bagi dalam pakej tu. Kami hanya terima album ni selepas suami ugut nak sebarkan masalah ni dekat umum baru la dia hegeh-hegeh nak poskan album kami. Sebelum-sebelum tu Anis sms mahupun pm di fb memang dia tak balas langsung. Alahai.


Jom Anis kongsikan sedikit gambar berlatarbelakangkan Lexis dan Grand Lexis.






Laluan keluar-masuk ke chalet kami





Permandangan di lorong chalet. Yang ni da masuk kawasan Grand Lexis rasanya.









Bilik kami ^_^




Posing depan pintu bilik pula.



**************


Seterusnya Anis kongsikan pula kisah bulan madu kedua kami. Amboi banyak benar bulan madunya. Hehe.


Bulan madu kedua ni sebenarnya rombongan tempat kerja suami tapi Anis ikut sekali sebab Anis tak pernah jejak kaki ke Langkawi. Jadi suami bawa la Anis ikut rombongan ni. Kira bulan madu kedua la kan. Inai di jari pun tak habis lagi masa ni. Hehe.


Kami ke Langkawi pada 4 hingga 6 Mei yang lalu. Kiranya bulan madu berserta sambutan ulang tahun kelahiran suami yang ke-29 pada 5 Mei tu la. Hehe.




Dalam feri nak ke pulau. Masing-masing muka belum mandi. Ahaks.





Petang sampai tu ada aktiviti sukaneka di tepi pantai tapi Anis dan suami lari dari group dan kami buat hal kami sendiri. Antaranya main pasir. Hehe.





Hari kedua kami naik kereta kabel pula. Tak gayat sebab da pernah naik masa pergi Genting dengan family dulu-dulu. Hehe.





Atas puncak.




Kemudian kami singgah ke Dataran Lang ni untuk ambil-ambil gambar.




Ini hotel penginapan kami.



Aktiviti di Langkawi banyak kepada shopping dan lawatan je la. Tapi sebab Anis dan suami lebih kepada mood bulan madu jadi kami tak ada la shopping sakan macam orang lain. Kami lebih suka jalan-jalan cuci mata je. Hee.


Itu je la cerita bulan madu kami. Lepas je bulan madu kedua ni kami da tak ada jalan jauh-jauh da. Jalan pun sekadar dalam Johor je. Tunggu tahun depan pula la nak berjalan sakan lagi.


Jumpa lagi!




1 comment:

Fainie said...

wow, sedondon setiap masa..i loike! hihiih