February 15, 2012

10 hari sebelum

Salam.


Pheww. Semakin hilang energy untuk menulis. Kita tunggu lepas majlis nanti baru betulkan semula momentum menulis ye. Hehe.


Entry kali ni anis tak nak la kongsi cerita bergantung pada checklist anis lagi sebab dekat list tu banyak yang da selesai kan. Jadi kali ni cerita secara rambang je la ek.


1. Cuti kahwin

Alhamdulillah permohonan cuti seminggu lulus tanpa banyak soal. Bos tengok borang cuti anis, tengok kalendar then terus je sign. Setel. Hehe.


2. Baju nikah dan sanding

Ada drama. Terus benci tailor tu. Jahitan dia memang best la. Sekali fitting terus sedap2 je pakai. Tapi bab suruh buat detailing, hancus. Da cakap baju nikah nak beading tapi nan ado. Padahal setiap kali datang da cakap nak beading. Hmm. Bayar mahal2 hanya untuk sepasang baju kurung moden putih kosong takde apa2. Baju sanding pulak buat patching lace pun boleh dia jahit mesin camtu je. Bukan nak sembat halus2. Beading pun nan ado. Sedih gila masa ambik baju tu. Masuk kereta terus nangis depan EBS. Macam mana tak sedih kan, dalam masa tiga minggu sebelum majlis kerja anis bertambah kena siapkan baju nikah dan sanding pulak. Stress ok!

Setakat hari ni Alhamdulillah detailing untuk baju nikah da 100% siap. Baju sanding pulak masih otw. Beading tak tahu sempat buat ke tak. Kalau tak sempat memang sarung je la baju simple tu. Tapi tak kisah da. Malas nak serabut kepala.


3. Doorgift

Part ni anis serah bulat-bulat pada family. Anis sediakan paper bag, tq tag, bagi idea nak macam mana. Yang lain-lain biar la family selesaikan. Cantik ke tak, redha. Da dekat-dekat ni memang malas nak fikir sangat. Huhu.


4. Bilik pengantin

Semua da lengkap. Tinggal backdrop katil je ada sikit lagi nak buat. Sehari sebelum majlis kot baru sambung. Sebab tak nak orang tengok final outcome awal-awal. Hehe.



5. Hantaran

Dulu-dulu nak buat 7-9, lepas tu turun 5-7, dan sekarang naik balik 7-9. Macam saham da ada naik turun. Hehe. Dulang pulak anis cuma diy 12 je. 5 untuk EBS dan 7 untuk anis. Sekarang ni kena diy lagi. Tapi kaki dulang diy pulak terkurang. Jadi nanti ada 2 dulang kaki lain. Tak kisah la. Asal ada.



Lima je la dulu ek. Tak idea da nak taip. Hehe.


3 comments:

Zara Zainudin said...

Good luck Anis. Situasi pun lebih kurang saya. da bayar mahal2 tp the outcome sangat la sedih..

whatever it is..Anis harus maintain senyum k..

BLuRpL3 said...

hehe.hampir samer la update kita..tinggal 10 hari je lg..citer 5 items kt atas pun hampir sama gak.hehe..smoga dipermudahkan semuanya ye :)

UyaRayza said...

good luck anes hehehe..dh nk dekat mjlis mmg semua pun pasrah je..dh malas nk pk pun..last minute nk tukar pn x sempat hehehe..uya hari tue pn semua pn PASRAH hahaha