December 03, 2012

Review 23: Hantaran

Salam awal disember. Hehe.


Sekejap je kan da masuk disember. Nanti pejam celik eh da masuk 2013 pula.


Kali ni jom ikut Anis ke review 23 pula. Anis nak kongsikan gambar hantaran kami.


Hantaran semasa majlis akad nikah tempoh hari adalah tujuh berbalas sembilan. Untuk hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki, Anis DIY sendiri. Manakala untuk hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan mak mentua Anis yang gubah. :)


Kedua-dua hantaran menggunakan cermin sebagai alasnya. Dan cermin-cermin ini adalah hasil penat lelah Anis spray sorang-sorang dekat belakang rumah ye. Hehe. Pada asalnya bingkai cermin ni semasa beli berwarna emas dan agak buruk. Jadi Anis spray dengan warna putih untuk nampak lebih berseri dan kena dengan tema majlis.


Untuk satu bingkai siap dengan cermin ni harganya cuma RM8.90 je. Anis beli untuk kedua-dua pihak dalam 12 keping je sebab pada asalnya jumlah dulang hantaran yang dipersetujui adalah 5 berbalas 7 tapi da dekat-dekat majlis dua-dua mak nak tambah dulang lagi maka masing-masing ada dua dulang berbeza. Nasib la. Hehe.


Kaki dulang pula Anis gunakan balang kaca dan pinggan kaca yang disusun siap-siap di ruang tamu. Jadi semasa hantaran dikeluarkan dari bilik, dayang-dayang Anis cuma bawa alas cermin tu je. Begitu juga dengan keluarga suami. Mereka cuma bawa alas cermin tu je. Kakinya Anis da siap-siap susun petang sebelum akad nikah lagi.


Tak nak cerita panjang, jom Anis kongsikan gambar hantaran kami tempoh hari.


Dari perempuan kepada lelaki :



1. Tali pinggang dan dompet




2. Kemeja dan slack




3. Set minyak wangi




4. Sling bag




5. Set mandian




6. Coklat




7. Buah-buahan




8. Buku agama




9. Sirih junjung last minute sebab pada asalnya Anis nak bagi cheese tart tapi kena tukar sebab cheese tart tu tak tahan lama. Sedih gila!





Dari lelaki kepada perempuan:



1. Buah-buahan




2. Buku agama




3. Handbag dan purse




4. Coklat




5. Set minyak wangi

6. Sirih junjung (tu kat tepi tu)


Dan yang terakhir adalah jam tangan tapi tak ada gambar langsung sebab OP lupa nak ambil sebab hantaran masuk rumah lambat sangat. Hehe.



Simple je kan hantaran yang Anis gubah sendiri?

Tapi Anis suka sebab itu la pertama kali Anis menggubah hantaran. ;)




Ok la tu je dulu ye.





5 comments:

cik mah said...

still cntik..sngt2 kemas tgok...cantiklah...warna purple tu cantik....

nina~syazna said...

as salam cik anis...kat mana u beli frame tu yek? so cheap dan cantik..boleh belikan utk saya? nak 7 jek.
syazna@yahoo.com. thank you!

IMaH said...

cantiknya!!!!!

Nur Syahirah Yusran said...

Cermin u dpt dari ne?

ma.ashek : cy.yana said...

Assalam.

Mana ye beli frame cermin itu?
Share ngan Yana leh tak? Berapa ye harga each?

Thanks! :)