December 24, 2012

Review 29: DJ dan karaoke yang ughhh!!!

Salam.


Yeay entry review hampir sampai ke penghujung! Hehe.


Kali ni Anis nak review benda yang Anis tak suka semasa majlis walimah kami tempoh hari.


Apa yang Anis tak suka?


DJ dan karaoke!


Ughhh!






Anis pernah suarakan hasrat dalam entry Anis dulu-dulu yang Anis dan suami tak nak ada DJ mahupun karaoke semasa majlis walimah kami. Tapi apakan daya, pagi hari walimah tiba-tiba Anis nampak ada orang datang bawa set DJ dan karaoke.


Mula-mula pelik juga sebab siapa pula yang tempah DJ ni kan sebab Anis memang tak pernah masukkan DJ dan karaoke dalam wedding check list Anis pun.


Setelah diselidik rupanya ayah Anis sendiri yang tempah DJ ni.


T_T






Tu DJ yang Anis dan suami anti sampai sekarang. Yang belah kiri sekali tu.




Kenapa kami anti DJ ni?


  • Syok sendiri!
  • Sediakan set karaoke semua lagu-lagu patah hati! Lepas tu sepupu-sepupu Anis pun pakat nyanyi lagu-lagu patah hati. Arghhh! Ni majlis kahwin la bukan majlis berkabung nak sedih-sedih. T_T
  • Langsung tak memainkan peranan untuk panggil ahli keluarga dan kaum kerabat pengantin untuk bergambar beramai-ramai.
  • Sibuk dengan teka-teki dia tak habis-habis

Dan banyak lagi benda Anis tak puas hati dengan DJ ni. Anis tak suka servis dia. Serius menyampah sangat sepanjang majlis dengar suara dia je. Blerghhh!


Ok tak nak da sambung pasal dia ni lagi. Benci! Benci!


Awal bulan 12 hari tu ada terima jemputan walimah kawan pejabat suami, nak tahu tak kami nampak siapa?

Kami nampak DJ ni! Lepas tu kan majlis tu buat dekat dalam dewan tau, masa pengantin berarak masuk kumpulan kompang terus berkompang agak lama la juga dalam 20 minit macam tu dan DJ ni tak ada kesempatan nak bercakap. Anis dan suami pun bantai gelak je tengok dia macam da panas hati tunggu kumpulan kompang tu berhenti. Ahaks!



Not recommended!





2 comments:

kisah hati said...

Salam anis..
Kes awk sama dgn kes sy. Sampai sekarang kalau ingat pasal dj walimah saya dulu memang rasa geram. Orang suruh mainkan lagu dan jemput kaum keluarga bergambar 1 by 1. Dia boleh hentam tak tengok skrip yg dh di bagi and main lagu tak ikut list. Suka2 pulak panggil org nyanyi karaoke kat depan. Pastu selamba panggil pengantin buat ucapan. Padahal memang takda dalam skrip langsung. Ni mesti kes. Org bg skrip tak tengok sbb anggap diri dh " berpengalaman". Ni lah padahnya kalau ambik dj kampung. Sy dlu nak ambik dj yg profesional sikit tp abah beriya nak ambik kawan dia. So itulah akibatnya. Hahaha...takpe..boleh masukkan sebagai kenangan pahit hidupku :)

Azza Azman said...

hahahha... azza pun xsuka DJ syok sendiri... dah xnk karaoke. harap parent azza faham la nanti...