May 10, 2012

Review 2 : Jurnal Perkahwinan

Salam.


Mari kita sambung sesi review majlis perkahwinan Anis yang lalu.


Tapi untuk entry kali ni kita tengok Jurnal Perkahwinan atau omputih kata Wedding Journal. Hehe.


Setiap b2b sepatutnya mesti ada sekurang-kurangnya satu jurnal untuk menyimpan segala butir penting berkaitan persiapan majlis perkahwinan anda. Tujuannya adalah supaya setiap urusan yang b2b lakukan ada 'hitam-putih' nya. Dengan adanya jurnal ini, perjalanan persiapan majlis akan nampak lebih jelas.


Wedding Journal Anis adalah ringkas je. Hanya menggunakan buku nota biasa yang terdapat beberapa bahagian yang telah diasingkan dengan warna yang berbeza.



Jom kita bedah apa yang ada dalam jurnal Anis. ;)






Bahagian depan jurnal Anis setelah di DIY. Haruslah mengikut warna tema majlis kan. Purple-putih menjadi idaman. Hehe. Sewaktu jurnal ini disediakan, kami masih belum ada tarikh nikah lagi tau tapi sekurang-kurangnya segala idea yang terlintas da boleh tulis dalam jurnal ni siap-siap. ;)







Pada bahagian dalam pula Anis lekatkan kalendar tahun 2011. Setiap hari tick ok. Hehe. Nampak yang bertanda dengan bentuk hati tu? Itu adalah tarikh kelahiran Anis, Encik Suami dan tarikh pertunangan kami. Hihi.







Bersebelahan dengan kalendar pula Anis lekatkan gambar kami. Hehe. Gambar ni adalah masa sesi outdoor majlis perkahwinan kak ngah suami pertengahan tahun lepas.






Bahagian pertama dalam jurnal Anis diberi nama : ANTARA SAYA DAN AWAK

Pada bahagian ni lebih kepada sesi mengingati tarikh-tarikh penting, cerita-cerita menarik dan sebagainya antara Anis dan suami waktu zaman bertunang dulu. :)






Bahagian kedua pula namanya : HAL-HAL LAIN

Untuk bahagian ni lebih kepada urusan kewangan sebenarnya. Tapi masa buat label tu belum terfikir tentang bahagian kewangan jadinya malas nak tukar bila da guna. Hehe.





Anis tak cukup rajin nak tampal semua slip bayaran cantik-cantik, jadi sebagai langkah mudah, Anis cuma lekatkan paperbag yang dipotong pendek kemudian sumbat la segala jenis slip bayaran dalam poket tu.



Pada bahagian kanan pula adalah senarai pembelian berserta dengan tarikh dan jumlah RM yang digunakan. Beli sikit-sikit, bila kira semula semua yang Anis tulis ni memang rasa terkejut mana la dapat duit banyak-banyak tu. Huhu.






Bahagian ketiga adalah WEDDING CHECKLIST - MY DREAM

Bahagian ni tertumpu pada majlis impian, design baju, pelamin dan sebagainya.





Muka pertama dalam bahagian ni adalah senarai impian Anis untuk majlis walimah Anis. Alhamdulillah dalam banyak-banyak impian yang Anis catatkan dalam jurnal ini, hampir kesemuanya terlaksana. ;)






Bahagian terakhir pula adalah WEDDING CHECKLIST

Bahagian ni tertumpu pada urusan rasmi dan serius macam urusan berkaitan dokumen, HIV test dan sebagainya. Untuk bahagian ni tak banyak sangat detail yang ada sebab lebih kepada contengan Anis berkaitan prosedur je. Hehe.






Untuk kulit belakang jurnal ni pula Anis buat poket kecil. Dalam poket ni Anis simpan segala brosur yang tidak berkaitan, draf rekaan kad jemputan DIY dan banyak lagi.




Ok itu sahaja hasil bedahan jurnal perkahwinan Anis. Jurnal b2b lain macam mana pula? Mesti lagi sistematik kan??





1 comment:

dhiera said...

kreatif la anis~ kite tampal je semua dalam tu~