December 20, 2012

Review 28: Bunga Pahar

Salam.


Review ke-28, jom kita ushar bunga pahar Anis ok!


Bunga pahar untuk pelamin Anis ada dua jenis. Satu yang Anis buat sendiri, dan satu lagi yang mak Anis teringin sangat nak gunakan. Anis ikut je la.






Ini bunga pahar idaman mak Anis. Eh bunga pahar ke telur pahar?? Hehe.


Masa beli telur ni ada diskaun jadi memang sangat murah. Untuk tempat gantung tu kami beli sekali. Dalam RM30.00 kot satu. Ada b2b johor yang berminat nak sewa tempat gantung tu? Email Anis ek. :)






Yang ini pula bunga pahar hasil DIY Anis. Rimbun je bila da cucuk pada pahar. Untuk entry penuh bunga pahar ni rasanya Anis pernah kongsikan awal-awal tahun dulu. Kalau nak tengok sila la cari ye. Malas pula Anis nak cari linknya. Hehe.


Secara keseluruhannya, ramai makcik-makcik yang ambil bunga pahar Anis ni. Ada tu sampai minta dekat pengantin sendiri; "makcik nak bunga tu satu boleh?" Alalala mesti la boleh kan. Anis buat memang untuk bagi pada orang kot. Hehe.






1 comment:

cik mah said...

aaa..nmpk rimbun je..cntiklah...yg wat sendiri n lsain dari lain tulah yg ramai nk kan....