January 05, 2012

Tragedi satu minggu

Salam.


Entry ringan je kali ni. Hehe.


Kalau kalian perasan ada beberapa entry Cik Anis sebelum-sebelum ni, dalam bulan disember macam tergantung. Macam ada cerita tersembunyi kan. Cik Anis rasa dalam entry kali ni da boleh sambung la. Hehe.


Tragedi satu minggu.


Tajuk yang agak sesuai la kot dengan apa yang berlaku. Tak. Ni bukan tragedi air mata atau yang buruk-buruk. Tapi kejutan je. Hehe.



Tragedi ni berlaku beberapa hari lepas Cik Anis dan EBS tempah baju kahwin kami. Secara jujurnya, waktu kami hantar kain untuk buat baju nikah dan sanding tu, tarikh nikah kami masih tenggelam timbul. Memang kami plan untuk nikah bulan mei tapi kami pun tak tahu la sempat ke tak sebab perbincangan berkaitan tarikh nikah ni agak susah sikit nak dapatkan kata putus. Huhu. Tapi kami ambil jalan selamat tempah je dulu baju kami awal-awal. At least bila da dekat dengan bulan mei banyak perkara da selesai.



Mungkin naluri nak hantar tempah baju awal itu adalah satu petanda yang Allah bagi pada kami. Kami dapat kejutan beberapa hari lepas kami tempah baju kami. Satu pagi tu, masa Cik Anis nak buat air untuk sarapan, emak datang dekat Cik Anis,


"Awal kan tarikh nikah boleh tak?"


Korang rasa apa perasaan Cik Anis masa ni? Haha. Siapa tak nak nikah cepat. Hehe. Cik Anis ok je. On the spot pagi tu juga Cik Anis bagi satu tarikh pada emak ayah Cik Anis iaitu beberapa minggu lebih awal dari tarikh bulan 5 kami. Cik Anis boleh bagi pilihan tarikh dengan cepatnya sebab sebelum ni da puas belek kalendar 2012 nak pilih tarikh yang cantik. Haha. Tapi masa Cik Anis bagi pilihan tarikh ni EBS tak tahu cerita lagi la.



Sebab utama emak ayah nak awalkan tarikh nikah Cik Anis dan EBS adalah kerana pada awalnya, (kejutan bukan dalam minggu yang sama dengan kejadian ni) emak ayah tiba-tiba nak jalankan majlis Cik Anis serentak dengan abang Cik Anis. Maka keluar la entry yang ini.



Tahu je la kan bila berkongsi majlis banyak benda kita kena fikirkan semula. Guestbook, photobooth dan macam-macam lagi kita da mula kena fikirkan untuk pasangan lagi satu. Takut kita beria tapi pasangan lagi satu tak nak bagi kerjasama. Tak seronok juga la kan. Tapi Cik Anis positif je. Kalau berkongsi majlis itu yang terbaik, Cik Anis tak kisah tak ada guestbook ke photobooth ke. Asalkan semuanya puas hati. Cik Anis dan EBS ok je. ;)


Tapi entah macam mana, emak ayah tak rasa nak gabungkan majlis Cik Anis dan abang Cik Anis. Makanya emak ayah minta Cik Anis awalkan tarikh nikah kami jadi abang Cik Anis akan bernikah pada hujung tahun nanti. Emak ayah nak ada gap beberapa bulan antara majlis kami adik beradik. Cik Anis memang tak kisah. Cik Anis ikut je.


Bila beritahu pada EBS tentang tarikh nikah diawalkan, dia memang terkejut. Haha. Da la masa tu dia cuti. Tak tahu la apa reaksi dia. Cik Anis btau dalam mesej je. Hehe. Bila EBS sampaikan dekat emak dia, emak dia pun ikut terkejut. Hehe. Siapa tak terkejut kan. Benda ni berlaku tiba-tiba je. ;)


Kejutan tragedi satu minggu tak terhenti setakat tu je. Ada lagi satu kejadian. Hehe. Beberapa hari lepas tetapkan tarikh baru tu, tukang masak yang emak ayah da tempah untuk majlis kami pula bagi kejutan. Tiba-tiba dia cakap tarikh yang kami pilih tu anak buah dia da booking dia untuk majlis kahwinnya. Huhu. Itu la bahananya bagi comfirmation pada kami tapi tak tengok jadual tempahan dia. Memandangkan emak ayah tetap nak gunakan khidmat dia untuk majlis kami nanti, maka kejutannya kami kena awalkan lagi tarikh nikah kami lagi seminggu dari tarikh sebelum ni. Semata-mata sebab tukang masak. Hehe.



Kejutan yang kedua ni memang da buat Cik Anis dan EBS sedikit stress. Sebabnya bila tarikh makin diawalkan, maka bajet kami menjadi semakin kecil sebab terpaksa tolak bajet gaji beberapa bulan. Huhu. Tapi EBS positif. Dia kata takpelah kena awalkan. Cepat habis majlis da boleh menyimpan untuk masa depan pula. Tak payah da nak pening pasal majlis lagi. Cik Anis pun tak kisah. Tapi memang bajet jadi sangat tight la sekarang ni. Tapi Alhamdulillah rezeki dimurahkan. Banyak perkara selesai sebab dapat sponsor orang sekeliling. Syukur sangat. ^_^



Pada mulanya, keluarga EBS terutama emak EBS macam bising juga la sebab asyik tukar tarikh dalam masa satu minggu je kan. Tapi Alhamdulillah sekarang semua da boleh terima tarikh kami yang baru ni. Persiapan pun sedang giat dijalankan. Dan bilangan hari pun semakin kurang. Hihi.


Kejutan ni buat Cik Anis dan EBS sangat bersyukur. Dulu Cik Anis pernah baca dalam web iluvislam tentang jambatan jodoh. Ada orang jambatannya panjang maka jodohnya sampai lambat dan ada yang jambatannya pendek maka jodohnya sampai awal. Bagi situasi Cik Anis dan EBS, pada awalnya kami rasakan jambatan jodoh kami adalah sangat panjang sebab bayangan tarikh nikah masih samar-samar walaupun kami da bertunang hukum dan bertunang adat. Tapi kuasa Allah, jambatan jodoh yang pada mulanya kami rasakan sangat panjang menjadi sangat-sangat pendek. Syukur sangat. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Semuanya atas izin Allah. Andai ada yang membaca blog 2hati-jadi1 ni dan merasakan jalan ceritanya hampir sama macam situasi kami di awal waktu dulu, pesan Cik Anis, doa la. Doa adalah cara terbaik untuk kita. Mohon izin daripada Allah minta dipermudahkan jalan kita nak mendirikan masjid. Doa bukan la di mukabuku mahupun di blog semata-mata tapi doa la saat kita hanya berdua dengan Allah. Andai rasa jalan kita sukar, mohon jalan daripada Allah. InsyaAllah hasilnya tidak mengecewakan. ;)


InsyaAllah Cik Anis akan umumkan tarikh majlis kami bila da dekat nanti ye. Doakan semuanya dipermudahkan. Aamiin.


Owh terjadi entry panjang pula. Hehe.





Kurang 100 hari lagi.


^_^








5 comments:

Asfiza said...

Alhamdulillah...
semoga segala urusan anis dipermudahkan..

as pernh merasa situasi yg sama...weddng terpksa di percepatkan 6bulan dari tarikh asal..tp kami bawa berbincang dan akhirnya dipercepatkan jugak,tapi hnya sebulan dari tarikh asal..:)

Gadis said...

wahhh...

rasenyer mcm dh x lama lagi dh tu...=)

Kisah Hati said...

good luck anis. better dipercepatkan kalau dah masing2 ready fizikal dan mental. semuanya ada hikmah. don't stress too much... like akak, malam sebelum nikah tu dapat tidur tak sampai sejam lagi le haru dan sangat penat.

Anonymous said...

-syu-

Salam cik anis, kisah cik anis same dgn kisah syu.. syu tunang xlame. bln10 thn lps.

sebulan lps tunang da pk tarikh n then asik bertukar2 tarikh.. huhu sgt la tension sbb tepaksa ikut jadual ayah yg padat dgn latihan askar.

n xsangka nk kwen scepat ni.. ade lg 2bln jek nk prepare.. wish me luck! :)

gdluck to cik anis jgk :)

imymemine said...

bunga-bunga cintaaaa~ *tetiba nak nyanyi*. hihi. good luck with the preps anis ! ;)