February 16, 2012

cerita 9 hari sebelum

Salam.


Wah terajin pula Cik Anis kita update hari-hari. Hehe.


Ni curi sikit masa kerja untuk nak update serba sikit persiapan majlis kami.


Hari ni tinggal 1 angka je uolsss. Perasaan? Jiwa kacau sikit. Uhuu. Tapi harapnya hujung minggu ni keadaan da kembali tenang-tenang saja. InsyaAllah.


Serba sedikit perkembangan untuk hari ini:


Baju resepsi

Wedding dress Anis confirm tak buat beading. Penyakit M da merebak! Haha. Anis cuma tambah lace je lagi dekat bahagian pinggang. Biar nampak penuh. Nak tutup perut. Haha. Bila try pakai lengkap dengan tudung dan veil. Cantik jugak aku ni! Hahahaha. Maaf terperasan sekejap. Hee.

Suit EBS untuk resepsi pula tak siap-siap lagi. Tailor tu minggu lepas suruh datang selasa tapi bila kami datang selasa lepas dia kata suruh datang rabu pulak. Banyak cekadak kau! Kami tak pergi ambil pun semalam. Sabtu ni baru ambil. Kalau tak siap juga tak tahu la nak kata apa. Huhu.




Photobooth deco

Selasa lepas da hantar karikatur kami untuk dibingkaikan. Sabtu ni boleh pergi ambil sekali dengan ambil suit EBS. Kedai frame tu bawah kedai jahit baju kami je. Hehe.




Hantaran

Malam tadi berjaya mendeco empat daripada sembilan dulang hantaran. Hari ni sambung lagi lima kalau rajin. Rasa puas hati tengok hasil tangan pertama menggubah hantaran sendiri. Hihi.




Kendarat

Kendarat ni adalah kumpulan yang tolong kemas-kemas meja dan jaga lauk-pauk masa majlis tu. Boleh pulak malam tadi ketua kendarat tu batalkan tempahan kami. Tinggal 10 hari je kot. Betul-betul menyusahkan! Hari ni mak Anis da kelam kabut nak cari kumpulan kendarat baru. Hurm.



Kad jemputan

100 keping da selamat Anis pos untuk kawan-kawan juga rakan-rakan b2b. Kad melayang ke seluruh Johor, pantai timur, pantai barat dan juga utara. Nasib baik tak melayang ke sabah dan sarawak. Hehe. Buat kawan-kawan yang da dapat kad nanti jemput la datang ye.




Ok lima update untuk hari ini. Tak tahu kenapa bila sampai point ke lima je terus mati kutu tak tahu nak tambah apa. Hehe. Till then.. ^__^





4 comments:

shafika fieka said...

semoga sumenyer berjln dgn lancar..amin~

Hunny Kitty said...

good luck!

nurul izayani said...

dearrr.. dh dpt kad.. thnx :)

My Life's Journey said...

Bestnya baca entri ni ..rasa berkobar2 jugak nak kawin ..chak! mesti cantik dear dihari persandingan kelak :)