November 06, 2012

Berkaitan tempahan bantal deko dan bantal nikah

Salam.


Masih ingat lagi Anis pernah buka order untuk b2b atau sesiapa sahaja yang mahu tempah bantal deko dan bantal nikah seperti yang Anis gunakan semasa majlis walimah Anis dulu?


Alhamdulillah sehingga ke hari ini, setiap bulan ada saja pembaca blog 2hati-jadi1 ni yang email Anis untuk order salah satu bantal tersebut atau kedua-duanya sekali. Terima kasih ye kalian semua!


Untuk yang tak tahu atau da tak ingat tentang details bantal-bantal tersebut boleh klik sini ok. Harga, saiz, kuantiti semua Anis ada tulis dalam entry tu.


Untuk makluman semua juga, buat masa ni Anis hanya ambil tempahan dua jenis bantal tersebut je tau. Saiz lain Anis tak boleh nak terima da sekarang ni. Hanya saiz yang tertera sahaja.


Sesiapa yang berminat nak tempah lagi, Anis nasihatkan kalau nak guna untuk majlis pertunangan atau pernikahan ke sila tempah sekurang-kurangnya sebulan lebih awal. Anis tak nak terima tempahan last minute lagi. Bukan apa, rasa serik pula terima tempahan last minute lepas tu susah hati barang tak sampai pada customer sebelum hari majlisnya. Huhu.


Kenapa tempoh siap tempahan Anis letak 2 minggu?
Sebabnya sekarang ni Anis masih lagi bekerja makan gaji 8am - 5pm. Balik kerja nak rehat sekejap, layan makan minum suami dulu. Kadang-kadang ada urusan peribadi nak kena buat. Hujung minggu pula balik rumah mentua. Bukan setiap masa Anis mengadap mesin jahit ye. Bila ada tempahan, Anis memang kena curi masa malam Anis je untuk siapkan. Tapi tolak tambah urusan lain, jadi la lambat tempoh siap bantal-bantal tersebut. Itu tak termasuk lagi Anis sibuk uruskan urusan butik bayi online Anis, MyLuvlyBaby.


Urusan penghantaran pula Anis hanya boleh buat pada hari sabtu sahaja. Sebabnya Anis pos bantal menggunakan pos domestik. Kaunter pejabat pos buka setiap hari sampai pukul 5. Hari biasa memang Anis tak sempat nak pos. Balik kerja, pejabat pos pun da tutup. Tapi kalau anda nak cepat dan nak Anis hantar menggunakan poslaju, casnya lebih mahal dari harga bantal Anis. Kalau sanggup, Anis ok je. Sebab kos penghantaran customer yang tanggung kan. Bila hantar bantal menggunakan poslaju, dia akan kira volume metrik, tak kira berat da. Hari tu Anis nak hantar bantal deko kawan Anis guna poslaju, berat bantal kurang sekilo tapi casnya RM35. Sanggup? ;)


Tips Anis kalau nak tempah bantal dan nak cepat dihantar: sila buat tempahan pada hari isnin, insyaAllah hari   sabtu Anis da boleh terus poskan bantal tersebut. Jadinya minggu berikutnya bantal tersebut selamat sampai ke tangan anda. ^_^


Sekarang da bulan november kan, Anis berkira-kira nak tutup sekejap order bantal-bantal ni pada hujung tahun nanti. Maksudnya pada awal tahun 2013 nanti, Anis akan stop sekejap ambil tempahan untuk beberapa bulan. Lepastu Anis akan buka semula. Tunggu announcement di blog ye. Jadi untuk sesiapa yang rasa-rasa nak gunakan hasil tangan Anis pada majlis mereka yang akan berlangsung pada bulan Jan dan Feb nanti, sila buat tempahan anda sekarang atau sebelum Disember berakhir ye. Untuk majlis Mac dan ke atas boleh juga nak order awal. Tapi kalau nak buat order masa bulan Jan atau Feb, Anis akan terima tempahan tersebut cuma Anis akan siapkan pada hujung Feb atau awal Mac nanti la. Awal tahun nanti mahu berehat dulu dari menjahit. Hehe. Nak fokus pada butik bayi dulu. ;)


Oh ya, untuk yang da buat order tapi lepas da dapat detail payment terus diam tu, kalau tak jadi tempah beritahu la ye. Jangan la da janji nak bayar sekian-sekian tarikh tapi sampai ke sudah senyap tak berbunyi. Dekat situ da susahkan Anis sebab Anis nak terima tempahan lain, Anis takut bertindih dengan tempahan yang kamu kata nak tapi kamu senyap tu. Email je la beritahu tak jadi tempah, Anis tak makan orang, Anis makan nasi je. ;p


Ok last sekali, kalau nak bantal deko warna yang sedia ada dalam entry yang ni, boleh email Anis ye. Stok kain tersebut masih ada banyak lagi. Harga pun sama.


Ok la sampai sini dulu Anis membebel tentang bantal deko dan bantal nikah ni.


Jumpa lagi!





No comments: