October 10, 2012

Review 8: Kasut

Salam.


Kali ni nak review kasut pula.


Kasut Anis takde la tempah dekat designer pun. Beli je yang dekat kedai kasut biasa-biasa tu.


Seperti yang Anis pernah cerita dalam entry terdahulu. Dulu tu kira da lama la ye. Anis tak mengimpikan heels tinggi melangit pun. Cukup sekadar flat shoe. Hihi. Dan itu adalah kasut yang telah tersarung di kaki Anis masa walimah tempoh hari. ;)


Kasut suami pula, kasut biasa juga. Kami window shopping, kemudian suami terpikat dengan kasut yang diletakkan di display. Cuba-cuba, berkenan terus minta SA ambilkan stok baru. Selesai.





Kasut suami dan Anis berposing di atas pelamin.



Jom tengok gambaran kasut Anis dengan lebih jelas.




Taraa! Inilah kasut pilihan Anis untuk walimah yang lalu.


Kasut tanpa jenama tapi warnanya cukup kena dengan tema purple-putih kami. Paling Anis suka sebab ada rama-rama di depan tu. Tak payah susah-susah nak tampal brooch sendiri. Hehe.




Pandangan sisi kasut Anis.


Tengok, tumitnya cuma 1cm je. Hehe.


Kasut ni tak la mahal pun. Masa Anis beli tu dekat tanda harga RM29.90 je. Tapi masa bayar dapat diskaun lagi RM10.00. Jadinya kasut walimahku cuma RM19.90 je!!!!


Berbaloi-baloi.


Jadinya, siapa kata barang murah tak nampak mahal??


^___^


4 comments:

~misshuny~ said...

betul anis..murah xsemestinya tak nampak mahal..kdg2 ade yg mahal tp nampak murah..hihi

tamansyurga_87 said...

beli kat mana tu? jenuh nyer nak cari kasut purple putih.. berkenan kita kat kasut awk..hehehe

Cik Ain said...

Lawa nya. Kaler purple lagi. :)

puan.mila said...

murah bangat!! jimat2!!