February 21, 2012

update 4 hari sebelum

Salam.


Rajin kan Anis update hari-hari?? Haha.


Sebenarnya nak update guna laptop kat rumah memang da susah. Laptop tu macam tahu-tahu je Anis da nak jadi isteri orang kan jadi dia pun mula buat hal. Sedih tau. Huhu.


Ok abaikan pasal laptop tu. Hari ni sementara boss belum datang, Anis curi-curi update progress setakat hari ini ok.


Bilik pengantin

Malam tadi backdrop katil Anis da siapkan sepenuhnya. Auww purple bilik ku. Backdrop DIY kan. Da rasa macam hiasan pelamin uolss. Haha. Nak tengok? Tunggu Anis review lepas majlis nanti ek. Hehe.


Doorgift

Malam tadi mak Anis da siapkan semua jar. Sekarang tinggal tunggu kek, rebus telur lepas tu baru buat final packaging hari jumaat nanti. InsyaAllah sempat siap dengan bantuan Maksu dan anak-anaknya yang sangat rajin membantu.


Persiapan bulan madu

Anis ada ambil satu pakej photoshoot untuk bulan madu nanti. Jadi EBS dan Anis sediakan juga pakaian dan props untuk photoshoot bulan madu nanti. Hihi. Kami tempah pakaian sedondon. Nak tengok? Tunggu lepas bulan madu nanti ya. Hihi.


Tentatif cuti kahwin

Kelasss kau mariahh! Siap ada tentatif cuti kahwin lagi tau. Haha. Disebabkan kami cuma ambil cuti kahwin seminggu saja jadi perlu bijak mengatur aktiviti sepanjang cuti tersebut. Yeay! Banyak berjalan. Haha.


VIP doorgift

Untuk saudara-mara dan rombongan pengantin lelaki nanti, Anis sediakan DIY yassin hardcover. Semalam baru siapkan 70pcs. Hari ni sambung lagi 30pcs insyaAllah.


Tudung resepsi

Belum jahit lagi. Hihi. Takpe cuma kena kelim bahagian tepi je. Esok atau lusa baru buat.



Apa lagi ye? Rasanya itu je yang terlintas setakat pagi ni. Malam ni kalau ada progress lagi, esok Anis update lagi ek. Sekian. ^_^




Entry minggu ni takde gambar. Maklum la update dekat pejabat kan. Gambar semua dalam laptop. Hehe.



2 comments:

Shakina Farhan said...

bestnye ade photoshoot masa honeymoon..kenangan terindah tu..hee..all da best anis..

Hunny Kitty said...

good luck..semoga dipermudahkan urusan