November 12, 2012

Review 17: Guestbook Corner

Salam.


Anis suka nak review yang hari ini punya. Hehe.


Kali ni Anis nak review sudut buku tetamu kami.


Bahagian ini adalah sepenuhnya hasil DIY Anis. Haruslah teruja sikit nak kongsi cerita kan. Hehe.


Untuk bahagian sudut buku tetamu, ianya berkongsi tempat dengan sudut bergambar. Anis minta daripada vendor khemah untuk sediakan satu meja bagi kegunaan sudut buku tetamu ini.


Bagi hiasan di atas meja tersebut pula, Anis sediakan gambar karikatur kami yang siap dibingkaikan, nama kami yang dibuat daripada polistrene, semangkuk jelly, signage buku tetamu, pen berwarna-warni dan semestinya buku tetamu. Semuanya adalah hasil DIY ye. ;)






Pandangan sudut buku tetamu kami.





Pandangan dari hadapan. Abaikan scalop meja yang senget sebelah itu. Hasil cincai daripada vendor. Huhh. Di sebelah kanan itu adalah sudut untuk tetamu bergambar. Anis sewa panel tersebut daripada vendor pelamin.




Papan putih yang digunakan untuk tetamu menulis ucapan seterusnya bergambar dengannya di sudut bergambar.




Props untuk tetamu bergambar.





Karikatur, signage dan patung teddy bear sebagai hiasan.




Dan diakhir majlis, OP suruh kami berposing di sudut ini. Pun bolehhhh. Hehe.



Secara keseluruhannya Anis sangat suka dengan susunan di atas meja ini. Semuanya Anis sediakan pagi sebelum majlis. Pengantin susun sendiri tau. Sebab nak puas hatikan, haruslah Anis yang buat semuanya sendiri. Hehe.




4 comments:

khadijah said...

anis cantik la guestbook corner, anis cantik yang anis buat nama tu pkai polstrn nak tru boleh hee

DAIRI FARISHA said...

order kat mane nama polisterine tu??? n props utk bgambar??

cik anis said...

@khadijah

boleh je..silakan.. :)



@farisha

nama polistere dan props tu anis buat sendiri.. :)

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Huhuhu cantik..kreatif..hihi biasalah kerja vendor ni kita tak jangka..:)