May 02, 2012

Review 1: Inai (UPDATE)

Salam.


Hari ni Anis nak cuba mula buat review sikit-sikit ok.


Kalau ikut plan, Anis nak review bunga pahar dengan bunga manggar dulu hari tu kan, tapi maaf sangat ye sayang-sayang sekalian, kekurangan gambar dan kekangan masa nak sediakan gambar untuk tutorial kedua-dua DIY tu jadi Anis tak boleh nak review sekarang. Buat b2b yang nak tahu cara buat bunga manggar tu dalam waktu terdekat ni boleh email Anis ek. Nanti Anis bagi tutorial tapi secara teks je la takde gambar. Boleh? Hehe.



Entry kali ni Anis akan review inai dulu. Bersempena hari ni genap dua bulan mahligai cinta kami terbina. Auww.


Inai Anis masa majlis hari tu ringkas je. Anis cuma pakai inai pada hujung jari sebab Anis tak suka inai ukir-ukir. Nampak tangan macam ada penyakit kulit je. Hehe. Lagi pun ada banyak percanggahan pendapat tentang inai ukir ni kan. Jadi lebih baik di elakkan terus. Untuk suami pula memang bebas inai. Lelaki adalah haram memakai inai ye sahabat sekalian.


Inai Anis adalah 100% buatan sendiri. Anis pakai inai daun yang dipetik dekat belakang rumah je. Hehe. Campuran inai Anis pun ringkas. Anis cuma letak daun inai, gambir dan nasi. Semuanya di blend je. Tak payah nak tumbuk-tumbuk. Haha.



Anis mula pakai inai malam hari Jumaat. Tu pun lepas da siap semua kerja untuk hari tu la. Masa pakai inai tu da tersengguk-sengguk tahan ngantuk. Hehe. Oh ya inai ni adik perempuan Anis yang tolong pakaikan.


Dan hasilnya keesokkan hari;






Sangat pekat dan puas hati. Oren dia memang memukau sangat. Hehe.




Dan kat bawah ni pulak warna dan sisa yang tinggal setelah dua bulan berlalu. Tapi gambar ni diambil lebih kurang seminggu yang lepas kalau tak silap;






Warnanya masih pekat macam masa pakai dulu tapi dalam gambar ni nampak agak pudar. Terlebih cahaya mungkin.



Bila tengok inai yang makin berkurang serius rasa rindu nak buat majlis tu datang lagi. Huhu. Bila inai da habis nanti rasa nak pakai lagi la. Tu pun kalau suami izinkan. Hehe.


Oh ya, perasan tak backdrop putih belakang kepala katil tu? Itu adalah backdrop dari hari majlis lagi. Memang tak ditanggalkan sampai sekarang. Jadi feeling pengantin baru tu sentiasa ada gitu. Auww.





p/s: Selamat ulang bulan ke-2 encik suami!!!



[UPDATE]

Untuk 'resipi' inai yang Anis pakai adalah seperti berikut:

- Daun inai secukupnya. Macam Anis yang cuma pakai dekat jari tangan je jadi daun inai yang Anis ambil dalam dua genggam. Dua genggam ni yang da dicabut dari tangkainya tau. Bukan genggam dengan tangkai sekali.

- Nasi. Tujuan letak nasi adalah supaya daun inai tadi melekat cantik dekat jari kita. Masa Anis pakai dulu Anis letak dalam 2 sudu tapi tak cukup lekat lagi tu. Lagi bagus letak 3-4 sudu. Kalau jenis yang suka masak nasi lembik lagi senang lekat berbanding nasi yang masak sebutir-butir tu.

- Gambir pula tujuannya nak buat inai lagi merah. Anis beli RM1 dapat banyak. Mak cik Anis suruh letak sikit je tapi Anis letak banyak juga lebih kurang 1/3 ke 1/2 dari gambir yang RM1 tu. Hasilnya memang sangat merah inai Anis.

Kesemua bahan ni Anis blend guna blender yang kecik tu. Yang selalu guna untuk buat blend gula tu. Tahu kan? Tak payah letak air tau. Blend je kering-kering macam tu. Blend sampai daun inai tu lumat. Bila da siap boleh la pakai sebelum tidur lepas tu bungkus dengan plastik.


Siap!


Sekian~


^_^




2 comments:

Cik Zimie said...

happy 2nd month anniversary! thanks bagi idea buat inai tu.memang perlukan sangat2.hehe

sorry nak tanya gambir tu apa eh anis?mane nak dapat benda alah tu?thanks in advance :p

dhiera said...

anis, nak tanya berapa banyak gambir dan nasi kite nak campur dalam inai nanti?