April 23, 2012

pertama kali berjauhan

Salam.


Ingat lagi dengan penulis blog ini?? Hehe.


Maaf ye kalau ada yang ternanti-nanti entry baru dalam blog 2hati-jadi1 ni. Lepas kahwin memang momentom nak berblog tu kelaut sangat-sangat. Hihi.


Hari ni Anis update la sikit ek. Buat hilangkan sawang dalam blog ni. ;)


Setelah hampir dua bulan menempuh alam perkahwinan, minggu ni la buat pertama kali Anis berjauhan dengan suami. Huk. Gila sedih. T_T. Ahad semalam suami Anis da pun berangkat ke Tanjung Leman untuk berkursus selama tiga hari. Tiga hari cukup lama untuk orang yang tak pernah berenggang dengan suami tau.


Pagi ahad tu ada la drama air mata sikit. Biasa la budak manja kan. Hihi. Err sebenarnya dari malam sabtu tu air mata asyik meleleh je. Huhu. Lembik betul rasa. 



Tapi tak boleh layan sangat perasaan ni. Nanti kasihan suami susah hati pulak dia masa kursus kan. Jadi Anis kena la kuatkan semangat.



Semalam Anis sibukkan diri dengan mengemas bilik tidur kami. Kemas dalam erti kata menghilangkan segala debu-debu cinta yang ada. Hehe. Yeay! bilik da tersusun semula. Ngee. Siap mengemas terus pengsan sampai petang. Terjaga pun lepas dapat sms dari suami. Hihi.



Sepanjang suami pergi berkursus, suami bekalkan Anis dengan bahan-bahan bacaan ilmiah. Tak nak Anis bosan la lebih kurang. Hihi. Terima kasih encik suami. ;)





:: Bahan bacaan yang suami belikan sabtu lepas untuk Anis ::




Semua buku ni suami belikan masa beliau pergi ke kuliah dhuha perdana dekat masjid jamek kawasan perumahan Anis ni. Ustaz Zahazan yang datang bagi ceramah.
 

Walaupun agak sedih sebab kena berjauhan sementara dengan suami untuk tiga hari ni, tapi tak mengapa la. Anis teringat kata-kata Prof Kamil dalam blog beliau satu masa dulu; Prof Kamil buat entry menceritakan bagaimana kalutnya beliau bila isteri keluar berkursus dan satu ayat dalam entry tersebut yang Anis masih simpan dalam hp Anis sampai saat ini adalah :


"Perpisahan memperbaharui rasa rindu"



Betul pun kan? Tapi macam Anis lain sikit la kot. Sedangkan masa suami dekat sisi pun boleh rindu-rinduan, inikan pula bila berjauhan. Huhu.



Ok la sampai sini dulu entry Anis ek. Entry kosong je. Sekadar nak buat luahan jiwa. Ecehh.



Buat suami, jaga diri baik-baik. :)





No comments: