February 23, 2012

2 hari sebelum - entry terakhir sebelum bergelar puan

Salam Khamis.



Entry hari ini mungkin adalah entry terakhir Anis sebelum bergelar Puan. Hehe. Maklum la minggu ni entry blog 2hati-jadi1 ni sepenuhnya di update di pejabat. Disebabkan esok Anis da mula bercuti, maka tiada entry lagi selepas ini. Laptop tu menyedihkan la. Huuu. Entry baru insyaAllah menyusul selepas selesai majlis ye. J



Hari ni kita cerita secara random je ek.


Pertama, berkaitan entry semalam.

Anis bengang dengan seseorang. Bukan dengan vendor. Masalah dengan vendor takde la besar mana. Vendor tak buat macam yang Anis nak pun Anis terima je walaupun akhirnya Anis juga yang kena susah payah siapkan sendiri. Tak kisah. Tapi Anis bengang dengan seorang kawan Anis yang da kahwin. Tiba-tiba tuduh Anis perfectionist dan keep on complaining others work. Laa terfikir juga Anis gila hebat dia ni boleh tahu Anis keep on complaining others work padahal dekat status fb tak pernah pun cerita pasal masalah dengan vendor ke apa. Dan gila hebat dia ni sebab kami tak pernah berjumpa sejak habis sekolah tapi dia boleh kata Anis perfectionist hanya sebab Anis banyak DIY untuk wedding Anis. Hebat bukan? Haha. Bila cerita dekat EBS memang EBS pun pelik dengan komen kawan Anis ni. Huhu. Tapi sekarang kira tutup cerita la. Malas nak fikir lagi.



Kedua, khemah dan lain-lain

Semalam khemah rewang dan kerusi meja da sampai rumah. Cuma khemah Arabian je belum lagi. Mungkin hari ni atau esok. Mak ayah tak nak tutup jalan depan rumah lama-lama jadi khemah majlis kena pasang lambat sikit. Tak nak menyusahkan jiran-jiran. Esok pula vendor hiasan khemah dan bridal akan datang untuk laksanakan tugas mereka. Huu penat la Anis esok nak jadi mandor. Oh ya, khemah dan hiasan khemah adalah dari tempat yang berbeza tu sebab waktu pasang pun tak sama. Khemah majlis nanti FOC je. Ngee..kami cuma bayar sewa vendor hiasan khemah saja.



Projek DIY

Alhamdulillah semua projek da siap. Walaupun ada beberapa projek yang siap separuh jalan tapi kira halal la. Janji masih boleh digunakan. Hehe. Bila semua projek DIY da siap, Anis jadi blur tak tahu nak buat apa da bila malam. Haha.



Inai

Mungkin malam ni atau malam esok da boleh pakai. Tapi Anis confuse sikit. Better pakai inai tiub atai inai daun ye? Sebab Anis cuma pakai pada hujung jari je. Takde ukir-ukir tu. Boleh bagi Anis pendapat tak kawan-kawan?



Bridesmaid

Da malas nak fikir. Ramai kawan Anis tak boleh datang malam nikah. Jadinya sekarang ni pasrah je. Siapa pun boleh angkat dulang hantaran tu. Malas nak serabut kepala lagi. Huhu. Ada sesiapa b2b nak jadi bridesmaid Anis malam 25hb ni? Sila email ye. Hehe.



Majlis bertandang

Ramai kawan yang tak dapat hadir majlis 26hb ni sibuk bertanya bila majlis belah lelaki dengan harapan mereka nak datang belah sana. Tapi maaf la ye. Tiada majlis bertandang pun nanti. Jadi pada kawan-kawan yang nak jumpa kami selepas 26hb nanti, bawa la pengantin baru ni ke Kenny Rogers ke Dominos ke Sushi King ke. Hahaha.



Akhir kata, salah silap sepanjang Anis menjadi seorang b2b blogger ni, Anis mohon maaf ye. Kawan-kawan sekalian, jemput datang majlis kami 26hb ni. Doakan segalanya berjalan lancar eh.


Jumpa lagi dalam entry akan datang. InsyaAllah selepas bergelar puan dan setelah mendapat izin suami untuk terus menulis di sini. Hihi.


Wasalam


p/s: oh ya, komen-komen entry sebelum-sebelum ni Anis tak publish lagi. Pada kawan-kawan yang pernah bagi komen dalam entry sebelum-sebelum ni jangan la kecil hati ya. Anis baca dan hargai komen kalian semua. Terima kasih ya. ^_^


5 comments:

Miss Sunshine said...

dah tinggal 2 hari....
mesti excited kan...
good luck

Hunny Kitty said...

jauh kat johor..kalao tak dah offer diri dah..hehehe anyway good luck

SOULMATE is said...

happy wedding day in advance dear :)
have fun tau :)

Asfiza said...

jauhnya johor..kalau dekat mesti as offer diri nak jadi bridesmaid anis.. :)

zarazery said...

Anis, tq so much 4 the invitation
sgt terharu, smoga majlis anis berjln lancar dan jodoh berpanjangan hingga ke syurga