March 22, 2012

sebelum dan selepas

Salam.

Hidup selepas berumahtangga ni kan, banyak yang berubah. Hehe. Kalau dulu A, sekarang da jadi B. Macam-macam la. Hari ni Anis tergerak nak share sikit dalam blog 2hati-jadi1 ni perubahan hidup Anis sebelum dan selepas nikah. 

  • Dulu sebelum nikah, Anis tak selesa betul nak tidur berkongsi katil dengan sesiapa. Mungkin sebab da biasa tidur sendiri kan. Kalau sepupu datang tidur dekat rumah Anis pun, diorang takkan tumpang tidur bilik Anis. Semua tahu Anis tak suka kongsi katil dengan orang. Haha. Tapi lepas nikah, rasa best pulak ada peneman tidur dekat sebelah. Ngee.
  • Dulu sebelum nikah, bangun pagi pukul 6 terus mandi dan bersiap untuk kerja. Anis siap lama tau. Walaupun masuk kerja pukul 8, pukul 6 mesti da kena bangun. Tapi sekarang bangun lagi awal. 5.30 pagi jam da berbunyi. Bangun awal sebab sebelum mandi nak tenung suami yang tengah sedap diulit mimpi dulu. Hik3. Eh, tenung muka suami pun dapat pahala tau. ;)
  • Dulu sebelum nikah, asal hujung minggu je mesti nak bangun lewat. Yela Anis kerja 6 hari seminggu kan, hari ahad je la nak merasa bangun lambat. Hehe. Tapi sekarang hari-hari bangun awal. Kalau hari kerja bangun 5.30, hari ahad pula pukul 6 mata da terbuka.
  • Dulu sebelum nikah, Anis tak ambil nasi waktu malam. Biasanya family Anis memang jarang makan nasi waktu malam. Tapi sekarang, tiap malam kena makan nasi sebab suami Anis jenis yang makan nasi malam. Huhu.
  • Dulu sebelum nikah, bangun pagi terus kemas katil. Anis jenis tak suka tinggal katil bersepah sebelum masuk toilet. Tapi sekarang, nak tak nak kena la tunggu suami bangun baru boleh kemas katil. Huhu. Biasanya suami hanya akan bangun bila Anis da siap mandi. Tak aci dia dapat tidur lama dari Anis. Haha.
  • Dulu sebelum nikah, Anis akan solat subuh dulu baru mula tepek bedak dekat muka sebab tak nak telekung kotor. Hehe. Tapi sekarang Anis kena tepek bedak dulu sebelum solat sementara tunggu suami siap mandi sebab suami nak kami solat jemaah subuh. Menurut permintaan suami. Lagi pun suami yang bagi cadangan pakai bedak dulu baru solat. Hee.
  • Dulu sebelum nikah, bila baca al-Quran yakin je tajwid semua tak ada masalah. Tu yang boleh khatam banyak kali dalam setahun. Tapi sekarang bila tadarus al-Quran dengan suami baru sedar banyaknya ‘traffic  light’ yang Anis langgar dalam al-Quran tu. Huk. Suami kata Anis kena belajar tajwid semula. Owh, ini la nikmat pernikahan yang paling bermakna buat Anis. Dapat pembimbing bacaan al-Quran. ;)
  • Dulu sebelum nikah, kalau jumpa dengan suami mesti jalan jauh-jauh. Yela takkan nak berkepit pulak kan. Belum halal kot. Tapi sekarang bila jalan berdua dengan suami nak pegang tangan pun kadang-kadang terlupa da halal. Malu la nak pegang tangan depan umum. Hee. Kena la belajar biasakan pegang tangan suami lepas ni. Ngee.
  • Dulu sebelum nikah, handphone tu sentiasa la berkepit ke mana je Anis pergi. Tertunggu-tunggu sms dari tunang kononnya. Tapi sekarang, nak tidur baru la cari. Tu pun sebab nak kunci alarm je. Ngee.
  • Dulu sebelum nikah, kalau nak keluar main sarung je baju apa yang berkenan. Asalkan aurat terjaga. Tapi sekarang sikit-sikit tanya suami. Nak melawat nenek suami pun tanya nak pakai baju apa. Risau kot takut suami tak suka kita pakai apa. Padahal masa tunang baju tu juga yang dipakainya. Hihi.


Cukup la 10 dulu ek. Banyak sebenarnya perubahan hidup selepas bernikah ni. Hanya mereka yang da berumahtangga je faham macam mana perasaan tu. Hihi.



1 comment:

S.n.Fariza said...

:) SGT COMEL kan sebelum dan selepas kahwin. hik3. kelakar pun ada. ianya membimbing kita > baik untuk akn dtg.