April 03, 2012

satu

Salam.


Wah lama betul blog 2hati-jadi1 ni terbiar sejak da habis majlis ni kan. Hihi.


Kalau dulu ada je entry hampir setiap hari tapi untuk bulan 3 cuma ada beberapa entry je. Tak sampai 10 pulak tu. Haha. Biasa la kehidupan selepas menjadi isteri ni kan. Banyak yang berubah. Kalau dulu boleh je menghabiskan masa berjam-jam depan laptop tapi sekarang kena la berpada-pada. Lagi satu sekarang ni kalau di rumah Anis online menumpang laptop suami je. Laptop Anis da nazak da. Nak hantar ke kedai tak hantar-hantar sampai sekarang. Ngee. Bila berkongsi ni tahu je la kan, suami pun ada kerja yang nak dibuat guna laptop dia jadi Anis tak boleh la nak online mengadap blog. Tahu je la bila mengadap blog ni kurang-kurang ambil masa dekat 2-3 jam juga. Haha.


Sepatutnya Anis nak buat entry semalam sebab semalam Alhamdulillah genap sudah usia perkahwinan kami 1 bulan 1 minggu dan 1 hari. Semuanya 1. Cantik! Tapi hari ni da jadi 2 hari la. Hehe. Semalam tak berkesempatan nak buka blog. Lagi-lagi dekat pejabat kan. Nak update blog pun kena pagi-pagi macam ni. Sebelum bos masuk. Hehe.


Kepada pembaca blog 2hati-jadi1 ni, Anis minta maaf sangat-sangat sebab masih tak review majlis kami lagi. Anis cuba cari bahan untuk review ye. Yang mana boleh Anis review awal, Anis akan cuba. Mungkin untuk permulaan Anis akan review sekali dengan buat tutorial berkaitan bunga manggar dan bunga pahar sebab ada permintaan daripada beberapa pembaca blog ni. Auww. InsyaAllah dalam waktu terdekat ni Anis akan usahakan untuk buat entry tutorial tersebut. :)


Perkembangan sekarang pula, Anis dan suami sedang set up bisnes. Nanti bila semuanya da ready, Anis akan umumkan dekat blog ni eh. Fokus Anis lebih kepada wedding stuff, manakala suami pula lebih kepada gadget. InsyaAllah dalam waktu terdekat ni. Oh ya, kalau ada sesiapa nak tempah bunga tangan, bunga pahar  dan lain-lain wedding stuff boleh la hubungi Anis ek. :)


Ok sampai sini dulu ye. Detail berkaitan bisnes nanti-nanti baru buka cerita ye. Hee.


Take care and happy preparing to all b2b! ;)



No comments: