December 12, 2012

Review 26: Bilik Pengantin

Salam.


Review kali ni Anis nak kongsikan gambaran keseluruhan bilik pengantin pula.


Untuk bilik pengantin ni tak banyak pun yang nak direview sebabnya hiasan bilik Anis sangat la ringkas sebab Anis memang tak minat la bilik serabut dengan segala mak nenek bunga dalam tu. Untuk hiasan bilik pengantin ni pun Anis buat sendiri je. Tak nak ambil pakej butik sebab nanti lepas majlis leceh nak kena kemas semula. Hehe.


Disebabkan OP tak ada gambar keseluruhan bilik kami, jadi Anis kongsikan gambar part by part sudut di bilik kami ye.





Gambaran dinding belakang pintu. Pintu yang sebelah kanan berwarna putih tu ye.


Bahagian dinding bilik memang tak ada langsung sebutir paku sebab mak Anis tak bagi paku dinding. Kononnya dulu nak gantung jam tiga serangkai dekat dinding tu tapi terpaksa lupakan hasrat tersebut. Jadi kita biar la dinding tu kosong. Hehe. 


Untuk bahagian belakang pintu ni Anis cuma letakkan sofa putih yang akan digunakan di atas pelamin pada hari resepsi keesokkan harinya. Sofa tu je da cukup untuk memenuhkan ruang kosong yang ada. Kalau sofa ni tak ada dalam bilik masa ni, bila bercakap memang bergema suara. Hee.


Oh ya, warna dinding bilik kami adalah kombinasi purple dan soft purple. :)












Ini pula gambaran dinding utama.


Nampak tirai belakang katil tu?


Tirai tu adalah hasil DIY Anis. Hehe. Daripada proses menjahit tirai, buat bunga crepe sampai la ke peringkat memanjat semua Anis pulun buat sendiri. Gayat oo panjat tangga tinggi-tinggi tapi demi semangat DIY punya pasal, sanggup! ;p


Dan sila percaya tirai tersebut masih tergantung megah dalam bilik sampai saat entry ini Anis taip. Hebat kan?? Hiks.


Oh untuk bahagian dinding utama ni, Anis letakkan katil berserta dengan meja sisi dan lampu meja. Tu je.



Bagi dinding sebelah kiri pula, bahagian tu cuma ada tingkap yang ditutup dengan langsir purple labuh hingga ke lantai. Dan untuk dinding yang bertentangan dengan dinding utama ni pula, di situ merupakan bahagian wardrobe yang melekat di dinding. Anis pernah kongsikan cerita pasal wardrobe dalam bulan 5 tahun lepas kot. Cari la kalau nak tahu ye.


Tak banyak perabot yang dimasukkan dalam bilik sebabnya wardrobe dan meja solek da siap melekat di dinding. Jadi Anis cuma perlukan katil, meja sisi dan sofa je sebagai pelengkap bilik.



Ok setakat ni dulu ye.


Jumpa lagi!




2 comments:

cik mah said...

GABUNGAN PURPLE KAT DINDING CNTIK....N MMG RAJIN TOL EK JAHIT SENDIRI...

Anonymous said...

tunang saya bukak blog nie td.. dia trkjut sebab gnbar suami akak dia cakap sebijik cam muka saya.. dia igt sy dh kawen snyap2.. hahaha sy prsan jgk mmg gmbr abg 2 lbh krang muka sy time abg 2 pndg akak...
utk maklumat tunang sy, sy xkawen lg tau.. akad nikah pn belum..
sy kenal awk time awk f1, time 2 sy f5.. kite knal pn dh 10taun kn.. 2013 ni cukup 10 taun kite knl n 11.9.2013 ni genap 6 thn kite cple kn.. celah mane sy smpt kwen ngn pmpuan laennye bidadari syg... huhuhu.. ni 1 dunia bc n tau sy x kwen lg..hahaha..insyaAllah bln 9.2013 ni pnjg jdh kita, kite nikah k..

kpd tunang sy Suriyana.. dr sy Hafizul.. ikhls n jjr sy msh bujang.. jgn risau.. awk bkn istri no 2 sy.. ikhls dr hti sy, awk dh lbh dr ckp utk jd makmum sy, plengkap tlang rsuk sy.. sy bkn mncri prmpuan utk jd istri sy.. sy mncri muslimah n awk lh muslimah e2.. ckp lh awk utk sy.. sy trma sgla kkrngan awk.. sy syukuri sgla klbhan awk.. & sy mmg syg awk.. sy nk jdkn awk istri sy yg sah ikhls krna Allah...