November 26, 2012

Review 21: Outdoor Photoshoot

Salam.


Review ke-21.


Sebenarnya semakin malas nak review sebab malas nak resize gambar. Boleh? Hehe.


Tapi sebab nak selesaikan semua hutang review majlis walimah yang da hampir setahun berlalu ni, maka kena la curi juga sikit masa untuk resize gambar-gambar walimah kami tu.


Target Anis hujung Disember nanti da habis semua review walimah kami. Lepas tu da boleh buka cerita lain pula. Ngee.


Ok untuk review ke-21 ini, Anis sekadar nak kongsikan beberapa keping gambar semasa outdoor photoshoot kami.


Kami tidak menjalani sesi outdoor photoshoot pada hari yang sama dengan hari resepsi. Sebabnya masa hari resepsi tu kan kawan Abg Din yang gantikan tempat dia kan, Anis pula nak merasa air tangan Abg Din, jadi kami jalankan aktiviti outdoor photoshoot pada hari isnin minggu berikutnya. Tak silap Anis pada 5 Mac yang lalu.


Lokasi outdoor pilihan adalah di Nusajaya. Pada asalnya kami bercadang nak buat outdoor di sekitar Kluang sahaja. Konon nak bertema piknik la. Ambil gambar dekat padang ke, hutan ke kan. Tapi pada hari tersebut asyik la hujan. Sampai berkira-kira nak tangguh je aktiviti outdoor photoshoot tu.


Tapi bila da petang sikit, Abg Din sms ajak buat outdoor dekat Nusajaya. Dia kata hujan dekat area situ da reda. Jadinya bersiap la kami suami isteri dari Kluang terus menuju ke Nusajaya. :)


Oh ya, untuk outdoor ni kami sempoi je la. Da baju pun baju sendiri kan. Tak ada masalah la nak buat outdoor bila pun. Cuma crown, tanjak dan samping suami je sewa dari bridal. Jadi masa outdoor ni kami tak pakai la benda tu semua sebab da pulangkan malam majlis walimah selesai lagi. Hehe.


Untuk mekap pula adalah sendirian berhad. Anis tonyoh je la apa ada dalam simpanan. Simple macam siap nak pergi kerja je. Hehe.


Ok tak nak membebel lagi. Jom Anis kongsikan sedikit gambar outdoor kami.































Outdoor ni berlangsung sekejap je. Bermula dalam pukul 4 macam tu sampai la area pukul 7. Tu yang dapat shoot gambar kelam-kelam tu. Hehe. Lepas tu terus Abg Din belanja kami makan ayam penyet sedap area Taman U. Mujur masa ni Anis tengah period so tak terkejar nak solat. Hihi.


Sangat puas hati dengan sesi outdoor ni sebabnya dalam masa kurang 3 jam ada beratus-ratus gambar outdoor kami. Best!





4 comments:

cik mah said...

wow...cntik gmbar....tempat pun cntik....

d-Ya said...

nice outdoor shoot..sy nya album x dpt lg even almost 2 months selesai majlis..huk3~

PRINCESS FARISHA said...

singgah sini nak jemput join segmen : http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/11/pencarian-bloglist-musim-1-diari-farisha.html

khadijah said...

kat taman u makan ayam penyet agus ke? cantik je kan amik gambar kat nusajaya.. baju sendiri senang la anis, dija sewe, hopffly lepas resepsi dapat la amik gambar outdoor, doakan tak hujan ye..:) cantik je semue gambar ni :)