April 05, 2012

bahagia

Salam.


Menjadi rutin Anis setiap kali balik kerja kena jemput suami dekat tempat kerja dia pula sebab laluan kami sama dan pejabat Anis lebih ke depan dari pejabat suami.


Dan menjadi kegemaran Anis untuk memandu dengan laju lebih-lebih lagi kalau turun bukit memang takkan tekan break. Hehe. Nak dijadikan cerita petang semalam masa tengah laju turun bukit ada satu kereta wira keluar dari simpang sebelum simpang pejabat suami tanpa berhenti tengok kiri kanan dulu. Sikitttt lagi nak bercium kereta kami tu uollsss. Nasib baik sempat tekan break. Huhu.


Bila da jemput suami, Anis pun cerita la dekat suami pasal kejadian yang baru berlaku tu.


"Tadi sikit lagi nak langgar wira bengong kat simpang atas tu. Huhu."


"Laa..habis tu sayang hon dia tak? Buka tingkap sound dia kaw-kaw. Bawak kereta tapi tak pandai tengok jalan."


"Ish tak nak la. Nanti hilang keayuan. Auww"


"Alaa dengan abang je ayu-ayu. Dengan orang lain biar garang je."


"Tak nak la. Nanti orang cakap; ish siapa jadi suami perempuan ni habis la. Hahh abang juga yang malu."


"Eleh diorang apa tahu. Padahal bahagia je."


Dua-dua pun gelak. Haha.


Ok cerita ni tak penting pun. Hehe. Tapi bila suami kata dia BAHAGIA, Ya Allah senang hati Anis dengar. Anis kadang-kadang risau tak dapat bahagiakan suami ke apa. Tapi bila suami cakap macam tu memang syukur sangat-sangat. Alhamdulillah.


Diharapkan kebahagiaan yang suami rasa sekarang ni akan berkekalan sampai syurga. Aamiin.


^_^



2 comments:

Nurul Husna Abidin said...

Alhamdulillah...kita sama2 bahagia :)

FARAH JAMRY said...

InsyaALLAH.. amin