March 14, 2012

life after married

Salam rabu rakan-rakan blogger sekalian. J


Sebenarnya dalam waktu terdekat ni memang takkan ada entry review walimah kami kot. Semuanya sebab Anis nak tunggu gambar dari OP kami dulu. Tapi lambat sikit la sebab kami belum habis bayar lagi. Hehe. Disebabkan taknak blog 2hati-jadi1 ni terabai, Anis update la sikit-sikit berkaitan life selepas bernikah ni ek.


Bercinta selepas bernikah, Ya Allah seronoknya. Da boleh pegang tangan suami. Da boleh duduk rapat-rapat. Makan bersuap. Auww. ;) Ok cukup contoh sampai situ je. Hihi.


Buat masa ni Anis dan suami tinggal sementara dekat rumah family Anis. Yela suami pun kerja dekat Kluang kan, tak payah la dia ulang-alik dari Yong Peng hari-hari. InsyaAllah dalam 2 atau 3 bulan lagi kami akan berpindah ke rumah sendiri. Rumah sewa je. Buat masa sekarang kami nak selesaikan bayaran OP dulu. Da selesai bayar OP baru kami proceed dengan hal pindah rumah. Kami bukan orang kaya nak buat semua sekali jalan. Satu persatu la kan. Hehe.


Dalam pada duduk dekat rumah family Anis, kami ulang alik ke Yong Peng juga. Kalau tak balik nanti mak sana merajuk. Susah! Huhu. Hari ni pun kami pergi kerja dari Yong Peng. Pukul 7 da keluar rumah uolss. Huhu. Takpe la susah sikit. Nanti da duduk rumah sendiri suami kata tak nak da ulang-alik lagi. Kami nak bina keluarga kami sendiri pula. Nak menyimpan untuk masa depan lagi. Kalau ulang-alik lagi memang gaji habis dekat minyak kereta je la. Semoga dipermudahkan urusan kami yang satu ini. Aamiin.


Cerita lain, tahu tak, sejak bergelar isteri lebih kurang 3 minggu ni Anis tak pernah masak untuk suami. Haha. Yela mak dua-dua belah suri rumah. Balik kerja kalau ke rumah Kluang, mak Anis da siap masak. Balik kerja kalau ke rumah Yong Peng pun mak suami da siap masak. Cuba cakap bila masa Anis nak masak? Hehe. Tapi malam tadi berjaya masak buat pertama kali untuk suami. Telur dadar je pun. Haha. Tapi suami makan berselera betul. Teruja sangat nak makan masakan isteri dia kot. Haha. Lepas ni kena belajar masak pula. Lagi-lagi sebagai persiapan nak pindah rumah sendiri kan. Takkan la nak ajak suami makan luar je. Hihi.


Tak sabar sebenarnya nak pindah rumah sendiri. Nak belajar hidup berdua dengan suami. Dalam pada tu teruja nak hias rumah sendiri sebenarnya. Hehe. Harap bila masa tu da sampai, Anis da sedia mental dan fizikal untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri sepenuhnya. InsyaAllah.


Hidup selepas bernikah adalah sangat mengujakan. Perasaan dia tu tak tahu nak terangkan macam mana. Hehe. Buat b2b yang sedang stress buat preparation tu, sabar la eh. Lepas majlis nanti pasti korang rindukan saat-saat sekarang ni. Anis pun da mula rindu nak buat wedding preparation. Rindu nak ber-DIY.


Ok la sampai sini dulu coretan Anis ye. Jumpa lagi dalam entry akan datang. Daa~



3 comments:

UyaRayza said...

setuju! tapi in my case, even uya skang tumpang rumah makcik tetap semua uya buat hahaahha..sukeeee..bercinta lepas kahwin adalah bahagia

.:Kiah-ohh-Kiah:. said...

same la dgn sy. da nk msuk 9 bulan kawen tp still duduk dgn mak sy lg. hehe. mak sy yg offer. hehe..belum ade rzeki nk dok umah sendiri. insyaAllah lepas bersalin nie bru nk cri umah sewa. mse tuh insyaAllah kewangan da stabil. Tapi wpun dok dgn fmily sy tiap2 ari kne masak tau! Untung la cik anis.hehe..:)

erin moshimoshi said...

anis .. erin pun ade balance lg 1k jugak dh amik dh cd ...

g la amik ehhehe ...