January 03, 2012

wedding outfit

Salam.



Kita buka tirai 2012 dengan kisah yang menarik ye rakan-rakan.



Mari Cik Anis kongsikan satu aktiviti weekend kami.



Kami da tempah baju nikah dan resepsi! Yeay for us! Hehe.



Aktiviti yang tidak dirancang pun. Daripada nak beli barang hantaran bertukar kepada beli kain untuk buat baju majlis pula.



Memandangkan design baju nikah dan sanding memang sentiasa ada dalam handbag. Memandangkan juga da tahu jenis kain apa yang kami mahukan untuk baju-baju kami maka senang la nak buat pembelian bila berlaku aktiviti tidak dirancang seperti ini. Hehe.



Eh dulu bukan kata nak DIY baju nikah ke? Kenapa tempah pula kali ni?


Ye dulu memang da siap separuh pun baju nikah Cik Anis. Boleh baca dalam entry ini. Tapi bila Cik Anis bercerita pasal baju nikah Cik Anis pada EBS je mesti dia tak excited dengar sebab dia nak baju nikah kami dari kain yang sama jenis. Kain yang Cik Anis beli tu pulak da last piece. Memang tak dapat beli untuk EBS la kan. Nak mengelakkan EBS tarik muncung 14 maka beli je la kain baju nikah yang lain. Hehe. Nasib kain yang dulu tu murah je. Tak la rasa rugi. Huhu.



Da alang-alang beli kain baju nikah, kami tengok sekali kain untuk baju resepsi. Pilihan warna dan jenis kain ada yang menarik perhatian kami. Memandangkan cash pun masih ada lagi waktu tu jadi kami beli terus kain untuk baju resepsi. Hehe.



Selesai menabur duit di kedai kain kami meneruskan misi ke kedai jahit pula.Oh kami tak jumpa designer pun. Kedai jahit biasa je. Tapi kedai ni agak dikenali oleh orang Kluang. Kedua-dua pasang baju kami ditempah di tempat yang sama je. Senang.





Conteng-conteng design baju nikah dan resepsi.





Kain-kain kami. Warna purple sebenar kena tunggu lepas majlis ye. Hehe.






Aunty tailor meraba EBS. Haha.


Masa aunty ni ambil ukuran badan EBS;


"Haiyaa banyak kecik la u. Tak makan nasi ke?"


Haha. Ye ye EBS memang kecik. Ukuran badan pun nak lebih kurang Cik Anis je. Huhu.



Bulan dua ni insyaAllah baju-baju ni da boleh ambil. Harap tak delay. Oh harga pula memang agak pricey juga la. Lagi-lagi baju Cik Anis sebab ada beading. Tak tahu la kena cas berapa nanti tapi hari tu kira-kira tak sampai 1k pun. Harga betul kena tunggu baju siap la ye.



Alhamdulillah satu urusan lagi selesai. ^_^



5 comments:

UyaRayza said...

saya bakal jadik org kluang hehehe

BLuRpL3 said...

wah..

kluang dekat mana kedai ni..
my fiance orang kluang...

Gadis said...

wahhh eksited nak tgk baju nikah tu nanti..

mesti cantikk...=)

nurul izayani said...

x sabo nak tgok baju anis!! :)

Anonymous said...

Kluang kt mane kedai tu..nak survey