February 20, 2012

update 5 hari sebelum

Salam isnin.


Isnin terakhir sebagai bujangan. Hihi.


Sebelum memulakan rutin kerja pejabat, Anis nak update sikit berkaitan perjalanan persiapan majlis setakat hari ini.


  1. Gubahan 9 + 1 hantaran sudah siap sepenuhnya. Tinggal masukkan makanan je dalam 3 dulang. Yang tu 2 atau sehari sebelum majlis baru siapkan.
  2. Hiasan bilik pengantin insyaAllah malam ni siap sepenuhnya. Sikit je lagi tu. Hihi.
  3. Baju nikah dan resepsi da siap basuh semalam. Takde hantar dobi pun. Basuh guna tangan dengan  penuh kasih sayang lagi tau. Haha.
  4. Kami da ada plan untuk bulan madu. Yeay! Hotel da booked, tiket pun da beli. Owh kami berbulan madu dalam malaysia je. Janji dapat berdua dengan other half. ;)
  5. Doorgift pun da separuh siap. Sebelum jumaat ni insyaAllah siap semuanya.

Rasanya tu je la kot update untuk lima hari yang masih berbaki ini. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. Aamiin.


Sesiapa yang baru minta kad tu maaf la ye, kad da habis. Huhu.


Sekian.



3 comments:

Asfiza said...

as dah dapat kad kahwin awak..!! :D

redmerah said...

semoga semuanya lancar yer =)

Epa Zarifa said...

semoga majlis jalan lancar anis!